CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pentaga

Perkasa Penggunaan BM

[Copy link]
 Author| Post time 5-11-2008 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by matureguy at 3-11-2008 07:26 PM
PAS tu pulak singkatan apa yer? kalau singkatan Parti Islam seMalaysia patut dipanggil PIS (rhyme with Piss)

PAS tu ialah singkatan bagi PArti islam SeMalaysia (guna bahasa melayu juga tu) Bukan macam "UMNO" tu.. nampak sangat guna bahasa penjajah.

[ Last edited by  pentaga at 5-11-2008 10:41 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 10:51 AM | Show all posts

Reply #41 pentaga's post

PAS dapat nama tu dari bahasa jawi. Pa Alif Sa. klu dirumikan jadi PAS.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by cluesan at 5-11-2008 10:51 AM
PAS dapat nama tu dari bahasa jawi. Pa Alif Sa. klu dirumikan jadi PAS.

Pembetulan;
Fa Alif Sin (bukan sa)
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:12 AM | Show all posts

Reply #43 pentaga's post

ooopss... sori.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by cluesan at 5-11-2008 11:12 AM
ooopss... sori.

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 30-10-2008 12:21 PM
Kuatkuasakan Perkara 152

http://1.bp.blogspot.com/_XtEymjGQYts/SQhp6wsnfgI/AAAAAAAABi0/iE3FDVb5JWI/s400/asdf.jpg
(Gambar: Tiada bahasa lain dipaparkan ketika Sukan Olimpik Beijing. Mereka p ...


aku nampak "bahasa lain" dalam papan....kan bahasa ingeris tu bahasa lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2008 11:33 AM | Show all posts
kalo ingat pakai BK akan berjaya serupa jepun dan eropah tu memang bermimpi.
bolehkah mesia bejaya kalo hal remeh-temeh serupa nama jalan pun kecoh sgt.
pakai nama cina dan tamil akan mengugat kedudukan BK? yang buat kecoh tu sememangnya nak berkecoh saja, ataupun tak confident langsung tentang BK/B ibunda sendiri.
pakai BI dalam math, science memang satu contoh yang tak confident dgn bahasa diri sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:39 AM | Show all posts
kalo mesia nak berjaya, mesia kena lebih lain dan lebih competitive drpd negara2 yg lain.
apa kelainan kita orang?
- multiracial
- multi-lingual
-multi-culture
- mutli-XXX
- multi-etc.....
multi2 ni lah yang akan menjayakan kita semua. pasal multi2 ni yang membolehkan kita sesuai bersaing di mana2 tempat dengan siapa2 pun.
kalo asyik menekan keunggulan dan ketuanan sesesuatu dan pulak menekan yang lain2, maka keunikan kita akan mengundur. kalo keunikan kita hilang, maka hilang kesaingan kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2008 08:20 AM | Show all posts

