CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36841|Reply: 18

Mak Yong

[Copy link]
Post time 6-12-2008 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Loghat Kelantan jadi taruhan


Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF

Keseragaman menari dengan liuk lentok tubuh dan gerak halus jari-jemari amat penting di lantai persembahan Mak Yong.







KETIKA sekumpulan anak muda asyik menerokai hiburan dan tarian moden di ibu kota, belia dari Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) pula cenderung menguasai seni tradisional. Bukan disebabkan mereka tergolong dalam kelompok remaja yang ketinggalan zaman atau 'budak kampung', sebaliknya ada sebab kenapa mereka melakukannya dengan senang hati.

Tinjauan Kosmo! mendapati mereka lebih selesa mengorak langkah dalam seni persembahan tradisional kerana kepuasan yang dikecapi sukar dicari ganti.

Ironinya, kebanyakan generasi muda kini begitu berbangga menunjukkan kemahiran atau bakat tarian hip hop, shuffle dan break dance di depan khalayak. Namun bagi Nor Azura Abu Bakar dan rakan sebayanya pula, kedua-duanya berasa gembira dan teruja apabila berpeluang menghiburkan pengunjung tempatan dan pelancong asing dengan persembahan drama tari Mak Yong.






Menyaksikan pementasan Mak Yong berjudul Nik Kecik Dewa Muda yang berlangsung di Pusat Pelancongan, Kuala Lumpur baru-baru ini, membuktikan kesungguhan mereka memartabatkan warisan tradisional, terutamanya pementasan Mak Yong.

"Sekiranya kami (anak-anak muda) tidak memelihara atau meneruskan kesenian Mak Yong, tidak mustahil pada masa hadapan, Mak Yong akan hilang dan pupus dalam budaya masyarakat Melayu. Tidak dinafikan, segelintir remaja hari ini kurang meminati dan lebih teruk, kebanyakan mereka tidak mengetahui apa itu Mak Yong.

"Remaja sekarang menilai dan berpendapat seni tradisional membosankan. Tanggapan itu diluahkan tanpa menyaksikannya terlebih dahulu. Perlu diketahui, persembahan Mak Yong, bukan seperti zaman dahulu. Walaupun masih mengekalkan jalan cerita berunsurkan ketuhanan dan raja-raja, tetapi elemen dan lawak jenaka moden turut diselitkan untuk halwa telinga penonton," tegas Nor Azura, 23, yang mendukung watak anak raja (pak yong), Nik Kecik Dewa Muda sempena program Mak Yong Ekstravaganza 2008 (MYE'08) baru-baru ini.



ASPEK busana dan perhiasan penting untuk menggambarkan sesebuah karekter.



Mengisahkan tentang Nik Kecik Dewa Muda yang memerintah negeri Selurah Tanah Jawa yang bermimpi didatangi seorang tua tiga kali bongkok dan tiga kali tegak. Orang tua tersebut meminta baginda pergi memburu seekor kijang iaitu Kijang Mas Kijang Ucana yang terdapat di Alah Sunyi Belukar Yang Muda-Muda.
Keberangkatan Nik Kecik Dewa Muda dipersetujui oleh bonda baginda. Lalu baginda pun pergi bersama dua orang pengasuh.



MAK Yong Kijang Emas, JKKN mempersembahkan kisah Dewa Indera Dewa.



Bercerita lanjut, Nor Azura yang kini menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Muzik, Fakulti Muzik, Aswara menyifatkan untuk melibatkan diri dalam persembahan Mak Yong, memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Banyak perkara dan ilmu yang perlu dipelajari, selain berlakon, menyanyi dan menari.

Melihat lakonannya yang lancar mengungkapkan dialog dalam dialek Kelantan, sama sekali kita tidak menyangka bahawa Nor Azura merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan langsung dengan negeri berkenaan.

"Saya hanya lancar bertutur loghat Kelantan ketika menjayakan pementasan Mak Yong. Di luar pentas, saya boleh memahami, tetapi untuk membalas semula percakapan dalam loghat Kelantan, sukar sama sekali.


REBAB merupakan alat muzik penting dalam persembahan Mak Yong.

"Memandangkan hampir keseluruhan persembahan Mak Yong menggunakan dialek dari negeri Cik Siti Wan Kembang, maka saya perlu belajar memahami dan menyebut setiap butir kata dengan betul. Ini bagi memastikan pementasan berjalan lancar," katanya yang mengakui sukar mengalunkan lagu-lagu Mak Yong.

Walaupun sedang belajar mendendangkan lagu-lagu tradisional, Nor Azura tetap berhadapan dengan masalah menguasai lenggok lagu-lagu Mak Yong. Kadang-kala remaja berkulit hitam manis ini menitiskan air mata dan berputus asa apabila gagal mengalunkan lagu dengan sempurna.

Mujurlah dia dibantu dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada adi guru, Mohd Nasir Md Yusof (Pak Nasir) yang mempunyai pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam arena seni Mak Yong.


"WATAK peran yang dilakonkan oleh pelakon lelaki."




Kunci utamanya ialah memastikan lenggok yang dilontarkan bersesuaian, Nor Azura perlu peka dan menumpukan sepenuh perhatian mendengar gesekan rebab (alat muzik bertali tiga). Gesekan yang dimainkan itu akan 'memandu' si penyanyi sama ada perlu mengalunkan lenggok yang cepat mahu pun perlahan.

Selain sukar melantunkan lagu Mak Yong, aspek tarian dan lakonan juga menambahkan kegusaran dalam dirinya. Apatah lagi, Nor Azura diberi tanggungjawab memegang watak utama yang 'memaksanya' perlu menghasilkan dan menampilkan mutu lakonan dan tarian yang terbaik. Keseragaman menari dengan liuk lentok tubuh dan gerak halus jari-jemari amat penting di lantai persembahan Mak Yong.

"Bukan mudah untuk melakukan tiga elemen (berlakon, menari dan menyanyi) secara serentak. Namun begitu, inilah keunikan yang diterapkan dalam tari drama Mak Yong.

Saya bertuah kerana bukan sahaja berpeluang mempelajari teknik nyanyian, malah mendalami teknik lakonan sekali gus memperoleh ilmu tarian.

" Plot yang memerlukan saya berdiri dan berlakon seorang diri di atas pentas, antara tugasan yang mencabar. Tanpa bantuan dan sokongan pelakon lain, perasaan gugup datang menganggu kerana mata penonton hanya tertumpu kepada saya," ujarnya yang memasang impian untuk terus mendalami lagu-lagu Mak Yong.


Tambahnya yang juga pelakon teater bangsawan: "Sukar dijelaskan, mengapa seni tradisional indah di mata saya. Ia merupakan hiburan yang unik dan istimewa. Ciptaan lirik pula banyak mengandungi bahasa kiasan, kata-kata nasihat, teladan dan kasih sayang.

Sementara itu, Sabihah Abdul Rahman Wahid yang pernah menggondol juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2007, mendapati kisah Mak Yong merupakan pementasan yang menyeronokkan. Kombinasi unsur tarian, lakonan, nyanyian dan komedi membuatkan seni ini tidak membosankan.

Lebih menarik lagi apabila dia berpeluang berdandan dan berhias cantik dalam persalinan puteri raja. Sedikit sebanyak kostum tersebut menyerlahkan kegemilangan persembahan dan menarik perhatian penonton.

