CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: naen

FORMULA ONE 2009

[Copy link]
Post time 6-12-2008 01:01 AM | Show all posts
Exclusive interview - Bourdais awaits his fate


Sebastien Bourdais is one of the most successful racing drivers of modern times - just not in Formula One. Abandoning his Stateside career to start over with Toro Rosso was a brave move - and sometimes the pressure was almost tangible. With his seat unconfirmed for 2009, he now faces competition from the likes of F1 veteran Takuma Sato and newcomer Sebastien Buemi. His times in Barcelona this week and his familiarity with the team suggest he抯 in, but the right driver with the right funding could yet change all that
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 01:03 AM | Show all posts
Bridgestone抯 Kobayashi on the progress of slicks


Over the course of this week抯 Barcelona test, nine teams, 22 drivers and one five-time World Rally champion, Sebastien Loeb, sampled Bridgestone抯 slick tyres, ahead of their return next season. Although the cold temperatures at the Spanish track made it particularly challenging to run on the harder of their two compounds, the Japanese tyre company gained a great deal of data. Bridgestone抯 technical manager Tetsuro Kobayashi reviews the three-day test
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 01:05 AM | Show all posts
Bruno Senna on his Formula One test debut


Bruno Senna made his Formula One debut on Monday afternoon at Barcelona抯 Circuit de Catalunya, testing for Honda. Although Senna covered just 39 laps, as he familiarised himself with the Japanese team抯 car, he will be back in action for a full day on Wednesday. Here Senna reflects on his first taste of Formula One power and discusses the hype surrounding his future

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 08:00 AM | Show all posts


F1 tanpa penampilan Honda



BUTTON (kiri) dan Barrichello perlu mencari pasukan
baru musim depan ekoran penarikan diri Honda.




TOKYO - Masa depan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) terus berada dalam kebimbangan.


Semalam, pasukan dari Jepun, Honda mengikut jejak Super Aguri apabila mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada perlumbaan F1 bermula tahun hadapan ekoran krisis kewangan.

Presiden Honda Motor, Takeo Fukui mengumumkan tahun 2008 merupakan pembabitan terakhir Honda dalam F1, sekali gus menamatkan pembabitan mereka dalam perlumbaan kereta paling berprestij di dunia itu sejak tahun 1960-an.

Malah, Fukui turut menjelaskan, Honda juga tidak akan membekalkan enjin kepada mana-mana pasukan F1.

"Kami menarik diri secara menyeluruh," kata Fukui dalam satu sidang akhbar di Tokyo semalam.


"Masa depan kami benar-benar kosong. Lima tahun daripada sekarang, sejarah akan membuktikan bahawa kami telah membuat keputusan yang tepat.

"Keputusan sukar ini dibuat ekoran persekitaran operasi automobil global yang semakin merosot disebabkan masalah industri di Amerika Syarikat," tambah Fukui.

Dalam pada itu, Honda akan be- runding dengan pemandu serta krew pasukannya mengenai masa depan mereka termasuklah kemungkinan untuk menjual pasukan terbabit.

Terdahulu, Jenson Button dari Britain serta pemandu Brazil, Rubens Barrichello terus diberi kepercayaan bagi mewakili Honda musim depan.

Honda membuat penampilan pertama dalam perlumbaan F1 pada tahun 1964 dan sejak itu, mereka memenangi tiga perlumbaan termasuklah kemenangan Button pada GP Hungary pada tahun 2006.

Enjin keluaran Honda juga telah membantu kemenangan beberapa pemandu seperti Nelson Piquet, Ayrton Senna dan Alain Prost.

Honda menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan bagi kategori pengeluar musim ini dengan hanya memperoleh 14 mata. - AFP


******************************************************************************

too bad for jenson and rubens kalau betul la honda tak masuk lagi F1 ni -
kena cari pasukan lain pula... tapi pasukan mana eh  -


[ Last edited by  dexa at 6-12-2008 08:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 08:03 AM | Show all posts

Reply #76 h@i's post



ah.. nampaknya memang jenson kena cari team lain la ni -

dah honda confirmed pull out from the race -


[ Last edited by  dexa at 6-12-2008 08:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 07:39 AM | Show all posts
Button masih miliki peluang


BUTTON mencari pasukan baru ekoran penarikan diri
pasukan Honda daripada F1 musim depan


LONDON - Pemandu Britain, Jenson Button masih berpeluang tampil pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) 2009.

