CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4939|Reply: 5

BHUTAN: update; cerai gaya hidup biasa Bhutan!!

[Copy link]
Post time 7-11-2008 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Bhutan tabal raja paling muda

PEMERINTAH baru Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyel
Wangchuck (dua dari kiri) tunduk dalam majlis pertabalannya di Thimpu semalam.



THIMPU - Ketika seluruh dunia tertumpu pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sejarah juga dicipta di Bhutan apabila seorang pemuda berumur 28 tahun, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck ditabalkan sebagai raja paling muda di dunia.

Graduan Universiti Oxford itu ditabalkan sebagai raja Bhutan yang baru semalam bagi menggantikan tempat bapanya, Jigme Singye Wangchuck yang melepaskan takhta pemerintahan dua tahun lalu.

Baginda melepaskan takhta bagi membolehkan pembaharuan dilakukan serta menyerahkan kuasa kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya pertama pada Mac lalu.

Satu upacara purba Buddha diadakan di istana diraja di mana Singye menyarungkan mahkota pemerintahan kepada raja muda itu.

Istana itu juga penuh dengan tetamu kehormat dari dalam dan luar negara termasuklah Presiden India, Pratibha Patil, pemimpin parti pemerintah India, Sonia Gandhi serta beberapa bintang Bollywood.


RAJA JIGME KHESAR NAMGYEL WANGCHUCK

Sejumlah penduduk yang memakai pakaian kebangsaan Bhutan turut berkumpul di luar pekarangan istana bagi meraikan raja mereka itu.
Perdana Menteri Bhutan, Jigmi Thinley berkata, majlis tersebut akan diingati sebagai hari yang menyatupadukan rakyat negara itu.
"Ia merupakan satu hari yang indah dengan tiada awam di langit," katanya.

Negara terpencil yang terletak di banjaran Himalaya itu akan berpesta selama tiga hari dan tiga malam, malah talian telefon bimbit juga ditutup sepanjang perayaan tersebut.

Raja termuda itu berjanji untuk meneruskan falsafah unik bapanya iaitu meningkatkan tahap kegembiraan penduduk bagi memastikan kemakmuran di negara itu.

Seorang pekerja awam, Sonam Phuntsho, 27, berkata, seluruh rakyat berasa gembira kerana mempunyai raja yang baru.
"Baginda seorang lelaki yang bijak dan sopan. Baginda juga sangat dekat dengan rakyat," katanya.

Bhutan yang terletak di antara India dan China itu mengamalkan sikap tertutup serta rakyatnya masih mengamalkan cara hidup tradisional.
Bagaimanapun, negara itu telah menyaksikan beberapa perubahan dengan mengadakan pilihan raya pertama untuk membentuk Parlimen dan memilih seorang Perdana Menteri.

BEBERAPA penari turut memeriahkan suasana dengan memakai pakaian tradisi ketika menghadiri majlis pertabalan yang diadakan di Thimpu semalam.

Keluarga diraja Bhutan dianggap suci oleh rakyat dan mereka jelas tidak mahu menerima nasib yang sama seperti sistem beraja di Nepal.

Kebangkitan pemberontak Maois di Nepal pada 1996 menyaksikan sistem beraja negara itu dibubarkan melalui perlembagaan pada tahun ini.

"Masa yang terbaik bagi mengubah sistem politik adalah ketika negara berada dalam keadaan aman dan stabil. Mengapa perlu menunggu satu revolusi?," kata Singye ketika memulakan proses perubahan politik pada 2005.

Walaupun disayangi rakyat, Singye, 52, bertindak menamatkan pemerintahan mutlak raja bagi membolehkan negara itu menjadi sebuah negara demokrasi.

Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan baginda untuk melakukan perubahan dan memodenkan negara yang mempunyai seramai 600,000 penduduk itu.

Sejak Singye turun takhta, dinasti yang berusia 100 tahun itu menunggu petunjuk daripada tukang tilik bila majlis pertabalan raja yang baru boleh dilakukan.


PERMAISURI Bhutan, Ashi Sangay Choden (kiri) dan Ibu raja baru,
Tshering Yangdon (dua dari kiri) menghadiri majlis pertabalan.


