CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pentaga

Perkasa Penggunaan BM

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2008 08:21 AM | Show all posts

Lagi pendapat menarik untuk dikongsi

Bahasa sumber ilmu bukan masalah besar'PANDANGAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena baru-baru ini bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan.
Ini kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Dr. Mahathir masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan.
Isunya ialah bahawa hujah Dr. Mahathir merupakan hujah yang tergelincir daripada hakikatnya. Dalam laporan Bernama, beliau mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak-anak Melayu menguasai Sains dan Matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika beliau membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu (jika benar anak-anak Melayu begitu lemah dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu. Kita malah sebenarnya telah melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.
Adakah Dr. Mahathir bermaksud bahawa Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan sejak merdeka merupakan dasar negara yang silap? Jika benar, adakah kesilapan itu patut diatasi dengan suatu keputusan yang bersifat ad hoc, dengan membuat keputusan pada tahun 2002 dan terus melaksanakannya pada tahun 2003?
Dr. Mahathir menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak tertulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan bahasa Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi.
Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap semula sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan oleh Dr. Mahathir tentang kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris.
Membezakan
Kita perlu membezakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa hadapan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.
Hujah Dr. Mahathir bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeda. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!
Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.
Memindahkan ilmu
Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa lepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut!
Dr. Mahathir turut menggunakan contoh yang silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Dr. Mahathir belum pernah melihat adanya telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Pokoknya, apabila sesuatu bangsa berilmu, bahasa sumber ilmu itu bukanlah masalah yang besar.
Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Dr. Mahathir mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
Pada hemat saya, manfaatkanlah pepatah kita yang berbunyi "Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan". Kita belum pun sesat sehingga di hujung jalan, maka tidaklah sulit untuk kembali ke pangkal jalan, iaitu melaksanakan semua program pembangunan negara dengan berlandaskan dasar-dasar negara yang telah difikirkan, dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya selama ini. Usahlah kita mengalami nasib "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Ingatlah juga kata orang tua-tua "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".
PROF. DR. AWANG SARIYAN
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia - China
Universiti Pengajian Asing Beijing

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 29-10-2008 09:00 AM
UMNO tuh bahasa melayu kerr....

United Mamak Nation Organism ( UMNO )

kalau bahasa melayu Persetubuhan Kebangangan Mamak Bersatu ( PKMB )

apsal tak panggil PKMB jer.. nampak sangat UMNO  ...


geliga la otak hang!!Parti Islam Semalaysia-PAS.ini solid BM.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by pentaga at 26-11-2008 08:21 AM
Bahasa sumber ilmu bukan masalah besar'PANDANGAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena baru-baru ini bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Matemat ...


setuju!!!! dalam bab ini aku paling tak suka TDM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 05:26 PM | Show all posts

apa kata Rais pulak....

Bahasa Melayu Perlu Diubah Status Kepada Bahasa Ilmu

KUALA TERENGGANU, 2 Dis (Bernama) -- Status Bahasa Melayu perlu diubah kepada bahasa pencapaian ilmu untuk memajukannya setanding dengan Bahasa Inggeris, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata seiring dengan Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa ilmu sama ada dalam sains, matematik atau bidang lain, maka Bahasa Melayu juga perlu dalam arena yang sama bagi menentu dan menjamin Bahasa Melayu tidak hanya sebagai bahasa sambilan berkomunikasi.

"Kita juga berkemungkinan dapat berjuang bagi Bahasa Melayu dan Indonesia ke arena antarabangsa sebab bilangan penuturnya sudah cukup ramai malah lebih ramai daripada penutur bahasa Sepanyol, Jerman, Perancis dan Rusia.

