CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: badai007

Usahawan Melayu

[Copy link]
Post time 29-1-2009 03:10 AM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 27-1-2009 10:50 PM
setiap mall kena ada anchor tenant iaitu penyewa yg mampu tarik traffic, cth klcc - ada isetan, sg wang - parkson, alpha angle -  jusco, midvalley - carrefour.

saper anchor tenant plaza angger ...



2-3bulan lepas pegi mara shah alam...katanya derang nk jadikan plaza angsana pusat IT plak....sama cam low yatt

tak tau la apa jadik skang... itu hari ingat nk apply gak kedai situ...tgk la camne nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2009 05:25 PM | Show all posts

Balas #61 khai149\ catat

kalau ade traffic .. ok jer ... kalo takde ... mmaaaooootttt ...
unless kita pandai cari bisnes luar ..

Aku tengah berkira-kira nak sewa ofis kat Worldwide Business Center (sebelah Tesco Shah Alam tu) ..

Ade sape2 yang ade ofis kat situ ... ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 07:23 PM | Show all posts
worldwide tu ok rasanya...parking senang, ada lift...sesuai la utk ofis

pernah la gi sana dolu2 jupe client..okla besar gak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:06 PM | Show all posts
kalau bab barang ICT....susah nak cakap, dulu kerja ngan kompeni buat wifi, supplier memang semuanya cina..dari supplier hardware untuk datacenter sampai laa ke software untuk digital art....

tapi skrg dah ada mula tumbuh kompeni fully bumi untuk tackle beberapa niche ICT market

Training.net.my -> Cover training ICT dari server,programming sampailaa graphics. Dah masuk paper
Sifoo.com -> Training Digital Art dan Consultant
WangCyber.com -> Coaching Usahawan ICT
AIST.com.my -> Customised programming guna PHP dan Training PHP
MercuMaya.net -> Supplier barang-barang Server dan juga sewaan server. Barang PC pun supply
Azrul.com -> Joomla Expert dan hanya buat project swasta ( non gomen )
SZAB.net -> Pakar direktori dan tuan punya milik bersama WangCyber. Pakar SEO

Yg perlu diperbanyakkan
1. betul-betul supplier barang PC gergasi macam Digital mall..bayangkan Maideen ICT
2. pengedar BUKu ICT/printed Ebook..setanding MPH/Kino
3. Konsultant Sekuriti
4. Pakar penyelesaian E Commerce ( ada sijil, boleh beri confident kpd user )
5. Konsultan untuk networking,programming,arts ..macam loyer..diorang boleh buat sykt Jururunding etc...

Dan juga kurangkanlaa pra-sangka kalau hire orang melayu jadi konsultan atau supplier syarikat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:25 PM | Show all posts

Reply #64 bmw_e34's post

Setakat supply server dan programming tu masih level rendah dan tak cukup niche. Dulu masa aku mula2 niaga dengan kerajaan, setakat supply Sun Solaris dan IBM Blade server, aku buat bisnes tanpa ada office. Running bisnes sesorang sahaja. Duduk aja kat restoran mamak sambil buat bisnes. Pukul 9am aku keluar rumah bawak beg sebijik, pergi ke office2 kerajaan, borak2 dengan engineer, bawak diorang keluar makan, dapat list barang nak dibeli kemudian terus balik ke rumah untuk email distributor mintak pricing. Begitu jugak budak2 yang buat programming. Bawak laptop sebijik aja tanpa office. Level kami macam 'penjaja'   dan takda apa nak dibanggakan kecuali sales dalam RM50 ribu- 200 ribu sebulan. Setahun sales lebih sejuta tapi office cuma alamat kat rumah sendiri !!!

Orang Melayu perlu pergi lebih dalam lagi, contohnya buat R&D dalam semiconductor facbrication technology dan teknologi yang amat pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by bmw_e34 at 29-1-2009 10:06 PM
kalau bab barang ICT....susah nak cakap, dulu kerja ngan kompeni buat wifi, supplier memang semuanya cina..dari supplier hardware untuk datacenter sampai laa ke software untuk digital art....

