CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pentaga

Perkasa Penggunaan BM

[Copy link]
Post time 6-11-2008 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 6-11-2008 10:19 AM
ada renion plak kat sini....



perli nampak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 10:36 AM | Show all posts

Reply #60 shinbei_yct's post

betul tu, jepon boleh martabatkan bahasa kebangsaan mereka, kenapa tidak kita?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by timeoutzone at 6-11-2008 10:36 AM
betul tu, jepon boleh martabatkan bahasa kebangsaan mereka, kenapa tidak kita?



boleh...tapi kebanyakkan rujukan buku kita sumber dari luar, jadi pelajar kene mempertingkatkan bahasa inggeris dahulu...
boleh diterjemah buku tu, tapi kalo dah terer cakap melayu, apa kata terer cakap omputih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:02 AM | Show all posts

Reply #63 shamsadis's post

jepun translate kebykan buku dr luar gak..
rasanya skang ni dh ramai yg leh faham inggeris, so xde masalah nk translate ke bm.. walaupon bende tu mkn masa...

cuma subjek IT xyah la kot tukar BM.. mmg hancus nnt
sesapa sini dak IT mesti tau kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:05 AM | Show all posts

Reply #64 timeoutzone's post

walaupun SAYA bukan budak IT, tp saya pernah pergi seminar...
masa tu saya bekerja di bahagian IT...
mmg hancur.... bukan apa, kadang2 'sounds weird'.. n kekadang tu mcm lucah pulak bunyinya....
sebut pun tak sedap...
bukan la maksud saya BM tu tak sedap, tapi bila diterjemahkan.... adoiiiii.....
untuk perkataaan2 IT aje laaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:08 AM | Show all posts
orang jepun tak pernah malu bila mereka tidak pandai bahasa inggeris...
bahkan bila dia menyebut perkataan inggeris, kita dengar memang kelakar...
tapi diaorang tak pernah malu.....
cth perkataan yang aku biasa dengar diaorang sebut... enggeris - enggurish...
thank you - sankyou...

yang kita pulak, bila tak pandai berbahasa inggeris... malu sangat..
mcm dilucutkan pakaian (bahasa paling indah) di khalayak ramai

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2008 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by timeoutzone at 6-11-2008 11:02 AM
jepun translate kebykan buku dr luar gak..
rasanya skang ni dh ramai yg leh faham inggeris, so xde masalah nk translate ke bm.. walaupon bende tu mkn masa...

cuma subjek IT xyah la kot tuka ...


jangan kata IT...Sains, Teknologi banyak yang tak boleh nak traslate...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by timeoutzone at 6-11-2008 11:02 AM
jepun translate kebykan buku dr luar gak..
rasanya skang ni dh ramai yg leh faham inggeris, so xde masalah nk translate ke bm.. walaupon bende tu mkn masa...

cuma subjek IT xyah la kot tuka ...


hermmm...subjek IT pun tk de mslh nk tukar ke Bahasa Malaysia...wpun sy guna fully BI utk  lecture subjek  IT tapi sy juga tk de mslh nak guna  fully BM utk lecture subjek  IT...

apapun, sy lebih bangga guna bahasa ibunda dari guna bahasa org lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 6-11-2008 11:22 AM


jangan kata IT...Sains, Teknologi banyak yang tak boleh nak traslate...


DBP ada kekdahnya utk menggunapakai bahasa lain tanpa menukar kepada BM ....tk de masalahlah...

carbon = karbon
methodology = metodologi
oxygen = oksigen

tak susahkan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 07:53 AM | Show all posts
Originally posted by intanterpilih at 6-11-2008 07:11 PM


DBP ada kekdahnya utk menggunapakai bahasa lain tanpa menukar kepada BM ....tk de masalahlah...

carbon = karbon
methodology = metodologi
oxygen = oksigen

tak susahkan?


tak susah...tapi bila budak2 kita dapat menguasai bahasa inggeris ni, secara tak langsung mereka dapat membaca buku2 yang lain yang bole membuat kan mereka 'berfikir' dan bukan setakat menghafal atau nak jawab peksa....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 08:22 AM | Show all posts

lagi pendapat pakar (sudah ramai yang menyuarakan pendapat)

