CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2746|Reply: 20

Mawi (bekas?) Penyokong PKR ?

[Copy link]
Post time 29-11-2008 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Waa..tukang tampal poster lagik.

Mawi: Jangan kaitkan saya dengan politik!

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM: Selepas ditunjukkan bukti kenyataan mengenai Mawi pernah membantu ahli Parti keadilan Rakyat (PKR) yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua AMK Johor Zabidie Abas semalam, penyanyi popular berasal dari Johor ini menafikannya.

Dakwaan tersebut dikeluarkan oleh Zabidie di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam semalam seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.

"Semua yang dikatakan itu tidak betul. Masa bila...?.

"Lagipun tahun 1999, saya belumpun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?.

"Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana dirasakan tidak perlu.

"Tetapi saya hanya berharap supaya jangan kaitkan saya dengan politik," jelas Mawi ketika ditemui di pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik kategori Etnik Kreatif di Plaza Alam Sentral, di sini, semalam.

Mawi terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu.

Dalam masa yang sama, Mawi turut merasakan dia dipergunakan lagi dalam politik.

"Dah banyak kali saya rasa dipergunakan oleh orang politik ini. Dulu, masa saya ke Kelantan, orang kata saya orang PAS.

"Macam saya katakan tadi, benda ni tak payah dibesarkan dan lawan apa-apa. Saya tak perlu melatah.

"Saya tahu ada pihak yang cuba gunakan nama saya. Tetapi, saya hanya redha dan bersabar.Saya yakin ada hikmahnya nanti," beritahu Mawi yang berkali-kali menegaskan supaya dia tidak dikaitkan dengan politik lagi selepas ini.

Kenyataan Mawi ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah bergiat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai.

Zabidie, yang juga pembahas pertama mendakwa bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di Kulai.

Katanya lagi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999.

Zabidie sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin yang bertemakan 'Memimpin Harapan Rakyat' dilaporkan berkata:

"Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa menampal poster bersama kita."

"Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya," katanya di hadapan 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Namun, menurut Zabidie lagi, nama Mawi tidak ada dalam senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini.

Difahamkan, nama Mawi disebut oleh Zabidiesebagai satu saranan agar PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.

Lewat petang semalam, Bernama melaporkan bahawa Zabidie pernah cuba memujuk jiran sekampungnya menganggotai PKR tetapi Mawi enggan.

Menurutnya, Mawi memberi alasan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya selain memilih untuk bersikap neutral dalam politik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2008 11:46 AM | Show all posts
Mawi dah risau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 12:12 PM | Show all posts
tampal poster pon jadi isu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 12:53 PM | Show all posts
bukan ke mase mula2 krew AF gi umah dia, ade poster TGNA kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 29-11-2008 12:53 PM
bukan ke mase mula2 krew AF gi umah dia, ade poster TGNA kan?


yg ni mmg konfem..aku pun nmpak jgak..ader poster tgna kat dinding rumh die...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 02:20 PM | Show all posts
semua pengikut pkr memang kepala macam mawi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2008 10:48 PM | Show all posts
kalau dia berhak pilih bini sendiri tanpa pedulik apa orang lain kata, apsal plak nak heran parti mana dia nak pilih??? takut tak masyukkk ker??? eh bukan selalu kata rezeki tuhan yg tentukan bukan peminat atau ahli politik???
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 11:17 PM | Show all posts
Dia risau takut kena panjat pokok kelapa lagi bila pulus sudah tarak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 09:43 AM | Show all posts

Reply #2 litra's post

tu yg nafi berkali kali tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by sweet_charcoals at 29-11-2008 12:12 PM
tampal poster pon jadi isu ka?


tentu
sbb nama mawi ada 'weight'

eh ada lagi ke? kan dah suam suam kuku
dah lah tu dekat 10 thn lepas punya cerita pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by litra at 29-11-2008 11:17 PM
Dia risau takut kena panjat pokok kelapa lagi bila pulus sudah tarak.


kan??
samada panjat kelapa
atau buat magic


yg penting dpt bagi anak bini makan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 03:28 PM | Show all posts
dulu maybe orang PAS,



dah jadi artis nih, kaya raya, maybe dah jadi org amno lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 04:01 PM | Show all posts
err... bukan ke dia DAP????


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 04:55 PM | Show all posts
haku baru perasan citer ni tahun 1999 punyer citer....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 08:33 PM | Show all posts
alahai mawi....
perwakilan tu baru kata mawi ada tolong masa pru yg lepas,
itu pun dah gelabah....
bukannye perwakilan tu kata mawi ahli PKR...
ituler...lain kali dengar sendiri ape perwakilan tu kata ape...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 04:20 PM | Show all posts
ala.. zaman dia tampal poster tu kan ke memang tgh hangat reformasi sana sini..
tak heran la kesah nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 12:24 AM | Show all posts

Reply #16 MsAnonymous's post

haar
aku pon dulu tukang tampal poster gek
poster kepala lembu



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by kak_yang at 1-12-2008 08:33 PM
alahai mawi....
perwakilan tu baru kata mawi ada tolong masa pru yg lepas,
itu pun dah gelabah....
bukannye perwakilan tu kata mawi ahli PKR...
ituler...lain kali dengar sendiri ape perwa ...


Nanti org kata bangang......marah pula........
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by kak_yang at 1-12-2008 08:33 PM
alahai mawi....
perwakilan tu baru kata mawi ada tolong masa pru yg lepas,
itu pun dah gelabah....
bukannye perwakilan tu kata mawi ahli PKR...
ituler...lain kali dengar sendiri ape perwa ...


tak sempat nak dengar
sibuk nak bawa kikin ke sana ke mari

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 29-11-2008 10:48 PM
kalau dia berhak pilih bini sendiri tanpa pedulik apa orang lain kata, apsal plak nak heran parti mana dia nak pilih??? takut tak masyukkk ker??? eh bukan selalu kata rezeki tuhan yg tentukan bukan peminat atau ahli politik???..


zamzam....

Wa Caya Sama Lu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.088762 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list