...


akak rasa list tu tak berapa tepat terutama yang ada perkataan wang tu. akak tengok macam-macam tawaran skim cepat kaya kat situ. kebanyakannya konon nak ajar orang jadi kaya. lain-lain akak masih tak minat mak tahu. kalau betul usahawan melayu kita nak maju bukan bagi contoh dengan website atau forum teruk macam tu. akak tak setuju. kalau nak tunjuk, tunjuk melayu yang berjaya bekalkan peralatan, dan programming. szab akak tengok itu bukan supplier tapi lebih kepada pengguna script orang lain dan bukannya mencipta direktori script sendiri. akak rasa itu bukan boleh dibanggakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2009 12:57 AM | Show all posts
Saya sendiri selalu diperangkap oleh manusia penipu yang berselindung disebalik ayat-ayat seperti:

1. Saya ni cuma nak bukak peluang kepada sesama Melayu. Saya nak tolong budak-budak Melayu. Inilah peluang keemasan.
(tapi manusia inilah yang 'kitai'/sapu/bawak lari duit orang Melayu)

2. Saya ni bukan kaki pompuan tetapi saya sebenarnya nak membantu ibu tunggal. Kesian kat mereka.
(tapi dia lah yang mengangkang ibu tunggal   )

3. Saya nak bantu up kan sesama orang Islam sebab saya suka tengok orang Islam berjaya
(abis duit orang sesama islam dikebasnya)


Yang menipu ni bukan nya orang biasa, mereka ini drive Mercedes, meeting kat hotel 5 star, kawan baik dengan orang VIP dan kerabat diraja. Dengan imej inilah kita kena tipu lebih mudah.


Pengalaman saya bagaimana seseorang yang berselindung disebalik status 'VIP' nya cuba menjual saya kepada usahawan Cina. Cina itu mahu mintak grant kerajaan sebanyak RM10 juta, tetapi dia perlu seorang Melayu pegang 51% share. Cina ni bayar komisen kat 'VIP' Melayu nih untuk cari Melayu untuk jadi 'alibaba', call menteri mintak surat sokongan, dan lain-lain. Melayu yang jadi alibaba ni takda kuasa. Bila dapat RM10 jutatu, Cina ni yang kawal syarikat dsn duit tum manakala melayu alibaba ni dapat ler komisen bulanan RM800
'VIP' ni maybe dapat 2.5% daripada 10 juta tu sebagai komisen, maka dia pon cabut lari lah. Kalau Cina itu bawak lari atau seleweng duit itu nanti, saya yang akan kena sebab saya pegang 51% share !!

Yang lucunya, produk ICT yang Cina tu nak buat proposal bukan canggih mana pon   tapi Cina ni pandai buat business model, sepertimana nasi lemak Cina kat kopitiam boleh dijual pada harga RM7.90, tapi nasi lemak Melayu cuma laku pada value RM3.50 sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:01 AM | Show all posts

Reply #67 WonBin's post

Hati-hatilah dengan penipu ini, even mereka ni mengaku saya adalah bekas naib presiden persatuan peniaga Melayu Islam.  Siasat dahulu latar belakang mereka. Tanya orang.Jika tetiba ada orang yang terlampau baik nih, jangan percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 07:37 AM | Show all posts
SZAB.NET tuh naik sebab dia pandai guna SEO. Google Page Ranking yg sangat tinggi. Kalau letak URL kemungkinan akan google akan digest dulu dari website lain.

Kalau nak tau Google PR sila baca ( http://en.wikipedia.org/wiki/PageRank )

Antara wesbite yg google PR tinggi di malaysia, forum PHP.net.my ( Programming ), SZAB, Putera.com,Lowyat etc.

Bagaimana PR berfungsi dalam Google Search Engine ?

Cuba search google " mengapa yahudi bijak"
Posting di PHP.net.my akan dapat list no 1 padahal listing dalam Forum Cari Current issue lagi awal dari listing di CARI.