Kembalikan Sains, Matematik dalam bahasa MelayuPENGGUNAAN bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) perlu diberhentikan segera.
Tidak ada alasan yang konkrit dan jitu untuk meneruskan pelaksanaan PPSMI. Harus diingat bahawa pelaksanaan PPSMI pada tahun 2002, bukanlah dilaksanakan dengan perancangan dan kajian yang teliti, sebaliknya ia hanya muncul hasil daripada hasrat dan kehendak individu tertentu, sedangkan tidak ada alasan yang kukuh untuk memaksa pelaksanaan PPSMI pada waktu itu, melainkan kehendak orang politik tertentu semata-mata.
Oleh itu, maka apa perlunya sehingga kini kita masih lagi berdolak-dalik, dalam hal yang berkaitan dengan PPSMI, dengan pelbagai alasan semata-mata untuk mengesahkan pelaksanaan dasar yang sememangnya bercelaru dan tidak utuh sifatnya.
Apa yang nyata pelaksanaan PPSMI, memperlihatkan dengan jelas akan keruntuhan integriti di kalangan pencetus dan penyokongnya serta bangsa Melayu seluruhnya.
Integiriti dalam konteks patuh dan akur terhadap apa yang telah dilembagakan dan dipersetujui bersama sebagai satu kontrak sosiol.
Pelaksanaan PPSMI, jelas sekali memperlihatkan sikap yang tidak beretika di kalangan pencetus, perencana dan penyokongnya apabila dengan jelas telah mencabuli peruntukan 152 dalam Perlembagaan, Akta Pendidikan 1996, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan Rukunegara.
Kedudukan dan peranan bahasa Melayu telah diperjelaskan dengan nyata dalam kesemua akta berkaitan, hal ini telah diperteguhkan pula dengan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, di atas kerangka untuk membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
Maknanya, bahasa Melayu dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan membawa roh yang tersirat bukan sahaja setakat bahawa komunikasi, tetapi juga sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa moden yang berperanan dalam pembangunan pendidikan dan proses penjanaan ilmu.
Hal ini telah dipertegaskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, antara lain menyatakan: "Cabaran KPM adalah untuk memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa perpaduan."
Persoalannya, apakah segala apa yang dihasratkan ini akan menjadi kenyataan dengan terus mengekalkan pelaksanaan PPSMI. Apa yang nyata ia tidak lebih daripada satu kekeliruan pemikiran serta memperjelaskan dengan nyata bahawa kita sebenarnya tidak mempunyai integriti dan bersikap tidak adil terhadap bahasa Melayu dan terhadap segala peruntukkan undang-undang yang dibuat.
Bagaimana mungkin sesuatu yang telah direncana dan diperundangkan dirombak sewenang-wenangnya, hanya untuk melayan pemikiran yang kabur terhadap realiti konsep pembangunan bangsa.
Agak malang dalam kesibukan memperkatakan soal integriti, hakikatnya kita (bangsa Melayu) telah memperlihatkan jiwa dan sikap yang tidak berintegriti khususnya dalam konteks mematuhi apa yang telah disuratkan sepanjang yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu.
Kita mencanangkan soal yang berkaitan dengan kepatuhan kepada Rukun Negara sebagai ideologi negara sebagai wadah perpaduan bangsa, tetapi realitinya kita (bangsa Melayu) tidak seutuhnya menjunjung asas-asas pernyataan prinsip Rukun Negara.
Dinyatakan bahawa Rukun Negara mengikrarkan lima prinsip: Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan, namun dalam pelaksanaan PPSMI jelas sekali terkeluar daripada apa yang diikrarkan dalam Rukun Negara. Di sini terlihat musnahnya integriti bangsa Melayu, apabila wujudnya pelanggaran terhadap apa yang diikrarkan.
Pelaksanaan PPSMI nampak jelas tidak mempedulikan semangat dan roh yang terkandung dalam Perlembagaan Negara, serta amat jelas pertetangan kehendak sebagaimana yang digariskan dalam Rukun Negara.
Dalam hal ini, bagaimana orang mahu menghormati bangsa Melayu, kalau bangsa Melayu itu sendiri tidak mempunyai integriti dan tidak tahu menghormati bangsanya.
Oleh yang demikian, dengan tegas pelaksanaan PPSMI perlu ditamatkan segera dan kita tidak perlu menunggu persidangan meja bulat diadakan selanjutnya, kerana apa yang dikatakan persidangan meja bulat itu, tidak lebih sekadar helah untuk terus melanjutkan PPSMI dan merendahkan status bahasa Melayu.
Orang Melayu sekiranya masih mahu dihormati dan terus dipandang tinggi dalam aspek integriti perlu tegas dan berani untuk bertindak menamatkan PPSMI. Bagaimanapun ini tidak bermakna kita menidakkan akan kepentingan bahasa Inggeris dalam konteks usaha pembelajaran dan pengajaran.
DR. KAMARUDIN MUSA
Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 09:51 AM | Show all posts

