View: 4891|Reply: 45
|
Siapakah PEMANDU-PEMANDU GILER ittew?
[Copy link]
|
|
Korang tengok tak Buletin Utama 1.30 tadi??
Ada 2 kes pemandu giler yang berlaku di area yang sama:
1. Pemandu giler yang cuba nak buat aksi drift dengan membuat U-turn pada kawasan yang tak dibenarkan lalu mengakibatkan 4 buah motorsikal melambung! Salah seorang daripadanya MAUT manakala yang lain PARAH! :@ :@ :@
2. Pastu ada lagi seorang pemandu giler di bawah pengaruh alkohol yang lalu di tempat kejadian dengan memandu secara berbahaya sehingga melanggar belakang sebuah kenderaan. Bila orang ramai kerumun, dia pecut!! The classest is tak lama pastu dia datang lagi dengan keadaan yang sama (reckless driving).. langgar sisi kereta plak.. Hah kali ni mendapat lah kan dengan orang ramai yang tengah kerumun eksiden kat situ. Kena hentam & keretanya dirosakkan! Serve him right!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk gak td..
bengong.. |
|
|
|
|
|
|
|
kL, macam jln TAR je. |
|
|
|
|
|
|
|
budus nyer driver...:@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap kete iswara kan....?
bodo nyer driver buat drift tgh2 bandar.... |
|
|
|
|
|
|
|
semua terpengaruh dengan MOD FnF.... wa ka ka.... cabutzzzzz menyorok ke templer park |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 freekey's post
lain kali nak buat aksi drift gi laa putrajayaaaa laa... banyak korner menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu buat 'drift' kena belasah
Oleh Ifwan Tun Tuah
[email protected]
KUALA LUMPUR: Lima termasuk dua wanita cedera dibelasah sekumpulan lelaki sedang membantu mangsa kemalangan di Jalan Loke Yew di sini, awal pagi semalam, kerana didakwa melakukan provokasi.
Kejadian jam 4 pagi itu dikatakan berpunca apabila pemandu Proton Iswara hitam yang tidak berpuas hati dengan kesesakan akibat kemalangan itu memandu secara berbahaya sambil membunyikan hon berulang kali.
Pemandu itu turut didakwa melanggar sebuah kereta yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian sehingga mencetuskan kemarahan kumpulan lelaki terbabit yang kemudian memecahkan cermin belakang keretanya sebelum dia beredar.
Bagaimanapun, pemandu itu dikatakan berpatah balik kira-kira setengah jam kemudian dan sekali lagi melakukan aksi berbahaya termasuk 'drift' di lokasi sama sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta.
Pemandu itu kemudian cuba melarikan diri dengan memandu ke arah Jalan San Peng kira-kira 30 meter dari tempat kemalangan, sebelum dikepung kumpulan berkenaan.
Kumpulan lelaki terbabit kemudian dikatakan merosakkan kereta itu menggunakan topi keledar, kayu dan batu sebelum menarik pemandu dan empat penumpang kenderaan itu keluar dan membelasah mereka.
Difahamkan, tiga daripada mangsa termasuk seorang perempuan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan dibenarkan keluar beberapa jam kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Sulaiman Salleh, ketika dihubungi bagaimanapun berkata tiada sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Terdahulu, dalam kemalangan itu, seorang pembonceng motosikal maut manakala empat lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang dikatakan berhenti mengejut di tengah jalan.
Syed Mohd Shahrizal Syed Sahari, 21, yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan 23 November ini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Empat lagi mangsa termasuk dua rakan Syed Mohd Shahrizal pula parah dan dimasukkan ke HUKM dan HKL.
Timbalan Ketua Trafik Bandaraya, Deputi Superintendan Ng Fook Long, berkata polis sudah menahan pemandu kereta itu, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Lans Koperal mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1981 untuk membantu siasatan.
Katanya anggota polis berusia 30 tahun itu ditahan selepas membuat laporan mengenai kemalangan berkenaan di Ibu Pejabat Trafik Kuala Lumpur di Jalan Bandar di sini, jam 10 pagi.
