CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wanitasiber

RM1,000 nikah ibu tunggal

[Copy link]
Post time 3-11-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #60 truly's post

ala sex bebayar..... semangat hapa nye truly.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by atira at 3-11-2008 09:25 AM
ala sex bebayar..... semangat hapa nye truly.....


ish jangan cakap macam tu tira. tu kita letak hantaran tinggi tinggi tu, tak jadi sex berbayar? kalau kita nak tengok dalam konteks tu la. aku rasa ok jer galakkan kawin ibu tunggal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:52 AM | Show all posts
Kembali kepada asas bahawa perkhawinan adalah benda yang baik memang disarankan oleh agama...

yang tak baik yang korang dok bising bising ni ialah sikap manusia tu sendiri..

daripada dibiarkan ibu tunggal tu dok jadik janda atau balu dan tak ketentuan hala sedangkan ia berkeinginan jua...untuk dikasihi dan dilindungi...

so idea Ali RO Steemm ni ok juga laa.....RM seribbu tuu hanya bersifat galakan sahaja....balik pada hikmah

perkahwinan tu laa..perkahwinan memang digalakkan oleh agama...tak mampu kawin dua, tiga atau empat

elok satu jerr dah cukup..siapa yang tak suka ker hapa ker diam diam sudahlaa..offer ni bagi yang memerlukan dan berkemampuan sahaja..

InsayaAllah kalau niat baik pasti natijah dan kesudahannya baik juga..

tak gitu??
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by ajie2000 at 3-11-2008 09:52 AM
Kembali kepada asas bahawa perkhawinan adalah benda yang baik memang disarankan oleh agama...

yang tak baik yang korang dok bising bising ni ialah sikap manusia tu sendiri..

daripada dibiar ...


tapi kalau dah di bagi duit, tak payah kawin la, nanti laki dia pulak nak makan duit tu. maklum laki melayu malaysia ni haprak kebanyak kannya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by truly at 3-11-2008 09:54 AM


tapi kalau dah di bagi duit, tak payah kawin la, nanti laki dia pulak nak makan duit tu. maklum laki melayu malaysia ni haprak kebanyak kannya.



Kalau dah banyak sangat halangannya...tak yah kawin laaa..dok ler jadik balu dan menjande sampai bile bile

Buat hape kawin ngan lelaki haprak..cari ler yang tak hapraknyeee...

Jgn pk banyak sangat negetif....sedangkan perkahwinan itu bersifat positif..

Sekian terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:34 AM | Show all posts
aku sunggoh gembira kerana malaysia punyai ramai pemimpin2 yg bijaksana...aku bangga jadi ra'yat malaysia....

















tp bukan pada pemimpin2 yg ada sekarang nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2008 10:45 AM | Show all posts
kalu kawin niat nak dpt rm 1k t jer, x jd apapun....tambah menyusahkan lg laa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by wanitasiber at 31-10-2008 11:26 AM
MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.


Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.

“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.

“Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di sini, kelmarin.

Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosiol seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.

“Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.

“Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.

“Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.

Jom kita berikan pandangan.........



Menteri yg bagi cadangan ni tarak pikir panjang ke?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 11:18 AM | Show all posts
2 tawun lg takdelah mak janda kat Melaka...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:18 AM | Show all posts
lelaki kan.. cadangan pun utk menyenangkan lelaki...
bg je la duit tu utk ibu tunggal..
lg berbaloi duit tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:26 AM | Show all posts
Ali ketam buleh pilih dulu yang maner berkenan....

Kalau PAS Kelate yang buek tentu dah lamer puak sarkess dah meroyan....

Takkan ibu tunggal jer kot...ANDALUSIA macam si Azalina takder ker buat pakej kawin ditanggung beres ulih gomen melaka
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:28 AM | Show all posts
terjamin ke nasib ibu tunggal kalau kawin lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by asklinux at 3-11-2008 09:13 AM
apa la ko org nie semua bengap sanggat dan negative thinking ..sahaja .. mesti la ada syarat ...bukan main kahwin2 suka2 aje ..kan dia tgh bincang dengan majlis agama islam negeri tu ..

emm ka ...


al maklum laa org melaka ramai jadik janda la katakan... hhmm.. mungkin org melaka celupar sangat kot sampai ramai jadik janda.. skit2 lahabau.. celaka semua kuar.. baru mula sembang...

pasneh bleh laa balik melaka tangkap  sorang dua janda2 kat melaka raya idak pun kat plaza hang tuah tuh.. ramai yg janda kat situ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:40 AM | Show all posts
kt melaka eh? ari tu shah berukh khan dpt dato'
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:59 AM | Show all posts
Kat Melaka ni mcm2 hal pelik boleh berlaku Shah Rukh Khan pun boleh dapat datuk Sekarang nikah ibu tunggal boleh dpt RM 1000 Ape mcm kalau uncle nikah 3 sekali gus - haha dpt RM 3000.....bagus jugak idea tu Aku rase kerajaan melaka bnyk lagi idea....Mungkin kawen duda pun dpt rm 1000 atau kawen ngan warga emas dpt RM 5000....Syabas Melaka
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 12:15 PM | Show all posts
lepas nie, agaknya ramai la yang akan ke melaka tambah isteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 01:05 PM | Show all posts
bagi aku ok je benda ni.. sebagai galakan..
utk yg mampu mengambil ibu tunggal yang miskin sebgai isteri kedua..
takdak masalah apa pun.. nape la nak havoc2 sangat?

perempuan bila dah kawen terhindar dari fitnah..
sesiapa yg biasa jadi janda.. pasti tau benda ni.. kesian woo.. cakap ngan bujang pun orang ngutuk.. borak ngan laki orang.. silap2 kena parang.. serba tak kena jadinya.. so kalo ada solution utk berkahwin.. apa salahnya..  perkahwinan kan ke sunnah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by zul_khaleeda at 31-10-2008 03:58 PM
OTAK kat lutut sapa yg bagi idea ni..


sepupu sanusi junid...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:15 PM | Show all posts

Balas #77 PrinceOfNorth\ catat

kena make sure laki tu jenis bleh diharap dan berkemampuan dr segi wang ringgit laa...
mungkin kena  pi amik ape2 ujian ke dulu..tu pun kalo btol2 nak tlg ibu tunggal la
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:24 PM | Show all posts
interview sudah tentu..takkan mau bagi camtu je rm1000.. not that easy ofkos.. jgn la melompat tinggi sangat.. cuba renung dan kaji balik al quran dan hadis bila nak ulas sesatu perkara..
pernikahan adalah jalan terbaik untuk melakukan hubungan secara sah antara lelaki dan perempuan. bersamanya hadir tanggungjawab yg berat bagi kedua belah pihak.isteri kena jaga makan minum suami.. suami pulak kena ambik tanggungjawab nafkah zahir batin termasuk memberi perlindungan, wang ringgit menyediakan kediaman dan sebagainya.
rasanya lebih baik km ni anjurkan kawen ibu tunggal dari km dulu yang meratah daging muda? perkara yang baik walaupun datangnya dari orang tak baik.. tetap baik.. entah2 mungkin dari perkara baik yang sedikit itu menjadi hujah baginya untuk masuk syurga Allah.. siapa tau?

[ Last edited by  PrinceOfNorth at 3-11-2008 01:27 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.223319 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list