Ini kerana Toro Rosso mengesahkan bahawa Button tidak perlu menjalani sebarang ujian jika dia berminat menyertai pasukan berkenaan musim depan.

"Sekiranya Jenson berminat, kami akan berbincang bersama dan lihat apa yang boleh dia lakukan," kata ketua pasukan Toro Rosso, Ross Brawn kepada surat khabar Britain, News of the World semalam.

"Jika kami mendapatkan khidmatnya, kami cukup bangga. Tetapi kami juga faham bahawa agak sukar bagi pemandu F1 jika mereka terlepas peluang beraksi, tidak seperti jurutera."

Terdahulu, masa depan Button menimbulkan tanda-tanya apabila Honda membuat keputusan mengejut untuk menarik diri pada perlumbaan F1 ekoran masalah kewangan.

Melainkan pasukan yang berpangkalan dari Jepun itu berjaya menemui pembeli baru, tempat Button dan pasukan Honda dijangka selamat.

Untuk rekod, Button membuat penampilan sulung dalam F1 ketika mewakili pasukan Williams pada tahun 2000.

"Saya mahu berlumba dalam F1. Saya sedia untuk mendengar tawaran daripada mana-mana pasukan yang berminat memberi saya peluang," kata Button.


Dalam pada itu pengerusi Prodrive, David Richards dilaporkan berminat membeli Honda.

"Saya sentiasa berfikiran terbuka. Anda sentiasa mengatakan bahawa kelengkapan Honda cukup hebat tetapi saya tidak bersetuju.

"Kos perbelanjaan harus diambil kira apabila menyertai perlumbaan F1. Saya tidak mahu ambil keputusan terburu-buru tetapi kita tunggu dan lihat sahaja," kata Richards. - Agensi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2008 08:06 AM | Show all posts
Buemi tambat hati Toro Rosso



SEPANYOL - Peluang Sebastien Buemi (gambar) untuk menyertai pasukan Toro Rosso musim hadapan semakin cerah.

Kelmarin, pemandu Switzerland itu berjaya menambat hati pengurusan pasukan apabila mencatat masa terpantas pada sesi ujian di Jerez.


Buemi mencatat masa satu minit 18.742 saat untuk menewaskan rakan sepasukan, Sebastien Bourdais yang turut memasang impian menyertai pasukan dari Itali itu tahun hadapan.

Bourdais pula mencatat masa 1:19.288s selepas melengkapkan sesi ujian 77 pusingan itu.

Dua pemandu uji McLaren, Gary Paffet dan Pedro de la Rosa pula menduduki tempat ketiga dan keempat. Paffet dari Britain mencatat masa 1:20.134s manakala de la Rosa menamatkan ujian dengan catatan 1:20.164s.

Pemandu Finland, Kimi Raikkonen yang memandu jentera Ferrari buat pertama kali sejak perlumbaan penutup tirai pada Grand Prix (GP) Brazil bulan lepas, mencatat masa kelima terpantas dengan 1:20.261s selepas mengharungi 48 pusingan.

Rakan sepasukannya, Felipe Massa yang turut beraksi buat pertama kali sejak tewas kepada pemandu McLaren, Lewis Hamilton dalam merebut gelaran dunia di Brazil lalu, gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik di Jerez. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 07:38 AM | Show all posts

update -



Buemi terus tampil bertenaga

SEPANYOL - Pemandu Switzerland, Sebastien Buemi mencuri tumpuan apabila mencatat masa terpantas buat kali kedua berturut-turut pada sesi ujian bersama pasukan Toro Rosso di Litar Jerez kelmarin.




BUEMI catat masa terpantas pada sesi ujian kelmarin.