Bahasa Kebangsaan: Kita patut ikut THAILAND dan INDONESIA

KENAPA?....sebab bahasa kebangsaan mereka memang didaulatkan sebagai bahasa negara..
        ikut perlembagaan dan peraturan....bahasa lain boleh guna tetapi bahasa kebangsaan
        kena guna dlm semua dari pentadbiran hingga iklan tv....bahasa rasmi utk kegunaan rasmi

       bukan mcm kat malaysia...semua nak pakai bahasa sendiri..nak baca papan tanda pun
       guna bahasa masing2....klu kat THAILAND dah lama kena nih...

       dah le tgk tv ikut bahasa masing2....diaorang kena tgk macamane kerajaan thailand dan indonesia
       buat utk daulatkan bahasa kebangsaan..bukannya takde kaum lain kat negara mereka..tetapi
        bagi mereka..bahasa rasmi mesti bahasa kebangsaan....

       Itulah kita kat malaysia ni terlalu bertolak ansur..klu dah setuju bahasa malaysia (bahasa melayu)
      jadi bahasa kebangsaan yg lain ikut le...jgn jadi itik dgn ayam..dah le nak boikot akhbar bahasa melayu
      susah le masing2 nak tunjuk lagak....kurang ajar...perpaduan ape...seorang cakap bahasa lain...
      seorang lagi bahasa lain..

      kat malaysia ni rasanya org dah tak hormat perlembagaan...nak buat sendiri la kot...atau agaknya
      org malaysia ni suka rojak....suka mcm2 ..campur2....

      apapun respek pada Thailand dan Indonesia dari segi bahasa ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 08:47 AM | Show all posts

implikasinya lebih parah?

Bahasa Melayu bagai melukut di tepi gantang
BANYAK pihak membantah apabila kerajaan negeri Pulau Pinang ingin menggunakan bahasa lain, selain bahasa Melayu pada papan tanda jalan beberapa tempat warisan untuk tujuan pelancongan, terutama dari luar negara.

Sikap keprihatinan begini perlu dipuji dan kalau sikap mulia ini diteruskan setiap kali bahasa Melayu dipinggirkan dalam kapasitinya selaku bahasa negara, ia perlu disanjungi setinggi-tingginya. Namun, sikap sedemikian tidak selalu bersifat konsisten.

Sebenarnya, bahasa Melayu banyak dipinggirkan akhir-akhir ini, terutama dalam peranannya selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kadangkala yang membelakangkan bahasa Melayu ialah orang Melayu sendiri, penutur natif dan etnik kepada bahasa Melayu.


Sudah untuk beberapa ketika, banyak majlis dan acara kenegaraan dihadiri hanya rakyat negara ini, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu. Sebaliknya ia menggunakan bahasa Inggeris.

