CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5353|Reply: 7

teater: CINTA JULIA [21 nov-2 dis]

[Copy link]
Post time 22-11-2008 03:30 PM | Show all posts |Read mode


utusan

Monolog Fauziah dalam Cinta Julia

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

SELAMA lebih 25 tahun terbabit dalam dunia pementasan dan berlakon dalam puluhan teater, tahun ini merupakan saat yang paling mengujakan buat Fauziah Nawi.

Ini kerana, mulai 21 November ini hingga 2 Disember depan, aktivis teater berasal dari Ipoh, Perak ini akan mementaskan monolog teater pertamanya berjudul Cinta Julia.

Menurut Fauziah, menerusi pementasan itu, beliau bukan sahaja akan bermonolog atau berlakon sendirian tetapi dia juga akan mempersembahkan jalan cerita yang ada kaitan dengan dirinya sendiri.

揟eater berkonsepkan monolog ini 50 peratus daripadanya berdasarkan kisah saya sendiri sejak dari kecil hinggalah sekarang. Ia juga berdasarkan kisah-kisah kawan-kawan baik saya.

揅erita-cerita dalam monolog ini datangnya daripada enam orang kawan baik saya. Paling banyak cerita itu datangnya daripada ibu kepada kawan baik saya yang seolah-olah menyalahkan takdir.

揝aya gabungkan cerita kawan-kawan saya sebab tidak mahu mengeluarkan kesemua kisah berdasarkan kisah hidup saya. Takut nanti membuka aib sendiri pula.

揃agaimanapun, saya sengaja tidak mahu mendedahkan nama-nama mereka kerana mahu menjaga nama baik mereka,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2008 03:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 05:48 PM | Show all posts
huuhuu ajami.. semalam ibu fauziah lakonkan beberapa petikan dari cinta julia kat MHI, iryanda mulia pun ade sekali
sungguh mengujakan..mcm rugi jek kalau tak tgk
tapi 3 hari dah fully booked kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 09:24 PM | Show all posts

Balas #3 ninoZ\ catat

tulah cadang nak tgk mlm suk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2008 11:03 PM | Show all posts

my review..

The dramatist needs not only characters who are willing to put up a fight for their convictions. He needs characters who have the strength, the stamina, to carry this fight to its logical conclusion. ~ The Art of Dramatic Writing by Lagos Egripg. 80


Cinta Julia berdiri teguh kerana perwatakannya yang kukuh. Naratifnya agak kebiasaan tentang kemandirian seorang wanita bernama Julia (Fauziah Nawi) sejak kecil sehingga puncak usianya. Dia bermentorkan sejarah hidup ibunya sendiri dari kacamata dan pengalaman bersama. Setiap turun-naik realiti kehidupan ibubapa Julia menjadi pelajaran yang diguna-pakai untuk dirinya kemudian hari. Dia mahu sekental acuan latar ibunya. Namun Arjuna yang disangkakan oleh Julia sebagai Adam untuk keperluan sifat Hawa-nya tidak mengikut azali sepatutnya. Jiwa dan desakan feminin Julia memang terseksa yang amat sangat! Lalu dia jadi semakin kematu serentak keluluhan dalamannya sendiri. Akhirnya Julia memilih satu jalan sehala menuju Mekah dalam kecelaruan simpang-siur hidup yang telah dilaluinya sebelum ini.

Persembahan Cinta Julia bergerak berurutan fasa-fasa dari naif ke matang. Di antara fasa itu diisyaratkan dengan irama petikan gitar secara langsung (oleh pengarahnya Iryanda) bersulam gurindam yang berulang-ulang oleh Julia. Teknik ini secara tidak sedarnya oleh khalayak adalah pengawalan pacing paling mudah untuk sebuah persembahan monolog melibatkan seorang pelakon. Bagi saya, muslihat ini berjaya mengingatkan pelakon untuk bergerak-pindah ke fasa seterusnya seandai terlalut atau terlupa. Bagus!