So pembinaan sesebuah website berasaskan komuniti, Google PR, Alexa Ranking, SEO sangat penting. Cepat masuk data ke dalam Search Engine, ramai organic search result, dan hasilnya ramai unique visitor. Dengan ramai unique visitor, ianya boleh diubah kepada duit dengan iklan. Saya pernah borak dengan sales/marketing akhbar tempatan online, 1 bulan income Adsense mereka USD25-30k. Cuba try taip "supplier tudung ikin" ..agak-agaknya sapa yg dapat rebut listing no 1 ?...WanitaMelayu.com ( dimulakan oleh seorang akauntan Wanita, dan skrg forum dia dah 30k user register..sekali dia hantar newsletter...30k terus dapat..bayangkan marketing yg dia boleh buat )

WangCyber
Rasanya niche forum mereka perniagaan internet berasaskan affiliate dan cara-cara gunakan kuasa internet untuk marketing. Mereka ada terbitkan majalah mingguan dalam bentuk digital (PDF), Majalah IM untuk bagi panduan kepada usahawan internet. Konsep mereka macam forum Cari, bila banyak visitor, mula letak IKLAN...even harian metro online pun ada text ad skim cepat kaya...kalau baca metro printed lagi teruk, semuanya iklan Along.

Kalau nak tengok SYKT melayu yg betul betul buat scratch programming untuk pasaran

1. AIST.com.my, Zenpipe.com,PHP.net.my,Sifu.my ( yg nih owner dia sorang aja, Amran..graduate Engineering dari UTM Skudai )...banyak buat projek customised programming dan hanya tumpukan kepada PHP/MySQL. Boleh view portfolio di http://www.aist.com.my/page/works . Start dari bawah, buat freelande, kemudian upgrade slow slow..sampailaa skrg boleh dah boleh handle up to 500k nyer project. Kompeni dia skrg kat melaka,Inkubator

2. Ihsan.com, http://www.mitechsoft.com
Nih owner dia orang Terengganu. Buat software e-learning untuk govt,schools, etc. Asas programming dari PHP/MySQl dan sekarang dha upgrade ke Flex,Python dan Coe Igniter. Killer apps dia boleh view di  http://www.mitechsoft.com. Software memang buat sendiri 100%. Bukan cilok open source pastu resell.

Kompeni aku sendiri more kepada R&D & customised programming & server setup ( Open source based product, kos rendah,lesen free, tapi tak ramai developer dalam malaysia )
antara product yg aku ada setelah research since 2007

1. mamakspot wifi management  ( sudah keluar kosmo, tapi sampai skrg under development sebab takder masa nak teruskan )
http://mamakspot.blogspot.com

2. CakeSMS ( nih baru start, buat complete sistem untuk SMS manegement for business yg takmo guna telco, on laptop, cucuk hp..terus boleh buat SMS marketing ). insya allah, next week beli demo model dan terus masuk road show. Kelmarin masa pameran usahawan islam midvalley pun dah masuk cuma tak tau nak marketing
Aku ada bagi PDF free macam mana nak buat from scratch, boleh download dari website di bawah.

boleh rujuk di http://cakesms.blogspot.com


Kalau nak nak cipta teknology pelik-pelik, aku ada satu idea contohnya alat yg boleh bagi signal GPS guna GSM Modem..dan alat tersebut mesti bersaiz thumbdrive....kegunaannya.nak detect anak kecil yg pergi ke sekolah. Nak tau lokasi anak, just sms aja ke device anak tersebut, dan auto reply balik dengan GPS data yg kemudiannya boleh dimap ke dalam garmin. Tapi sapa mau sponsor ..dan ada ker demand dalam malaysia ? Untuk POC, aku ingat nak guna hanphone Nokia E71 yg dah ada built in GPS untuk hantar data.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 07:55 AM | Show all posts
Originally posted by bmw_e34 at 30-1-2009 07:37 AM
SZAB.NET tuh naik sebab dia pandai guna SEO. Google Page Ranking yg sangat tinggi. Kalau letak URL kemungkinan akan google akan digest dulu dari website lain.

Kalau nak tau Google PR sila baca ...



akak dah tengok link yang kamu bagi, apa yang akak lihat di wangcyber tu banyak ajaran tidak beretika, contoh suruh akak download video dari youtube kemudian upload. cetak rompak jer rasa. tak dibendung ke? janji manis dapat puluh dan rastus ringgit. akak tak suka benda tu. apa yang tinggi ranking szab tu? akak selama ini search tak tau wujud szab, akak tau bila kamu bagitau akak disini. akak rasa kamu ni geng diorang kot. hentikanlah... bagilah contoh yang benar-benar tauladan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 09:09 AM | Show all posts
saya baca Szab from http://www.samsulzamzuri.com/

WangCyber punya founder, Shuth dan wife dia antara peniaga tudung online di Malaysia. So apa masalahnya Szab.net dan Wangcyber.com ?

