CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

Pengebom Bali 2002 - executed update: JI dapat semangat baru!!

[Copy link]
Post time 12-11-2008 08:31 AM | Show all posts
ada jugak yang bahasa2 yang bisa dipahami...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2008 08:43 AM | Show all posts

Reply #10 mjla's post

soal iman dan kesabaran,berbeza-beza diantara satu sama lain...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 12-11-2008 02:10 AM
heh...
nak wak camne



takpe Nik...belajar rajin2 ye...nanti leh cari jodoh lawo2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 08:52 AM | Show all posts
dalam penjara bleh tulis surat wasiat dulu laa kat indon sana.. kat malaysia bleh tak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 08:53 AM | Show all posts
huuuu...
x leh donlod kat opis..
kene blok...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 08:59 AM | Show all posts

Reply #14 totokreturn's post

boleh kot............:2cool:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2008 09:00 AM | Show all posts

Reply #15 kuzistylo's post

padan muka....tula..dwnload bukan2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 01:59 PM | Show all posts
Web tunjuk jenazah pengebom ditutup

Pelawat anggap 3 militan mati syahid


JAKARTA: Satu laman web militan Indonesia yang memaparkan gambar mayat seorang pengebom Bali yang dihukum mati ditutup selepas ia terlalu sesak dikunjungi, kata pentadbir laman web itu semalam.

Laman web berkenaan memaparkan gambar bahagian muka pengebom Imam Samudra dibaluti kain kafan putih selepas dia dihukum mati skuad penembak pagi Ahad kerana peranannya dalam pengeboman Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang.

"Laman web Arrahman ditutup buat sementara berikutan masalah teknikal selepas pelawat berpusu-pusu berkunjung ke laman web itu untuk melihat gambar pengebom yang mati syahid," kata laman web itu dalam satu kenyataan media.

Pentadbir laman web menafikan penggodam menutup laman web itu.

Beratus-ratus militan yang emosi menghadiri majlis pengebumian Imam Samudra, 38, di kampung halamannya di Serang, Jawa Barat, Ahad lalu.

Rakannya, adik beradik Amrozi, 47, dan Mukhlas, 48, dikebumikan di tengah senario sama di perkampungan mereka di Jawa Timur.
Gambar itu diterbitkan dengan kebenaran keluarga Imam Samudra untuk membenarkan umat Islam menyaksikan bukti syahid kematiannya," kata pentadbir laman web itu.

"Kami tidak akan berhenti. Kami akan datang kembali," kata laman web yang meletakkan kandungan biasanya.

Polis mengadakan kawalan keselamatan tinggi di seluruh Indonesia berhubung kemungkinan serangan balas dendam oleh penyokong pengebom yang pertama dihukum mati mengikut undang-undang antikeganasan 2003.

Penganalisis berkata, beberapa siri penangguhan sehingga hukuman mati ke atas pengebom dilaksanakan dan liputan media tanpa tapisan membantu membangunkan imej mereka sebagai 'syahid' oleh penyokong radikal lain. � AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2008 03:40 PM | Show all posts

Al-fatihah utk triosyuhada...

JENAZAH Imam Samudra, 38,dibawa ke Serang, Banten pagi tadi. Tengah malam tadi dia bersama Amrozi
Nurhasyim, 47, dan Ali Ghufron, 48, menjalani hukuman mati ditembak setelah didapati bersalah terlibat dalam kejadian pengeboman di Bali enam tahun lalu.

Puluhan ribu telah menyertai upacara pengebumian ketiga-tiga 'pejuang islam' tersebut, termasuk pemimpin agama Abu Bakar Bashir. Hukuman itu dilaksanakan selepas lebih seminggu pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan ditembak awal bulan ini.

Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara yang dikawal ketat di pulau Nusakambangan. Ketiga-tiga mereka merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang ditubuhkan oleh Basir.

"Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak," kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan. "Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia," katanya. Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini. Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat.

Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh
seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:

"(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka,"katanya.

Dalam pada itu, laporan Bernama semalam menyebut sejak Mahkamah Agung Indonesia memutuskan hukuman mati itu akan dilaksanakan pada awal bulan
Dan tidak akan melepasi 15 November.

Laporan media massa tempatan menyebut mereka yang diiringi dua pegawai pemerintah ialah kedua-dua isteri Amrozi iaitu Choiriyana dan Rochma, juga
kedua-dua isteri, Muklas, iaitu yang dikenali hanya dengan nama Paridah yang berasal Malaysia dan Ana dari Solo, Jawa Tengah. Seorang anaknya yang masih belajar di sekolah rendah dan dua adik beradik kandung Amrozi juga turut berangkat.


Suasana haru menghiasi kediaman orang tua kedua mujahid yang Insya Allah telah syahid, Amrozi dan Ali Ghufron di Tenggulun. Ditambah dengan datangnya tiga burung hitam yang berputar-putar di atas rumah.

Lebih dari tujuh menit burung tersebut berputar-putar, seakan memberikan persaksian bahwa mereka adalah para syuhada. Istri dari Ali Ghufron, Ustdzh. Paridah Abbas menambahkan, dia melihat langit membentuk kalimat
Allah saat ketiga burung tersebut datang.

