CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6506|Reply: 1

muscle car; keta2 berkuasa tinggi!!

[Copy link]
Post time 6-12-2008 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Lambang automobil Amerika

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


Penghasilan Muscle car sebenarnya lebih kepada semangat terhadap kereta-kereta berkuasa tinggi yang membawa kembali nostalgia dan zaman kegemilangannya.





MUSCLE Car mempunyai peminat tersendiri di serata dunia termasuklah di negara kita. Namun demam muscle car yang melanda di negara kita hanya melibatkan golongan para pegumpul kereta-kereta Barat klasik. Mereka membeli dan mengekalkan ketampanan muscle car klasik masing-maing dalam keadaan sehampir mungkin dengan model asalnya.

Tidak mustahil, satu hari nanti 'demam' sebenar muscle car yang kita lihat di Barat dari dahulu hingga kini akan sama keadaannya di sini.



CHEVROLET CAMRO 1982



Di Malaysia, terma atau istilah muscle car kini bukan hanya secara amnya kereta klasik berkuasa tinggi dari Barat, tetapi ia lebih kepada modifikasi moden pada kereta-kereta tersebut.

Muscle car mula menjadi terkenal setelah munculnya filem-filem seperti Gone in 60 Seconds yang menampilkan jentera Shelby Eleanor GT500, The Bulitt (Ford Mustang GT390 Fastback).

Manakala filem Gumball Rally pula mempertaruhkan model Shelby Cobra 427 dan Ferrari Daytona. Filem Starsky & Hutch menggunakan kereta Ford Torino. Filem The Fast & Furious mengetengahkan model Chevrolet Chevelle 1970 dan Dodge Charger 1970.







Sebenarnya, banyak filem yang dibintangi oleh kuasa hebat sebuah muscle car. Filem-filem Hollywood ini dilihat berjaya menunjukkan kehebatan kereta klasik Amerika dengan cara yang lebih bersahaja.

Muscle Car melambangkan dunia automobil Amerika yang sejak dahulu dihasilkan dengan nisbah kuasa serta kemampuan yang besar. Antara ciri utamanya, kereta-kereta ini memiliki berat sederhana dan kemampuan memecut yang mengagumkan.


DODGE CHALLENGER 2004



Terma Muscle Car ini tercipta pada tahun 1964 apabila Pontiac menghasilkan sebuah sedan bersaiz sederhana yang dilengkapi dengan nadi bersesaran 389ci V8 yang sangat berkemampuan dan kemudiannya bertukar kepada sebuah legenda hingga kini iaitu model Pontiac GTO.

Dalam keadaan asal, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/sj dalam masa kurang 7 saat, prestasi yang disifatkan sebagai sangat hebat apa lagi ketika era 1964.

Amerika sememangnya dikenali dengan menghasilkan kereta-kereta yang pantas dan berkuasa sejak sebelum era perang Dunia Kedunia, tidak terkecuali beberapa pengeluar Eropah yang lain.



PLYMOUTH BARRACUDA



Namun, kebanyakan model dari Eropah hanya mampu dibeli oleh golongan kaya-raya. Muscle car pula mula dihasilkan secara besar-besaran pada 1960-an, ketika itu para muda-mudi adalah 'raja' dan Detroit pula menjadi empayar automotif terbesar di dunia.

Kemajuan dunia kian berubah dah pada era 1970 an. Kemasyhuran muscle car mula menghilang, tetapi ia kembali semula pada tahun 1980-an dan mula mendapat sambutan hangat.



SALAH sebuah model hot rod yang menjadi kegilaan di Amerika.



Terutamanya, apabila berlakunya perubahan teknikal dan teknologi yang semakin canggih. Perubahan ini membolehkan muscle car moden mengalami penambahbaikan dari aspek penjimatan bahan api, kuasa, pengendalian serta keselamatan.