"Untuk sampai ke tahap menjadikan ia bahasa rasmi yang diiktiraf sehingga ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, beberapa syarat perlu dipenuhi antaranya bahasa itu mesti nampak sebagai bahasa ilmu yang berkemampuan melahirkan pelbagai aspek kehidupan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Era Globalisasi anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Pengajaran Bahasa Melayu Malaysia di sini hari ini yang disertai peserta dari Indonesia, Brunei, Rusia, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Rais berkata Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai dan Malaysia sendiri sudah boleh menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu bahasa Asean yang nyata dan berkemampuan untuk maju dan berkembang.

Beliau juga berkata sekiranya Bahasa Melayu tidak dikomersilkan, maka nilai dagang bahasa itu tidak akan berkembang.

"Sekarang Bahasa Inggeris dan Mandarin ada nilai dagang dan Bahasa Melayu tidak demikian kerana Bahasa Melayu diletakkan hanya sebagai bahasa kebangsaaan," katanya.

-- BERNAMA

[ Last edited by  pentaga at 2-12-2008 05:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 02:55 AM | Show all posts
yang i tau cikgu science i yg tak fasih[hampir buta huruf BI je yang menentang, yang pandai BI memang sokong pun penggunaan BI dlam ppsmi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 08:39 AM | Show all posts
Menjejaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2008 03:41 PM | Show all posts
Bahasa Melayu dalam mahkamah

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... na&pg=re_01.htm

Ada banyak isu berhubung dengan hak-hak pribumi yang terkandung di dalam Perlembagaan dan perun dangan negara. Tetapi dalam tulisan hanya satu isu penting sahaja dihuraikan dengan harapan mereka yang berkenaan akan mengambil perhatian.

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi negeri-negeri di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu dan apabila kerajaan British menjadi protector kepada negeri-negeri itu bahasa Melayu terus menjadi bahasa rasmi di samping bahasa Inggeris. Perlembagaan negara setelah merdeka menentukan kedaulatan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Artikel 152 yang mana telah di entrenched.

Berhubung dengan pelaksanaan peruntukan Perlembagaan Artikel 152 berkaitan dengan bahasa kebangsaan, saya cuma akan sentuh satu sudut atau perkara yang saya fikir perlu diambil perhatian oleh kerajaan dan semua yang berkenaan, iaitu penggunaan bahasa kebangsaan di mahkamah dan dalam bidang perundangan.

Salah satu perkara yang penting yang perlu diselesaikan ialah isu penggunaan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dalam sistem kehakiman dan mahkamah di negara ini. Penggunaan bahasa kebangsaan di mahkamah telah ditegur oleh pelbagai pihak sebagai tidak memuaskan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pernah menyatakan bahawa penggunaan bahasa di mahkamah tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris umpama sekerat ular, sekerat belut.

Malaysia sama dengan negara-negara lain dalam dunia, perlu menghadapi cabaran persaingan akibat kesan globalisasi. Satu daripada cara menghadapi cabaran ini ialah dengan bertindak meningkatkan modal insan yang mana insan di Malaysia akan mampu menguasai bahasa Inggeris. Kerajaan perlu sedar perkara ini dan mengambil tindakan supaya penduduk negara tidak kira di mana mereka berada adalah fasih dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa kebangsaan. Tetapi unsur ini tidak ada kaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan di mahkamah. Samalah di negara lain umpamanya, Perancis, Jerman, Thailand, China dan sebagainya, bahasa yang diguna di mahkamah mereka adalah bahasa kebangsaan masing-masing, sungguhpun mereka juga menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa penting dari sudut urusan antarabangsa dan perdagangan.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah penting kerana ia adalah bahasa antarabangsa yang terkemuka dan juga bahasa yang digunakan dalam bidang perdagangan antarabangsa. Dari segi bidang undang-undang Malaysia masih perlukan bahasa Inggeris kerana negara kita masih memakai sistem undang- undang Common Law, Equity dan kes-kes yang berkenaan itu adalah dalam bahasa Inggeris. Ada lagi banyak undang-undang Negara khususnya undang-undang yang dipakai sebelum merdeka dan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen selepas merdeka sehingga 1 September 1967, adalah dalam bahasa Inggeris dan undang-undang itu masih berkuatkuasa, melainkan beberapa undang-undang yang telah diterjemah ke bahasa Melayu. Ini bererti bahawa bahasa Inggeris masih diperlukan di mahkamah apabila kes-kes dan undang-undang dalam bahasa Inggeris yang tersebut timbul dalam perbicaraan.