BI tiidak menjamin kejayaan

Bahasa Inggeris bukan jaminan kejayaanSAYA terpanggil apabila membaca Rintihan Bahasa Melayu oleh Datuk Muhammad Alias bahawa bahasa Melayu telah diabaikan oleh orang Melayu sendiri.
Kita sanggup menukar bahasa pengantar Sains dan Matematik ke bahasa Inggeris kononnya bagi memajukan bangsa kita bersaing di arena antarabangsa.
Sains dan Matematik, jika dikaji dengan teliti, kaya dengan istilah tertentu dan dalam bahasa apa pun istilah itu bersamaan.
Kedua-dua subjek itu juga kaya dengan budaya bahasa. Malang sekali, bagi kita untuk memperbaiki pengajaran bahasa Inggeris kita buat seperti perumpamaan Melayu, 'lain bengkak, lain bernanah, lain sakit lain diubat'.
Saya terlibat secara langsung tentang cara bagaimana kita mendaulatkan bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan.
Kerajaan kita tubuhkan Maktab Perguruan Bahasa dan di maktab inilah dibuat kajian dan susunan bagaimana bahasa Melayu boleh didaulatkan.
Hasilnya semua pengajaran boleh diajar dalam bahasa Melayu. Guru dan pelajar menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar dilatih oleh guru-guru lepasan Maktab Perguruan Bahasa yang dilatih khas mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Hari ini pihak kementerian sepatutnya menubuh Maktab Khas Bahasa Inggeris untuk pengajaran bahasa itu sebagai bahasa kedua. Kajian khusus patut dilakukan bagaimana meningkatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Kita menukar Sains dan Matematik ke bahasa Inggeris menunjukkan negara kita tidak yakin kepada bahasa kita sendiri.
Perancis, Jerman dan Jepun terus maju biarpun mereka menggunakan bahasa mereka sendiri. Kekuatan sesuatu bangsa itu amat bergantung kepada semangat juang terhadap bahasa dan bangsanya.
Datuk Muhammad Alias terkejut hanya 200,000 naskhah sahaja akhbar utama Melayu terjual. Kita perlu semak balik, sebelum Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, akhbar Melayu telah dapat mengatasi akhbar berbahasa lain.
Saya melihat tidak ada cacatnya pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, anak saya dua orang, seorang belajar jurusan kejuruteraan kimia di Amerika Syarikat dan mengikuti Sains dan Matematik di sana tiada masalah pun.
Begitu juga anak saya yang bongsu belajar Sains Kesihatan dalam bidang aubiologi di Queensland University, Brisbane, Australia hingga mendapat Doktor Falsafah dan dia kini mengajar di UIA, Kuantan.
Menurutnya, dia adalah di antara tiga graduan terulung yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah tersebut di kalangan rakyat Malaysia. Beliau tiada masalah apa pun mengenai bahasa.
Masalah kita kini, ada di antara pemimpin lama kita yang dahulunya belajar bahasa pengantar bahasa Inggeris ingin melihat anak-anak mereka fasih betul berbahasa Inggeris dengan cara 'Queen English'.
Rasanya, tidak lewatlah untuk Kementerian Pelajaran menukar semula Sains dan Matematik ke bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran dianjurkan menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa yang dapat menjana pengajaran bahasa Inggeris terbaik termasuk bahasa al-Quran/bahasa Arab dan lain-lain.
Panglima Bahasa Negara, Allahyarham Tun Syed Nasir, jika masih hidup, tentu beliau menangis kerana usaha yang gigih itu, telah digagalkan oleh golongan yang tidak memahami perjuangan bangsa Melayu era kemerdekaan yang ingin memartabatkan bangsanya seiring dengan bangsa lain di dunia.
Kami dahulu adalah peneroka pelajar Melayu yang mengikuti pengajaran semua mata pelajaran bahasa Melayu, walaupun masa itu semua rujuk dalam bahasa Inggeris.
Kami tidak menghadapi masalah kerana semangat juang untuk meninggikan taraf bahasa Melayu. Kami masuk belajar di Universiti Malaya pada tahun 1968 dan menerima ijazah pada tahun 1971 dengan kelulusan yang baik.
Saya yakin apa yang diutarakan oleh Datuk Muhammad Alias, bekas diplomat Malaysia itu amat wajar mendapat perhatian masyarakat Melayu khususnya di saat-saat ketuanan Melayu dan kedaulatan raja-raja dicabar.
Jika masih kekalkan kedua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris, ia ibarat usaha memencilkan anak-anak Melayu luar bandar yang tidak berlatarbelakangkan bahasa Inggeris di bandar dengan semua kemudahan yang ada.
Berilah semua peluang yang sama, di luar bandarlah lahirnya pejuang UMNO yang terus setia. Terus kita perjuangkan Utusan Malaysia sebagai akhbar Melayu terulung.
DATUK DR. DZULKARNAIN ABDUL RAHMAN Naib Presiden II Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

[ Last edited by  pentaga at 6-11-2008 08:21 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:38 AM | Show all posts

Reply #34 timeoutzone's post

yup.... aku pernah tgk dlm 2 atau 3 thread mengamalkan bahasa melayu standard... sume ni semata-mata taknak bg orang luar cilok download link ...

betul tak??


ape kata, kita kat sini mulakan bahasa melayu standard untuk semua post kita....

bg aku la kan, since tak ramai tau aku sape, aku lebih suke guna bahasa melayu standard sbb dengan menggunakan bahasa melayu standard, org tak dpt nak samakan cara kata posting dengan orang lain....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #50 shinbei_yct's post

wah, tahu je ko ek, aku xnampak ko pon kat thread2 tu ...


mungkin susah skit dorang nk implement sbb dah biasa sgt guna bahasa rojak ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:02 AM | Show all posts

Reply #51 timeoutzone's post

di situ, Aku lebih banyak menjadi 憄embaca senyap
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:03 AM | Show all posts

Reply #52 shinbei_yct's post

tu la pasai, awat takut sgt nk btau jantina???
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:09 AM | Show all posts

Reply #53 timeoutzone's post

saya beritahu awak di sini, saya perempuan....

bukannya ape, apa masalahnya dengan jantina...
Kadang-kita kita boleh menilai seseorang melalui avatar, siggie dan juga cara kita post
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:50 AM | Show all posts

Reply #54 shinbei_yct's post

owh, okok
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by timeoutzone at 6-11-2008 09:50 AM
owh, ok ok


sebenarnya SAYA tidaklah pandai dalam bahasa inggeris...
saya faham apa yang senang2.... tapi saya agak kurang pandai untuk balas balik...

tapi, bahasa Melayu.. Al-Hamdulillah... masa sekolah dulu memang cemerlang...
tp dah kerja ni.... otakku dah beku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 10:19 AM | Show all posts
ada renion plak kat sini....

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:23 AM | Show all posts

Reply #57 shamsadis's post

alamak... macam ter'kena' lak....

mmmm..... salam kenal....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by shinbei_yct at 6-11-2008 10:23 AM
alamak... macam ter'kena' lak....

mmmm..... salam kenal....


saya gurau2 jerk...salammm...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:28 AM | Show all posts
Kalau betul2 rakyat Malaysia menggunakan BM dalam urusan seharian, saya yakin yang satu hari nanti kita boleh berbangga dengan bahasa kita sendiri,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.074577 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list