CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2584|Reply: 1

CUBA Catastrophe: taufan paloma 215km/h landa cuba

[Copy link]
Post time 10-11-2008 08:08 PM | Show all posts |Read mode
Taufan Paloma landa Cuba

HAVANA 9 Nov. - Taufan Paloma melanda bahagian barat laut Cuba dengan kelajuan angin sehingga 200 kilometer sejam, selepas membadai Pulau Cayman.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) yang berpengkalan di Miami, lebih setengah sejuta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan hampir 3,000 pelancong asing diberi perlindungan di utara pulau percutian di tengah wilayah Ciego de Avila itu.

Jurucakap Pertahanan Awam berkata, taufan itu telah menyebabkan berlaku tanah runtuh dekat Santa Cruz del Sur, Cuba.

Pertahanan Awam Cuba telah mengeluarkan amaran taufan di wilayah tengah dan timur termasuk di Camaguey, Las Tunas, Holguin, Granma, Santiago de Cuba dan Guantanamo.

Taufan tersebut berada dalam Kategori Empat dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam apabila ia merentasi Carribean meninggalkan kemusnahan di Pulau Cayman, di selatan perairan Cuba, milik wilayah British yang terkenal dengan destinasi perlancongan dan perbankan.

Pulau kecil seperti Cayman Brac dan Little Cayman mengalami kemusnahan yang lebih teruk setelah dilanda Taufan Paloma berbanding ketika dilanda Taufan Ivan pada 2004.

"Kemungkinan 90 hingga 95 peratus rumah dan bangunan di pulau-pulau ini rosak teruk," kata Suruhanjaya Tempatan Cayman Brac, Ernie Scott.

Tiada kecederaan dilaporkan apabila kebanyakan penduduk dan pelancong asing sempat berpindah bagi mendapatkan perlindungan.

Tiupan angin yang lemah dijangka akan berlaku dalam sehari dua ini... lebih-lebih lagi apabila Paloma merentasi Cuba, lapor NHC.

Di Cuba, taufan tersebut dijangka menyebabkan berlakunya banjir antara 4.5 hingga 6.0 meter dan ombak besar kuat dekat timur Santa Cruz del Sur iaitu di sepanjang pantai selatan Cuba.

Kebanyakan penduduk di Santa Cruz telah dipindahkan semalam.

Pada 9 November, 1932 taufan yang melanda Santa Cruz dengan kelajuan angin sehingga 250 kilometer telah menyebabkan ombak besar sehingga sembilan meter tinggi mengakibatkan 70 peratus penduduk kawasan itu mati.

Paloma merupakan taufan ketiga yang melanda Cuba, selepas dilanda dua ribut besar dalam tempoh 60 hari.

Musim taufan Atlantik mengganas ialah dari 1 Jun hingga 30 November setiap tahun.

Taufan termasuk Gustav dan Ike sebelum ini telah menyebabkan beratus-ratus orang mati di Kepulauan Carribean dan tengah Amerika, mengakibatkan kerugian bernilai berbilion dolar.

- AFP



.. dan ni bukan taufan terakhir... ada lagi nanti taufan lain pulak yg menyerang..... ghopanya bulan november ni mmg bulan topan serang!!  
   

[ Last edited by  amazed at 10-11-2008 08:11 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 08:57 PM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

ish3...dahsyat nya....kita kat sini jarang2 benar sampai tahap camtu....200km....cuba bawak kereta kelajuan 200 dan keluarkan kepala ke tingkap....memang dahsyat.....

Alhamdulillah lah negara kita bukan laluan taufan......kemungkinan nak kena sangat kecil.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list