Buemi yang berharap untuk membuat penampilan pertama dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) bersama pasukan Toro Rosso tahun hadapan, berjaya menewaskan dua pesaing utamanya, Takuma Sato dari Jepun serta pemandu Perancis, Sebastien Bourdais apabila mencatat masa satu minit dan 18.073 saat.

Sato, 31, yang turut berharap untuk menyertai Toro Rosso selepas pasukannya, Super Aguri menarik diri awal tahun ini, mencatat masa kedua terpantas dengan catatan 1:18.601s manakala Bourdais mencatat masa terbaik 1:18.673s untuk berada di tempat ketiga.

Selasa lalu, Buemi turut mencatat masa terpantas pada sesi ujian pertama dalam keadaan litar yang basah.

"Mencatat masa terpantas memang sesuatu yang amat menggembirakan saya dan saya harap, keputusan ini akan mencerahkan lagi peluang untuk saya menyertai Toro Rosso tahun hadapan.

"Pada sesi ujian di Barcelona bulan lepas, saya sering berada di belakang kedua-dua pesaing saya ini dan kini, saya sentiasa berada di hadapan mereka.

"Sudah tentu saya mempunyai peluang yang lebih cerah," kata Buemi yang melengkapkan sesi ujian sebanyak 128 pusingan.

Pemandu Sepanyol, Pedro de la Rosa pula mencatat masa keempat terpantas dengan menggunakan jentera McLaren di hadapan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen.

Juara dunia sebanyak dua kali, Fernando Alonso pula sekadar mencatat masa ketujuh terpantas. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 07:43 AM | Show all posts


Alonso nafi Renault mahu tarik diri

LONDON - Pemandu Sepanyol, Fernando Alonso menolak khabar angin bahawa pasukan Renault akan mengikut jejak Honda menarik diri daripada perlumbaan Formula Satu (F1) tahun hadapan.


Minggu lepas, Honda membuat kejutan apabila mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada perlumbaan F1 ekoran masalah kewangan.


ALONSO yakin Renault tidak akan ikut jejak Honda menarik diri daripada F1.

Seperti Honda, penjualan kereta keluaran Renault juga turut terjejas ekoran krisis ekonomi global, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa pasukan yang beroperasi di Enstone itu akan turut menarik diri daripada perlumbaan F1.

Begitupun, Alonso yang juga juara dunia sebanyak dua kali mempunyai keyakinan tinggi bahawa pasukannya itu akan terus tampil dalam perlumbaan kereta paling berprestij di dunia itu.

"Saya tidak rasa Renault akan mengikut jejak Honda," kata Alonso kepada surat khabar Sepanyol, AS.

"Renault sentiasa mempunyai pendekatan yang berkesan untuk mengatasi apa juga masalah dalam F1. Mereka bukannya pasukan yang banyak membazir kepada perkara yang tidak perlu.

"Saya percaya kami berada pada kedudukan terbaik untuk bersaing bagi merebut gelaran juara dunia tahun hadapan."

Alonso juga mengakui, dia amat terkejut dengan keputusan Honda untuk menarik diri terutama selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan pasukan-pasukan lain sedang berusaha untuk mencari jalan mengurangkan kos perbelanjaan.

"Bagi saya, keputusan Honda itu agak mengejutkan. Sudah tentu krew dan pemandu mereka juga terkejut dengan keputusan Honda memandangkan ia merupakan antara pasukan terbesar dalam F1," tambah Alonso.


"Saya yakin, amat sukar untuk mereka membuat keputusan ini dan saya harap, tiada mana-mana pasukan yang akan membuat keputusan yang sama selepas ini." - Agensi

*************************************************************************************

kalau semua pun nak pull out sebab cost - lama2 kena cancel pula F1 sebab tak banyak
pasukan yang bertanding dan tak ada duit lagi nak sponsor -
so - baguslah kalau renault stays - walaupun masih tak menang team lagi -

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:48 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

If Alonso tak der next season... joe sangat gumbira...
Reason : joe nyampah ngan Alonso sebab dia berlagak & buat muka berlagak jugak

Tapi yg tak bestnyer Honda withdraw lerr....
rakyat jepang marah bila Honda withdraw... tapi derang tak mo tulun support... support la Honda tong2 sket2 sorang kan kan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by joeblack at 12-12-2008 09:48 AM
Assalamualaikum...

