CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7653|Reply: 31

Pengebom Bali 2002 - executed update: JI dapat semangat baru!!

[Copy link]
Post time 9-11-2008 08:42 PM | Show all posts |Read mode
09 November, 2008   
Indonesia Executes Bali Bombers, Backlash Feared



Gambar AFP L-R: Ali Ghufron, Imam Samudra and Amrozi in prison in Indonesia. Three Islamists sentenced to death for the Bali bombings which killed 202 people were executed by firing squad early Sunday morning, after five years of legal challenges.



CILACAP, Indonesia (AFP) - Three Islamists sentenced to death for the Bali bombings which killed 202 people were executed by firing squad early Sunday morning, after five years of legal challenges.

"At around 00:15 am (1715 GMT Saturday) the three convicted men on death row, Amrozi, Mukhlas and Imam Samudra, were executed by firing squad," said attorney general's office spokesman Jasman Panjaitan. "The autopsy results show that all three are dead. The family members are now bathing the bodies," he said, adding that more details would be given later on Sunday.

Amrozi, 47, his brother Mukhlas, 48, and ringleader Imam Samudra, 38, were killed with shots to the heart in an orange grove near their prison on Nusakambangan island off southern Java, TV One television reported.

A source in the prison told AFP they shouted "Allahu Akbar" (God is greater) as they were escorted out of their isolation cells by paramilitary police. A brother of Mukhlas and Amrozi -- the latter dubbed the "smiling assassin" for his courtroom antics -- said the family had been informed.

"May our brothers, God willing, be invited by green birds to heaven now," Mohammad Chozin told reporters in the family's village of Tenggulun, east Java. "We're now handling the preparations to bring the bodies back, which may take two hours," he said outside an Islamic boarding school, as supporters shouted "Allahu Akbar."

Some 200 Islamic radicals had gathered at the school, some carrying banners praising the bombers as "heroes," amid fears of a violent militant backlash across the mainly Muslim country.

The 2002 attack targeted packed nightspots on the holiday island of Bali, killing more than 160 foreigners including 88 Australians, as well as 38 Indonesians.

It was blamed on the Jemaah Islamiyah regional terror network, a group once linked to Al-Qaeda which has launched a series of bloody attacks in Southeast Asia over the past decade.

Security has been beefed up around sensitive areas like embassies, tourist spots, shopping malls and ports. On Hindu-majority Bali, 3,500 police are on the streets providing additional security, officials have said.

Australia has urged citizens to reconsider travel to Indonesia and the United States -- which lost seven nationals in the attack -- has warned Americans to "maintain a low profile" and avoid demonstrations.

The bombers were sentenced to death in 2003 under a new anti-terror law which was applied retroactively, leading to criticism from rights campaigners and fuelling anger among their Islamist supporters.

They repeatedly said they wanted to die as "martyrs" for their dream of creating an Islamic utopia spanning much of Southeast Asia. But the executions were delayed by a series of failed appeals and legal challenges, and most recently by the Muslim holy month of Ramadan in September.

The bodies are expected to be taken by helicopter to the bombers' families in east and west Java, an extraordinary precaution designed to limit any demonstrations.

Hardline cleric Abu Bakar Bashir, the co-founder of Jemaah Islamiyah who was jailed on a conspiracy charge related to the bombings before being released, praised the bombers as "holy warriors" during a visit to Tenggulun on Saturday.

The 2002 Bali attacks were the bloodiest in a sustained period of Al-Qaeda-inspired jihadist violence in the world's most populous Muslim country.

Bombings at the JW Marriott hotel in Jakarta in 2003, the Australian embassy in 2004 and Bali again in 2005, among others, killed scores of people.

The alleged mastermind of the Bali bombings and subsequent attacks, Malaysian extremist Noordin Mohammad Top, is still at large.



banyak lagi tentang ni kat CI sana... aku letak kat sini sbb nak save kan citer ni....  kat bod WE gak...

[ Last edited by  amazed at 12-11-2008 06:17 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2008 09:29 PM | Show all posts
kalo camni kira mati syahid ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 09:53 PM | Show all posts
Originally posted by oreo81 at 9-11-2008 09:29 PM
kalo camni kira mati syahid ke?


