CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7573|Reply: 50

'Bekas isteri' penyanyi Pearl mahu kahwin baru....tetapi.........

[Copy link]
Post time 3-12-2008 08:25 AM | Show all posts |Read mode
LIHAT lah DUNIA....mcm2 ada...


'Bekas isteri' kepada vokalis kumpulan Pearl yang dijadualkan bernikah dengan bakal suaminya pada 27 Disember ini berhadapan dengan kesulitan apabila perkahwinan dengan penyanyi terbabit diragui dari segi prosedur.

Emylia Amer Hamzah, 28, selaku plaintif mengemukakan permohonan faraq supaya Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memisahkan pernikahannya dengan Mohd. Amir Mohd. Esa, 36. Walhal mereka yang bernikah 10 tahun lalu mendakwa sudah pun bercerai pada 14 April 2006.

Dalam prosiding itu, Emylia yang tidak diwakili peguam telah disoal bertubi-tubi oleh hakim syarie, Abdul Malik Soleh berhubung tujuan sebenar plaintif mengemukakan permohonan tersebut.

Setelah diasak dengan pelbagai soalan, Emylia memberitahu, dia sebenarnya hendak berkahwin dengan lelaki lain dan pernikahan dijadualkan berlangsung pada 27 Disember ini.

Abdul Malik yang tidak faham dengan jawapan tersebut bertanya: ''Kalau kamu hendak bernikah dengan lelaki lain sekalipun mengapa kamu mengemukakan permohonan faraq nikah dengan defendan.''

Plaintif kemudiannya menyatakan, pernikahannya dengan Mohd. Amir sebenarnya tidak didaftarkan meskipun dia berkahwin di Gombak, Selangor.

''Yang Arif, saya dinikahkan oleh juru nikah, Ibrahim Tahir yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bapa sebagai wali saya. Dua saksi pernikahan ialah bapa saudara saya.

Tetapi beberapa bulan selepas bernikah, saya ada terbaca berita dalam surat khabar bahawa pentauliahan JAIS ke atas juru nikah terbabit telah ditarik balik,'' cerita plaintif.

Tambahan pula, defendan juga menurut plaintif telah menceraikannya pada 14 April 2006. Namun perceraian tidak dapat didaftarkan kerana masalah dokumentasi ekoran pernikahan tidak didaftarkan.

Plaintif sehubungan itu, mahukan pengesahan mahkamah sama ada dia boleh bernikah dengan pasangan barunya.

Abdul Malik menyoal plaintif, adakah dia betul-betul pasti majlis tersebut diwalikan ayahnya, bapa saudara pula menjadi saksi, mas kahwin, ijab dan kabul. Cuma yang menjadi isu sekarang orang yang mengakad nikah.

Selepas Emylia, giliran Mohd. Amir pula disoal hakim. Defendan yang bersetuju dengan keterangan 'bekas' isterinya memberitahu mahkamah bahawa mereka telah bernikah pada 5 November 1998.

''Ketika bernikah, kami beranggapan pernikahan itu sah. Tetapi beberapa bulan kemudian barulah saya tahu pentauliahan juru nikah terbabit ditarik balik,'' kata Mohd. Amir dengan tenang.

Abdul Malik: ''Persoalannya mengapa baru sekarang hendak membuat faraq nikah?''

Mohd. Amir: ''Kerana masa itu saya berhadapan dengan masalah ekonomi dan bimbang akan dikenakan denda sekiranya membawa kes ke mahkamah.''

Selepas mendengar penjelasan kedua belah pihak, Abdul Malik menangguhkan sehingga 22 Disember ini bagi sebutan semula kes. Tarikh tersebut adalah lima hari sebelum plaintif dijadualkan bernikah dengan bakal suami barunya. Ini bagi membolehkan hakim mendapatkan laporan dan meneliti siasatan yang dijalankan oleh pejabat agama berhubung pernikahan pasangan itu.