tergeliat lidah peguam2 Malaysia yang bukan Melayu kalau nak kena berhujah dm mahkamah pakai bahasa Melayu

Justeru, peguam-peguam dan hakim-hakim adalah perlu fasih dalam kedua-dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Pada amnya, bahasa rasmi di mahkamah ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu, tetapi jika timbul keadaan seperti yang tersebut di atas maka bahasa Inggeris boleh digunakan. Malaysia sudah merdeka dan berdaulat selama lebih 50 tahun. Merdeka dan berdaulat bererti mempunyai dan mendaulatkan bahasa sendiri dalam bidang dan urusan termasuklah bidang perundangan dan kehakiman. Sebenarnya agenda ini sudah pun termaktub dalam perlembagaan negara dalam bentuk Artikel 152 Fasal (1) yang menetapkan bahawa bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Bagaimanapun proses menerapkan penggunaanya dalam bidang perundangan dan kehakiman ditangguhkan selama 10 tahun, itu pun bergantung pada pertimbangan dan keputusan Parlimen sebagaimana yang diperuntukan dalam Fasal (4) dan Fasal (5) Artikel tersebut yang berbunyi seperti berikut:

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemah atau direkodkan dalam bahasa Inggeris."

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga selainnya diperuntukan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam mahkamah rendah, selain daripada mengambil keterangan, hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris."
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 03:43 PM | Show all posts
Pada dasarnya penangguhan 10 tahun yang diperuntukan dalam Artikel 152 itu dapat diterima sebagai patut atau wajar, memandangkan keadaan yang wujud ketika negara baru sahaja mencapai kemerdekaan. Semua hakim dan peguam yang bertugas atau beramal ketika itu terdiri daripada lepasan institut pengajian tinggi luar negeri khususnya di England yang terlatih dalam undang-undang Inggeris dan oleh itu tidak atau kurang mahir menggunakan bahasa Melayu.

Keduanya, hampir keseluruhan bahan-bahan bacaan dan rujukan termasuk teks perundangan diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Korpus bahasa dan istilah undang-undang dalam bahasa Melayu masih kurang dan tidak lengkap. Maka tempoh 10 tahun dianggap sebagai wajar bagi negara untuk membuat segala persiapan.

Memang benar, Parlimen tidak leka dan cuai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penggerak utama bagi merealisasikan matlamat yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan negara. Ini ternyata dalam tindakannya meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang mesti digunakan bagi "urusan dan maksud rasmi" dan menghendaki supaya teks rang undang-undang dan akta Parlimen dan enakmen Dewan-Dewan Undangan Negeri disediakan dalam dalam Bahasa Kebangsaan (yang merupakan teks sahih) di samping bahasa Inggeris, Seksyen 8 akta tersebut memperuntukan supaya prosiding di mahkamah dijalankan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali. Namun, mahkamah diberikan kuasa budibicara untuk memerintahkan supaya hanya bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris digunakan bagi keseluruhan prosiding.

