CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tuahayam

DIARI KEHIDUPAN (kredit + untuk yang posting)

[Copy link]
 Author| Post time 25-3-2009 08:39 PM | Show all posts
25/3

hari ini berlangsung pertandingan bola tampar peringkat daerah utk hari terakhir ... alhamdulilah sekolah aku bagi kategori lelaki muncul naib johan manakala kategori perempuan sekadar diperingakt suku akhir..

tp mmg frust betul lah tadi... pasal perempuan.. mmg aku dah target perempuan akan masuk ke final.. tp apakan daya.. permainan serba tidak menjadi dipamerkan masa suku akhir.. bayangkan lah..  lawan tersebut sekolah aku dah kalahkan 25-12 pada peringkat kumpulan... tetiba kalah peringkat suku akhir dgn lawan yg sama membautkan aku terfikir apa sebabnya..

dah la masa mata kedudukan 24 -23, satu kesalahan dilakukan oleh pihak lawan dan pengadil memberikan mata percuma kepada sek aku.. memberikan kedudukan 24-24.. sebabnya budak sek tu memegang bola masa nak servis terlampau lama ... marah pengurus sekolah dia sebab dia tak faham peraturan sebenarnya.. dia salahkan pengadil dan ancam nak balik je.. tak nak lawan sampai abih...

aku tgk je mende tu. lama juga.. dan kemudian ketua pengadil datang... bile tgk sek aku cam tak wak bantahan apa-apa dia suruh servis semula... aku bukan apa.. mmg aku leh pertahankan keputusan pengadil tu sebab mmg jelas pihak lawan salah.. tp tulah. kalu bantah kan.. kawan-kawan gak.. kan jadi masalah lak kemudian hari..

dan lepas tu sek aku kalah...

lepas games pengadil ada datang ke tmpt sek aku berkumpul di tepi padang tu dan dia pun heran napa aku tak pertahankan keputusan dia... sbb mmg jelas kesalahan berlaku... tp aku malas nak panjangkan cerita wak senyap jelah..

yg sedih bile tgk sorang dua budak aku menangis sbb frust kalah..

tah la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 10:18 PM | Show all posts

Reply #221 tuahayam's post

Sekadar nak komen,

kes macam ni memang selalu berlaku, seharusnya hang pertahankan hak hang tu, tak perlu fikir pasal kawan sebab kalau hang fikir balik...ada ke dia fikir benda yang sama kat hang kalau benda tu terjadi kat dia? seharusnya hang fikir pasal team yang hang bawa. kalau betul..pertahankan dan kalau salah beritahu apa salah mereka dengan harapan ia tidak berulang. dengan tindakan hang ini sudah pasti ia menjejaskan peluang yang sepatutnya mereka boleh kecapi dan jika silap gaya, mereka boleh menyalahkan hang atas kesilapan teknikal ini. dan dalam perkara ini pengadil dan ketua pengadil juga harus main peranan, tegas dan bukannya macam lalang. mereka ada kuasa, jadi gunakan kuasa dengan sebaiknya. kalau nak tukar keputusan pun, bawa berbincang tapi dalam hal ini utk selamat mereka bagi peluang semula kepada pasukan lawan. bagi aku, seharusnya ketua pengadil memanggil pengurus pasukan iatu hang sendiri, lawan, dan pengadil bersemuka utk cari penyelesaian.paling tidak, masing-masing puas hati kalau dah ada perbincangan 3 penjuru ini. bukan main tgk kita dok diam, maka dia buat keputusan sendiri.

Sorry to say, saya pernah tgk guru yang jerit, marah malah sampai ke tahap maki hamun, kutuk lawan dan hanya kerana perkara sedemikian malahan ada juga yang suruh main kasar atau tipu demi utk mengapai kemenangan . walaupun macam buka pekung di dada, tapi terpaksa juga saya dedahkan demi perhatian kita bersama...tak perlulah sampai ugut mengugut tak nak main, nak balik atau sebagainya..itu ke semangat kesukanan yang kita nak bagi pada anak murid? dan mereka berkelakuan sedemikian hanya kerana nak kejar sebutir pingat dan menjulang piala...bagi saya tiada makna itu semua kalau ini sikap yang di tonjolkan oleh pengurus dan jurulatih.