[ Last edited by t@t at 10-11-2008 09:28 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
padan muka..bawak iswara je..bukan AE86..takziah dekat pembonceng motosikal tu..nak kahwin dah..kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
terer nye dia buat drift ngan keta kebal |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal pengantin maut, anggota polis ditahan
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Seorang penyelenggara setor yang bakal mengakhiri zaman bujangnya dua minggu lagi maut manakala empat rakannya parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan empat motosikal di Jalan Loke Yew menghala ke Cheras di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, sebuah kereta Proton Saga yang dipandu oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal tiba-tiba memasuki lorong bertentangan lalu merempuh empat motosikal.
Beberapa saksi yang melihat kemalangan itu mendakwa Proton Saga yang dipandu di Jalan Loke Yew menghala ke pusat bandar itu tiba-tiba membuat pusingan 'U' di tempat yang tidak dibenarkan.
Pemandu kenderaan itu juga dikatakan melarikan diri sebaik sahaja menyedari mangsa iaitu pembonceng salah sebuah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa, Syed Mohd. Shahrizal Syed Sahari, 21, mati selepas cedera parah di kepala.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning ketika dihubungi memberitahu, ekoran kemalangan itu, sebuah kereta Nissan Bluebird di belakang motosikal tersebut tidak sempat berhenti lalu merempuh Proton Saga yang dinaiki dua anggota polis dan dua orang awam.
Menurutnya, empat rakan mangsa termasuk seorang wanita berusia 20-an dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini untuk menerima rawatan.
"Bagaimanapun, penumpang kedua-dua kereta itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan yang serius. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya.
Menurut Abdullah, pemandu kereta Proton Saga itu, seorang anggota polis dari Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, ditahan kira-kira pukul 10 pagi ini ketika membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini.
"Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, polis telah mengambil sampel darah anggota polis itu bagi mengesan sama ada dia memandu di bawah pengaruh alkohol.
Sementara itu, kakak mangsa, Sharifah Shamila Syed Sahari, 31, ketika ditemui di bilik mayat HKL berkata, dia menemani Allahyarham ke Kajang petang semalam untuk membeli baju Melayu bagi kenduri perkahwinannya.
"Tak tahu kenapa, tiba-tiba dia tak jadi beli. Lepas itu kami pun balik ke rumah di Balakong," katanya.
Menurutnya, beberapa jam kemudian Syed Mohd. Shahrizal keluar semula bersama rakan-rakannya ke Wangsa Maju kerana mahu makan kuetiau.
Tambahnya, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya sudah bersedia sepenuhnya berkahwin dengan wanita pilihannya, Rohayu Kamaruddin, 24, dari Mersing, Johor.
Sharifah Shamila memberitahu, jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halaman mereka di Keratong, Pahang petang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 t@t's post
wahh.. tat.. pepagi dah baca paper sambil makan nasi lemak keeR??
tapi aapsai ada 2 diff statement? keter tu masuk laluan bertentangan ke or stop mengejutttt??.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 takumi86\ catat
ada 2 keta... yg saga tu u-turn.. yg benti mengejut tu nissan bluebird... |
|
|
|
|
|
|
|
kali ni den puji polis..dia biar dulu budak2 ni belasah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyer bakal wife dia... |
|
|
|
|
|
|
|
bdk tuh ingat jln raye nih mcm maen kete langgar2 kt funfair ke??
xpasal2 mkn penumbuk org len..
xke kenyang mcm tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
kete iswara?
kete OD? |
|
|
|
|
|
|
|
kena balun ahbeng tu beb ... hehe .. ada gambar gambar dia .. amoi dia cun gakss .. koyak koyak la baju amoi dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by takumi86 at 10-11-2008 09:42 AM
wahh.. tat.. pepagi dah baca paper sambil makan nasi lemak keeR??
tapi aapsai ada 2 diff statement? keter tu masuk laluan bertentangan ke or stop mengejutttt??..
tu ler psl kumik....itu yg aku bold kan merah tuh...
satu paper ckp anggota Pga....utusan plak ckp polis.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|