Allah saja yg tauu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 02:35 AM | Show all posts
semoga roh nye tenang...amin..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:44 PM | Show all posts
dgrnya masa pengebumian kecoh...betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by derose83 at 10-11-2008 01:44 PM
dgrnya masa pengebumian kecoh...betul ke?



ye lor...... tengok ni derose!!!






Pengebom Bali dikebumi


PENYOKONG pengebom Bali berasak-asak dengan anggota keselamatan ketika pengebumian Amrozi dan Ali Ghufron di Jawa Timur, semalam. Gambar kecil dari kiri Amrozi, Imam Samudra dan Ali Ghufron (Mukhlas).


Suasana tegang selepas Amrozi, Mukhlas, Imam Samudra ditembak


TENGGULUN: Ketegangan dan pergaduhan meletus selepas tiga pengebom Bali menjalani hukuman mati dan dihantar untuk pengebumian di kampung halaman masing-masing, semalam.

Amrozi, 47, abangnya Mukhlas, 48, dan Imam Samudra, 38, ditembak mati di sebuah ladang oren berhampiran penjara mereka di pulau Nusakambangan, selatan Jawa, lapor televisyen TV One.


Satu sumber penjara memberitahu AFP, mereka menjerit 'Allahu Akbar' ketika diiringi keluar dari bilik penjara oleh polis separa tentera sejurus sebelum tengah malam Sabtu.

Dalam serangan pada 2002, mereka mensasarkan kelab malam penuh sesak di Bali, membunuh lebih 160 warga asing termasuk 88 rakyat Australia serta 38 rakyat tempatan.

Pengebom yang juga anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa ada hubungan dengan al-Qaeda, menyatakan tidak pernah kesal dengan kematian 'kafir' dan mendakwa kematian mereka adalah 'syahid'.
IBU Imam Samudra, Embay Badriyah hadiri pengebumian anaknya di Banten, semalam.

Beratus-ratus penyokong bertembung dengan anggota polis ketika jenazah Mukhlas dan Amrozi yang digelar 'pembunuh tersenyum' - dihantar helikopter ke sini, di Jawa Timur.

Polis bersenjata tidak dapat mengawal kira-kira 500 penyokong yang mengelilingi ambulans membawa jenazah. Pertembungan meletus dan polis terpaksa menjarakkan diri di tepi jalan raya di tengah laungan 'Jihad' dan 'Keluar'.

Senario sama kelihatan di Serang, bandar Jawa Barat ketika jenazah Imam Samudra dibawa ke kawasan perkuburan.

Anggota kumpulan radikal diketuai ulama Abu Bakar Bashir, pengasas bersama JI yang dipenjarakan kerana berkonspirasi dengan serangan itu sebelum dibebaskan, memaksa orang ramai ke tepi untuk memberi laluan kepada jenazah.

Wartawan Barat di kedua-dua perkampungan dimaki dengan kata-kata 'kafir' dan dihalau. Namun, majoriti umat Islam Indonesia tidak bersimpati dengan militan dan ada yang menyifatkan 'jihad' pengebom adalah salah.

"Jika peperangan meletus, berperang untuk berjihad adalah baik untuk agama namun jangan lakukannya di Indonesia. Bali bukannya medan perang," katanya.

Dalang di sebalik pengeboman Bali dan serangan berikutnya, rakyat Malaysia Noordin Mohammad Top, masih bebas dan tumpuan kini diberi kepada usaha menahannya. - AFP




sos sos aku cakap  depa kena tembak ni   tak tutup mata pung.... depa tengok  square kat  weapon tu!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-11-2008 08:04 AM | Show all posts
Makam pengebom dicantikkan


GAMBAR bertarikh 28 Mac ini menunjukkan Mukhlas (kiri),
Amrozi (tengah) dan Imam Samudra.

