|
ok la, periuk belva ni.... selalu masak chocolate cake... yg sungguh gebu...
CHOCOLATE CAKE (belva version)
1 buku mentega (250g)
2 cawan gula
2 cawan tepung berserbuk penaik
6 biji telur (kdg2 letak 4 je)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cwn susu segar
1 cwn serbuk koko
1 cwn air
1 bar cooking chocolate
cara masak..
1. cairkan cooking chocolate + air (guna kaedah double boil)
2. pukul mentega + gula smpi kembang (rasa2 nmpk cerah ckit, dan gula dh x bketul)
3. masukan telur sebiji, sebiji, pukul lg
4. ayak tepung + soda bikarbonat + serbuk koko
5. masukkan adunan tepung dan coklat cair berselang seli
6. akhir sekali baru masukkan susu
7. masak dlm 45 minit
tips lain :
1. periuk belva tu kena panaskan dulu ngan api besar kedua-dua belah (tutup periuk, panaskan 1 minit lps tu terbalikkan panaskan lg 1 minit), lepas tu guna api kecil je untuk masak
2. jgn pukul adunan ngan pengadun letrik, cukup guna senduk kayu... |
|