CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naen

FORMULA ONE 2009

[Copy link]
Post time 22-11-2008 06:13 PM | Show all posts

- Danica Sue Patrick -

Danica : Ratu F1 pertama dunia
OLEH Amran Ahmad


Danica terus berlumba di litar walaupun telah berkahwin.


Selama ini, dunia hanya menyaksikan pemandu lelaki yang mendominasi sukan permotoran terutama Formula Satu (F1) sehingga lahir nama-nama besar seperti Michael Schumacher, Felipe Massa, Sebastian Vettel, Jackie Stewart, Eddie Irvine, Jenson Button, David Coulthard dan terbaru, Lewis Hamilton.

Nama-nama besar ini terus menghiasi dada-dada akhbar seluruh dunia kerana kejayaan berlumba dalam antara sukan paling laju di dunia selain terlibat dalam skandal cinta bersama artis-artis wanita terkenal.

Kini, muncul nama baru yang semakin menyinar dalam sukan permotoran itu, Danica Sue Patrick yang menjadi bakal pemandu pertama wanita dalam sukan F1 dan khabarnya sedang memilih pasukan yang mahu diwakilinya nanti.

Namanya mula bersinar apabila Danica muncul sebagai wanita pertama memenangi perlumbaan IndyCa yang sebelum ini dikuasai pelumba lelaki pada bulan April baru-baru ini, walaupun kecewa tanpa kemenangan dalam 49 perlumbaan sejak lebih tiga tahun yang lalu.

Danica Sue Patrick yang lahir pada 25 Mac 1982 dan dibesarkan di Roscoe, Illinois juga pernah menerima gelaran Rookie of the Year untuk dua musim perlumbaan IndyCar tahun 2005 dan Indianapolis 500.

Danica memulakan karier pelumba kereta sebagai pelumba go-kart pada tahun 1992 pada umur 10 tahun di Sugar River Raceway dan mula menyedari bakatnya apabila menjuarai beberapa kejohanan peringkat kebangsaan sukan itu.

Kemudian, beliau berhijrah ke England pada usia 16 tahun untuk mengasah bakatnya dengan fokus perlumbaan atas jalan raya dengan menyertai banyak kejohanan antaranya Formula Ford dan Formula Vauxhall.

Pada tahun 2002, Patrick memeterai perjanjian dengan pasukan lumba, Bobby Rahal di bawah tajaan Argent yang membolehkan beliau menimba pengalaman awal berharga apabila menyertai Kejohanan Toyota Atlantic 2003.

Selain menyertai Atlantic, Danica turut menyertai siri American Le Mans untuk pasukan Prodrive Ferrari pada Grand Prix Atlanta tahun 2003 dan Rolex 24 di Daytona tahun 2006.

Dalam pendakian menuju kecemerlangan, Danica yang menjadi tumpuan peminat sukan permotoran antarabangsa tidak terlepas dari dilanda kontroversi termasuk mendapat perhatian media berlebihan walaupun gagal dalam banyak kejohanan yang disertai.

Beliau turut dibandingkan dengan atlet wanita, Anna Kournikova ekoran kesudiannya untuk muncul dalam majalah FHM keluaran bulan April 2003 dan majalah Sports Illustrated pada Jun 2005 dan Februari baru-baru ini.

Ada yang beranggapan beliau menjadi tarikan media kerana tubuhnya yang langsing lagi seksi dengan Danica mempunyai ketinggian 5 kaki 2 inci atau 1.57 meter dan berat 100 pound atau sekitar 45 kilogram.

Tubuh yang ringan itu juga menjadi kelebihan buat Danica untuk memecut lebih laju berbanding pelumba lelaki yang rata-rata memiliki berat lebih 80 kilogram dan ke atas.

Muncul

Selain media cetak, Danica turut muncul dalam beberapa rancangan televisyen antaranya Powerblock untuk saluran Spike TV pada tahun 2005, episod Diggnation pada bulan Ogos 2007 selain pernah menjadi tetamu rancangan popular, The Late Show with David Letterman dan Late Night With Conan O'Brien tahun ini.

Di sebalik dunia glamor yang dinikmati, anak kepada pasangan T.J. dan Bev Patrick yang sangat sayang pada anjing peliharaannya bernama Ricky Bobby sejak kecil lagi itu melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli terapi Paul Edward Hospenthal.

