|
2008: Tahun selebriti cerai...
Abby nak bercerai selepas Norman Hakim tertangkap disyaki berkhalwat dengan Memey Suhaiza.
Nash dan Sosilawati belum disahkan bercerai tapi kini tidak sehaluan.
Nasrizal Ngasri sah bercerai talak satu, tapi berhasratnak rujuk semula.
Shazlin dan Radhi OAG juga dalam proses nak bercerai.
Siti Fairuz kini sah menjanda dan kembali aktif menyanyi.
Zakiah Anas pula pohon cerai cara baik.
Anis Suraya kini bebas tanpa ikatan perkahwinan.
Aziz M. Osman tunggu keputusan status perkahwinan.
Tahun 2008 nampaknya dipenuhi dengan cerita sensasi artis dan selebriti bercerai dan nak bercerai. Seorang demi seorang Nash dan Sosilawati belum disahkan bercerai tapi kini tidak sehaluan.
naik turun mahkamah. Apa sudah jadi?
Kalau orang kata artis asyik kahwin, cerai ada yang melenting. Nampaklnya dah jadi macam hakikat pula sekarang ini.
Ada yang tuntut cerai dan ada juga yang ingin mengesahkan status setelah dikhuatiri tingkah laku pasangan boleh membawa kepada jatuh talak.
Kes Norman Hakim dan Abby Abadi antara yang paling sensasi. Setelah Norman disyaki berkhalwat dengan Memey Suhaiza, Abby pula mahu menutut cerai, tapi tidak dibenarkan kerana borang tidak lengkap.
Norman kata tak nak bercerai, tapi Abby pula tidak nampak ada jalan penyelesaian.
Artis lain yang turun naik mahkamah termasuk, Jamal Abdillah, Siti Fairuz (sudah sah cerai), Nash, Shazlin dan Radhi OAG, Mazidul Akmar Sidek, Anis Suraya (sah bercerai cerai) dan ramai lagi.
Nasrizal Ngasri juga tiba-tiba diputuskan sah bercerai talak satu baru-baru ini. Nasrzal atau Bell berhasrat nak rujuk semula.
Terbaru Zakiah Anas pula nak bercerai cara baik dengan suaminya. Alasannya tidak sehaluan lagi.
Aziz M. Osman pula lain pula ceritanya. Aziz turun naik mahkamah untuk mengetahui sama ada perkahwinannya dengan seorang ustazah sah atau sebaliknya kerana status perkahwinan pertama wanita itu yang dipertikaikan.
Nora Danish yang kini sedanag hamil juga turut bercerai. Perkahwinan Nash dan usahawan kosmetik Sosilawati Lawiyah masih sah. Namun mereka sebenarnya sudahtidak sehaluan.
Lain pula halnya dengan Wan Nor Azlin. Wan turut ke mahkamah, bukannya kerana mahu menuntut cerai sebaliknya menuntut nafkah daripada suaminya yang kini menghilangkan diri kerana masalah hutang ceti haram Ah Long.
credit-manggaonline |
|