"Seronok kerana terpilih untuk membawa watak Tuan Puteri Ratna Emas iaitu puteri dari kayangan. Dikelilingi dayang-dayang, sambil menyanyi dan menari di taman bunga sungguh mempesonakan. Namun begitu, meskipun sudah serasi dan mampu menguasai lagu-lagu tradisional, seperti Nor Azura, saya juga menghadapi masalah mengalunkan lagu Mak Yong.

"Daripada pengalaman kesukaran dan terus mempelajarinya, terbit rasa hormat pada penyanyi dan pelakon Mak Yong senior kerana mampu menyanyi dengan baik," jelas Sabihah, 23, yang menyanyikan lagi Sedayong Pak Yong, dalam pementasan tersebut.





siyesly  aku tak paham sepatah haram dalam mak yong nih... tapi mmg aku suka kostum depa dan awex2 yg cun tu.... lemah lembut sumer.... kalu dikir barat tu... bley gak la paham sikit2.. tu pung sebab  kawan aku beskotcekelat tu translate kan... kalu tak... mmg terngangan masuk lalat ler jawabnyer...      tapi... worang jaman dulu mmg suka ngan makyong nih.... heran gak napa sekarang  jarang ler dengaq  pasal makyong ni laei  ekkkk     .. pada aku elok kalu ada subjek mcm  hiburan tradisional nih di ajar kat sekolah gak... mcm boria (aku mmg lerrrrrrr minat betul ngan boria... sampai buat kumpulan boria masa kat  NIU dulu...  tee hee )  sempoi betul  !!

tengok lemah lembut ajer tarian makyong ... ni ler yg buat aku carik awex kelate....    (beri worang kelate!! ...  sib baik dapat restu beskotcekelat dah...)

[ Last edited by  amazed at 16-12-2008 02:35 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2008 02:40 PM | Show all posts
Mak Yong




The Mak Yong is a dance drama, a comprehensive theatre performance combining dance, opera, drama and comedy.


The theatre is believed to have originated from Kelantan several centuries ago as a popular court entertainment.


It is a unique theater form that perhaps can be likened to the modern musical theatre genre found in western theatre.




The most important dance in Mak Yong performance is Mengadap Rebab dance sequence which now lasts anywhere between 10 to 15 minutes and is performed at the beginning of every performance.


It is divided into four sections: namely, sitting, kneeling, squatting, standing and walking.


The lead dancer and the supporting dancers must be able to sing the haunting melody.
Except for three men, all the characters in a Mak Yong are played by women.


It is the main dancer, called Mak Yong who develops the story which usually about legendary princes and princesses from tales of Old handed down by word of mouth.


The Mak Yong is supported by a cast of 16 performers and backed by a traditional music ensemble consisting of gongs, drums and rebab.
Music and melody add colour to the dance. There are always at least 2 ‘clowns’ – the peran who are continuously beaten with a short bamboo cane by the lead actor. Their make-up is very distinct especially around the eyes.








comeyyy nyer  dak pompuan tuh....  kalu dapat jadik awex aku...   
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 01:08 AM | Show all posts

salam

Tak der pulak tv Malaysia ni nak tayang persembahan Mak Yong...

I mcm ingat tak ingat je gaya tarian Mak yong

suka props dia... tapi memang seksi

biasa ada kuku pjg n lentik
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 04:55 PM | Show all posts
Mak yong dicipta oleh cik ct w4n kembang!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2009 09:55 PM | Show all posts
Jumaat Januari 9, 2009

Makyung Raja Besar Senyanya kekalkan keaslian makyung
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ



BIARPUN Makyung Raja Besar Senyanya dilihat seperti mencampur adukkan bahasa Melayu ‘moden’ dan sedikit bahasa Inggeris sebagai bahan lawak di dalam bahasa Melayu ‘klasik’ dengan loghat Kelantan yang tidak semua para pelakon boleh menguasainya, namun sekurang-kurangnya persembahan ini masih mengekalkan keaslian seperti yang terdapat di dalam makyung.


Mungkin inilah yang dikatakan sedikit pembaharuan yang dibuat dalam persembahan makyung dari tahun ke tahun memandangkan pendekatan tersebut boleh dikatakan sebagai daya penarik agar persembahan yang dilakukan tidak terlalu nampak serius dan ketinggalan zaman.


Dengan memasukkan sedikit unsur-unsur baru seperti yang terdapat di dalam Makyung Raja Besar Senyanya, ia memberikan petanda positif kepada generasi baru untuk menerima persembahan yang biasanya diminati oleh golongan aristokrat ini.


Bagi penulis, kekuatan persembahan ini bergantung kepada lawak dan susun atur ceritanya di mana Makyung Raja Besar Senyanya mempunyai graf penceritaan turun naik.


Pelakon utama Raja Besar Senyanya, Rosnan Rahman inginkan makyung menjadi sebutan ramai -foto The Star oleh DARRAN TAN.





Graf penceritaan itu menunjukkan perjalanan cerita yang adakalanya sedikit membosankan dan adakalanya menghiburkan.


Apa yang penulis boleh katakan, nikmat menonton cerita persembahan Makyung Raja Besar Senyanya akan berubah pada setiap 30 minit.


Kadangkala momentum penceritaannya juga bergerak lambat dan dirasakan seperti 30 minit walaupun durasi babak tersebut berlalu dalam masa 10 minit sahaja.


Hal ini juga turut dibantu oleh pemuzik dari Istana Budaya yang mengalunkan lagu-lagu mengikut rentak cerita itu. Jika ceritanya sedih, maka muziknya juga akan mendayu-dayu mengikut perasaan sedih pelakon.


Mereka yang telah menyemarakkan muzik makyung itu adalah Asrol Amri Mohamad, Mohd. Nawi Jusoh, Mohd. Nasrul Yahya, Abd. Wahab Othman, Mohd. Dahari Che Seman, Che Fauzi Che Abdullah, Ibrahim Senik dan Ahmad Razli Ayub.


Antara alat-alat muzik asas yang menghidupkan persembahan makyung ini adalah rebab, gendang ibu, gendang anak dan sepasang tetawak (gong) manakala untuk adegan tertentu, alat-alat muzik Wayang Kulit Kelantan seperti serunai, sepasang geduk, sepasang gedombak, sepasang canang dan kesi turut digunakan.


Sementara itu, antara lagu-lagu yang lazim dimainkan dalam makyung adalah Mengadap Rebab, Kijang Mas, Sindong, Sedayong, lagu barat (Barat Anjur, Kisah Barat, Barat Cepat dan Gunung Barat), Mengulek dan Mengambo.


Apa yang penulis perasan, watak peran juga memainkan peranan penting dalam persembahan makyung.


Makyung Raja Besar Senyanya sungguh mengasyikkan. Pujian harus diberikan kepada Peran Tua dan Peran Muda.



(Peran- Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita makyung. Peran tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.)


Jika seseorang peran itu tidak fokus dan lambat menangkap percakapan watak lain, sesebuah persembahan itu mungkin akan menjadi kurang menarik.


Ini kerana, setiap butir dialog oleh watak utama makyung seperti peran ini diluahkan secara spontan dan akan bertukar-tukar setiap kali persembahan. Ini bermakna jika lima malam pementasan makyung dilakukan, kemungkinan lima kali dialog yang berbeza-beza juga akan didengari oleh penonton.