Kini, nama dalam bahasa Inggeris pula menjadi pilihan. Pada April lalu, Bank Pertanian mengumumkan nama barunya, iaitu Agrobank. Mara yang dikenali sebagai satu entiti Melayu yang kuat, juga memilih nama dalam bahasa Inggeris, iaitu MaraLiner untuk menggantikan nama dalam bahasa Melayu untuk basnya.

Nama dalam bahasa Inggeris terus menjadi pilihan pelbagai pihak, termasuk syarikat milik kerajaan. Penamaan motosikal negara juga tidak terlepas daripada kecenderungan ini, apabila nama dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada satu-satunya objek yang menjadi identiti serta kebanggaan bangsa Melayu, iaitu 'keris' dieja secara bahasa Inggeris, dalam bentuk KRISS.
Kereta nasional juga mula menggunakan bahasa Inggeris, dengan pelancaran model baru: (Satria) Neo, Persona, GEN2, Savvy, MYVI dan VIVA. Apakah nama dalam bahasa Melayu seperti Saga, Iswara, Wira, Satria, Putra, Waja, Perdana, Kancil, Tiara, Kenari, Kelisa dan Rusa sudah tidak layak dalam bahasa Melayu?

Kebanyakan bangunan dan pembangunan kawasan baru ikut diberi nama dalam bahasa Inggeris. Antaranya termasuk One Borneo di Kota Kinabalu dan Bangsar South di Kuala Lumpur. Kelantan yang selalu disebut sebagai antara benteng kemelayuan yang kuat di negara ini, ikut terheret dalam gejala ini. KB Mall dan Pelangi Mall adalah nama dua tempat beli-belah terbaru dan termoden di Kota Bharu.

Percakapan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi dalam majlis formal, misalnya rancangan radio dan televisyen, serta ucapan rasmi pemimpin berleluasa sekali kini sehingga menjadi satu budaya nasional.

Apakah yang kita lakukan secara serius, seperti yang dilakukan oleh pihak tertentu, dalam kes di Pulau Pinang ini, terhadap semua gejala yang meminggirkan bahasa Melayu selaku bahasa negara?
Sepatutnya kita ikut bersuara lantang terhadap penggunaan bahasa Inggeris yang ternyata tidak kena pada tempatnya. Kemudaratan yang dibawa oleh penggunaan bahasa Inggeris sebegini, sebenarnya adalah sama buruk kesan dan sama besar padahnya, kepada citra selain identiti bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan.

Dalam beberapa kes, implikasinya adalah jauh lebih parah daripada penggunaan bahasa Cina dan Tamil yang tidak kena pada tempatnya, seperti yang bakal dilakukan di Pulau Pinang.

PROF DR TEO KOK SEONG,
Profesor Sosiolinguistik
Bahasa Melayu UKM,
Bangi, Selangor.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20081110233506/Article/index_html

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 12:08 AM | Show all posts
semuanya tidak akan menjadi kenyataan jika anak2 bilis je yang memperjuangkan benda ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2008 03:29 PM | Show all posts

lagi pendapat pakar dalam bidang pendidikan

12 November, 2008 15:39 PM   
Rahman Yaakob Mahu Subjek Sains Dan Matematik Diajar Dalam Bahasa Malaysia

KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

"BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak pada Rabu.

Abdul Rahman berkata isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan.

"Saya tidak setuju," katanya dengan diberi tepukan gemuruh para peserta yang majoritinya merupakan golongan pendidik.

Katanya ramai golongan akademik dan profesional yang pernah mengikuti sistem pendidikan yang menggunakan BM sebagai bahasa pengantar, kini berjaya dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata ini membuktikan BM bukan halangan untuk pelajar berjaya dalam subjek-subjek berkenaan.

"Kejayaan pelajar menguasai Sains dan Matematik bukan sahaja bergantung kepada bahasa pengantar, namun kombinasi pelbagai faktor yang hanya boleh dikesan dan dihuraikan oleh pakar pendidikan," katanya.

Turut bercakap kepada pemberita, bekas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah berkata, kajian terperinci dan berhati-hati perlu dilakukan sebelum membuat perubahan berkaitan dasar pendidikan.