Set pementasan Cinta Julia sangat minimalis membentuk 'ladam kuda'. Semua prop ditudungkan kain putih dan batik dengan rapi sebelum Julia masuk kecuali 2 bingkai gambar ibu dan ayahnya di atas meja. Sebuah sofa iaitu prop paling besar dibiarkan tertudung rapi di tengah-tengah pentas tidak langsung dibuka sepanjang persembahan? Mungkin memberi erti bahawa nostalgia di sebalik sofa itu terlalu banyak, empuk dan manis untuk diceritakan dan perlu dibiarkan menjadi rahsia. Kisah yang hendak Julia ceritakan ialah yang pahit-pahit dimana yang lebih mempengaruhi hidupnya kini dari memento cermin, kerusi malas dan gramaphone. Kawalan pencahayaan pula sangat simple. Ia cuma menerangi ruang prop fasa cerita dan gerak-lakon apa yang Julia hendak monolog-kan. Maaf! Saya perlu nyatakan pendapat peribadi iaitu cermin moden yang digunakan seakan alienation kepada prop lain yang kelihatan konservatif. Mungkin disengajakan untuk menjadi ruang pentas kontemporari? Entahlah..

Kostum Julia yang hanya menggunakan 3 warna iaitu putih, merah dan hitam terasa sangat kena dengan seluruh pementasan. Baju putihnya seakan asas diri Julia yang sentiasa terbuka dengan apa saja fasa-fasa hidupnya. Gaun merah bersulam agaknya petanda diri wanita ini bold, kental dan berani. Yang paling saya gemar ialah kain tudung dan sarung batik bercorak merah-hitam yang sentiasa dipegang oleh Julia mungkin bermaksud betapa rentetan hidupnya terlalu kerap disaluti dan dilitupi berbagai dugaan. Betul atau tidak interpretasi saya ini? Terpulanglah..

Apa yang hebatnya persembahan primadona Fauziah Nawi ini? Kamu saksikan sendiri! Pada pendapat saya, ia hebat kerana execution beliau yang berjaya mengangkat penjiwaan setiap watak sekaligus menjemput khalayak masuk ke dalam ruang naratif Cinta Julia sepenuhnya. Kamu bayangkan betapa sukarnya switching dari watak ke watak dilakonkan tanpa henti? Fauziah Nawi bukan sahaja perlu berkisah setiap babak mengikut fasa cerita sebagai narrator malah mengungkapkan bait-bait dialog setiap watak yang berkomunikasi serentak dengan mimik muka dan gerak-lakon tubuh yang sesuai. Ketawa, menangis, menjerit, menari, menyanyi dan apa jua keperluan watak dilakonkan dengan sungguh-sungguh serta menyakinkan. Antara momen yang paling saya terkesan ialah semasa Julia menari dan menyanyikan lagu Norlela yang pernah dipopularkan oleh Bing Slamet dari Indonesia yang berkumandang dari corong gramaphone (putaran lagu dari cd) Juga finale nyanyian harmoni oleh Julia bersama backing vocals dan petikan gitar sangat-sangat menyentuh hati serta meremangkan bulu roma! Khalayak ikut dihambat dengan apa jua rasa dan situasi yang dilalui oleh Julia melalui jasad Fauziah Nawi yang kadangkala mirip dirasuk oleh roh Julia dan semua watak di waktu yang sama. Hebat! betul-betul hebat!

*InsyaAllah saya akan menonton malam penutup Cinta Julia pada hari Selasa, 2 Dis, 9 malam nanti.. ayuh! ikut saya!

ref: http://ajamihashim.blogspot.com/2008/11/cinta-julia-fauziah-nawi-yang-hebat.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2008 11:06 PM | Show all posts

temuramah dgn Fauziah Nawi selepas show..

part 1


part 2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2009 12:10 AM | Show all posts

Tiket teater PGL 3 untuk dijual

Aku ada satu tiket teater muzikal puteri gunung ledang untuk show 11 feb 2009 kul 3pm berharga rm110 ( stall )....aku tak jadi pi tgk sebab 3pm tu waktu aku keje..so,nak let go....kalau ada yang minat, call aku segera di talian

0192409208 = zalie
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:46 PM | Show all posts
dulu sempat gak g tonton teater ni

http://www.daydeck86.com/2008/12/t3t3r-cnt-jul.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.104957 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list