Raja Bhutan yang baru kini menghadapi cabaran besar bagi meneruskan kestabilan negara itu dalam era globalisasi ketika kebanyakan generasi muda mula terdedah kepada internet dan televisyen satelit.

Negara itu sebelum ini tidak mempunyai jalan raya atau pun mata wang sehinggalah tahun 1960-an, malah televisyen hanya dibenarkan pada 1999.

Bhutan yang terkenal dengan kecantikan semula jadi masih enggan membenarkan kebanjiran pelancong asing dan hanya membenarkan sejumlah kecil kumpulan organisasi asing melawat negara itu.

Seorang penduduk tempatan, Heroka Zangpo, 25, menjelaskan bahawa Bhutan adalah sebuah negara kecil yang masih mengamalkan cara hidup tradisional.

"Adalah sangat penting bagi mengawal kemasukan pengaruh-pengaruh asing kerana kami perlu mempertahankan tradisi kami," ujarnya.
- AFP




aku tengok gambar dia ni  macam bintang felem ler pulak... tee hee

[ Last edited by  amazed at 4-1-2009 10:55 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2008 11:00 AM | Show all posts
aku ingatkan negara bhutan dalam cerita meteor garden hanya rekaan

rupanya negara ini benar2 wujud
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 04:20 PM | Show all posts
Bhutan ni dekat2 dgn Nepal kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 10:57 AM | Show all posts
Cerai jadi gaya hidup biasa Bhutan


RAJA Jigme Khesar Namgyel Wangchuck yang berpendidikan
Oxford diharap mengubah imej negara Himalaya itu.




MASYARAKAT Bhutan terkenal sebagai penganut setia ajaran Buddha yang konservatif.

THIMPHU - "Kes penceraian adalah perkara biasa. Terlalu biasa. Sekiranya anda ke mahkamah, anda akan lihat kebanyakan kes melibatkan perceraian."

Mungkin kedengaran seperti kes di rantau Skandinavia, namun hakikatnya ia berlaku di negara miskin, Bhutan dan orang yang memberi kenyataan itu ialah seorang artis muda, Barun Gurung.

Malah ibu bapanya sendiri bercerai 10 tahun lalu ketika dia berusia 13 tahun dan adiknya setahun muda daripadanya. Mereka telah biasa dengan pertengkaran kecil ibu bapa.

" Pada fikiran saya, perkahwinan memberi kesan buruk kepada kami. Mereka kerap bergaduh dan ayah sering memukul. Keadaan itu tidak elok untuk kami," katanya.

Pergolakan rumah tangga menjadikan penceraian perkara lazim di negara Himalaya itu jika melibatkan perkahwinan pilihan sendiri namun tidak jika perkahwinan diatur keluarga.

Dalam situasi ini, Bhutan cukup berbeza dengan jiran terdekatnya seperti India, Bangladesh dan Nepal kerana penceraian adalah stigma dalam masyarakat serta jarang berlaku.

Banyak penyebab yang diperkatakan, termasuklah ketagihan arak, penderaan, curang dan ketidaksefahaman. Jumlah kes perceraian amat tinggi namun kebanyakan tidak dibawa ke mahkamah.

Peningkatan kes penceraian terus berlaku di negara kecil itu dengan 700 kes sepanjang empat tahun lalu. Ada yang menganggapnya sebagai satu trend yang berkaitan dengan kesan urbanisasi.

Cukup mengejutkan, negara didominasi oleh ajaran Buddha itu adalah jauh daripada sebarang pembangunan pesat moden berbanding jirannya yang sering bergolak dari segi politik.

Barun mengaitkan penceraian tinggi dengan keadaan sebenar penduduk yang suka mengambil mudah setiap perkara serius dalam kehidupan seharian termasuklah hal perkahwinan.

"Di Bhutan, asas perkahwinan adalah sangat mudah dan praktikal. Secara ringkasnya, ia bergantung kepada persefahaman antara pasangan tersebut," ujarnya. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by narvmarishka at 12-11-2008 04:20 PM
Bhutan ni dekat2 dgn Nepal kan??



bhutan ni  antara india ngan china
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 02:58 PM | Show all posts
teringinnya nak pergi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062686 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list