Di dalam Makyung Raja Besar Senyanya, pujian harus diberikan kepada Peran Tua dan Peran Muda yang dilakonkan oleh Romli Abdullah dan Muhammad Md. Noor kerana berjaya menghiburkan penonton dengan telatah spontan mereka yang kadangkala melucukan.


Jika tidak, sudah pasti pementasan selama 2 jam 15 minit itu akan menjadi bosan.


Kreatif


Salah satu keistimewaan ataupun tarikan yang terkandung di dalam Makyung Raja Besar Senyanya ini adalah tidak menggunakan props sebenar untuk menyampaikan penceritaan.


Menurut pengarah dan penasihat Fatimah Abdullah atau lebih mesra dengan gelaran Asmah, melalui props yang sedia ada di dalam makyung ini seperti kain, golok dan rotan, para pelakon masih boleh menyampaikan cerita dengan baik.


“Di dalam Makyung Raja Besar Senyanya, para pelakon tidak menggunakan props yang sebenar. Misalnya, rotan dan kain boleh menjadi simbol payung.

“Dengan meletakkan kain di atas rotan, orang sudah boleh faham yang itu adalah payung. Kita buat seperti kumpulan makyung dulu-dulu lakukan.


Penguasaan loghat Kelantan oleh Rosnan cukup baik walaupun beliau adalah orang Kedah.





“Selain props-props ini, kekuatan cerita juga bergantung kepada pelakon yang meliputi lakonan dan tarian mengikut irama muzik termasuk bantuan pencahayaan.


“Kita tak mahu masukkan budaya luar dengan set yang banyak kerana persembahan ini merupakan tradisional yang melibatkan tinggalan orang lama.


Antara babak yang menghiburkan.



“Makyung Raja Besar Senyanya masih mengikut sastera makyung,” ujar Asmah yang kali ketiga terlibat dengan persembahan makyung di Istana budaya.

Kata Asmah, Makyung Raja Besar Senyanya merupakan sambungan daripada Makyung Endeng Tejali.


Selepas Makyung Raja Besar Senyanya ini, ia akan disambung dengan makyung yang mengisahkan perjalanan Anak Raja Gondang.


“Jadi, penonton kena datang menonton setiap persembahan makyung ini kerana ia bersiri-siri,” tambah Asmah, 50, yang mewarisi bakat makyung oleh bapanya, Abdullah Awang atau Abdullah Supar.


Barisan pelakon Makyung Raja Besar Senyanya bersama pengarah dan penasihat Fatimah Abdullah.



Bapanya merupakan pemain utama persembahan makyung dan turut membantu pengkaji budaya Tan Sri Mubin Sheppard di dalam menyediakan Siri Kajian Cerita Makyung.


Pada tahun 1969, Asmah turut terlibat di dalam pengambaran makyung bagi kanak-kanak negeri Kelantan dalam cerita ‘Anak Raja Gondang’ bersama kumpulan Makyung Mak Aji.


Mulai usia 10 tahun, beliau mula mengikuti persembahan makyung termasuklah pada tahun 1972, beliau bersama kumpulan Sri Temenggung mengadakan persembahan di Istana Kota Lama dalam cerita ‘Raja Indera Dewa’.


Teater tradisional ini telah membawa beliau mengadakan persembahan di Istana Raja Thai, Bangkok, persembahan Di Raja di Istana Negara dan hampir ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Norsiah Mohd. Yatim sebagai Puteri Gak Petera (tengah).


Kebolehan beliau turut diakui apabila dilantik sebagai pengajar gerak tari makyung bagi Kumpulan Kesenian DBKL, Kumpulan Seni Persembahan Petronas dan banyak lagi.


Beliau kini sebagai tenaga pengajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi kursus amali Makyung.


Rosnan Rahman mahu makyung jadi sebutan ramai


Pelakon utamanya yang memegang watak Raja Besar Senyanya, Rosnan Rahman, berkata beliau sebolehnya inginkan makyung menjadi sebutan ramai.


Anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh yang merupakan budak-budak jahat dan Anak Raja Gondang menganiaya Wak Juara Pemikat.



“Kita akan cuba tanamkan minat kepada semua melalui bantuan badan kerajaan seperti UNESCO melalui kumpulan makyung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain institut pengajian tinggi.


“Kemudian, terpulang kepada mereka sama ada hendak menyambung warisan ini ke peringkat lebih tinggi atau tidak.


“Kalau mereka boleh membuatkan makyung menjadi sebutan ramai pun sudah cukup baik.


“Jadi, untuk itu, kami akan cuba untuk mengadakan lima hingga enam persembahan pada setiap tahun di seluruh Malaysia.

“Makyung tak boleh berhenti sebab takut terlupa loghat sehingga tersasul. Kebanyakan pelakon makyung bukan semuanya adalah orang Kelantan,” kata Rosnan yang berasal dari Pokok Sena, Kedah.


Bagaimanapun, penguasaan loghat Kelantan boleh dikatakan cukup baik dan mungkin tidak menyangka yang beliau adalah orang Kedah.


“Penguasaan loghat Kelantan saya dibantu oleh pergaulan saya saya dengan orang Kelantan dan latihan dari semasa ke semasa dengan mak angkat selaku guru saya iaitu Fatimah Abdullah.


“Mula-mula ‘pelat’ juga tetapi lama-kelamaan, saya semakin selesa dengan loghat ini walaupun saya bukan berasal dari negeri Kelantan.

“Tetapi, saya perlu fokus dan sentiasa menangkap percakapan orang yang saya berbalas cakap itu kerana semua dialog yang kami keluarkan secara spontan,” ulas Rosnan yang menganggotai kumpulan Makyung Seri Nilam.


Beliau sentiasa bergiat aktif dengan ahli kumpulannya yang lain dengan membuat pementasan makyung kerana rasa tanggungjawab beliau untuk mengangkat semula makyung di mata dunia.


Kata Rosnan dengan penuh semangat: “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”.


Beliau berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dari USM. Minat yang mendalam dalam bidang seni persembahan menyebabkan beliau melupakan terus cita-citanya untuk menjadi seorang arkitek.


Beliau pernah menjadi artis budaya sambilan dengan Badan Kesenian Negeri Kedah dan telah membawa beliau menjelajah ke beberapa negara mengadakan persembahan untuk festival-festival kesenian di luar negara.


Beberapa produksi teater dan tari tempatan yang pernah beliau terlibat antaranya ialah Makyung Endeng Tajeli (2007 & 2008), Teater Patung Kertas (2008), Monodrama Rebab Berbisik (2008), dan Makyung Dewa Indera Indera Dewa (2006).


Beliau juga berpengalaman menguruskan produksi untuk persembahan teater dari luar negara seperti FAME The Musical, Sound Of Music, Cats dan Saturday Night Fever di Istana Budaya.


Selain Rosnan, Makyung Raja Besar Senyanya turut dibintangi oleh Norsiah Mohd. Yatim sebagai Puteri Gak Petera, Samsuraya Sulaiman (Anak Raja Gondang), Romli Abdullah (Peran Tua), Muhammad Md. Noor (Peran Muda), Roslan Harun (Wak Jura Pemikat), Mohd. Nizam Elias (Wak Petanda Raja), Barat anak Enchan (Wak Pakir Jenang), Abdul Malek Osman dan Zamri Mohamad (Anak-anak Mak Inang).