Katanya keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan merupakan kaedah yang sesuai dalam menilai tahap pencapaian dan penguasaan Bahasa Inggeris menerusi kedua-dua subjek tersebut, kerana soalan dalam UPSR kebanyakkannya adalah berbentuk objektif.

"Kita tidak dapat tahu atau menilai sama ada mereka memahami soalan tersebut," katanya sambil mencadangkan supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda murid-murid pada tiga tahun pertama di Sekolah Rendah supaya murid memahami dengan mendalam konsep subjek berkenaan.

Dr Adi Badiozaman berkata aspek pembelajaran BM dan BI perlu dimantapkan di peringkat awal persekolahan supaya murid tidak mengalami masalah apabila mereka menlanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini dilaporkan sebagai berkata keputusan sama ada pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan diteruskan atau tidak, hanya akan dibuat selepas keputusan UPSR tahun ini dinilai.

Keputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan esok.

-- BERNAMA

Pakar pendidikan ramai tak setuju diteruskan pembelajaran sains dan matematik dalam BI... cuma ahli politik yang nak diteruskan...

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 04:01 PM | Show all posts
bukanya tak penting penggunaan bahasa inggeris dalam hidup kita, tapi bila aku pergi jepun dulu bila tengok makcik2 kat daerah yang ikut kata org sana daerah itu agak pendalaman aku terkejut sebab depa boleh guna computer macam budak2 berpelajaran, mamat jepun tu pun tersangkut bahasa inggerisnya nak menerangkan kat aku bertapa mak dia yang tak berpelajaran tu boleh menggunakan internet sebab semua dalam bahasa ibunda depa, aku sedar kalau dorg ni gi keluar memang payah sebab kawan aku ni yang pernah dok ulang alik malaysia dari 2004 sampai sekarang ni bhasa inggeris dia pun tahap cipan, bahasa melayu yang dia boleh cakap cuma "boleh" dan "tak" je... tapi aku rasa penerapan bahasa depa dalam setiap urusan kehidupan depa yang buat depa tak ketinggalan walaupun makcik tua...
dalam mata pelajaran yang diajar dalam bahasa inggeris , aku kesian tgok budak2 yang boleh dikelaskan dalam peringkat "slow" dalam pelajaran, ditambah pulak dengan mata pelajaran yang agak susah tu diajar dalam bahasa inggeris... lagi tercicir lah jadinya. Bukan tak setuju bulat2 tapi aku risau yang"slow" akan jadi "stuck"..

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2008 09:41 AM | Show all posts

