CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4111|Reply: 2

Sepang 500km Endurance Race

[Copy link]
Post time 29-11-2008 06:22 PM | Show all posts |Read mode
SIC perkenal perlumbaan 500km tahun depan

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berhasrat memperkenalkan acara tahunan baru Sepang 500 kilometer (Sepang 500km) pada tahun depan, kata pengerusinya, Datuk Mokhzani Tun Dr. Mahathir.


Mokhzani berkata, acara tersebut merupakan satu perlumbaan 'endurance' baru hasil daripada perkembangan perlumbaan Merdeka Millennium Endurance (MME).

Katanya, ia adalah sebagai salah satu usaha promoter sukan bermotor itu dalam menyokong para pemandu tempatan dan pasukan berkemampuan rendah mengambil bahagian dalam kejohanan sukan lasak di negara ini.

Menurut beliau, dengan penganjuran perlumbaan Sepang 500km ini, acara MME yang dianjurkan sebelum ini akan dipecahkan kepada dua.

"Perlumbaan utama dijadualkan 8 Ogos tahun depan dan disertai oleh jentera-jentera yang telah diubahsuai dan yang berkapasiti tinggi.

"Sementara itu, kereta yang berkapasiti rendah, termasuk yang bertanding dalam Kelas C sekarang ini dengan enjin kapasiti di bawah 1,600cc pula akan bersaing dalam perlumbaan Sepang 500km," katanya pada majlis Anugerah SIC 2009 di Bandar Sunway, dekat sini, semalam.

Pada majlis tersebut, SIC turut menyampaikan trofi kepada juara keseluruhan musim 2009 kepada MSS, Sepang Drag Battle dan Kejuaraan Motocross Malaysia SIC-AAM.

Mengulas lanjut, Mokhzani berkata, kejohanan kereta berkapasiti rendah akan diadakan Sabtu, seminggu sebelum kejohanan utama.


**************************************************************************************************


will update more regarding this annually endurance race 500 km which inaugural next year -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2008 08:53 PM | Show all posts
01 Disember, 2008          

Peraturan-peraturan Untuk Perlumbaan 500km MMER Sepang Siap Hujung Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Mulai tahun depan pemandu-pemandu Merdeka Millennium Endurance Race (MMER) akan mempunyai pilihan sama ada ingin mengikuti perlumbaan endurance atau sprint, dengan pengenalan perlumbaan baru 500km Sepang sebagai pelengkap perlumbaan 12 jam itu.


Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) Datuk Mokhzani Mahathir berkata peraturan-peraturan bagi perlumbaan 500km Sepang yang baru itu sedang diusahakan dan dijangka siap hujung bulan ini.

Beliau berkata pengenalan lumba baru itu juga bertujuan menjaga keselamatan para pelumba dan memastikan lebih ramai peminat sukan lumba mendapat peluang untuk menyaksikan perlumbaan di litar itu.

"Dengan adanya lumba 500km ini, para pemandu boleh meilih sama ada untuk mengikuti lumba endurance atau sprint, atau kedua-duanya sekali jika mereka mahu," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mokhzani berkata SIC sebagai promoter perlumbaan akan melihat dengan teliti setiap aspek perlumbaan, terutama dari aspek kelas dan kategori yang akan dibenarkan untuk bersaing dalam 500km Sepang itu, di samping perubahan-perubahan yang perlu bagi MMER untuk meningkatkan keselamatan bagi pelumba, dan juga strategi mengurangkan kos yang perlu ditanggung peserta.

Dalam perlumbaan MMER, dengan tiga pemandu dalam satu pasukan dan berlumba selama 12 jam, peserta perlu membuat 280 pusingan (laps), manakala dalam lumba 500km Sepang di Litar Sepang berjarak 5.543km itu, mereka perlu melengkapkan perlumbaan dalam tempoh kurang dari lima jam.

MMER diadakan sebagai acara sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, dan edisi ke-10nya tahun depan akan berlangsung pada 8 Ogos, manakala pusingan kelayakan pada 7 Ogos.

-- BERNAMA

****************************************************************************************

boleh lahirkan pemandu2 yang mungkin one day boleh masuk F1 macam alex yoong tu -
although alex tak menyerlah dan hanya one season - tapi that's the first step to have
malaysian driver in this prestige race -
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 10:49 PM | Show all posts
tread ni bleh la lock

useless je tgk

ngabih berasss ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.074781 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list