Persembahan ini berkisar kepada kisah Raja Besar Senyanya, ayahanda anak Raja Gondang yang kecewa apabila dikurniakan putera dengan rupa siput gondang.


Beliau yang marah dengan kejadian tersebut menghalau permaisurinya dengan tuduhan bahawa permaisurinya berlaku curang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:13 PM | Show all posts
Tgh tonton pasal Mak Yong kat program GALA di Awani ASTRO
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2009 08:10 AM | Show all posts

Reply #6 fleurzsa's post

fleurzsa suka makyong ekkk....   aku suka baju depa     kalu kawen nanti... nak mintak awek aku pakai macam ni ler... baru gempaq  hah!!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 05:27 PM | Show all posts
Makyung boleh pupus
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


BARISAN pelakon dan penari yang menjayakan Makyung Raja Besar Senyanya.


Usaha berterusan perlu dibuat supaya seni warisan negara diiktiraf Unesco ini terus hidup

GERAK badannya ketika menarikan rentak tarian Raja Besar Senyanya cukup memikat. Diiringi muzik tradisional teater Makyung seperti rebab, gendang dan gong, Rosnan Rahman bersama penari pengiring menyusun tari gemalai, mempesona wakil media yang hadir menyaksikan pratonton persembahan Makyung Raja Besar Senyanya di Istana Budaya baru-baru ini.

Selama tiga hari, bermula 9 Januari, pementasan berkenaan dibawakan Istana Budaya sebagai sebahagian usaha memulihara seni warisan negara yang diiktiraf Unesco pada 2005. Biarpun dipersembahkan di pentas lebih kecil, namun usaha itu sendiri cukup murni tatkala seni warisan bangsa berkenaan bagai makin dilupa generasi muda.


Rosnan sendiri melahirkan kebimbangan apabila tidak ramai anak muda hari ini yang berminat mempelajari lebih mendalam seni Makyung. Malah pada ketika ini, hanya dia satu-satunya Pakyung yang aktif mendalami seni warisan itu dan menjelajah seluruh negara mengadakan persembahan.

"Saya amat sedih apabila memikirkan, siapalah yang akan mengambil ilmu seni Makyung daripada saya, sebagaimana saya mempelajarinya daripada beberapa guru seperti Jumilah Tahir, Mak Su Yam, Che Mat Jusoh dan Fatimah Abdullah (pengarah Raja Besar Senyanya).

"Saya sedar, agak ramai pelajar yang cuba mendalami ilmu seni pementasan tradisional ini di institusi pengajian tinggi, namun ramai juga yang berhenti separuh jalan apabila mereka berputus asa setelah gagal menguasai lakonan Makyung dengan sempurna. Faham sajalah, Makyung punya gaya lakonannya sendiri. Saya sendiri mendalaminya selama lapan tahun bersama Fatimah. Ia ilmu yang mengambil masa untuk dikuasai.

ROSNAN beraksi sebagai Raja Besar Senyanya.

"Begitu juga aspek pendapatan membuatkan mereka tidak berminat untuk terus menguasai seni ini. Dalam seni ini, apa yang paling penting ialah keikhlasan. Jika kita ikhlas mempelajarinya, insya-Allah kita akan mendapat apa yang dihajatkan. Kebanyakan generasi muda hari ini pula mempelajarinya hanya untuk mendapatkan ijazah," ujar Rosnan sebaik tamat persembahan.

Menurut pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina daripada Universiti Sains Malaysia (USM) ini, dia aktif mempersembahkan Makyung atas dasar tanggungjawab yang diletakkan di bahunya.

"Saya bertuah kerana berada dalam Kumpulan Makyung Nilam Sari Istana Budaya. Di sini kami mempunyai segala-galanya - penari, pemuzik, kostum dan sebagainya. Paling tidak, ia memudahkan kami mengadakan persembahan. Saya memastikan, paling tidak lima atau enam persembahan diadakan dalam setahun di seluruh negara, bagi menghidupkan seni warisan bangsa kita," katanya yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Produksi di Istana Budaya.

Seni bawa Rosnan ke New York

PADA masa yang sama Rosnan gembira melihat beberapa kumpulan kecil aktif bergerak mengadakan persembahan Makyung. Jangka hayat seni itu sendiri banyak bergantung kepada kumpulan kecil ini untuk terus menghidupkan minat orang ramai terhadap persembahan drama tari berasal dari Kelantan yang menggabungkan elemen seni tari, seni suara, lakon, lawak dan muzik itu.

"Seni persembahan Makyung hanya akan kekal apabila kita berterusan mengadakan pementasan. Jika kita menghentikannya, lambat laun orang akan lupa," kata pemuda berasal dari Pokok Sena, Kedah, yang juga pensyarah sambilan di Aswara ini.

Kini, Rosnan berusaha membawa kembali seni pementasan tradisional ke Istana atas bantuan beberapa kenalan. Dia berasa amat gembira sekiranya Makyung dapat pulang ke tempat asal, iaitu dipersembahkan di hadapan sultan serta orang besar istana.

Menganggap Makyung sebagai seni yang membawa seseorang mengenali diri sendiri, Rosnan turut menggesa sektor korporat turut menghulurkan sokongan mereka dalam memulihara seni tradisional terbabit.

Katanya, sememangnya Istana Budaya berperanan besar dalam menghidup dan mengangkat martabat Makyung, namun tanpa sokongan golongan korporat, usaha itu sedikit sebanyak akan terbantut.

Begitu juga Rosnan yang pernah mengadakan persembahan Makyung di New York, Amerika Syarikat pada 2007 berharap lebih ramai generasi muda dari Kelantan yang berminat mendalami seni berkenaan, mengenangkan Makyung ialah warisan berharga daripada negeri terbabit.

"Sedih jugalah apabila orang luar seperti saya pula yang diundang untuk mengajar seni ini kepada pelajar Makyung Kelantan, sedangkan Makyung itu sendiri berasal dari sana," kata cucu kepada pelakon Makyung Kedah yang mula memupuk minat terhadap seni itu ketika menuntut di USM pada 1996.

SINOPSIS: Raja Besar Senyanya:

CERITA Raja Besar Senyanya ialah kisah awal mengenai cerita Anak Raja Gondang. Kisah bermula dalam Negeri Serendah Si Pagar Ruyung yang diperintah Raja Besar Senyanya. Baginda sedang menantikan kelahiran anak sulung hasil perkahwinannya dengan Puteri Gak Petera. Sebagai persiapan menyambut kelahiran seorang putera, baginda keluar berburu ke hutan mencari Gajah Putih Gading Hitam. Ketika itulah Puteri Gak Petera melahirkan seekor Siput Gondang.

Setelah kembali ke istana, baginda amat marah apabila mendapati anaknya bukan manusia, lalu menuduh isterinya membuat hubungan sulit. Baginda menghalau puteri terbabit, yang kemudian meninggalkan istana bersama anak gondangnya. Mereka mendapatkan perlindungan di pondok Wak Pakil Jenang, bekas pekerja istana.

Ketika menumpang di situ, Puteri Gak Petera meminta Wak Pakil Jenang menjaga anaknya apabila dia keluar mencari kayu api. Sewaktu ketiadaannya, siput gondang menetaskan seorang putera yang tampan. Setelah mendapati gondangnya kosong, Puteri Gak Petera berselisih faham dengan Wak Pakil Jenang, sehinggalah Anak Raja Gondang tampil memberikan penjelasan.