TENGGULUN - Keluarga dua pengebom Bali, Amrozi dan Mukhlas mahu kubur adik-beradik itu di Tenggulun, Jawa Timur, Indonesia dijadikan tempat peringatan untuk para penyokong mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Jenazah Amrozi dan Mukhlas ditanam bersebelahan di sebidang tanah yang terletak berhampiran dengan kawasan perkuburan bandar itu.

Tanah tersebut dibeli oleh seorang hartawan yang kemudiannya diserahkan kepada abang pengebom tersebut, Jaffar Sidik.

Jaffar berkata, kawasan itu bakal menjadi tempat peringatan bagi memperingati Amrozi dan Mukhlas yang terlibat dalam serangan bom di Bali enam tahun lalu.
"Kami akan mencantikkan kawasan ini supaya mudah dijumpai pengunjung apabila mereka datang ke Tenggulun kelak," katanya.

"Kamu harus datang pada malam kelmarin kerana ramai orang sudah berkunjung ke kawasan ini untuk berdoa," jelasnya.

Amrozi dan Mukhlas serta seorang lagi pengebom, Imam Samudra dijatuhkan hukuman mati ditembak skuad penembak kelmarin selepas didapati bersalah dalam siri serangan bom di Bali yang mengakibatkan 202 orang mati. - Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 09:32 AM | Show all posts
Bukan mati syahid


SEORANG lelaki menunjukkan amaran pihak tertentu yang ingin meneruskan jihad ketika pengebumian Imam Samudra, kelmarin.


Ulama anggap perjuangan pengebom Bali sia-sia

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan pengebom Bali yang menjalani hukuman ditembak mati kelmarin, tidak boleh dikategorikan sebagai 'mati syahid' kerana mereka tidak berjuang mempertahankan agama.

"Sesiapa pun yang membunuh orang lain tidak mati syahid, kecuali berjuang dalam peperangan atas nama agama. Mereka bukannya berjuang untuk agama," kata Ketua MUI, Umar Shihab.

Sehingga ke saat akhir, Amrozi, Ali Ghufron atau Mukhlas dan Imam Samudra tidak menunjukkan sebarang berasa kesal atas apa yang berlaku ke atas mangsa 'kafir' mereka sambil mendakwa ingin 'mati syahid'.


Mereka mengimpikan satu wilayah pemerintahan khalifah di sebahagian besar kawasan di Asia Tenggara.

Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka pada 2003, yang dicabar sekurang-kurangnya empat kali, menyebabkan pelaksanaan hukuman itu tertangguh dan mendapat liputan meluas media.

Ratusan penyokong mereka bertempur seketika dengan polis apabila jenazah Mukhlas dan Amrozi yang dinamakan sebagai 'pembunuh tersenyum', tiba dengan helikopter di kampung mereka di Tenggulun di Jawa Timur, kelmarin.

Sementara itu, pasukan keselamatan Indonesia mengambil langkah berjaga-jaga selepas tiga pengebom Bali itu menjalani hukuman kerana bimbang kemungkinan berlaku tindakan balas penyokong mereka.

"Kami mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kekacauan yang mungkin tercetus selepas pelaksanaan hukuman itu," kata jurucakap polis kebangsaan, Abu Bakar Nataprawira.

Indonesia mempertingkatkan langkah keselamatan di pusat pelancongan dan kedutaan asing sebelum pelaksanaan hukuman. Pengeboman di Bali mengakibatkan 202 terbunuh, sebahagian besarnya rakyat negara asing.

Amrozi, abangnya, Mukhlas dan Imam Samudra menjalani hukuman mati ditembak sejurus selepas tengah malam kelmarin.
Pengebumian yang dilakukan di kampung halaman mereka bertukar menjadi perhimpunan dipenuhi laungan melancarkan perang jihad terhadap Barat, walaupun sebahagian besar penduduk Islam Indonesia bersikap sederhana.

Polis menahan sekurang-kurangnya dua penyokong pengebom berkenaan kerana mengancam untuk meletupkan bom, lapor laman web berita Detik.com.

"Sekurang-kurangnya dua orang ditahan di luar Jakarta. Mereka berkata, ancaman itu dilakukan kerana menentang pelaksanaan hukuman ke atas pengganas," kata Ketua Polis Jakarta.