Sejak semalam, sekitar pukul 22.20 lapangan yang direncanakan menjadi helipad untuk helikopter pembawa jenazah kedua syuhada (Insya Allah),
Amrozi dan Ali-Ghufron, dijaga ketat oleh puluhan polisi.

Tepat pukul 23.53, ketiga mujahid akhirnya syahid (Insya Allah) di tangan toghut la'natullah. Saat helikopter hendak mendarat, dikediaman ibu dari kedua mujahid (Amrozi dan Ali Ghufron) telah mengadakan prosesi persiapan penyambutan jenazah. Pintu-pintu rumah selain akses depan ditutup rapat. Wartawan tidak diperbolehkan masuk kecuali dua orang
Keluarga yang boleh menggunakan kamera.

Di dalam rumah, kakak tertua, Ust. Khozin memberikan nasehat. Sesuai dengan wasiat kedua mujahidin, tidak boleh ada yang menjerit, melakukan nihayah,
boleh menangis tetapi tidak meraung-raung atau sampai tersedu.

Koresponden Arrahmah yang berada di Tenggulun mengatakan, dia berada di shaf terdepan saat menyalatkan jenazah berjamaah dengan istri-istri kedua mujahid. Bau harum semerbak bertebaran dalam ruangan. Kedua mujahid
terlihat tersenyum dan wajahnya bersih, sangat bersih, serta jauh lebih
tampan.
P/s: sila masuk ke blog saya (klik dekat nama saya) utk dapatkan link 憇urat wasiat triosyuhada
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 04:29 PM | Show all posts
semoga roh mereka aman.........................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 06:17 PM | Show all posts
Pengebom Bali: JI dikhuatiri dapat 'semangat baru'

JAKARTA 11 Nov. - Penganalisis keselamatan hari ini memberi amaran, publisiti meluas menjelang pelaksanaan hukuman mati ke atas tiga pengebom Bali telah memberi dorongan baru kepada pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) untuk melancarkan serangan maut.

Pakar JI, Noor Huda Ismail berkata, pengebumian Amrozi Nurhasyim dan abangnya, Mukhlas @ Ali Ghufron dihadiri oleh ramai anggota kumpulan itu dari seluruh Indonesia dan Malaysia.

Noor Huda yang pernah belajar di pesantren kendalian pengasas bersama JI, Abu Bakar Bashir, kini merupakan Naib Presiden syarikat perunding keselamatan, Sekurindo Global Consulting.

"Peristiwa itu menghimpunkan anggota kumpulan tersebut bagi membolehkan mereka meluaskan rangkaian hubungan dan mengatur strategi.

"Itulah kesempatan untuk mereka bertemu dan kita perlu memikirkan kemungkinan mereka menggunakan kesempatan itu untuk merancang serangan," kata Noor Huda selepas menghadiri pengebumian Amrozi dan Mukhlas di Kampung Tenggulun, Jawa Timur, kelmarin.

Beliau mendakwa melihat lebih 20 anggota JI di kalangan sekitar 1,000 orang yang menghadiri pengebumian di kampung tepi pantai itu sekalipun ramai anggota polis dikerah untuk mencegah protes ganas.

Beberapa pemimpin kanan JI dipercayai masih bebas di Indonesia, termasuk bekas akauntan rakyat Malaysia, Noordin Mat Top dan ketua JI cawangan Singapura, Mas Selamat Kastari.

Seorang lagi militan yang dilaporkan penyelaras al-Qaeda di Asia Tenggara, Zulkarnaen juga masih bebas.

Penganalisis keganasan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) di Jakarta, Sidney Jones berkata, cara kerajaan mengendalikan pelaksanaan hukuman mati itu menyebabkan ancaman serangan membalas dendam meningkat.

Jones dan penganalisis lain mempersoalkan kewajaran memberi pengebom berkenaan akses kepada Internet di bilik penjara dan membenarkan mereka mengadakan wawancara yang kerap dengan media tempatan dan antarabangsa.

- AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 08:54 AM | Show all posts
Pengebom Bali tidak harus diberi tumpuan

CANBERRA: Hukuman mati ke atas tiga militan pengebom Bali 2002 sepatutnya dikawal ketat bagi mengelak ia menjadi perhatian umum, kata Menteri Luar Indonesia Hassan Wirajuda semalam.

Ketiga-tiga mereka daripada kumpulan militan Jemaah Islamiah, Imam Samudra, Mukhlas dan Amrozi dihukum mati skuad penembak pagi Ahad lalu selepas didapati bersalah atas pengeboman kelab malam pada 12 Oktober 2002 yang membunuh 202 orang, termasuk 88 warga Australia dan 38 warga tempatan.

"Pada pandangan saya, saya menjangka proses pelaksanaan hukuman mati ke atas pengebom Bali mungkin tidak dibuat begitu terbuka," kata Hassan kepada media ketika mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari Australia di sini.

Beberapa hari sebelum hukuman mati dilaksanakan, ketiga-tiga pengebom ditemuramah stesen televisyen, menggesa lebih banyak serangan ke atas Barat dan menggalakkan rakyat Indonesia mencontohi perjuangan mereka. � Reuters
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.100656 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list