Perkahwinan yang memberi gelaran ibu kepada Danica itu telah membakar semangatnya untuk terus berlumba secara lebih agresif, walaupun pernah terdengar suara- suara yang meramalkan beliau akan bersara selepas berkahwin.

Di Malaysia, Sukan F1 masih dianggap baru kepada pelumba kereta tempatan, baik lelaki atau wanita walaupun negara sudah mempunyai antara litar perlumbaan terbaik di dunia di Sepang yang menjadi hos kepada banyak kejohanan bertaraf dunia sebelum ini.


Mungkin pada masa hadapan, lebih banyak pihak terutama sektor swasta akan turut menjadi penggalak kepada sukan permotoran itu menerusi penyaluran dana selain mengharapkan peranan kerajaan sahaja dalam mempromosi sukan itu kepada generasi muda akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 06:58 PM | Show all posts
Formula One driver Webber 'seriously injured'

Australian Formula One driver Mark Webber was seriously injured after being hit by a car while competing in a multi-sport charity event in Tasmania, police said Saturday.

"As a result of the collision, the rider, Mark Webber, suffered serious but non-life threatening injuries," Ford said.

"He was attended at the scene by paramedics attached to the event before being airlifted to the Royal Hobart Hospital."

Event director Geoff Donohue said Webber may have suffered a fractured leg, but he had not been fully diagnosed by medical personnel.

"It would appear he's suffered a fractured leg but until doctors confirm the extent of Mark's injuries, we won't know for sure -- it's still early days," Donohue told AAP.

Donohue said it was too early to say whether the mishap would impact on Webber's pre-season training for the 2009 Formula One season.

"That's jumping ahead a bit. He would certainly have other ideas about that. Right now, it's a wait-and-see situation," Donohue said.

Webber was competing on the penultimate day of the five-day challenge, which also includes abseiling and whitewater rafting.

Webber has had two podium finishes in 121 F1 starts since his debut in the 2002 Australian Grand Prix in Melbourne.

The male driver of the car escaped injury, police said.

*****************************************************************************

irony la sangat kalau apa2 berlaku kat dia out of races -
jangan ada ayrton sienna lagi dah la - teringat race F1 94 kat san morino dulu -

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 12:26 AM | Show all posts
undang2 yang mana boleh membantu ferrari lah ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 01:53 AM | Show all posts
mane team yg kaya,makin hebat la ngan undang
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 02:02 AM | Show all posts

Reply #4 akughi's post

yg haku terbaca , mamat rambut putih tu nak buat rules .. saper mng byk , dier la pemenang keseluruhang...
constructor championship ttp kira points.. 10 , 8 , 6..

tawon 2007 ok jer ... skng bila mat katek brajil tu kalah tipis tp byk jadi jore ... nak buat camtu pulak....

ini yg latest lah... dolo2 pong dah byk tolong ferrari tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 02:42 AM | Show all posts
Originally posted by akughi at 24-11-2008 12:18 AM
aku dengar tayar yg depa

nak gune tayar licin

bio btol nak guna tayar licin plak...
makin truk plak undang2 FIA nih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2008 02:59 AM | Show all posts
dgr cerita nak buat pingat.... emas.. perak ..gangsa...
saper dapat banyak emas leh jadi juara dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:47 PM | Show all posts
Beri tumpuan sukan lumba kereta

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta turut memberi perhatian yang sama berat dalam membina sukan lumba kereta di negara ini, sama seperti penumpuan terhadap lain-lain sukan lapor JOHARDY IBRAHIM.


Pengarah Cartrade-ABT Motorsport, Helmi Ilyas berkata, Malaysia memiliki antara sirkit lumba yang terbaik di dunia iaitu F1 Sepang dan sudah sampai masanya negara ini mempunyai perancangan dan dasar yang menyeluruh untuk pembangunan sukan lumba kereta.

Pada masa ini ujarnya, sukan lumba kereta di Malaysia dipelopori sama ada oleh golongan korporat atau individu yang datang dari keluarga yang berada.

Menurutnya, hakikatnya latar belakang kebanyakan peserta sukan lumba kereta sekarang adalah sedemikian kerana kos tinggi yang perlu ditanggung seperti kenderaan, alat ganti, tayar dan sebagainya.

