CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6980|Reply: 6

ilham hasil seni tangan sendiri !!

[Copy link]
Post time 20-11-2008 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Semuanya secara kebetulan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI






DIANGGOTAI sekumpulan remaja lelaki dan perempuan, mereka bergabung minat, bakat dan impian dengan harapan dapat diterima golongan remaja kota masa kini. Uniknya kumpulan yang dikenali sebagai Tangga ini, tidak mengenali antara satu sama lain.

Pertama kali berjumpa, mereka dilihat begitu akrab.

Namun hakikatnya, mereka bersatu menerusi pengenalan daripada rakan-rakan seperjuangan sejak setahun yang lalu. Lantaran itu, mereka berupaya berkongsi idea kreatif dan menterjemahkan produk seni yang tersendiri.

Melihat hasil karya yang diluahkan menerusi sentuhan dan modifikasi pada baju-t, kasut dan beg, mereka sememangnya mempunyai objektif tersendiri. Ia diketengahkan dalam pelbagai produk dan aksesori mengikut cita rasa dan kehendak remaja masa kini.

Beg silang yang dicipta menggunakan fabrik kapas turut diselitkan unsur-unsur tradisional batik tempatan dan alam semula jadi.

Kasut putih yang pada mulanya kelihatan lompong turut diberi nafas baru dengan seni lukisan tangan dan jahitan pelbagai jenis fabrik di segenap permukaan. Manakala baju-t kosong turut menerima sentuhan lukisan tangan dengan mainan warna-warna alam.


PELBAGAI produk dan aksesori dihasilkan mengikut cita rasa remaja masa kini.

Pengurus Kumpulan Tangga, Tengku Iefizulasyrifie Putra Tengku Alaudin, 21, memberitahu, semuanya bermula secara kebetulan.

"Selama ini, kami tidak pernah terfikir sama sekali untuk menubuhkan sebuah kumpulan seperti ini. Berkat usaha dan kegigihan salah seorang rakan, kami berjaya menyatukan hobi dan minat melaksanakan misi yang diimpikan.

"Walaupun ada di antara kelima-lima anggota kumpulan ini tidak mempunyai pengetahuan asas dalam menghasilkan produk seni, tetapi kami cuba berusaha mempelajarinya dari bawah.

"Yang pasti, setiap hasil seni yang diluahkan memberi signifikan tersendiri dalam pembentukan peribadi setiap anggota kumpulan," ujarnya sambil memberitahu, Tangga ditubuhkan pada 12 Februari 2008.

Mengapa Tangga? Jelas seorang ahli kumpulan merangkap ketua kumpulan, Muhammad Sharezzahadi Koh, 21, semuanya bermula sewaktu dia dan dua rakannya berkumpul di atas tangga.




"Ketika bersembang, salah seorang daripada kami cuba berkongsi hobi dan matlamat hidup bersama.

"Menyedari kebolehan masing-masing, kami mula bertukar pendapat sekali gus berbincang mengenai penubuhan sebuah kumpulan. Ketika itu jugalah nama Tangga dipilih," katanya.

Jelas Sharezzahadi atau lebih dikenali sebagai Adi, kebanyakan anggota kumpulannya mempunyai kerjaya masing-masing. Mereka terdiri daripada kalangan pelajar kesenian dan grafik, bekas chef dan produksi perfileman.

"Kami akan berkumpul sekiranya masing-masing bersedia mempamerkan hasil kerja. Malah, kami juga akan berbincang mengenai barangan untuk dipasarkan pada pameran bergerak nanti.

"Jadual pertemuan juga tidak menentu dan perlu mengikut kelapangan setiap anggota kumpulan. Pengurus kumpulan akan merancang jadual pertemuan terlebih dahulu sebelum aktiviti berkumpul diadakan.

"Dalam sesi perjumpaan itu, kami berpeluang berkongsi idea, merangka dan mencipta produk terbaru mengikut bidang kepakaran dan minat masing-masing,"jelasnya.


TANGGA berupaya mencerminkan budaya sihat kepada golongan remaja lain.

Ahli kumpulan Tangga ialah Rabiatul Adawiah, 19, Nur Izzah Azharuddin, 19, Zulfadli Nasir, 22, Muhammad Sharezzahadi Koh, 21, dan Tengku Iefizulasyrifie Putra Tengku Alaudin, 21.