Malangnya dari segi pelaksanaan sebenar, pilihan yang telah dibekalkan oleh Seksyen 8 akta tersebut telah membawa kesan negatif kepada matlamat penerapan bahasa kebangsaan di mahkamah. Ini disebabkan para hakim yang bertugas rata-rata memilih penggunaan bahasa Inggeris, seringkali atas permintaan pihak peguam yang beraksi. Kelonggaran yang membolehkan penggunaan bahasa Inggeris itu yang sebenarnya bertujuan untuk memberi ruang kepada bilangan kecil kes-kes yang terpaksa dijalankan dalam bahasa Inggeris oleh sebab-sebab tertentu. Dengan kata lain, bahasa Inggeris dimaksudkan sebagai 'pengecualian' (exception), bukan sebaliknya. Nasib baiklah kelemahan Seksyen 8 yang dimaksudkan akhirnya disedari. Maka ia telah digugurkan dan digantikan dengan Seksyen 8 yang baru melalui Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1990 yang berbunyi seperti berikut :

"8. Segala prosiding (melainkan keterangan yang diberi oleh saksi) dalam Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dijalankan dalam bahasa kebangsaan:

Dengan syarat bahawa mahkamah boleh sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu (melainkan keterangan yang diberi oleh saksi) dijalankan sebahagiannya dalam bahasa Kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris".


kalau buat mcm ni, mesti ada bantahan entah2 ada yg demand untuk berhujah dlm bahasa lain pula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 03:45 PM | Show all posts
Negatif

Tidak dapat dinafikan bahwa peruntukan Seksyen 8 yang baru disebutkan di atas merupakan suatu kemajuan dari tahap penerapan bahasa Kebangsaan dalam sistem kehakiman dan mahkamah di negara kita. Berikutan kuatkuasa peruntukan tersebut kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 turut dipinda (lihat P.U.(A) 79/90) yang menghendaki supaya dokumen-dokumen yang digunakan di Mahkamah Tinggi disediakan dalam bahasa kebangsaan. Kesan langkah-langkah ini sangat menggalakkan. Sekarang ini rata-rata peguam di kalangan generasi muda didapati lebih selesa menggunakan bahasa kebangsaan. Kesan negatif urusan ini ialah ia melibatkan kos yang tinggi dan masa yang lebih lama kerana dokumen mahkamah disediakan dalam dua bahasa.

Bagaimanapun jika dibuat tinjauan, didapati masih banyak kelemahan. Prosiding dalam Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih banyak menggunakan bahasa Inggeris terutama apabila pihak yang terlibat diwakili oleh peguam-peguam yang senior dan berumur. Ini mungkin kerana kaedah-kaedah yang dipakai bagi kedua-dua mahkamah itu belum dipinda dan memasukkan peruntukan seperti yang diperbuat kepada kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi. Agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi awam yang bertanggungjawab mengawal atau mengawalselia bidang-bidang tertentu masih mengenepikan bahasa Kebangsaan, akibatnya hampir keseluruhan perjanjian pinjaman perumahan yang melibatkan bank dan institusi kewangan swasta menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga perjanjian jual beli rumah kediaman. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan.

Memandangkan perkara-perkara yang disebutkan di atas tadi adalah dicadangkan supaya pihak kerajaan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan berani bagi memastikan bahasa Kebangsaan benar-benar berfungsi sepenuhnya bukan sahaja sebagai bahasa dalam bidang perundangan dan kehakiman tetapi juga dalam urusan dan aktiviti penting di negara ini. Di antara langkah-langkah wajar yang boleh dipertimbangkan ialah:

(a)The National Language Act 1963/1967

Akta ini perlu di pinda dengan cara mengubahsuai iaitu proviso kepada seksyen 8 di gugurkan dan digantikan dengan proviso baru untuk membolehkan bahasa Inggeris cuma digunakan di mahkamah apabila berbangkit persoalan atau penafsiran undang-undang yang berkuatkuasa sebelum 1-9-1967, dan juga kes-kes berkaitan dengan Common Law dan equity yang dilaporkan dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana undang-undang yang sahih diluluskan sebelum 1-9-1967 adalah dalam bahasa Inggeris.