If Alonso tak der next season... joe sangat gumbira...
Reason : joe nyampah ngan Alonso sebab dia berlagak & buat muka berlagak jugak

Tapi yg tak bes ...



tak ramai suka alonso ni....
saya suka lewis hamilton -

pasal honda tu.. tu la pasal.. kata jepun kaya raya semua
apa salahnya support team buatan negara depa juga, eh -

ada la sikit competition tu
lagi pun drivers depa tu bukan calang2 pun -
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #91 dexa's post

wahhh! orang Hamilton rupanyer...
saya penyokong Ferrari dulu, kini dan selamanya....

no matter who their drivers are (accept Alonso ) ... i support Ferrari 200%
anyway, between Raikkonen & Massa... saya lebih suka Massa sebab dia lebih aggressive...
Raikkonen ni macam takut2 sket

saya dah lama nak masuk thread F1 nih... tapi segan...
dexa minat sungguh ngan F1 ker??
pegi Sepang every year??
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:30 AM | Show all posts

Reply #92 joeblack's post

actually sokong constructor - ferrari
dari dulu lagi -
dan dulu memang sokong schumy
sejak dia tak ada .... tak minat sangat

masa sienna crashed kat italy dulu saya tengok
live kat TV.. memang sedih juga sebab saya minat
sienna masa tu --

tapi lewis hamilton not so bad driver -

saya pergi sepang ONCE - dan tak akan pergi lagi
sebab too hot, too noisy and not really fun though -
kalau tengok pun - kat TV - tu pun tak tengok semua
GP - pilih2 aje... sejak tak ada schumy... minat F1 dah
reduce sikit -

dulu masa mula2 GP F1 kat Sepang 1999 - tu yang saya pergi
first and last actually -  dapat ticket free 2003 - 2006 -
tapi bagi my brother aje; kawan saya kerja dengan williams -
ada juga few times pergi Sepang - tapi bukan hari race
just visit masa depa buat ujian masa aje -
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:34 AM | Show all posts

Reply #92 joeblack's post

joe masuk aje thread ni ---
dan kalau ada apa2 info... share aje dengan kita ye -

ramai yang baca dan ramai juga yang nak tahu update info
mengenai F1 ni...


kalau pilih massa or kimi... saya pilih massa juga -
tak berapa suka kimi
lagi pun.. sejak hakkinen kalahkan schumy 1998 1999
...saya memang anti finnish...  lol -
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #93 dexa's post

so far saya lom pernah miss Sepang F1 GP ...
masa saya duduk oversea dulu, saya sanggup balik utk Sepang GP hehehe
bese nyer my BIL yg bagi tiket saya & kawan2
eventho saya pon tak berapa tahan panas, saya gigih kan jugak utk F1...
noisy tu lah yg saya nak dengar sgt2, especially masa derang break kat curve, sampai mcm bunyi meletop2... it's really FUN for me...
mungkin sebab awak pempuan, so, awak tak berapa suka situasi cam tu...

anyway, masa zaman sienna, saya masih budak lagi... so x berapa paham pasal F1...
start zaman schumy baru saya follow...

[ Last edited by  joeblack at 12-12-2008 10:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #94 dexa's post

hahahaha
so, awak pon tak suka Hakkinen lah yer
anyway, he's a gud driver kan... no doubt abt it

BTW, saya dah ready utk Sepang GP next year
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 10:58 AM | Show all posts

Reply #95 joeblack's post

so far saya lom pernah miss Sepang F1 GP  ...
masa saya duduk oversea dulu, saya sanggup balik utk Sepang GP hehehe
bese nyer my BIL yg bagi tiket saya & kawan2
eventho saya pon tak berapa tahan panas, saya gigih kan jugak utk F1...
noisy tu lah yg saya nak dengar sgt2, especially masa derang break kat curve, sampai mcm bunyi meletop2... it's really FUN for me...
mungkin sebab awak pempuan, so, awak tak berapa suka situasi cam tu...