Melihat hasil seni karya yang diketengahkan kelima-lima anak muda ini, ia merupakan satu cabang seni. Mereka hanya perlu berkarya di atas sehelai kain dan sepasang kasut putih untuk meluahkan segala perkara yang difikirkan ketika itu.

Jelas Fadli , setiap kali mencari idea, dia cuba meluahkan perasaannya di atas produk seperti beg galas, beg membeli-belah dan beg silang.

"Menyelitkan elemen semula jadi, batik tempatan dan corak geometri, ia menampilkan hasil seni luar biasa yang dapat memberi impak kepada si pemakainya," celah Fadli yang merupakan bekas chef di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Bagi Ady pula, kebolehan menterjemahkan seni jahitan, tampalan manik dan lukisan pada sepasang kasut putih, menjadikan dirinya lebih matang dan dikenali ramai.


REKAAN corak pada kasut berdasarkan sentuhan moden dan kontemporari.

"Bermula dengan menconteng kasut sekolah, lama-kelamaan saya dapati minat terhadap seni lukisan kasut semakin mendalam.

"Saya cuba mengekspresikan lukisan kasut berdasarkan sentuhan moden dan kontemporari dengan menggunakan pelbagai jenis fabrik, manik dan penggunaan warna-warna ceria," ujar anak jati Kuala Lumpur itu.

Katanya lagi, disebabkan minat yang mendalam, mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan semata-mata untuk menubuhkan sebuah kumpulan.

"Kini, kumpulan Tangga semakin terkenal dalam kalangan remaja yang mementingkan penataan fesyen. Berinteraksi menerusi laman sesawang, kami percaya dengan cara ini, kami dapat memasarkan pelbagai barangan yang ditampilkan mengikut cita rasa dan trend masa kini.

"Di samping itu, kami juga berpeluang menerima maklum balas dan pendapat mengenai produk yang dipasarkan.
"Dengan hasil penjualan, dapatlah kami membeli peralatan melukis, menjahit dan mencorak baju," ujarnya.




Menurutnya, walaupun belum mempunyai sebuah butik mahupun outlet, tetapi mereka mampu bergerak secara berdikari menerusi acara-acara yang dianjurkan.

Uniknya, semua produk yang dihasilkan mereka tidak menggunakan sebarang peralatan elektronik seperti mesin, sebaliknya, dihasilkan menggunakan tangan.



baguih dak2 ni  buat kerja2 pekdah camni.. dari dok lepak ke hulu  lepak ke hiliq  buat seni mcm nih... mmg bagus.. bagi perangsang pada dak2 lain gak nih..... aku suka  kasut tu... bley bagi hadiah kat beri  nanti nih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2008 07:49 PM | Show all posts
bagusnya!!

chantek ar!!

sebenarnya mat mat rempit tu kalau diikutkan ramai yang otak kreatif, ada jugak yang bijak pandai, bezanya diorang dengan manusia biasa..   diorang suka enjin, kelajuan, bunyi yang lantang, dan jadi berbeza.. tapi ramai mat rempit sesat yang suka buat jenayah..

mat rempit baik digelar mat rempit sejati.. diorang baik, suka main motor, tak buat benda2 jahat dan kotor..

p/s: hasil pemerhatian geng2 rempit abangku..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 06:53 PM | Show all posts
beshnyer...tp sygnyer ak xbper kreatif plak...huhuhu

[ Last edited by  merrissa at 26-12-2008 06:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:35 PM | Show all posts
masa zaman student lagi elle dah colour2 kasut ni.
dari warna putih bertukar jadi pink, oren, hijau dah sebagainya.
cuma, maybe zaman tu buat secara suka2 dan ke kreatifan masing.
sayang nya koleksi2 tu semua dah takde
kalau tak boleh tepek kat sini kan...

masa tu elle menggunakan kasut all star je.
corak paling elle gemari, design buah oren, buah lemon and  pinky bulat2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 06:45 AM | Show all posts
kasut All star memang pamos dedulu nih
apepun daya kreatif mesti ada
untuk melakakarkan corak pada kasut tuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:05 AM | Show all posts
eh chopp!!!

lakar kasut nih sebaiknya guna apa?
marker permanent tu aje ke?
kalau nak cat, ok la bleh guna fabric atau acrylic paints

[ Last edited by  ninoZ at 30-3-2009 08:45 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2009 08:39 AM | Show all posts
wahh cantik.. bagus la kerja ank muda sekarang...
banyak kemahiran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 3.273355 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list