Dalam konteks ini ujarnya, kerajaan disaran mewujudkan sebuah akademi khusus untuk melahirkan pelumba kereta bertaraf dunia, sama seperti akademi badminton yang diumumkan baru-baru ini.

''Kita ada prasarana. Kita ada F1 Sepang. Orang luar mengiktiraf apa yang kita ada. Sudah tiba masanya untuk kita mempunyai dasar yang khusus untuk membangunkan sukan lumba kereta dan ia boleh dipacu oleh kerajaan," katanya di sini, semalam.


******************************************************************************************

sukan lumba kereta ni well F1 specifically dah 10 years dah kat malaysia - tapi still tak adalah malaysian
into it sangat - mungkin sebab  sukan yang mahal - dan tak semua orang berpeluang nak jadi
driver F1 - macam limited sangat -

nak tumpukan boleh - tapi kalau jadi one of the famous sports tu rasanya belum lagi - or mungkin
ambil masa -  bukan macam badminton  or even squash or bowling - yang rakyat marhaen boleh
participate and the sport is less expensive and unlimited pun -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 06:39 AM | Show all posts

update info -




Kubica kritik cara BMW Sauber


KUBICA sekadar menduduki tangga keempat keseluruhan musim ini.


LONDON - Pemandu sensasi BMW Sauber, Robert Kubica mengakui kegagalannya menduduki kelompok tiga terbaik pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini adalah disebabkan misi berbeza yang dilakukan pasukannya itu.

Menurut pemandu Poland itu, dia gagal mencatat keputusan terbaik pada beberapa perlumbaan terakhir disebabkan BMW lebih fokus untuk merangkul kedudukan ketiga keseluruhan bagi kategori pengeluar.

Kubica meraih kejayaan sulungnya pada Grand Prix (GP) Kanada Jun lalu untuk membolehkannya menduduki tangga teratas keseluruhan.

Dia juga berpeluang untuk muncul juara dunia sehinggalah perlumbaan kedua terakhir dan hanya berjaya menamatkan musim ini di tempat keempat keseluruhan meskipun berkongsi mata dengan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen.

Menurut Kubica, kegagalannya itu disebabkan BMW Sauber memberi tumpuan yang lebih bagi memperbaiki prestasi rakan sepasukannya, Nick Heidfeld dengan tujuan memburu kedudukan ketiga kategori pengeluar.

"Pada dua atau tiga bulan terakhir, saya sudah dapat rasakan saya dan pasukan tidak lagi mempunyai matlamat yang sama," kata Kubica dalam temu bual bersama laman web Formule 1 Race.

"Saya ingin memburu kejuaraan dunia tetapi saya tidak mendapat sokongan penuh daripada pasukan." - Agensi


********************************************************************************************

macam tak lama aje kubica dengan bmw sauber tu.. tak dapat top 3.. salahkan management bmw sauber
semua pun driver selalu buat macam tu -

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 02:53 AM | Show all posts
xberapa suka gan kubica ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2008 03:56 AM | Show all posts
The New 2009 F1 Rules

The FIA have made a number of changes to the Sporting and Technical Regulations for the 2009 Formula One season, and the results of some have already been seen in testing.

In the case of the Sporting Regulations, the primary aims are increased reliability and further cost reductions. In the case of the technical changes, there are three main objectives - reducing the role of aerodynamics in the cars' performance; making overtaking easier; and keeping lap times in check.

Tyres

After 10 seasons on grooved tyres, Formula One racing returns to slicks in 2009, as part of moves to increase the emphasis on mechanical rather than aerodynamic grip. With no grooves, grip will increase by around 20 percent, bringing a significant performance gain. However, that gain will be offset by the vastly reduced downforce levels of the revised aerodynamic regulations (see below). The overall effect should be reduced performance through high-speed corners. Drivers will still have the choice of two dry tyre compounds and will still have to use both compounds during a race.