Saya tidak kenal mereka dan mereka tidak kenal saya....tapi ada juga hubungan mutual sebab kami pernah jadi programmer freelancer.

Szab.net modus operandi dia ialah jual direktori dan kebanyakkan direktori yg dijual kepada pembeli dari kalangan rakyat asing, yakni SEO hunter dari foreign country. Mengapa mereka nak beli link dari SZAB ? Sebabnya PR tinggi. Itu asset Szab.net sampai dia boleh jual link pada harga USD30 per submission ker. So itu cara dia buat duit. So far dalam Malaysia, dia sorang sahaja yg saya tau jual direktori.

Jual Affiliates, saya tak berapa gemar, sebab tak pernah explore.

Jadi, maybe u kena study a bit about SEO ( Search Engine Optimization ), Internet Marketing, Google Adwords/ Adsense/ Pagerank, sebab diorang nih bisnes berdasarkan item di atas.

WangCyber.com, pernah masuk dan baca artikel mereka ? Rasanya banyak usahawan melayu yg mereka berjaya terbitkan. Bukan usahawan skim cepat kaya. Kalau nak jadi usahawab skim cepat kaya , search "cari gold" dalam google dan risiko sendiri tanggung.

Kalau nak contoh lain usahawan melayu. Apa kata ke

http://wanitamelayu.com ( forum direktori usahawan wanita )
http://mangkuktingkat.com ( jual lauk )
http://otaiburger.com ( burger franchais )
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 10:22 AM | Show all posts
Kalo jual website yang high traffic tu, berapa nilainya?
Bukan mudah nak maintain traffic
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 10:56 AM | Show all posts
rasanya mereka tak jual...umpama asset yg makin lama makin tinggi nilai.

Kalau nak beli website yg dah ada traffic, saya sendiri pun tak tau formulanya, tapi sebagai pembeli website, kita boleh request perkara-perkata berikut

1. Akses ke Google Analytics, supaya kita boleh tahu statistik website tersebut. Berapa pageview, berapa orang datang dalam sehari, apa keyword diorang guna, demografi pengguna, berapa lama diorang habiskan masa di website tersebut.

2. Data dari webalizer atau awstats, supaya kita tak kena tipu.


Website yg ranking tinggi dalam Google seperti Cari.com, Utusan.com.my, TheStar.com, HMetro.com nih harga boleh cecah ratus ribu silap-silap millions. Resipinya :

1. Stickyness, macam forum cari tiap-tiap hari orang datang
2. Media exposure, macam Chedet.cc selalu masuk TV/Paper
3. Organic search result melebihi 90%, maknanya..user masuk that website melalui search engine
4. registered user mengikut peringkat, 10k,20k,30k,,,,,,100k

Agak-agak, mudah.com.my berapa value dia sekarang ? Nak tahu jawapan, sila ke sini  http://www.yourwebsitevalue.com   ..dapatlaa USD100k
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 04:56 PM | Show all posts
aku heran gak bila dipikir2 balik. apsal kalau melayu bukak kedai, owner dia akan cakap, kedai tu dibomohkan, org bomohkan owner tu, mcm2 perkataan bomoh mengelilingi ruang lingkup percakapan. tapi, bila cina bukak kedai, takder ker org nak bomohkan kedai cina tu? atau bomoh takut kat cina.
sepatutnya, melayu perlu jarakkan 'bomoh' dlm kehidupan seharian. udah2 lah caya kat bomoh tu.  kerana bomoh ni merosakkan akidah dan hubungan sesama islam ni.asyik tuduh jer.

sepatutnya, org islam ambik peluang yg ada, dengan mendekatkan diri kepada Allah, berusaha dan bertawakkal kpd Allah, ambik pedoman dr al-Quran dan hadis...bila dah cukup segalanya,INsya'Allah melayu akan maju dan digeruni masyarakat lain.