Anak Raja Gondang kemudian meminta izin bondanya untuk keluar bermain dengan anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh. Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang mencari ayahandanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2009 08:40 AM | Show all posts
Mak Yong lelaki
Oleh Hafizah Iszahanid



Keadaan berubah apabila watak yang kerap dimainkan oleh perempuan kini bertukar kepada lelaki

SETIAP kali terdengar lagu "Mengadap Rebab", Rosnan Abdul Rahman, 36, berasa seakan semangatnya dipanggil. Ia seperti ada tarikan yang sangat kuat antara patah lagu pembukaan persembahan Mak Yong itu dengan dirinya.

Justeru, tidak hairan apabila Rosnan yang berkelulusan Sarjana Muda Sains Seni Bina dari Universiti Sains Malaysia (USM) akhirnya membabitkan diri dalam persembahan Mak Yong.


Rosnan, berasal dari Pokok Sena, Kedah, tetapi sejak bermain Mak Yong, dialek Kelantan seakan menjadi bahasa rasminya.

揂ntara perkara utama dalam Mak Yong ialah bahasanya. Memang susah nak belajar dialek Kelantan yang digunakan dalam persembahan Mak Yong kerana ritma dan lenggoknya sangat istimewa walaupun kadang kala susah difahami,
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 07:22 PM | Show all posts
Bangganyee saye jd ore kelantan.. Mak Yong sebenarnye d'cipta oleh Cik Siti Wan Kembang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2009 06:30 PM | Show all posts
Mak Yong asal dari Setiu?
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD




Antara adegan menarik yang terdapat pada persembahan Mak Yong. - utusan/Adnan Mohamad

KUALA TERENGGANU 21 Jun - Benarkah Mak Yong sejenis dramatari Melayu popular berasal dari sebuah kampung dikenali Kampung Padang Luas Nasi Kunyit, Setiu.

Persoalan ini dikemukakan kerana ramai pengkaji sebelum ini sepakat mendakwa Mak Yong berasal dari Pattani atau beberapa buah negeri lain termasuk Kelantan.

Dalam hubungan ini Pegawai Penyelaras Teater Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negara (JKKN) Terengganu, Azahar Othman berkata, hasil kajiannya mendapati Mak Yong sememangnya berasal dari Setiu.

Katanya, teori ini dibuat berdasarkan bukti yang terdapat hingga kini seperti bendang padi raja, batas besar, sebuah wakaf, sebuah telaga dan padang luas saujana mata memandang.

''Di sinilah tempat persinggahan Raja Kelantan di mana Mak Yong mula dimainkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mengulas lanjut, Azahar berkata, mengikut kajiannya Mak Yong yang dimainkan di Terengganu sebenarnya bermula di Sumatera yang diasaskan oleh orang Batak.

Lantaran itu, katanya dalam Hikayat Mak Yong selalu disebut 'Maharaja Batak' dan sebagainya yang ada kaitan dengan nama-nama kaum di Sumatera.

Kemudiannya apabila berlaku peperangan di Sumatera, salah seorang Raja yang tewas telah melarikan diri dan dalam rombongan tersebut terdapat pemain Mak Yong dan pasukannya.

''Rombongan tersebut telah sampai di Terengganu iaitu di Padang Raja yang dikenali Padang Luas, Nasi Kunyit, Setiu.
''Dari sinilah permainan Mak Yong dipelajari oleh orang Kelantan dan terus berkembang di negeri itu," katanya.

Azahar menjelaskan selain itu kajiannya mendapati Mak Yong berasal dari Setiu kerana sebelum itu ia merupakan sebahagian daripada wilayah negeri Kelantan.

Katanya, kawasan tersebut telah dimenangi oleh Raja Temenggung daripada Raja Kelantan dalam satu pertaruhan sabung ayam.

Raja Kelantan yang tewas itu telah pergi dengan penuh kehampaan dan membawa lagu-lagu Mak Yong bersamanya.
Selain itu kata Azahar lagi di kampung tersebut dipercayai terdapat seorang perempuan dikenali sebagai Batak Putih dan tinggal bersama anak perempuannya yang kecil bernama Yong.

Katanya, pada suatu hari seorang pemikat burung telah disuruh oleh rajanya memikat burung untuk santapan baginda.
Pemikat tersebut dikenali sebagai Tok Jaro di mana beliau telah memikat di Padang Luas tersebut.

''Sedang beliau berjalan-jalan, tiba-tiba beliau terdengar nyanyian seorang perempuan sedang mendodoikan anak dengan suara yang merdu.

''Dia mendekati suara itu dan sampai ke rumah perempuan tersebut.

''Batak Putih memberitahu kepada si pemikat bahawa dia berada di situ kerana menjaga padinya dari dimakan burung.

''Pemikat balik ke Istana dan memberitahu raja apa yang dialaminya dan apabila raja mendengar cerita tersebut, baginda telah berangkat ke tempat tersebut," katanya.

Azahar menjelaskan raja kemudiannya menitahkan Mak Yong mendodoikan anaknya untuk memperdengarkan suaranya yang merdu.

Katanya, rakyat baginda semuanya terpegun mendengar suara Batak Putih (Mak Yong).
Semenjak itu apabila baginda hendak beradu, Mak Yong dipanggil untuk menyanyi.

Azahar menambah cerita lain yang boleh mengaitkan Setiu dengan Mak Yong adalah terdapat cerita kononnya di Ulu Setiu didiami oleh satu keluarga yang terdiri daripada tiga beranak.

Katanya, si anak digelar Yong, ibunya Mak Yong dan bapanya digelar Pak Yong.
Pak Yong dan Mak Yong selalu bermain-main menghiburkan anaknya sambil menari dan menyanyi.

Perbuatan mereka menjadi tontonan dan kegemaran penduduk kampung dan dengan itu lahirlah permainan Mak Yong.
Mengenai kedudukan teater tari itu, Azahar berkata, dalam Mak Yong, alat-alat muzik dimainkan mengikut pergerakan watak seiring dengan perkembangan cerita.

Katanya, kesepaduan bunyi amat penting di dalam sesuatu persembahan kerana tanpa kepaduan yang baik pemain-pemain Mak Yong berkemungkinan tidak ada 'angin' untuk meneruskan cerita.

Muzik ialah unsur yang sangat penting dalam sesuatu persembahan Mak Yong.
Seperti dalam persembahan wayang kulit, muzik terutama suara rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa pementasan Mak Yong akan bermula.

Istiadat permulaan ini boleh disamakan dengan istiadat bertabuh Wayang Kulit.

Muzik juga digunakan untuk membentuk suasana yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap-tiap adegan.

Selalunya suasana tersebut digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan korus (Jong Dondang).

Gerak tari yang paling indah dalam Mak Yong dapat diperhatikan dalam tarian 'Mengadap Rebab' di mana ia menggabungkan ibu tari, kirat, tapak dan goyangan badan yang lembut.

Dalam semua persembahan Mak Yong beberapa kebiasaan asas haruslah diperhatikan.
Panggung atau bangsal biasanya dibina dengan menggunakan buluh dan atap, dan terbuka di semua bahagian serta dibina tidak lebih tinggi daripada paras tanah supaya para pelakonnya boleh berada di lantai yang ditutupi tikar.

Orkestra Mak Yong disusun begitu rupa supaya pemain rebab duduk di sebelah timur berhampiran dengan tiang tengah (tiang seri).