Alhamdulillah, sepanjang saya jadi jurulatih kriket, sekali sahaja kejadian yang serupa terjad iaitu ketika kejohanan peringkat MSN. tapi diselesaikan secara perbincangan dan setelah persetujuan dicapai bersama walaupun secara teknikalnya kami boleh menang tanpa bertanding dan seterusnya memberikan peluang cerah untuk ke peringkat akhir hanya kerana kesilapan pasukan lawan. tapi matlamat kita untuk menghasilkan pemain terbaik, tanpa melalui perlawanan, macam mana nak cari pemain terbaik di samping memberikan mereka peluang untuk berlatih dan mencari pengalaman berdepan dengan pasukan yang mungkin hebat dari daerah lain...jadi di sini, bukannya tak boleh nak buat macam hang buat tapi macam aku tekankan, biarlah ia di buat perbincangan. Secara peribadinya, kalau aku pun tak puas hati kalau ini yang berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 08:36 PM | Show all posts
260309
depan pc

kadang-kadang kita lebih fikirkan orang lain dari diri kita sendiri atas alasan tak nak keruhkan keadaan yang jernih...teman pun biasa tengok budak menangis apabila kekalahan yang tak boleh diterima...betul juga apabila terdapat guru yang berada di tengah padang terlebih emosi sampai bebudak jadi gementar nak bermain...

hari ni masa aku penuh...hanya ada satu masa untuk bersolat zuhur...dan solat asar aku terpaksa curi masa pnp. nak buat macamana....terpaksa...mujur hari hujan..masa mengajar bebudak tak de la over aktif..sejuk agaknya...mata diorang pun layu je...maklumle sesi persekolahan petang...

biasanya hampir pukul 7 malam..aku baru sampai rumah..letak je beg sekolah..terus ke dapur...panaskan lauk sebab kami makan sebelum maghrib...so anak-anak buat homework sejurus lepas solat maghrib...alhamdulillah...buat masa ni anak-anak teratur masa pembelajarannya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 12:07 AM | Show all posts
1200 midnite. x tdo ag. tgh wat assigment. esok kena bangun awal lagi. last day 4 pbs. pening pale gak ni. keje banyak. masa x pernah cukup. elaun x masuk2 ag. heran betul aku ngan ipgm aku ni. dah nak masuk bulan 4, sume maktab lain dah masuk. apa la nasib badan. dan kering kontang dah saving aku. dahle nak kena print assigment yg banyak ni next week. fikir2 cam nak surender je, kalu ikut ati. tp fikir lak, camni pun xleh nak handle. aku rasa cabaran lagi ganaz time betul2 dah masuk sekolah esok. hmmm,, cepatlah masa berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 08:20 AM | Show all posts

Balas #219 CharlieDale\ catat

aah. dekat kat ngan maktab. campur ag ngan pelatih 3 maktab lain. tu yang crowded. sampai duduk pun merata2 je. nasib ari ni last day.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2009 08:25 AM | Show all posts

Reply #222 CharlieDale's post

mmg pada mulanya rasa cam nak pergi.. tp sorang guru sek aku yang juga antara pengadil bola tampar juga nasihatkan jgn pergi.. dan aku nak tgk sejauh mana kredibiliti pengadil yg membuat keputusan....

dan mmg aku respek pengadil tersebut yang tidak berganjak dalam keputusan memberikan mata kepada pasukan sekolah aku... tp apakan daya... kerana pasukan lawan tetap tak puas hati pengadil tersebut telah memanggil pengerusi teknikal...

dan pengerusi teknikal tersebut dgn mudah meminta servis itu dilakukan semula... apa boleh buat.... bukan tak nak lakukan berbincangan.. tp mmg pengurus pihak lawan kalu tgk dari emosi yg diluahkan langsung takleh bawa berbincangan... biarlah..

dan aku masih ingat 2 tahun lepas.. pengerusi teknikal tu pernah memotong mata pasukan aku ketika perlawanan akhir secara tiba2... walaupun kesalahan seperti itu sepatutnya diberikan amaran je.. tp aku tak bantah dan alhamdulillah masa tu sek aku tetap jadi johan...

biarlah. perkara yg lepas... tp sebenarnya mmg aku sedikit ralat sbb budak2 tu mmg aku dah bawa diorg wakili sekolah sejak dari darjah 4 sampai skrg darjah 6... tp apakan daya...

entahlah.. dan pagi kelmarin bile guru besar tahun hal ini.. marah benar dia kenapa kitaorg senyap... entahla...

thn lepas ada satu peristiwa aku takleh lupakan pasal kejohanan daerah.. larian jubli emas (merentas desa).. ada ke patut.. budak aku yg mendahului sejak dari awal dalam larian sejauh 7km tak silap aku.. di saat-saat akhir telah ditunjukkan arah yang salah oleh cikgu yang menjadi pemandu arah di dpn sekali.. last-last budak aku dpt no 5 tak silap..

dan masa tu nasib baik guru besar ada.. dia suruh wak surat bantahan.. terus wak surat bantahan.. dan walaupun mmg bantahan diterima.. diorg sekadar memberikan tempat ke dua...


