View: 6564|Reply: 68
|
Ops Warta VII.....Waran Tangkap di rumah@pejabat...
[Copy link]
|
|
No Summons(es) Found. |
|
|
|
|
|
|
|
sudah ditangguhkan maa....boleh guna duit nak bayar saman tu utk upgrade sport rim dulu |
|
|
|
|
|
|
|
ni ha news terkini
Ops Warta 7 ditangguh
Oleh UMAVATHI RAMAYAH
KUALA LUMPUR 15 Nov. ?Hanya 24 jam selepas pengumuman Ops Warta 7 bermula Isnin ini bagi memburu 96,000 pesalah trafik yang gagal menjelaskan saman dan dikenakan waran tangkap termasuk mengesan dari rumah ke rumah, polis hari ini mengumumkan penangguhan operasi itu.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum memutuskan tarikh baru operasi itu dan tempoh pelaksanaannya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini beliau dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri belum menerima laporan mengenai pelancaran operasi itu daripada Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yusof.
Sehubungan itu, katanya, penangguhan operasi itu perlu bagi memberi sedikit masa kepada pihaknya untuk mengkaji secara menyeluruh laporan pelaksanaan Ops Warta 7.
揔ita sudah tangguhkan Ops Warta 7 dan bukannya bermula Isnin ini. Kita buat keputusan supaya operasi itu yang diumumkan (oleh Abdul Aziz) semalam, ditangguhkan sehingga saya dan Ketua Polis Negara berbincang terlebih dulu.
揔ita perlu mengkaji laporan mengenai cadangan pelaksanaan Ops Warta 7 sebelum memutuskan tarikh baru bermulanya operasi itu,?katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mengenai tindakan Abdul Aziz mengadakan sidang akhbar mengumumkan Ops Warta sebelum mendapat pandangan atau menyerahkan laporan kepada beliau dan Musa, Ismail berkata:
揑tulah... apa-apa keputusan hanya diambil selepas perbincangan saya, Ketua Polis Negara dan juga Ketua Trafik Pasukan (Abdul Aziz), sehingga kini kita masih belum putuskan tarikh pelancarannya.?
Difahamkan, pertemuan khas melibatkan Musa, Ismail dan Abdul Aziz itu akan diadakan Isnin ini yang bertujuan bagi membincangkan operasi berkenaan.
Ismail berkata, beberapa agenda akan dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk jumlah waran tangkap yang dikeluarkan dan tempoh penguatkuasaannya.
Semalam, Abdul Aziz dalam sidang medianya mengumumkan, pihaknya memburu 96,000 orang pesalah trafik yang gagal membayar saman menerusi Ops Warta kali ini termasuk mengesan mereka dari rumah ke rumah dan pejabat mulai Isnin ini.
Operasi itu dijadual diadakan selama sebulan iaitu sehingga 16 Disember ini dan ia melibatkan pesalah yang dikeluarkan waran tangkap dari 1 Mei hingga 31 Oktober lalu.
Sepanjang Ops Warta kali ini, 4,000 pegawai dan anggota trafik di seluruh negara akan terlibat mengesan dan menjalankan tangkapan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan saman dan telah menerima waran tangkap.
Pada 10 November lalu, Musa dalam kenyataannya memberitahu, nilai kompaun bagi saman trafik tertunggak di seluruh negara kini mencecah RM1.2 bilion meliputi pelbagai kesalahan.
Menurut Ketua Polis Negara itu, jumlah tersebut meliputi pesalah yang dikenakan tindakan waran tangkap dan juga saman ke atas pesalah trafik yang belum dikemas kini alamat masing-masing.
Kata Musa, semakan yang dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kebanyakan pesalah trafik itu tidak mempunyai alamat terbaru.
nota: tangguhan dilakukan atas bantahan oleh GGH
[ Last edited by zzcbr at 16-11-2008 02:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 zzcbr\ catat
xsangke GGH ade kabel besar jgak..
so, bile nk dpt bonus 8 bulan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 nik2121's post
Ahli GGH akan mendapat diskaun 90% - 50% mengikut kesalahan... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 mycos79\ catat
bro
masalahnya
GGH x de kad keahlian lagi...
camne nak dapatkan diskaun tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Waran tangkap yang dikeluarkan itu ialah pesalah trafik yang disamanpada 1 Mei lalu hingga 31 Oktober lalu dan polis meminta pesalah trafikyang dikeluarkan waran tangkap supaya menjelaskan saman atau hadir dimana-mana balai trafik.
orang yang disaman pada 1 Mei hingga 31 Oktober saja akan diambil tindakan nampaknya...nampaknya aku tak yah bayarlah saman diluar daripada tarikh yang dinyatakan oleh pihak polis itewww
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 syahza\ catat
jgn bayar...gi minta pic, tatak picture, cakap kat dia see you in court...or kalu abg polis tu ensem cakap kat dia can i wait you at court mamoth tonight |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 zzcbr\ catat
yeap.. either gambo.. ato alibi keta tu takde dikawasan yg disebutkan, since ko kata ko tak berada dikawasan kejadian.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|