(b) Mengikut Seksyen 7 Akta bahasa kebangsaan yang tersebut undang-undang yang berkuatkuasa sebelum 1-9-1967 boleh diterjemah ke bahasa kebangsaan dan undang-undang itu setelah disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong akan dianggap sahih. Kerajaan telah pun menterjemahkan beberapa undang-undang penting ke bahasa Melayu dan menetapkan fungsi yang sahih. Apa yang perlu dibuat sekarang oleh kerajaan ialah mempertingkatkan usaha menterjemah undang-undang yang tersebut ke bahasa Melayu dan sahkan sebagai sahih oleh Yang di-Pertuan Agong. Satu masa kelak semua undang-undang itu akan diterjemahkan dan bahasa Inggeris tidak berbangkit lagi di mahkamah.

(c) Kursus-kursus secara berterusan perlu diadakan untuk melatih hakim-hakim dan peguam-peguam yang kurang mahir dalam bahasa kebangsaan supaya mereka mempelajari bahasa kebangsaan secara teratur . Sebaliknya hakim dan peguam yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris perlu diberi latihan mempelajari bahasa Inggeris.

(d) Mewujudkan suatu mekanisme yang sesuai untuk menggubal dan memperlengkapkan korpus bahasa istilah undang-undang serta menerbitkan buku-buku teks dan rujukan yang bermutu dalam Bahasa Kebangsaan. Mekanisme ini hendaklah dibiayai oleh peruntukan belanjawan negara dan diuruskan oleh lembaga yang berkemahiran dan proaktif dan dianggotai oleh pakar-pakar bahasa dan undang-undang termasuk wakil Majlis Peguam, Dewan Bahasa dan Pustaka dan universiti tempatan. Dengan penekanan terhadap bahasa Kebangsaan, sudah tentu akan memberi perangsang kepada mereka yang mampu dan berbakat untuk menulis buku-buku undang-undang dan sebagainya dalam bahasa Kebangsaan. Dengan sendirinya kita dapat memperkayakan bahan bacaan dalam bidang undang-undang dalam bahasa Kebangsaan;

(e) Pengecualian atau keistimewaan cukai diberikan kepada buku-buku dan penerbitan bidang undang-undang yang diterbitkan oleh penerbit swasta.

Pihak Kerajaan perlu bertindak memberi perhatian terhadap isu ini dengan secepat mungkin hendaknya.


tunggu sampai kucing bertanduk ler, tak kisah ler parti mana memerintah pon
ahli Parlimen pon ada yang tak pandai bercakap bahasa Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 03:49 PM | Show all posts
Memperkasa BM tanggungjawab semua kaum

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html

Di luar lingkaran Johan Jaaffar

Zaman slogan berakhir, ini masa bertindak

SEWAKTU merasmikan sambutan jubli emas Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Melayu bulan lalu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengingatkan bahawa zaman berslogan sudah berakhir. Inilah masa untuk menyusun gerak kerja. Menteri Pelajaran menyebutkan tentang perlunya memberi nilai pada aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan serta membudayakannya dalam kehidupan rakyat sehari-hari.

Memang kedudukan bahasa Melayu tidak perlu dipersoalkan lagi. Tetapi meletakkannya sebagai bahasa kebangsaan adalah satu hal, memastikannya dihargai dan dimartabatkan sebagai bahasa rasmi negara satu hal yang lain. Kedudukannya dalam Perlembagaan memang jelas tetapi sejauh manakah dinobatkan tahap "kebangsaan" dan "rasminya" satu perkara yang lain.

Memang tidak dapat dinafikan, bahasa Melayu menghadapi pelbagai cabaran masa kini. Gerakan rakyat yang menyokong usaha memartabatkannya pada tahun-tahun 60-an tentulah berbeza dengan keadaan hari ini. Apa yang disebutkan "nasionalisme linguistik" yang menjadi gelombang desakan rakyat untuk melihat bahasa itu bahasa kebangsaan negara tidak kelihatan lagi sekarang. Zaman kebangkitan rakyat yang mahukan bahasa itu dimuliakan sebagai bahasa rasmi nampaknya tidak berlaku lagi. Zaman di mana pejuang bahasa menjadi wira rakyat juga nampaknya sudah berakhir. Bahasa bukan lagi modal menawan hati pengundi.