kelmarin juga ada majlis maulidur rasul kat sek aku.. pagi tu aku dpt berita kedua-dua murid aku yang akan mewakili daerah dlm olahraga demam... dan diorg tak nak dah wakil daerah olahraga...diorg start latihan pusat ari isnin lagi.. tp aku gi ambik sekejap pasal nak diorg main bola tampar dulu..

lepas tu.. jurulatih daerah tepon aku tanya mana budak2 olahraga sebab aku dah janji nak antara smeula pagi esok..  dan aku bagi tau la jurulatih tu budak aku nak tarik diri dari latihan... tp dia bagitau nama dah didaftarkan belaka.. takleh nak tolak dah...

kemudian aku wak keputusan .. gi umah budak ni sendiri.... pagi tu gi cari umah.. tgk mmg betul demam.. tanya betul ke tak nak wakil daerah dah? jurulatih tu sanggup tunggu smpai bduak2 ni baik demam baru antar.. tp 2 org ni tetap berkeras tak nak wakil dah...

kemudian aku mintak kebenaran penjaga diorg bernarkan budak2 tu naik keta aku .. gi ambik brg2 diorg kat sek yg buat latihan bpusat tu pasal masa aku ambik diorg balik jap tu mmg diorg balik sehelai sepinggang... so masa gi ambik brg ada jurulatih situ.. aku suruh diorg bagitau sendiri tak nak wakil dah..

jurulatih cuba pujuk tp tak jalan gak... tahla.. nak wak camne.. tp aku dah bagi masa sampai ari ahad ni tgk camne..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2009 09:53 PM | Show all posts
270309
hujan...

rasa-rasanya budak tu dah letih kot sampai demam-demam...pada kebiasaan..budak-budak yang boleh bermain..kita bagi apa je game...mesti dia boleh buatkan..walaupun kita bagi latihan yang sekejap...rasanyala...

petang ni ada majlis farewell pada cikgu azma...baru mengajar tahu ni masuk tahun ke 2...dapat surat tukar...dan ada perkataan  SERTA MERTA...terkejut beruk kami group petang...apahal???!~~apa kes???~~~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 04:55 PM | Show all posts
280309

0800
bertugas sebagai pengawas MTest. xmo jadik tp terpaksa (PK1 soh... dah la cuti ari tu jaga xm PTK 3 hari ). penat melayan kerenah KPengawas yg x wat homework... nama jer pensyarah maktab, nak menguruskan xm pon x reti. sume ari ni baru nak buat. pelan kedudkan calon pon xde?! seb baik aku dah siapkan awal2 plan yg kosong ... hampes

0900
stat exam. mcm2 pesen yg datang, yg lewat ada, yg pakaian asal boleh pon ada... cian nengok, mcm2 pesen ada masa menjawab.. dari awal sampai sudah asik tertunduk, dah abih baru nampak muka pon ada. boring gak sorang2 3 jam... seb baik ada yg cun

1230
sume dah setel. xm dah abis, serahan dah wat. nak kene g dewan la plak...  ari ni ngan sok ada jualan buku.ntah bookstore mana ntah yg dtg. malas nak amik tau. jualan punya pasal, 2 hari diorang dok berkampung kat dewan... tpaksa bergilir bertugas.

1530
dah sampai umah dah... dah lepak2 kat CH. tp xde org la plak... ntah mana pegi. mlm karang la kot eh.. dan entah tetiba aku termasuk bod ni... teringat yg KP aku ckp, penilaian sahsiah pon ada dbuat pd calon2 yg dtg xm ari nih. so, terpost la plak kat thread KPLI dan GSTT  sbb ku masih bosan... ku cuba utk menulis...

[ Last edited by  halimi78 at 28-3-2009 16:58 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2009 06:21 PM | Show all posts

Balas #227 lampualam\ catat

ada kes?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 10:21 PM | Show all posts

Balas #229 halimi78\ catat

atau sebab keselamatan atau keperluan ditempat lain sebab sekolah asal lebih guru...kalau ada kes..mesti cikgu sekolah tu tahu dan tak terkejut dia dipindahkan.

anyway diari hari ini hanya siapkan kertas kerja utk lawatan, buat tuisyen kat anak buah dan anak sedara terdekat (sebanrnya tiap malam dari jam 7-8.30 malam tiap jumaat dan sabtu.) dan menyertai program Earth Hour 2009. ingat memula sekadar nak padam lampu bilik je sebab masih menumpang rumah bapa mertua (rumah sendiri masih dalam pembinaan) sekali tgk 9sebab tak sangka pula)...satu kampung join. apa pun tahniah kepada ketua kampung dan penduduknya.




lampu jalan jer yang menyala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 12:05 AM | Show all posts