Kedutaan Australia dan Amerika Syarikat serta beberapa hotel dan pusat beli-belah juga menerima ancaman bom. Australia, yang kehilangan 88 rakyatnya dalam serangan itu disusuli dengan kejadian pengeboman kereta pada 2004, memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak ke Indonesia sekiranya tidak perlu. � AFP



pada aku syahid atau tak syahidnya pengebom tu  bukan ulama'2 tu yang tentukan pung.....   depa dah pun mati... dan yg hidup ni doakan roh selamat selalu.. bagi sedekah alfatihah pada 3 worang tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 09:55 AM | Show all posts
aku pun xrasa kmatian diorg nih sbagai mati syahid..ksian ek...tapi smua tu ketentuan Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 08:23 PM | Show all posts

post kat sini pulak -

Selasa November 11, 2008
Isteri pengebom Bali tulis buku tentang Mukhlas


Ali Ghufron alias Mukhlas ketika berbual dengan
Paridah Abbas pada November 2007. - foto REUTERS



JOHOR BAHARU: Faridah Abbas, isteri kepada Mukhlas, salah seorang daripada tiga militan Indonesia yang dihukum mati Sabtu lepas kerana terlibat dalam kejadian pengeboman Bali yang mengorbankan 202 orang enam tahun lepas, telah menulis sebuah buku mengenai suaminya. Abbas Yusof, 72, bapa kepada Faridah, berkata buku berjudul "Orang Hilang Ayah Terroris" dihasilkan anaknya, seorang guru tadika Islam di sini, kerana ia amat menyanjungi suaminya yang dianggapnya mati syahid.


"Tidak ada perasaan kesal di pihaknya terhadap apa yang telah berlaku," katanya kepada Bernama dalam pertemuan eksklusif di sini, hari ini.

Abbas, seorang peniaga kecilkecilan berkata, hasil perkongsian hidup di antara allahyarham Mukhlas dengan anaknya, mereka telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan.

Pada ketika ini menurut beliau, Faridah yang ditemani oleh dua orang anaknya masih berada di Indonesia, untuk menghadiri upacara pengebumian Mukhlas di Tenggulun, Jawa Timur dua hari lepas.

Pada Sabtu lepas, Mukhlas, 48, adiknya, Amrozi, 47, dan Imam Samudra, 38, telah menjalani hukuman mati oleh skuad penembak khas di Nusakambangan, sebuah pulau yang dijadikan penjara.

Mukhlas atau turut dikenali sebagai Ali Ghufron dan Amrozi telah dikebumikan di Tenggulun, manakala Imam Samudra pula disemadikan di kampung halamannya di Serang, Banten.

Abbas yang kini menjadi penjaga kepada anakanak Mukhlas berkata, keenamenam cucunya kecuali seorang yang masih terlalu kecil, mengetahui tentang apa yang telah berlaku terhadap bapa mereka.

"Kami menonton televisyen bersama-sama dan mereka tahu tentang apa yang telah berlaku terhadap bapa mereka. Saya tidak mahu berselindung dengan mereka tentang kejadian itu (hukuman mati Mukhlas)," katanya.

Kesemua cucunya kecuali yang sulung menurutnya, telah menerima dengan tenang pelaksanaan hukuman mati terhadap bapa mereka dan tidak menunjukkan sebarang emosi yang keterlaluan.

Kebanyakan anak-anak Mukhlas masih kecil dan tidak begitu mesra dengan bapa mereka, katanya.

"Tetapi saya lihat raut wajah yang sulung (anak perempuan Mukhlas) berusia 16 tahun itu berubah apabila televisyen menyiarkan berita mengenai hukuman mati bapanya.

"Saya biarkan dan tidak bertanya, kerana bimbang tentang emosinya," kata Abbas.

Bagi Abbas pula, pandangan peribadi tentang menantunya adalah beliau merupakan seorang bapa yang baik terhadap anakanaknya tetapi "di dalam soal perjuangan beliau adalah seorang yang tidak mempunyai sikap tolak ansur."