Kedudukan ini membolehkan para pelakon wanita mengadap ke arah timur, dalam tarian pembukaan, 'Mengadap Rebab'.



kira pantai timor gak ler ekkkkkkkkk   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2009 06:27 PM | Show all posts
11 September, 2009

Mek Jah Penari Mak Yong Yang Mempersona

Oleh Noor Shamsiah Mohamed

KUALA TERENGGANU, 11 Sept (Bernama) -- Sebaik tali rebab digesek, kelihatan sesusuk tubuh wanita yang berpakaian kemas bagaikan raja dahulu kala meliuk-liuk tubuhnya melangkah mengikut irama dengan diiikuti dua orang inang.

Sambil diiringi bunyi rebab, gong, gendang, canang serta kesi, wanita itua duduk 'menghadap rebab' dengan mulutnya tidak lekang bercerita menggunakan dialek Kelantan.

Bagaikan 'naik angin' wanita itu asyik dengan alunan muzik berkenaan dan dalam masa yang sama jari jemarinya yang lentik bergerak seperti turut sama menari mengikut irama.

Itulah Mek Jah Deris, antara anak seni yang sehingga kini masih aktif dan gigih memperjuang seni tarian Mak Yong yang hampir pupus dek peredaran zaman.

Dalam usia mencecah 64 tahun, anak kelahiran Batu Tumbuh, Besut itu masih tidak jemu memenuhi undangan baik dari dalam mahupun luar negara bagi memastikan generasi sekarang mengenali apa itu seni Mak Yong.

BUAT PERSEMBAHAN UNTUK RAJA

"Dunia moden lor ni demo tak minat mak yong... demo minat rock lebih. (dalam dunia moden ini orang tidak minat Mak Yong, mereka lebih suka muzik rock). Kampung-kampung pun tak main doh Mak Yong, dok macam dulu kalau kenduri kendara pasti ada persembahan Mak Yong," kata Mek Jah.

Mak Yong, Makyong atau Makyung ialah sejenis tarian Melayu tradisional yang wujud sebelum kedatangan Islam.

Drama tari Mak Yong ini merupakan suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

Ia dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an dan tradisi itu dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Lazimnya drama-tari ini dipertontonkan terutama di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah serta di Kepulauan Riau-Indonesia. Selain sebagai persembahan hiburan ia juga dijadikan satu daripada kaedah perubatan.

KELUARGA MAK YONG

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Menghadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik yang mana setiap satu cerita mampu dipersembah merentasi beberapa malam dalam siri pertunjukan tiga jam.

Menceritakan detik awal penglibatannya dengan seni Mak Yong, Mek Jah berkata cintanya bersemi sejak kecil lagi lebih-lebih lagi apabila kedua-dua orang tua serta keluarganya yang lain juga merupakan orang Mak Yong.

"Sudah 15 tahun Mek Jah terlibat dengan Mak Yong. Semasa dulu orang mengajar (Mak Yong) dekat bangsal. Masuk seminggu Mek Jah dah boleh bawak (pandai)," katanya.

Merasakan diri masih belum cukup dengan ilmu Mak Yong yang dipelajari di bangsal pertama, Mek Jah tekad meminta orang tuanya ketika itu menghantarnya ke kampung Kubang Ikan pula untuk mendalami seni itu.

Bukan setakat setuju malahan ibu bapanya sanggup menghantar dengan berjalan kaki selama tiga jam ke Kampung Kubang Ikan dalam tempoh tiga bulan semata-mata memenuhi minatnya.

PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN

Ketika itulah Mek Jah belajar mengenai karektor pelbagai watak dalam seni Mak Yong termasuk raja, permaisuri, dayang, hulubalang, perai (pelawak) dan menguasai 12 cerita pokok Mak Yong seperti `Dewa Muda', `Dewa Pecil' dan `Hijau-hijau Intan Permata".

Beliau turut diajar cara mengalunkan lagu Mak Yong iaitu `Pak Yong Muda', `Sedayung Mak Yong', `Sedara Tonggek', `Kisah Barat', `Barat Cepat', `Lagu Khabar ke Pengasuh' dan lagu `Mengulit'.

Hanya selepas itu barulah dirinya menjalani upacara 'sembah guru' dan 'berlimau' menandakan beliau telah tamat mempelajari selok belok seni itu.

Sejak itu Mek Jah aktif membuat persembahan di seluruh pelosok negeri bersama kumpulannya 'Medang Gemulai Tiong Mas'.

Pencapaian paling membanggakan bagi Mek Jah ialah berpeluang membuat persembahan di Perancis, November tahun lepas apabila Unesco mengiktiraf seni Mak Yong sebagai 'Masterpieces of The Oral and Intangible Herritage of Humanity'.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 12:15 AM | Show all posts
apa sal tak citer asal usul mak yong, Penting gak tuu ... meh aku copas

Mak Yong

Mak Yong juga dieja sebagai Makyong, atau Makyung merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Sejarah Mak Yong

Sejak separuh kedua abad ke-19 hinggalah dekad 1930-an, seni tari Mak Yong adalah di bawah naungan istana. Jika Raja terdengar ada penari Mak Yong yang pandai dan cantik di mana-mana kampung, penari itu akan dititahkan oleh Raja untuk bermain dalam kumpulan istana. Mereka diberi penginapan dan makan minum, serta tanah sawah raja untuk dikerjakan.

Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

ok cukup laa tuh, sepintas lau
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 01:33 AM | Show all posts
13# w_md_harris wah menarik!takde sambungan dah ke kisah Mak Yong ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 05:34 PM | Show all posts
13# w_md_harris  wah menarik!takde sambungan dah ke kisah Mak Yong ni?
kekure Post at 17-10-2009 01:33


payah kat kelate skang nie , mak yong haram, tak isle kata pas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2009 02:43 PM | Show all posts
Khamis November 12, 2009

Liyana Pilih Pengkhususan Membuat Alatan Tradisional Mak Yong

Oleh R.K SHYAMALA



Liyana memilih pengkursusan pembuatan alat-alat tradisional di Aswara.-Foto THE STAR Oleh R.K.SHYAMALA



TIDAK seperti remaja lain yang sebaya dengannya, Nur Liyana Che Mohd memilih bidang pengkhususan yang unik di akademinya.

Pelajar Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam jurusan muzik ini memilih subjek pembuatan alat-alat seni tradisional Mak Yong.

“Saya ingin memilih bidang yang tiada persaingan.

"Sebenarnya, saya adalah wanita pertama dalam Aswara yang menceburi bidang ini,” jelas anak gadis yang berumur 21 tahun itu apabila dihubungi semalam.

Anak gadis ini pandai membuat alat-alat muzik tradisional seperti penggesek rebab, rebab, serunai dan maruas. Beliau juga adalah antara dua pelajar yang mengikuti mata pelajaran itu di Aswara.

Minatnya untuk mengambil pengkhususan pembuatan alat-alat muzik tradisional tercetus selepas melihat pensyarahnya Pak Mail, yang mahir mengukir watak-watak wayang kulit.

Apabila ditanya kenapa Liyana berminat membuat alat-alat tradisional, gadis ini tidak mahu kemahiran membuat alat-alat tradisional pupus begitu sahaja.

“Sebagai seorang pemuzik, saya mesti ada kemahiran untuk memperbaiki alat-alat muzik saya sendiri.


