CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: sunshine66

Hala Tuju Selepas SPM

[Copy link]
Post time 14-3-2009 09:12 AM | Show all posts
Lepasan SPM disaran ikuti kursus kemahiran

SIBU 13 Mac - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan kurang memuaskan disaran mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan institusi berkaitan kerajaan atau swasta


Menteri Kewangan II, Datuk Sri Wong Soon Kooh berkata, permintaan pasaran kerja untuk mereka yang memiliki sijil-sijil kemahiran masih tinggi.

"Sarawak yang kini memasuki gelombang pembangunan kedua amat memerlukan pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang.

"Ini merupakan satu peluang kepada lepasan sekolah yang tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat universiti untuk mengikuti kursus kemahiran," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah pada majlis perasmian Hari Peluang Latihan dan Pendidikan di sini, semalam.

Soon Koh berkata lagi, peluang untuk memperolehi kemahiran di peringkat sijil atau diploma terbuka luas dengan penubuhan pelbagai institusi.

Antara institusi kemahiran itu ialah Institut Latihan Perindustrian, Pusat Latihan Pembangunan Belia, Institut Kemahiran Mara, dan Pusat Giat Mara.

"Lepasan SPM tidak harus kecewa apabila gagal memasuki universiti. Masih ada peluang untuk mendapat pekerjaan yang baik dengan mengikuti kursus-kursus kemahiran," jelas beliau.

Apa yang penting katanya, remaja perlu menyedari perancangan kerajaan dalam sektor ekonomi dan industri.

Kesedaran itu menurut beliau, akan membolehkan mereka memilih kursus kemahiran yang sesuai dengan keperluan industri pada masa depan.

Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (Score) dijangka menyediakan 1.6 juta pekerjaan.

"Score memerlukan pekerja mahir dalam bidang kejuruteraan dan teknikal," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 03:45 PM | Show all posts
009/04/12
Is there life after SPM?
NURJEHAN MOHAMED









[size=+0]

THERE is a world of opportunities beyond college and university open to school-leavers after their Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination.

And a group of young go-getters is hoping to inspire students with tales of successes, failures and everything in between.
[table=200][/table]
Organising committee member Yeoh Chen Chow says the group is seeking young people to write about their experiences after SPM which it intends to compile for a book called What抯 After SPM?.

揗any of us realised that some are fortunate they knew what they could do after SPM,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by Urban_Iz at 3-3-2009 02:37
aku baru je lepas habis SPM...sekarang ni tengah tunggu result...masalahnya aku tak tau apa nak buat dengan hidup aku lepas ni...aku apply matrix, aku apply upu tapi sebenarnya aku tak berminat l ...

anak aku baru lepas spm, 3A 3B 4C, mohon matriks tak dapat, mohon Kulinary UITM tak dpt, sekarang tengah pening fikir apa kursus yg sesuai, dia ni minat sgt kulinari, tapi kulinari UITM pon dah kena rembat dgn bdk yg dpt 5A keatas.
Nak pegi kolej swasta mahal lah pulak...susah..susah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 02:26 PM | Show all posts

Result UPU

tadi result upu dah keluar...
adik i dpt asasi undang2 uitm..
dpt bantuan kewangan rm1250/semester...

ada org lain yg dapat?
uitm ni ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 05:54 PM | Show all posts
aku sampai dah umur 28 neh, dorang tak panggil2 ponnn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073209 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list