Zaman berubah bersama nilai dan tuntutan rakyat. Sementara itu bahasa Inggeris menapak kukuh sebagai bahasa perhubungan antarabangsa dan bahasa ilmu. Kini bahasa itu mendapat kekuatan baru melalui asakan teknologi maklumat atau ICT. Bahasa itu menjadi bahasa rasmi alam siber. Memang kesannya pada bahasa-bahasa utama dunia yang lain cukup dirasakan, bukan pada ahasa Melayu sahaja. Bahasa Inggeris mendapat nafas dan kekuatan baru ekoran kedudukan baru itu.

Kita semua tahu keupayaan bahasa Melayu. Bahasa itu menjadi bahasa wahana tinggi dan bahasa ilmu yang boleh mengajarkan pelbagai disiplin dalam bidang sains dan teknologi selain bidang-bidang sains kemanusiaan. Bahasa itu menjadi bahasa rasmi di mahkamah-mahkamah negara. Bahasa itu lebih daripada sekadar pengantara di antara kaum atau bahasa perpaduan.

Memang mudah bercakap tentang usaha memperkasa bahasa Melayu. Tetapi rata-rata tugas itu dibebankan pada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau Kementerian Pelajaran. DBP tidak mempunyai Lampu Aladdin untuk menyelesaikan semua masalah kebahasaan. DBP berperanan membina dan mengembangkan bahasa itu, tugas yang telah dilakukan lebih lima dekad. Tetapi bahasa Melayu tidak akan membawa sebarang makna sekiranya ia berkembang dan berkisar hanya di sekitar bangunan DBP atau di kalangan penggunanya yang setia. Bahasa Melayu memerlukan dokongan rakyat.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk memastikan bahasa itu dimuliakan dan dihargai. Bukan sekadar orang Melayu atau institusi Melayu atau gerakan bukan kerajaan yang berteraskan Melayu sahaja harus memainkan peranan dalam soal ini. Bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu semata-mata, tetapi bahasa semua kaum. Maka itu tugas memastikan kejayaan program bahasa menjadi tanggungjawab semua rakyat – tidak mengira kaum.

Banyak pihak yang mengambil mudah peranan bahasa itu hari ini. Lihat sahaja keupayaan bahasa itu sebagai bahasa perhubungan di antara rakyat pelbagai kaum. Sabah dan Sarawak menjadi contoh klasik bagaimana bahasa itu menjadi penghubung di antara pelbagai kelompok etnik, malah sesama suku kaum. Di Semenanjung, bahasa itu menjadi jambatan interaksi kaum yang penting. Bahasa itu juga menjadi bahasa pengantara di sekolah-sekolah yang menjadi asas pembinaan sebuah negara bangsa yang kita mahukan.

Ada kalangan yang menghujahkan bahawa sesuatu bahasa akan hanya dihargai peranan dan kedudukannya sekiranya ia mempunyai nilai ekonomi. Hal ini memang tidak dapat dinafikan. Apabila keputusan peperiksaan ditentukan oleh pencapaian bahasa Melayu, maka setiap orang akan bekerja kuat menguasainya. Apabila prasyarat mendapat kerja ialah keputusan mata pelajaran bahasa yang baik, maka ia menjadi motivasi untuk pelajar mendapat markah yang terbaik. Lebih penting lagi ialah kedudukannya dalam dunia komersiol dan niaga "di luar sana." Di sinilah nilai sesuatu bahasa akan ditentukan.