Ditanya bagaimana titik pertemuan anaknya dengan Mukhlas, beliau berkata, mereka tidak pernah melihat atau mengenali di antara satu sama lain sebelum kedua-duanya berkahwin.

"Saya yang meminang Mukhlas kerana tertarik dengan ilmu (agama) yang dia ada dan sebagainya. Saya tanya kepada Mukhlas, 'Aku nak kahwinkan kau dengan anak aku, jangan kata setuju atau tidak. Aku beri kau tempoh satu minggu." LAGI

"Dia (Mukhlas) mahu melihat perempuan (Faridah) dan tidak lama selepas itu mereka bernikah," katanya.

Pasangan suami isteri, Mukhlas dan Faridah menurutnya, kemudiannya menginap di sebuah madrasah di Ulu Tiram di mana warga Indonesia itu merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar selama beberapa tahun.

Apabila Faridah melahirkan anak kedua mereka, kata Abbas, adik Mukhlas, Amrozi mengikut jejak abangnya dan tinggal serta belajar dengan abangnya.

Di antara tahun 2000 dan 2001 katanya, menantunya itu telah meninggalkan madrasah di Ulu Tiram untuk mengajar di sebuah madrasah di Kelantan, sebelum kembali ke Indonesia.

Ditanya adakah beliau kesal kerana menjadikan Mukhlas menantunya, Abbas berkata, "Saya akan mengingati beliau (Mukhlas) sebagai seorang pejuang dan menantu yang baik terhadap keluarganya". BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 01:57 AM | Show all posts

Surat wasiat terakhir dari pengebom Bali

Berikut adalah surat wasiat terakhir dari ketiga-tiga Pengebom Bali sehari sebelum mereka dihukum oleh Skuad Penembak Pihak Berkuasa Indonesia...Dalam wasiat ini jelas mengambarkan Istikamah mereka dalam menegakkan Agama Islam walau apa pun yang terjadi, hanya Allah SWT jua yang menentukan.

Segala yang terjadi ada hikmah besar di sebalik, aku tidaklah bersetuju jauh sekali menyokong apa yang telah mereka lakukan, Sebagai Saudara Se-agama melalui wasiat ini, kita sewajarnya mengambil tauladan, iktibar supaya tetap teguh berjuang dan beristiqamah menegakkan Agama melalui cara kita sendiri...


Ntuk download: click here

Sila klik untuk besarkan @ right click show image(Firefox)...






Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 01:58 AM | Show all posts
untuk download surat wasiat neh, bleh pegi ke laman :-

http://www.mediafire.com/file/oymxnnknnzy/Wasiat.zip
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 01:58 AM | Show all posts

Balas #1 totokreturn\ catat

aku da dapat emel ni petang td
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 02:09 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 12-11-2008 01:58 AM
aku da dapat emel ni petang td


ko neh laju bebenor la....   reply post no.1.emel pun no.1 gak.... tapi belajor jer blum tentu no.1
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 02:10 AM | Show all posts

Balas #4 totokreturn\ catat

heh...
nak wak camne

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 07:10 AM | Show all posts
Pemerintah Wajib Menangani Isu Wasiat-Syahid atau Tidak
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2

sama isi ker tak sama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2008 07:30 AM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 12-11-2008 01:58 AM
untuk download surat wasiat neh, bleh pegi ke laman :-

http://www.mediafire.com/file/oymxnnknnzy/Wasiat.zip



tunggu g CC dulu baru donlod... kat opis kang nnti kene virus nanya pulak...heheee
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 07:37 AM | Show all posts

Reply #6 DTECCONAN's post

ha'a la kan,mcm same la pulak bile tengok sekali imbas..merge la,ape lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 07:44 AM | Show all posts
takbir....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 08:26 AM | Show all posts
Sian gak haku tengok mamat nih wat kesimpulan pasal jihad.......  ada yg disalah tafsirkan......

Pada hal di zaman neh ada lg jihad lg besar pd tu dan ada lg cara yg terbaik utk berjihad......

Mungkin sudah begitu suratan mereka atau tahap pemahaman mrk......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.075036 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list