anyway, masa zaman sienna, saya masih budak lagi... so x berapa paham pasal F1...
start zaman schumy baru saya follow...


that could be true.. lelaki mungkin suka situasi bising hingar bingar -
terlalu bising pula bagi saya - walaupun ada masa yang fun tu -

bagus nya - GIGIH dia pergi sepang tengok F1
tahun depan mesti pergi la ni ye ...-

kawan saya kat seattle datang malaysia next year
nak pergi Sepang katanya - memang minat F1
american jarang minat F1 - dia filipino kerja kat states  
dan suka betul dengan F1 - macam joe juga la ni -

ah.. saya baca F1 dan sejarah dia dari zaman jackie stewart lagi
dan baca tentang bruce mclaren punya history juga -
saya just baca aje ulasan2 forum members - masa kat canada
GP montreal tu kira - besar juga - saya ikuti sokmo F1.. mostly
saya baca news tentang tu -

glad that joe ada dan boleh kongsi2 cerita juga -- ada lagi few members
yang memang suka F1 ni -- tak silap weta studio tu memang suka F1
nanti dia mesti suka nak share experience dia juga -
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by joeblack at 12-12-2008 10:54 AM
hahahaha
so, awak pon tak suka Hakkinen lah yer
anyway, he's a gud driver kan... no doubt abt it

BTW, saya dah ready utk Sepang GP next year



tak sukaaaaaaaaa hakkinen
and memang dia good driver  --
tu yang saya geram tu...   

schumy lost to a better driver  - so that's okay la kot
still saya tak sukaaaaaaa --  gs -

happy saya masa hakkinen retired lepas menang 1999 tu
then schumy menang 5 years straight rasanya -
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:08 AM | Show all posts

Reply #97 dexa's post

fyi.... saya tak pernah pakai ear-plug walopun saya duduk kat bawah 'daun pisang' tuh
mmg saya rasa cam nak pecah gegendang telinga saya... tapi itulah thrill yg saya carik
lepas habis race, mesti rasa cam ada pekak sket hahahaha
tapikan... kalo ada accident masa race tu lagi org suka siap tepuk tangan lagik... heran tol lah spectators nih... ader ker org accident derang tepuk tangan

saya tau... org cam awak mmg rajin membaca pasal sejarah... saya pon suka membaca... tapi bukan pasal sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #99 joeblack's post

yi.... saya tak pernah pakai ear-plug walopun saya duduk kat bawah 'daun pisang' tuh
mmg saya rasa cam nak pecah gegendang telinga saya... tapi itulah thrill yg saya carik
lepas habis race, mesti rasa cam ada pekak sket hahahaha
tapikan... kalo ada accident masa race tu lagi org suka siap tepuk tangan lagik... heran tol lah spectators nih... ader ker org accident derang tepuk tangan

saya tau... org cam awak mmg rajin membaca pasal sejarah... saya pon suka membaca... tapi bukan pasal sejarah



oooOOOoo padan hari tu saya jerit jerit sampai terkeluar anak tekak
JOEEEEE JOEEEEEE JOEEEEEEEEEE, awak buat selamba aje tak dengar
ingatkan tetiba dah sombong tapi rupanya sebab baru lepas habis tengok F1
dan tak pakai ear plug tu --     lol -

memang betul pun - spectators macam tu pula -
ingat tak dangerous ke kalau accident - kalau setakat kereta tu
berpusing dan terbabas sikit out of the way - okay lagi la
tapi kalau dia hentam  dinding tepi tu.. or sama2 langgar
memang menakutkan juga ---

wonder, joe baca pasal apa ye - lol -

btw - saya tengok joeblack... okay juga brad pitt in the movie -
semalam tengok  'the day the earth stood still'  
tak best la pulak.. macam kambing sikit -
(keanu reeves berlakon)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.069705 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list