analisa upsr 2008

Berhati-hati tentukan hala tuju PPSMIKEPUTUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 sememangnya dinanti oleh pelbagai pihak sama ada di kalangan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amnya. Kami warga pendidik meneliti dengan penuh minat keputusan dan analisis yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Pelajaran terutamanya bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar menggunakan bahasa Inggeris.
Ada beberapa aspek hasil penelitian yang kami buat yang mungkin pihak kementerian terlepas pandang.
Yang pertama, menerusi media massa diumumkan 50 peratus daripada 511,875 calon UPSR menjawab soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
Hakikatnya, cuma 159,234 calon atau 31.1 peratus menjawab soalan Sains sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan seramai 238,152 calon atau 46.6 peratus menjawab soalan Matematik dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi kami ini merupakan satu masalah besar kerana setelah enam tahun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan, peratusan penerimaan pelajar tidak pun sampai 70 peratus.
Kedua, bilangan calon yang menjawab kertas Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya bukanlah ukuran yang tepat untuk membuktikan prestasi UPSR tidak terjejas.
Malah ukuran tersebut boleh dipertikaikan terutamanya bagi pelajaran Matematik yang terdiri daripada Kertas 1 dan Kertas 2. Kertas 1 Matematik merupakan kertas soalan objektif aneka pilihan yang disediakan dalam dwibahasa.
Bagaimana kita hendak mengetahui para pelajar benar-benar menggunakan Bahasa Inggeris kerana mereka cuma menulis jawapan pilihan 'A hingga D'. Kertas 2 yang disediakan dalam dwibahasa juga mengandungi 20 soalan subjektif yang merangkumi soalan tentang konsep asas Matematik yang mudah.
Jawapannya lebih banyak menggunakan angka dan pengiraan. Perkataan Bahasa Inggeris hanya digunakan untuk menulis unit seperti meter, gram dan hour.
Bagi mata pelajaran Sains pula kebolehpercayaan lebih tinggi kerana pelajar perlu membina ayat yang lengkap dalam Bahasa Inggeris bagi Bahagian B. Oleh itu kita boleh terima cuma 31.1 peratus pelajar yang berjaya menguasai Sains dalam Bahasa Inggeris setelah enam tahun berlalu. Itupun jika 31.1 peratus calon tersebut mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Sains.
Ketiga, seramai 108,842 calon atau 21.3 peratus menggunakan bahasa campuran ibunda, Melayu dan Inggeris. Hal ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat. Para pelajar tidak akan mempunyai penguasaan bahasa yang baik dalam Bahasa Inggeris malah merosakkan bahasa ibunda masing-masing. Adakah kita ingin melahirkan generasi yang mahir menggunakan bahasa rojak pada masa hadapan?
Keempat, perbandingan pencapaian UPSR 2008 dengan purata pencapaian UPSR 2003-2007 adalah perbandingan yang tidak wajar. Calon yang sebelum tahun 2008 adalah pelajar yang belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu atau Ibunda sepenuhnya.
Sepatutnya pihak kementerian menyediakan soalan Matematik dan Sains pada tahun ini dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Barulah keputusan dan analisis yang telus dapat dibuat.
Kelima, pihak kementerian tidak mengeluarkan maklumat terperinci perbandingan prestasi PPSMI UPSR 2008 antara sekolah di bandar dan di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa sekolah-sekolah di luar bandar mewakili 60 peratus daripada semua sekolah di negara kita. Hal ini merupakan perkara yang penting kerana rungutan dan masalah PPSMI selama ini banyak datang daripada pihak luar bandar. Malah kita tidak diberitahu daripada 46, 641 calon UPSR 2008 yang mendapat 5A, berapa ramai yang menjawab Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan berapakah nisbah antara pelajar di bandar dan di luar bandar yang mendapat 5A. Ini bermakna laporan yang dikeluarkan masih belum lengkap dan tidak telus.
Berdasarkan laporan keputusan dan analisis UPSR 2008 yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran, dapat kita rumuskan PPSMI tidak mencapai matlamat yang ditetapkan dan telah menjejaskan prestasi majoriti pelajar dalam UPSR 2008.
Kami warga pendidik amat berharap isu yang dibangkitkan dapat dibincangkan oleh ahli panel sesi meja bulat PPSMI yang ketujuh yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Kami menyokong kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menjelaskan kerajaan tidak akan bergantung semata-mata kepada keputusan UPSR untuk menentukan dasar PPSMI pada hadapan. Banyak faktor penting lain yang perlu dipertimbang.
MUHD. IKRAM FIKRI ABDULLAH
Taman Setapak Indah,
Kuala Lumpur

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 12:56 AM | Show all posts
penguasaan ilmu lebih penting drp bahasa nya...........

regardless of the media of instruction....

memperkasa B Inggeris adalah lebih effective utk subjek itu sendiri.....patut ke S and M dapat A tapi BI dapat C.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 01:02 AM | Show all posts
kefahaman terhadap ilmu itu saya kira adalah merentas bahasa perantaraan........

kalau bahasa bisu sekalipun ilmu itu boleh disampaikan.....kenapa ada org sebut ilmu S n M dalam BI shj yg boleh maju???? kenapa pengajaran S n M dlm BM tak boleh maju?? kenapa BM shj ?.....tidak bahasa lain spt Japanese, Korean, French, German dll Pelik kan???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:14 AM | Show all posts
Saya memang menyokong penuh pertuturan bahasa kita...bahasa melayu.
Kalau kita tidak tonjolkan dan memartabatkan bahasa kita, sapa lagi







tapi english saya... tercungap2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.061315 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list