Hal inilah yang sangat merunsingkan. Sejak sekian lama, kedudukan ekonomi bahasa Melayu tidak pernah dapat menandingi Bahasa Inggeris. Malah, ada kecenderungan bahawa bahasa vernakular yang lain mempunyai tahap kedudukan ekonomi yang jauh lebih baik. Ini bukan lagi isu persepsi tetapi kenyataan yang harus diterima. Ambil sahaja contoh pendapatan iklan media cetak berbahasa Melayu yang tidak pernah mendapat lebih daripada 25 peratus dari keseluruhan nilai iklan. Berdasarkan angka terbaru, pendapatan terkumpul iklan bagi akhbar berbahasa Melayu hanya RM546 juta setahun berbanding pendapatan akhbar berbahasa Inggeris yang memperoleh RM1.1 bilion. Malah, bukan rahsia lagi pendapatan terkumpul iklan kesemua akhbar berbahasa Melayu di negara ini tidak dapat menandingi pendapatan iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Seperkara lagi ialah pendapatan iklan akhbar berbahasa Cina. Sepanjang setahun berakhir pada September 2008 akhbar Cina memperoleh RM765 juta, lebih RM219 juta dari pendapatan terkumpul akhbar berbahasa Melayu. Dari segi peratusan, akhbar berbahasa Inggeris menguasai 47.5 pendapatan iklan, akhbar berbahasa Cina 30.4 peratus sementara akhbar berbahasa Melayu 21.7 peratus. Memandangkan orang Melayu mewakili lebih 60 peratus rakyat negara ini dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara, hal ini tentulah menghairankan.

Ini bukti jelas bagaimana bahasa Melayu masih dilihat sebagai tidak mempunyai nilai ekonomi yang sepatutnya. Malah, lebih menyedihkan lagi bahawa jumlah cetak akhbar berbahasa Melayu (kecuali dua buah akhbar tabloid yang bersifat bacaan ringan) sebenarnya semakin menurun. Ada pihak yang menyalahkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris menyebabkan keadaan ini. Hakikatnya, keadaan ini berlaku lama sebelum dasar itu dilaksanakan. Memang kesan dasar itu terhadap industri persuratkhabaran dan buku berbahasa Melayu agak ketara, tetapi ada faktor lain yang harus juga diambil kira.

Persoalannya jauh lebih kompleks dari itu. Memberi nilai ekonomi pada bahasa bukan sekadar meletakkannya sebagai bahasa kebangsaan tetapi bagaimana bahasa itu "didarjatkan" sebagai bahasa kebangsaan. Sekiranya bahasa itu hanya diterima secara formal sebagai bahasa kebangsaan tetapi tahap penerimaannya tidak mencerminkan tahap rasminya, maka bahasa itu akan terus berada pada tahap ketiga dalam kedudukan ekonominya.

Hishamuddin mengingatkan bahawa usaha memperkasa bahasa kebangsaan menjadi agenda pertama dalam teras Membina Negara Bangsa seperti yang termaktub di dalam Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan (PIPP). Beliau juga menyebutkan tentang perlunya "gelombang baru" memperkasa bahasa itu yang menurut beliau bermula dari perayaan Jubli Emas DBP pada Jun 2006. Beliau berkata, "tidak ada jalan pintas untuk gerakan baru yang hendak dimulakan ini, sebaliknya gerakan ini perlu mempunyai perancangan yang teliti dan strategi yang berkesan." Beliau juga mengajak pada "kesatuan fikiran dan kesatuan tindakan setiap penggeraknya." Beliau mahukan usaha memperkasa bahasa itu "dibuat melalui pendekatan yang lebih segar, perancangan yang lebih menyeluruh, pengisian yang lebih mantap dan pelan tindakan yang lebih berfokus."

Masa depan bahasa kebangsaan bergantung pada komitmen semua pihak merealisasikan impian itu. Tugasnya bukan kecil dan penuh berliku. Tepuk dada tanya selera.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 12:52 PM | Show all posts
sape yang nak perjuangkan BM ni??aku tak percaya la ameno btul2 nak buat..
hapuskan tulisan jawi..ameno punya keje..tukar bhasa pengantar sains n math pn ameno..nama ameno tu sendiri tak dlm BM..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.503700 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list