KERS

From 2009 teams have the option of employing a Kinetic Energy Recovery System (KERS) to boost their car's performance. As its name implies, a KERS recovers the (normally wasted) kinetic energy generated by the car's braking process. This energy is stored using a mechanical flywheel or an electrical battery and then made available to the driver, in set amounts per lap, via a 'boost button' on the steering wheel. Under the current regulations the power gain equates to around 80 horsepower, available for just under seven seconds per lap. This could be worth several tenths of a second in terms of lap time, but the weight and packaging of the system - and its impact on the car's weight distribution - also have to be taken into account.

Engines

In a move designed to boost reliability still further, drivers must now use the same engine for three, rather than two, consecutive events. There are also plans for measures to equalise engine performance between teams. How this will be achieved has not yet been finalised.

Aerodynamics

Along with slick tyres, this is the biggest area of change for 2009. Downforce will be dramatically reduced and the cars' bodywork will appear much cleaner, thanks to new dimensional regulations that effectively outlaw extraneous items such as barge boards, winglets, turning vanes and chimneys.

As well as reducing overall aero performance, the revisions are also designed to increase overtaking by making the car less susceptible to turbulence when closely following another driver. The most obvious changes are to the front and rear wings.

The front wing becomes lower (75mm from 150mm) and wider (up from 1400 to 1800mm - the same width as the car) with driver-adjustable flaps. Drivers will be allowed to make two wing adjustments per lap, altering the wing angle over a six-degree range.

The rear wing becomes taller (up 150mm to bring it level with the top of the engine cover) and narrower (750mm from 1000mm).

Also at the back of the car, the diffuser has been moved rearwards, its leading edge now level with (rather than ahead of) the rear-wheel axle line. In addition, the diffuser has been made longer and higher, all changes that will reduce its ability to generate downforce.

Testing

2008's testing allowance of 30,000 kilometres is expected to be slashed by a third to 20,000 in a bid to further reduce development costs.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2008 03:58 AM | Show all posts
FIA and FOTA Have Landmark Meeting In Geneva - Massive Changes Announced

The FIA and FOTA have had a landmark meeting today in Geneva, Switzerland, out of which massive changes from the 2009 season onwards have been decided.

The changes are yet to be officially announced, but we have learned various changes that will be coming into place.

+ Engines now have to last 3 races from 2 races (2009 onwards)

+ A standardised KERS unit will come in 2010

+ Manufactuers must make 25 engine units available for customer cars at least per season

+ Testing limitations will be decided in Brazil

+ Also in Brazil, changes relating to customer cars and parts sharing will be discussed

A statement read:

"Today's meeting in Geneva has produced significant cost savings for 2009 and 2010.

"FOTA are working urgently on further proposals for 2010 and thereafter."

An FIA member commented only: "The meeting was very positive and constructive."
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 08:36 AM | Show all posts
Berger kembali serikan saingan F1


BERGER (kanan) pernah mencipta nama
sebagai pemandu mahupun pemilik pasukan F1.



LONDON - Gerhard Berger menegaskan, dia akan kembali dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) walaupun dengan tugas dan tanggungjawab yang berbeza.


Sebelum ini, Berger telah meninggalkan perlumbaan F1 sebanyak tiga kali.

Pada penghujung tahun 1997, Berger bersara sebagai pemandu F1.

Dia kemudiannya dilantik sebagai pengarah pemotoran BMW sebelum melepaskan jawatan tersebut pada tahun 2003.

Terbaru, Berger menjual 50 peratus sahamnya dalam Toro Rosso, sekali gus menyaksikan dia tidak lagi mempunyai sebarang kepentingan dalam pasukan berkenaan.

Begitupun, Berges menegaskan, dia pasti akan kembali dalam perlumbaan F1 pada masa akan datang.

"Jangan bimbang. Tidak mustahil saya akan kembali suatu hari nanti," kata Berger yang membuat penampilan pertama sebagai pemandu F1 pada tahun 1984. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 09:55 PM | Show all posts

update -

Webber kembali Februari depan

LONDON - Pelumba kereta Formula Satu (F1), Mark Webber percaya dia mampu pulih daripada kemalangan patah kaki tepat pada masanya untuk menyertai sesi ujian bersama pasukan Red Bull, Februari ini.


Webber, 32, menjalani pembedahan segera ke atas kaki kanannya selepas dilanggar sebuah kereta ketika berbasikal dalam satu acara amal di Tasmania minggu lalu.