Rangka rebab separuh siap yang dihasilkan oleh Liyana.-Foto THE STAR Oleh R.K.SHYAMALA



“Ianya adalah satu seni halus dan sejujurnya saya memang berminat sekali untuk mendalami kemahiran membuat alat-alat tradisional yang digunakan untuk persembahan Mak Yong,” kata Liyana.


Minat Liyana dalam bidang membuat alat-alat muzik timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi iaitu ketika umurnya 10 tahun.

“Saya suka melihat orang-orang kampung saya membuat persembahan Mak Yong.

“Secara automatik saya akan berada di situ untuk menontonnya walaupun tiada sesiapa dalam rumah saya yang meminati seni ini,” kata gadis Kelantan berkulit kuning langsat ini.

Pada mulanya, anak sulung daripada tujuh adik-beradik ini merahsiakan minat ini dari kedua-dua orang tuanya.

Hanya apabila menerima surat yang memaklumkan Liyana perlu membeli alat-alat muzik tradisional seperti rebab dan serunai, baru ibu bapanya dapat tahu perkara sebenarnya.

“Mereka pada mulanya tidak marah tetapi menyoal sama ada pengkhususan ini akan menjamin masa depan saya.
“Saya memaklumkan kepada mereka yang inilah bidang yang ditakdirkan untuk saya,” kata Liyana.

Sementara itu, Liyana bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Aswara selepas menamatkan diplomanya pada tahun depan.


Penggesek rebab yang telah siap dihasilkan oleh Liyana.-Foto THE STAR Oleh R.K.SHYAMALA



Di sekolah, Liyana pernah mewakili negeri Kelantan dalam pertandingan bermain alat-alat tradisional seperti canang, kesi gendang ibu dan anak.

Liyana juga boleh bermain piano dan serunai.

Anak muda ini juga pernah memenangi pertandingan Gerkorama selama tiga tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2002 sehingga 2004 dan menggondol anugerah Tokoh Bakat Muda Seni yang dianugerahkan oleh Pengarah Kebudayaan Negeri Kelantan pada tahun 2003.

"Walaupun ramai di luar sana yang mungkin tidak meminati seni ini, saya pasti ianya satu kemahiran unik dan bukan semua orang mampu menguasainya," akhiri Liyana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2010 03:08 AM | Show all posts
17/01/2010

Ceritera Anak Raja Dua Serupa

Oleh SY MUSSADDAD MAHDI


JUHARA Ayub (kiri) dan Rosnan rahman bakal memikul tugas berat dalam pementasan Anak Raja Dua Serupa.

PERSEMBAHAN tempatan bertaraf dunia. Ini ramalan awal yang dibuat apabila mengetahui persembahan Makyung Anak Raja Dua Serupa akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya mulai 22 hingga 24 Januari ini.

Sebelum ini kebanyakan persembahan Makyung hanya dilakukan di pentas yang berskala kecil dan kali terakhir ia dijalankan di Panggung Sari pada tahun 2004 menerusi persembahan Raja Tangkal Hati, arahan Norzizi Zulkifli.

Makyung merupakan salah satu Kesenian Warisan Dunia (World Heritage) dan diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2005. Pada waktu itu kumpulan Makyung Seri Nilam Istana Budaya dijemput mengadakan persembahan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dan ibu pejabat UNESCO di Paris.

Selain pasukan IB, masih banyak lagi kumpulan-kumpulan kecil penggerak seni warisan ini di serata negara terutamanya di negeri Kelantan.

Seringkali menjadi masalah apabila tidak banyak persembahan kumpulan-kumpulan kecil ini mendapat liputan meluas sehinggakan ada yang mendakwa seni warisan Makyung sudahpun pupus.

Pelbagai pendekatan dilaksanakan terutama pihak IB sendiri untuk memartabatkan kembali seni warisan termasuklah daripada agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Setahun yang lalu pementasan Makyung Anak Raja Gondang telahpun dipentaskan di Lambang Sari IB dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat seni warisan ini.

Selain mempertaruhkan jalan cerita yang berbeza dengan pementasan sebelum ini, Anak Raja Dua Serupa juga menjadi medan kepada Rosnan Rahman, Juhara Ayub, Norsiah Md Yatim dan Sabri Yunus menunjukkan bakat yang ada.

Rosnan yang terkenal sebagai satu-satunya pakyung yang ada juga melahirkan rasa teruja apabila Makyung kembali dipentaskan di IB seperti mana yang pernah berlaku pada tahun 2004.

“Ini merupakan kejayaan kepada saya dan juga seluruh pasukan kerana akhirnya Makyung masih lagi berpeluang berada IB. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada kami.

“Saya juga teruja kerana ini merupakan gandingan pertama saya dan Juhara Ayub yang begitu hebat di pentas teater. Walaupun kami menuntut ilmu pada guru yang sama tetapi tidak pernah dipertemukan dalam satu pentas.

“Secara peribadinya sudah pasti saya mengharapkan Makyung Anak Raja Dua Serupa akan mendapat sambutan daripada peminat tempatan,” ujar Rosnan ketika ditemui baru-baru ini.

Anak Raja Dua Serupa merupakan teater tradisonal arahan Fatimah Abdullah dan Lokman Ghani akan menggunakan 40 orang pelakon, 10 pemuzik dan lima penyanyi latar yang akan mengiringi pementasan tersebut.

Jelas Rosnan lagi kebanyakan kepelbagaian teknologi pentas yang terdapat di IB akan digunakan sebaik mungkin bagi memberikan kelainan dan impak yang berbeza.

“Apa yang pastinya keaslian Makyung akan dikekalkan walaupun menggunakan teknologi moden,” jelas Penolong Pengarah Produksi Istana Budaya ini.

Sinopsis Anak Raja Dua Serupa


Anak Raja Dua Serupa mengisahkan perpisahan dua beradik kembar iaitu Iras Kesuma dan Alam Kesuma yang berpisah semasa kecil. Iras Kesuma telah berpisah dengan adiknya Alam Kesuma akibat diculik oleh Raja Lanun.

Apabila telah dewasa, Iras Kesuma telah meminta izin dengan ayahandanya untuk pergi mengembara sambil menambahkan pengalaman melihat dunia luar bersama rakyat jelata. Iras Kesuma yang telah berkahwin dengan Puteri Mayang Sari terpaksa meninggal isteri tercinta demi memenuhi hasrat dan impiannya.

Pada masa yang sama juga Alam Kesuma telah meminta izin Raja Lanun untuk mencari ayah kandungnya sebelum dia dikahwin dengan Puteri Hitam Sebelah anak kepada Raja Lanun. Beliau berjanji akan kembali semula kepada Raja Lanun setelah bertemu dengan ayah kandungnya.

Semasa dalam pelayaran, Iras Kesuma dan anak-anak kapal singgah dan berlabuh di sebuah pantai yang dikuasai oleh Raja Lanun. Apabila Raja Lanun dimaklumkan tentang terdapat sebuah kapal berlabuh di kawasan perairannya maka beliau begitu marah lalu mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang kapal tersebut.

Namun setelah melihat Iras Kesuma, Raja Lanun menyangkakan Iras Kesuma adalah Alam Kesuma dan menuduh Alam Kesuma telah belot kepadanya lalu ditawan Iras Kesuma serta anak-anak kapal yang lain. Maka bermula rintangan dan cabaran Iras Kesuma dan Alam Kesuma dalam riwayat kisah cerita makyung.