SEDARLAH.., pegangan ekonomi kita masih rendah, ramai remaja melayu bermasalah dan tidak ptgkan pelajaran,org kita suka berangan2 tanpa merealisasikan angan-angan itu, suka harapkan bantuan, suka meniru, sikap kita yg mudah lesu dan give up, dan bila dah senang mudah lupa jati diri...  

marilah sama2 kita ubah apa yg masih boleh diubah...dan baiki kelemahan kita...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 05:38 PM | Show all posts
makin semangat... bagus bagus... alhamdulillah...

bangsa kita makin bertapak maju...

skrng kita berusaha... biar anak cucu kita dpt merasainye nanti...

usahalah sebaik mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 06:33 AM | Show all posts
Originally posted by bmw_e34 at 30-1-2009 09:09 AM
saya baca Szab from http://www.samsulzamzuri.com/

WangCyber punya founder, Shuth dan wife dia antara peniaga tudung online di Malaysia. So apa masalahnya Szab.net dan Wangcyber.com ?

Saya t ...


thanks bro bmw_e34, banyak ilmu baru aku dpt nie....

kalau ada apa2 lagi info...share la kat sini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 09:07 AM | Show all posts
terima kasih

Nih saya nak bagi satu tips memulakan laman web perniagaan tanpa guna modal

Website rujukan : http://fukushop.blogspot.com
Website di atas tak perlu guna domain berbayar, hanya guna *blogspot.com

Sesiapa yg boleh tulis blog, dah boleh buat laman web perniagaan. Jadi daftar sahaja di blogspot.com, gunakan subdomain yang berkaitan dengan perniagaan anda eg

tudung2u.blogspot.com
pasang-grill.blogspot.com
pomen-kereta.blogspot.com

Hanya gunakan blog posting pertama sahaja untuk letak gambar dan cerita. sebab nak pastikan produk ringkas dan user boleh comments.

Gunakan gambar untuk menimbulkan minat pengguna.

Di bahagian kanan, hanya letak informasi bagaimana nak hubungi kita melalui telefon,email dan sebagainya.

Kalau pandai guna Google Analytics untuk buat tracking pengguna, masukkan ke dalam blog anda sekali.

Dengan menggunakan Google Analytics, anda boleh tahu berapa ramai yg datang website anda cipta tadi.

Website dah ada, tracking pun dah ada..email pulak tiada. Saya suggestkan Gmail. Sebab mudah untuk digunakan.

Elemen penting dalam pembinaan website jual barang, marketing. Saya bagi point yg mudah sahaja

1. Letak Link dan perihal website di signature forum anda di mana-mana sahaja forum
2. Cari blog yg mempunyai hit tinggi dan tinggalkan komen di sana sambail letak alamat URl
3. Ramaikan kawan dalam Facebook,MySpace,Tagged,Hi5,Twitter dan sentiasa update dengan produk terkini di blog anda
4. selalu update status YM,MSN,Skype dengan taju berkaitan blog anda


Katakan dah berjalan buat sales selepas 6 bulan beroperasi, dan anda nak guna domain sendiri seperti pomen-kereta.com , simple beli domain di GoDaddy.com guna credit card dan baca mengenai bagaimana nak point domain ke blogspot. Mudah sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:08 PM | Show all posts
haku nak buat website e commerce x jalan2 lagi...huhuhuhu...ari tu niagakit yang dari wangcyber tu dah abis dah...rugi betul x sambar...huhuhuhu..template menarik...

byk lain yang buat e commerce, tgk portfolio..aduhai...ada guna font yg sgt tidak sesuai...kedudukan x betul...gambar kecik sgt...

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 07:59 PM | Show all posts

Reply #77 bmw_e34's post

bab internet marketing ni aku blurrr sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 10:57 PM | Show all posts

Reply #25 hazel23's post

rentikan laa...:@

nanti diornag tukar nama asal kepada nama diorang, dapat geran...lepas tu...ilangg....belasah duit tu....dengan geng2 diorang....

sakit hati betul la bila memikirkan org yang sepatutnya berjuang untuk bangunkan usahawan.....sebenarnya meniaga goreng pisang kecik2 pun bankrap....camana nak advise usahawan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.293389 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list