"Saya meletakkan matlamat untuk memandu semula seawal ujian pertama lagi. Namun, jika tidak sempat pulih, saya sanggup tunggu 10 hari lagi demi untuk beraksi pada keseluruhan musim," katanya kepada BBC.

Kereta baru Red Bull ketika ini sudah pun bersedia untuk membuat penampilan pertamanya pada 10 Februari nanti dan hanya menanti Webber untuk mengujinya.

Musim baru 2009 hanya akan bermula tujuh minggu selepas tarikh itu dengan Melbourne menjadi litar pembuka tirai saingan.

"Saya akan pastikan berada dalam keadaan fizikal terbaik sebelum perlumbaan pertama itu.

"Ketika ini keadaan kaki saya agak rumit untuk diterangkan akibat tulang yang patah. Namun, saya sudah mula belajar untuk bangun dan bergerak.

"Cuma saya agak tertekan ketika berdiri. Ia perkara biasa dan segalanya akan baik seperti dulu apabila berada pada minggu pertama Februari," jelasnya.

Mengenai cara bagaimana beliau akan memandu, Webber berkata, ia bergantung kepada berapa kerap dia menjalani latihan dengan kereta baru Red Bull itu.

- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:02 AM | Show all posts

pulak dah --

Hartley ganti Webber



LONDON - Pemandu New Zealand, Brendon Hartley (gambar) akan diuji bagi pasukan Formula Satu (F1) Red Bull bulan depan selepas pemandu tetap Australia, Mark Webber diketepikan ekoran kecederaan patah kaki.

Pasukan itu mengumumkan pada laman web mereka, www.redbullracing.com bahawa pemandu Formula Tiga (F3) itu akan menyertai Sebastian Vettel dari Jerman dan Sebastien Buemi dari Switzerland bagi ujian di Litar Jerez, selatan Sepanyol pada 15 Disember ini.

Hartley, seorang pemandu remaja Red Bull yang berprestasi 'goyah' seketika dengan kereta Red Bull tahun ini, baru sahaja menduduki tempat ketiga Grand Prix F3 Macau selepas bermula dari tempat ke-20.

Pelumba berusia 19 tahun itu turut mencatat satu rekod pusingan terbaik dalam proses tersebut.

"Brendon ialah salah seorang daripada beberapa bakat harapan dalam Pasukan Remaja Red Bull dan satu peluang tiba untuk membolehkannya meluangkan masa dengan sebuah kereta F1," kata bos pasukan, Christian Horner.

Webber patah kaki kanannya hujung minggu lalu selepas bertembung dengan sebuah kereta ketika berbasikal dalam satu acara cabaran amal di Tasmania.

Khamis lalu, warga Australia itu berharap dapat kembali memandu bagi ujian pertama kereta pasukan itu pada Februari 2009.

Musim 2009 bermula di Australia pada 29 Mac.

- Reuters


***********************************************************************************************

webber kata dia okay.... ni hartley pula mungkin gantikan dia.. -
macam2 politik f1 ni.. -
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 03:19 AM | Show all posts

WEBBER yakin akan beraksi pada perlumbaan
Grand Prix Australia pada Mac 2009.



Webber optimis kembali bersaing

LONDON - Pemandu Red Bull, Mark Webber menegaskan, kecederaan yang dialaminya dalam satu insiden kemalangan minggu lepas, tidak akan meninggalkan kesan negatif terhadap kariernya sebagai pemandu Formula Satu (F1).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 05:33 AM | Show all posts



Hamilton pilihan rangkul anugerah





LONDON - Juara dunia perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Lewis Hamilton tersenarai dalam sepuluh calon terakhir untuk menerima anugerah Personaliti Sukan Terbaik BBC tahun ini.

Ini merupakan kali kedua pemandu McLaren itu disenarai pendek untuk menerima anugerah yang mengiktiraf pencapaian ahli sukan sepanjang tahun.

Tahun lepas, pemandu berusia 23 tahun itu sekadar menduduki tempat kedua apabila tewas kepada petinju Britain, Joe Calzaghe.

Begitupun, ramai yang meramalkan Hamilton akan menerima anugerah tersebut tahun ini selepas dia mencipta sejarah muncul juara dunia termuda dalam perlumbaan F1.