Tiket-tiket berharga RM20, RM50, RM70 dan RM100 boleh ditempah melalui www.ticket2u.biz atau menghubungi 03-41498600 untuk tempahan. Layari juga www.istanabudaya.gov.my untuk maklumat lanjut.
Bagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang menempah tiket secara pukal sebanyak 30 dan ke atas, tiket tersebut akan dijual dengan harga RM11.50 setiap satu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2010 07:31 AM | Show all posts
Bezakan puteri dan rakyat jelata

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Berbeza pula dengan solekan dan dandanan watak-watak utama seperti raja mahupun puteri. Mereka perlu dirias dengan teliti supaya kemunculan di atas pentas tidak tenggelam dek watak kecil-kecil yang lain.





SAMBIL mengikat kemas rambut pelakon agar tidak mengganggu proses solekan, pereka solekan Istana Budaya, Sheikh Abdul Nasser Abdullah, mula bercerita mengenai tata rias Makyung. Dia menyifatkan dramatari Makyung bukan sekadar memerlukan pelakon bermain dengan ekspresi muka, emosi, berdialog dan menari. Pada masa yang sama aspek kostum, tata rias dan solekan juga memainkan peranan yang penting.

Ini bertujuan agar jalan cerita Makyung yang dipersembahkan seimbang secara keseluruhan. Teknik dan konsep solekan yang diaplikasikan dititikberatkan mengikut watak dan latar belakang.

"Dalam persembahan pentas semua pelakon perlu kelihatan cantik dan menawan. Tapi, definisi cantik itu terpaksa diolah mengikut kesesuaian watak. Watak wanita kampung masih kelihatan jelita tetapi dengan solekan nipis.

"Berbeza dengan solekan dan dandanan watak-watak utama seperti raja mahupun puteri. Mereka perlu dirias dengan teliti supaya kemunculan di atas pentas tidak tenggelam dek watak kecil-kecil yang lain," terang Naseer sambil jari-jemarinya sibuk mewarnakan kelopak mata salah seorang pelakon Makyung.



DANDANAN rambut perlu dititikberatkan supaya tidak mencacatkan perjalanan kisah Makyung.

Sebelum memulakan proses solekan di bahagian pipi dan mata, Naseer terlebih dahulu mengalas wajah pelakon itu dengan krim dan bedak asas yang tebal. Langkah itu bukan saja mengekalkan solekan pada tempoh yang lama. Malah bertujuan mengelakkan wajah pelakon kelihatan kusam apabila disimbahi pancaran lampu-lampu pentas yang terang.

Tambah Naseer yang turut memiliki kepakaran dalam bidang tarian, pelakon lelaki yang terlibat dalam produksi Makyung juga perlu menjalani solekan. Wajah mereka tidak sesekali dibiarkan polos tanpa calitan pemerah pipi, bedak asas dan pengilat bibir rona semulajadi.

Solekan

Bahkan kening mereka juga dikemaskan dan diwarnakan dengan celak hitam. Aplikasi solekan yang sama turut dipraktikkan pada wajah pelakon wanita yang membawa watak raja.

"Lihat sahaja penampilan Juhara Ayub pada persembahan Makyung Anak Raja Dua Serupa. Walaupun memegang watak raja Alam Kesuma, itu tidak bermakna dia perlu tampil anggun dengan gincu bibir merah menyala.

"Memandangkan dia seorang raja maka sudah memadai wajahnya disolek tipis dengan warna-warna natural. Apa yang penting penampilan yang maskulin tidak terjejas. Begitu juga dengan penampilan Raja Besar yang dilakonkan oleh Norsiah Mohd. Yatim," ujar Naseer ketika ditemui Stailo di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


KOSTUM Makyung kini dihasilkan menggunakan fabrik songket berbanding satin sebelum ini.

Menyentuh mengenai solekan efek, Naseer memberitahu, kebiasaannya teknik solekan tersebut diaplikasikan kepada watak-watak lanun, orang tua dan peran (pelawak). Bagi mencerminkan watak lanun yang jahat, kening pelakon diwarnakan hitam pekat manakala hujung kening dilukis ke atas.

Bahagian bawah mata juga dihitamkan bagi mewujudkan kesan lebam. Seterusnya mewujudkan parut dan luka-luka di bahagian pipi dan tangan. Sementara itu, kening dan janggut orang tua pula sengaja diwarnakan putih simbolik uban.

Garis-garis kedut dilukis pada bahagian dahi dan sekitar wajah.

"Sebagai pereka solekan saya tidak boleh menyolek tanpa mendapat arahan daripada pengarah. Biasanya sebelum menyolek pengarah menyenaraikan konsep solekan mengikut watak.

"Selain lanun dan peran, watak Puteri Hitam Sebelah juga memerlukan solekan efek pada wajah. Maka, sebelah daripada wajah puteri itu telah diwarnakan hitam," bicara Naseer yang tidak ketinggalan berbincang bersama penyelia kostum sebelum mengaplikasikan solekan.

Kostum

Berbicara mengenai kostum persembahan Makyung terdapatbeberapa item yang diberi keutamaan. Menariknya, masyarakat tidak akan mengalami kesukaran membezakan antara kostum Makyung, bangsawan ataupun teater.


PEMAKAIAN dasta merupakan signatur kostum dramatari Makyung.

Pemakaian dasta yang diletakkan di atas kepala sudah cukup menunjukkan signatur kostum dramatari Makyung yang bermaksud semangat padi. Dasta yang berbentuk mahkota itu diperbuat daripada kain baldu bermutu tinggi.

Proses pembuatannya tidak boleh dilakukan sebarangan kerana tenaga kerja yang pakar saja mengetahui selok-belok lakaran dan teknik jahitan. Enggan membiarkan mahkota tampak polos, kain renda dan batu permata pelbagai warna dijadikan perhiasan.

Selain dasta, sibar layang iaitu juraian manik berkolar yang menghiasi bahagian dada juga merupakan elemen penting. Mengulas lanjut Penyelia Busana, Unit Busana (produksi) Istana Budaya, Jailani Abd. Razak, menyatakan sibar layang itu direka dalam rekaan yang berbeza.

Ini bagi memudahkan penonton menilai perbezaan antara watak raja, permaisuri, puteri dan dayang. Ironinya sibar layang berkenaan kerap dipakai oleh kerabat diraja. Orang kebanyakan hanya memakai busana tradisional biasa.

Hakikatnya, bukan mudah untuk mengekalkan mutu sibar layang itu. Terutamanya apabila pihak IB perlu peka dan memilih sibar layang yang diperbuat daripada manik-manik yang berkualiti.




Penggunaan manik yang murah dan tidak bermutu akan menyebabkan sibar layang mudah rosak dan tidak tahan lama.

"Sejak 400 tahun yang lalu, kostum Makyung seperti seluar dan baju yang berlengan pendek diperbuat daripada kain satin. Memandangkan Malaysia memiliki fabrik songket yang tinggi nilai dan kualitinya maka kesemua kostum Makyung mula menggunakan kain itu.

"Lagipun kita harus berbangga apabila Makyung yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Seni Warisan Dunia (2005)," ujar Jailani sambil memakaikan pending iaitu tali pinggang gancu besar yang sedondon dengan dasta.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 04:56 PM | Show all posts
Ada lagi ke perkembangan otai2 mak yong kat Kelantan tu... tak dengar citer pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.539246 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list