Dalam permohonan tersebut, plaintif di samping memohon faraq pernikahan turut mengemukakan permohonan status anak, Helmi Fardhuqa Mohd. Amir, sembilan tahun. Kanak-kanak itu kini di bawah jagaan Mohd. Amir. Vokalis kumpulan Pearl itu dikenali dengan lagu nyanyiannya, Aku Tak Bersalah. Pearl juga popular dengan album kedua mereka berjudul Jika Kau Merasa Sakitnya.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Mohd. Amir memberitahu, dia merasa simpati dengan 'bekas isterinya' itu yang menghadapi kesulitan untuk berkahwin baru.

''Jadi saya datang hari ini untuk memberikan keterangan mengenai pernikahan kami dulu,'' kata Mohd. Amir yang masih lagi menyanyi.

habis.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 08:32 AM | Show all posts
benda ni punyelah lama, baru sekarang timbul.............nikah, cerai ni jgn main2........kesian anak tu.apalah statusnye..

makin cetek ilmu agama org skrg ni.......takut aku...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:33 AM | Show all posts
pe cte dorg nih..

aku kureng paham..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:39 AM | Show all posts
ya allah takot nya aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:42 AM | Show all posts
faraq nikah = memisahkan / membubarkan nikah bukan melalui talak.

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/faraq.pdf

dia nak faraq sbb jurunikah tu ditarik balik pengiktirafan, so status pernikahan diorg diragui.

tapi apa ke bengongnya, dah 10 thn, dah siap 'cerai' sume baru nak mohon kat mahkamah? kalau ada anak, dah mumaiyiz dah anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:43 AM | Show all posts
kumpulan pearl???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2008 08:43 AM | Show all posts
biasanya baru terhegeh2 naik tangga mahkamah bila nak berkahwin lain
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:48 AM | Show all posts
kesian anak dia......
tak tau hukum betui depa ni.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 08:52 AM | Show all posts
diorang bukan nak cerai
tapi nak batalkan penikahan
WTF..after 8 years?
ko ingat ni VEGAS nak buat annulment?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 08:55 AM | Show all posts

Reply #5 awan_kelabu's post

Alasan yg tak diterima akal pikiran manosia....

>>''Ketika bernikah, kami beranggapan pernikahan itu sah. Tetapi beberapa bulan kemudian barulah saya tahu pentauliahan juru nikah terbabit ditarik balik,'' kata Mohd. Amir dengan tenang.

Abdul Malik: ''Persoalannya mengapa baru sekarang hendak membuat faraq nikah?''

Mohd. Amir: ''Kerana masa itu saya berhadapan dengan masalah ekonomi dan bimbang akan dikenakan denda sekiranya membawa kes ke mahkamah.''<<
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:56 AM | Show all posts
ingatkan pearl jam
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by awan_kelabu at 3-12-2008 08:42 AM
faraq nikah = memisahkan / membubarkan nikah bukan melalui talak.

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/faraq.pdf

dia nak faraq sbb jurunikah tu ditarik balik pengiktirafan, so status pernikah ...


faraq nikah ni tak de edah ker??
bukan kah mahkamah akan memutuskan pada 22hb dis, manakala majlis kahwin 5hari selepas itu.. sedangkan klu cerai talak 1 pun kena tunggu habis edah, baru bleh kawin..

any1 boleh tolong jwb tak??
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:01 AM | Show all posts
takde duit punya pasal sanggup bergelumang dengan benda haram sampai 10 tahun...adoi, jahil murakab sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:13 AM | Show all posts
teringat lagu "aku tak bersalah" nyanyian pearl...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:16 AM | Show all posts
amir tu sepupu amy search kan..? sore pon ada mirip amy sket...kalau syalah syorik!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #14 putrimontel's post

tajuk lagu....perghhh... aku tak bersalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 09:20 AM | Show all posts
emylia tu bekas CBNers. Dia sekolah x sampai Form 5 pon. Tulah time org sibuk belajar dia sibuk bercinta. Tp betul ke dia kawin 1998???Rasa ye awal dari tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:21 AM | Show all posts

Reply #16 beta_carotene's post

tapi lagu tu best gak....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:21 AM | Show all posts

Aku tak bersalah

Nyanyi lagu tu kat depan hakim Amir
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:21 AM | Show all posts
ha, ni baru betul cetek pengetahuan
suka2 jer memain nikah cerai ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.193171 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list