"Tahun 2008 merupakan tahun yang hebat buat Hamilton dan tahun yang cemerlang buat sukan permotoran Britain," kata bekas juara dunia F1, Jackie Stewart.

"Hamilton muncul juara dunia dan beliau hampir-hampir membantu McLaren mengungguli bagi kategori pengeluar.

Stewart yang muncul juara pada tahun 1969, 1971 dan 1973 menambah: "Dia memang bernasib baik. Jarang sekali terdapat pemandu baru yang diberi peluang untuk terus memandu jentera yang hebat."

"Ayrton Senna memulakan kariernya bersama pasukan Toleman sementara Fernando Alonso membuat penampilan pertama bersama pasukan Minardi.

"Namun Lewis terus menyertai pasukan McLaren. Dia berjaya menyertai pasukan yang hebat, penaja yang besar dan memandu kereta terbaik.

"Dia benar-benar bernasib baik tetapi dia juga turut bekerja keras untuk mencipta kejayaan."

Selain Hamilton dan Calzaghe, antara calon-calon penerima anugerah tersebut terdiri daripada atlet yang mencipta kejayaan pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos lalu.

Antara yang tersenarai termasuklah pemenang pingat perak acara tenis, Andy Murray, juara 400 meter wanita, Christine Ohuruogu, juara berganda acara perahu layar, Ben Ainslie, pemenang dua pingat emas acara renang, Rebecca Adlington serta empat atlet lumba basikal, Nicole Cooke, Bradley Wiggins, Chris Hoy dan juga Rebecca Romero. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 08:31 AM | Show all posts
2008 Team Review - Williams: one step forward, two steps back

It has been four long years since Williams last tasted victory with Juan Pablo Montoya抯 win at the 2004 Brazilian Grand Prix. In the meantime the British team have seen their fortunes gradually dwindle - and their performance this season has done little to assuage the fall from grace.

Despite scoring two podiums, Williams ended the year eighth in the standings, compared to fourth last season, scooping four points less than in 2007. It followed a campaign in which they fell victim to both their own car抯 deficiencies and to the success of their rivals.

The Grove factory remained as packed as ever with dedicated staff, led by the indefatigable Frank Williams, whilst a young driver line-up promised both ambition and skill. Kazuki Nakajima was very much an unknown quantity at the start of the year, but Nico Rosberg抯 talent was well proven and things began well for the German with a maiden podium at the season opener in Melbourne.

Rosberg had looked strong all weekend and in the race抯 closing stages the FW30 was far and away the fastest car on track as it powered him to third place. It was an encouraging start for Williams, but unhappily it was a performance that wouldn抰 be repeated for another six months.

The main problem was the massive variation in the car抯 performance from track to track. On circuits dominated by relatively low-speed corners, like Australia, Monaco, Canada, Italy and Singapore, the FW30 was surefooted enough to challenge the Renaults and BMW Saubers (and occasionally even the Ferraris and McLarens). But at others, in particular the high-speed circuits of Silverstone and Spa, it struggled. Rosberg qualified a miserable 18th at the British Grand Prix.

It was at Singapore in September that the team secured their second podium of the year, Rosberg taking a somewhat fortuitous second place to score his best-ever result. That was the good luck - bad luck seemed more commonplace. Rosberg lost valuable points to a Toyota engine failure in Spain and threw away the chance of more in Canada when he followed Lewis Hamilton into that now infamous pit-lane pile up.

For the most part Nakajima failed to match the pace of his more experienced team mate and racked up a few inevitable rookie errors. But they weren抰 too numerous and the Japanese driver justified Williams
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 08:33 AM | Show all posts
2008 Team Review - BMW Sauber: victory at last

The grid's 'third power' finally arrives

Very rarely do you get what you wish for. But this season BMW Sauber have achieved just that, finishing third in the constructors
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 08:35 AM | Show all posts
McLaren on 2009: Part One - the aerodynamic rule changes

With one winter test session already under their belts, McLaren are fully focused on preparations for the 2009 season and the introduction of some of the biggest and most comprehensive rule changes in Formula One history.

The team抯 top engineers, aerodynamicists, engine expert, test team manager and test driver spoke to the McLaren press office to bring you an exhaustive analysis of the changes and the impact they抮e likely to have
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.109648 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list