Kelahiran muscle car pertama berkait rapat dengan pengubahsuaian yang dilakukan terhadap Oldsmobile model 1949 iaitu Rocket 88. Ia merupakan sebuah kereta hot rod yang mudah dihayati oleh para peminat muscle car.

Malah, ia dianggap sebagai hot rod sejati kerana perubahan yang jelas kepada konsep automotif ketika itu. Rocket 88 merupakan asas sebuah muscle car iaitu badan yang ringan dan enjin baru yang lebih berkuasa. Ketika itu, Amerika buat pertama kalinya menghasilkan enjin V8 bernisbah mampatan tinggi.



MODEL Chrysler C-300 yang terus diminati sehingga ke hari ini.

Chrysler mendahului pengeluar lain dalam arena menghasilkan muscle car paling berkuasa ketika itu (1955) dengan model C-300. Model ini dipasang dengan enjin Hemi, selain ciri mewah yang berkemampuan menghasilkan 300 kuasa kuda.

Tidak hairanlah jika ia dinobatkan sebagai America's Most Powerful Car. Secara amnya, muscle car banyak tertumpu pada kuasa besar atau lebih dikenali dengan terma Raw Power di kalangan peminatnya.

Jika ada pihak yang membandingkan prestasi dan pengendalian jentera dari Jepun terhadap muscle car, ia bukanlah satu senario yang baru.

Pertikaian tentang hal ini sebenarnya lebih terarah kepada faktor kurangnya pemahaman dalam perbezaan kategori dan keghairahan terhadap kenderaan yang dihasilkan.


WAJAH ekstrem Pro Mod ‘68 Mustang.

Tahap pengendalian muscle car tidaklah sehebat jentera ringan buatan Jepun. Malah pembuatan Muscle car sebenarnya bukanlah berdasarkan tujuan perlumbaan litar semata-mata.

Ia lebih kepada semangat terhadap kereta-kereta berkuasa tinggi yang membawa kembali nostalgia serta zaman kegemilangannya. Lazimnya, ia hanya dapat dirasai oleh peminat tegarnya.

Deruman enjin V8 yang telah diubahsuai, kuasa kuda yang secara keseluruhannya melebihi 500hp dalam keadaan NA (Normally Aspirated), rekaan badan yang sangat seksi dan menawan.

Paling hebat mengenai muscle car adalah kemampuannya pada daya kilasan atau tork yang sangat tinggi disebabkan oleh sesaran enjinnya yang sangat besar.


REKABENTUK terkini muscle car.



Enjin Ford 427ci (7000cc) contohnya, mempunyai daya 450 kuasa kuda pada keadaan NA dan versi turbo atau supercharge mampu menghasilkan sehingga 1200hp. Angka ini masih boleh ditingkatkan mengikut perkembangan pengubahsuaian.

Kini, senario Muscle Car masih popular baik dari model 60an, hot rod yang rata-ratanya dari zaman 30an hingga 50an dan juga muscle car moden yang dihasilkan pada awal 2000 hingga kini.

Sedia maklum bahawa, muscle car moden tidak akan lengkap tanpa model Pontiac GTO 2004 yang mempunyai nadi V8 moden dengan kemampuan kuasa setinggi 350hp.

Model Ford Mustang GT 2005 dan Ford GT40 terbaru pula melonjakkan dunia rekaan serta wajah baru muscle car sehingga menjadi ikon terhadap rekaan automotif moden di seluruh dunia.

Imej, reputasi dan kuasanya dengan mudah mencapai 500hp mencerminkan zaman kegemilangan muscle car yang diandaikan tidak akan pupus walaupun 100 tahun lagi.






aku dapat sebijik ford torino starsky & hatch punyer dulu... puasa sebulan ramadhan pun aku sanggup!!...  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 04:27 PM | Show all posts
tak payah starsky...

ni...


masih belambak kat mesia...




pakai webber tu bang...

kalu nak muscle jugak.. amik enjin toyota v8, soarer ke hapa ntah... musti buleh wheelie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.046710 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list