Reply #227 lampualam's post

kabel kuat kot.. selalunya kena tunggu 3 tahun baru boleh pindah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by zehra2 at 29-3-2009 00:05
kabel kuat kot.. selalunya kena tunggu 3 tahun baru boleh pindah.


tak juga. kalau alasan kuat, setengah tahun boleh pindah dan bergantung kepada kekosongan dan keperluan negeri dan tempat yang dipohon. cuma kalau pindah kurang daripada 2 tahun ni mungkin akan mennyebabkan beberapa masalah terutama bagi mereka yang baru ditempatkan dan belum disahkan jawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 04:58 PM | Show all posts

Balas #232 CharlieDale\ catat

off jap: cikgu charlie ngaja mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by halimi78 at 29-3-2009 16:58
off jap: cikgu charlie ngaja mana?


pun off topic juga:
kang saya bagi map dengan koordinat...lepas tu kalau tak jumpa saya bagi kompas nanti boleh buat compass marching.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 09:34 PM | Show all posts

Balas #234 CharlieDale\ catat

off topic : tq... got ur pm... en mod jgn marah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 01:09 AM | Show all posts

lamenye x posting kat sini

30 March 2009 1.04am

arini aku lepak dpn tv ... then ptg td p jogging ... da 3 ari stop jogging ... nasib la masih menten leh berlari non=stop

mlm ni terpacak dpn lappy sambel borak2 ngn frens n bace forum ... sambil2 tu jugak usya jobstreet ... hati ni masih teragak2 ... hrp2 dpt la panggilan intebiu lg

si dia td as usual main online poker ... mcm x nampak je aku online ... tak kisah la ... asalkan dia x merayap tah memane .... huhuhu ... tido awal la plak dia mlm ni ... asik2 tensen n stress ... kepala semak ... tah bila la dia nak aman tu

aku plak tensen weight aku asik turun naik bila scaling! rase cam nak baling je weight scale tu! huhuhuhu

bsk harusla tuka menu lg!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 07:29 AM | Show all posts
Originally posted by halimi78 at 28-3-2009 18:21
ada kes?

pada kami kes biasa..tapi kalau orang dah tak suka...kes besar semut jnampak macam besar gunung...ye tak??
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 05:17 PM | Show all posts

Balas #237 lampualam\ catat

owh... biasa la tuh.. paham2

catatan hari ini:

1040
masuk kelas 4mpvp.. tergezut badak... yg ada cuma 6 org pelajar... selebihnya berada dlm tahanan guru disiplin... buat urine test katanya... hingga tamat waktu 1150 cuma ada pertambahan 1 pelajar.

1225
kelas 3L... sehingga tamat waktu persekolahan cuma 5 org sahaja yg ujud dlm kelas. catatan sebelum rehat 13 org hadir. 8 org MIA..


semoga aku terus tabah menghadapi kerenah mereka..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 10:14 PM | Show all posts
30/03/2009

Hari ini....pergi kerja tgk ada kemalangan. kereta dengan kereta berdepan..kalau tgk dari keadaan macam sebuah kereta tu nak masuk simpang tapi tak lepas. so berhati-hatilah di jalan raya.

jadi hari ni bebudak belajar KH lebih kepada projek dan pembelajaran dan bermain. untuk murid tahun 4 saya sediakan doh (adunan tepung) sebagai ganti plastersin Stok kat sekolah dah keras dan ada khabar menyatakan tak sesuai untuk kanak-kanak ) dan mereka buat la objek berdasarkan bentuk 2 dan 3 dimensi yang telah mereka belajar.

bagi murid tahun 5, projek menyelesaikan masalah bawa tajuk reka bentuk dan reka cipta. mereka kena bina meja (minggu lepas dah lakar) dari 30 btg penyedut minuman dan mampu tahan 5 kamus BM-BI yang edisi pelajar. sejam tak cukup..kena bawa minggu depan.

apa pun seronok tgk kreativiti mereka. kira aktiviti ni macam lepas tension juga. yerla asyik belajar jer. sesekali ada aktiviti yang bagi mereka buat sesuatu dan tidak terlalu tekankan kepada kaedah sehala sahaja @ chalk and talk. l



lagi gambar di thread aktiviti bergambar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 10:12 PM | Show all posts
31 mac

ari ni skolah wat sambutan maulidul rasul...lambat sket wat sambutan ni sebab skolah bz sangat dengan program yg mcm2, dgn exam lagi, sukan lagi...
antara aktiviti sempenan sambutan ni ada la wat perarakan kecik2, pertandingan wat kolaj utk tahap 1 dan pertandingan nasyid tuk tahap 2.
ni antara gambar2 sepanjang aktiviti







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.612783 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list