CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Talisman

Silat Cekak

[Copy link]
Post time 18-8-2011 07:44 AM | Show all posts
Reply  mei_chehe


    boleh check kat website silat cekak ..

http://www.cekakhanafi.com

a ...
selendangmerah Post at 16-8-2011 12:29



    Terima kasih banyak2...salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 08:42 AM | Show all posts
momantai ..

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 11:21 PM | Show all posts
Reply  surfinv

Kemungkinan segelintir ahli silat cekak yang mendabik dada tu adalah:-
1) Belaja ...
d^_^b Post at 21-3-2011 16:29


memang betul ,tak paham resmi padi. silat cekak asalnya silat kedah memang dicipta untuk lawan tinju purba siam muayboran,ilmu parang siam karbu karbi.silat cekak memang setanding dengan silat khalimah silat gayong,silat kuntau tekpi.mana mana budak cekak yang kutuk silat gayong memang buta sejarah.tak tau hubungan silat cekak dan gayong.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 11:48 PM | Show all posts
memang budak cekak selalu kutuk taekwondo,tomoi,tapi diorang lupa taekwondo tomoi yg diajar tu hanyalah sukan..sama macam silat olahraga.bukan lagi  ilmu perang sebenar.klu diorg berdepan teakwondo ilmu perang korea sebenar,rasanye tak masuk icu,masuk kubur.silat cekak sebenar memang hebat.tapi kena belajar dari master yang betol,klu tak belajar tak handal mana belagak yang lebih,
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 12:26 PM | Show all posts
saya tak pernah terlibat dengan silat cekak..tapi pernah hidup sebumbung dengan ahli2 silat cekak malaysia..
sepanjang bersama dengan mereka,saya dapati housemate A dan B tak pernah sehaluan even mereka sama persatuan. In fact,B ada bawak kawan yg silat tumpang rumah,dan dia citer pada saya yang dia dengan kawan tu akan ada sesuatu masa yg kawan dia akan emo dan x mahu berkawan dengan dia..
untuk pengetahuan,A akan beremosi dengan B sahaja tapi bukan dengan saya even hal yg diemosikan itu melibatkan kami bertiga..
jadi saya rasa pelik juga dengan mereka..
mereka pernah mempelawa saya menyertai silat ini,tapi saya belum terbuka hati lagi..sebab saya risau nanti A akan melayan saya seperti dia layan B sebelum ini.B dah pindah rumah dah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 11:55 AM | Show all posts
Salam..nk tnyela. Dulu mase kat U pernah join silat cekak hanafi. Tp x lame pon sbb susah transport xde. Mase mule2 masuk dorg ade suruh buat mcm 1 ritual. Dorg bg kain putih dan 1 ayat pendek x igt pulak ayat die mcm mane. Dorg suruh tdo 3 mlm beralaskan kain putih tu dan bace ayat yg dorg bg. Sbnrnye ritual tu utk ape ye?Ade sape2 yg bole tolong jelaskan.tq.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2012 12:47 PM | Show all posts
Silat Cekak Hanafi Melebarkan Sayap ke Melbourne, Australia

http://www.sinarharian.com.my/re ... e-melbourne-1.43002

PERSEKUTUAN Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia melakar sejarahnya tersendiri apabila melebarkan sayap ke bumi Melbourne, Australia sempena program Fiesta Malaysia 2012 anjuran Majlis Pelajar Malaysia Australia Victoria (Masca Victoria), baru-baru ini.

Lawatan itu turut mengadakan majlis pengambilan ahli baru yang akan mempelajari latihan persilatan di bawah Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Australia (Kesatria).

Pewaris mutlak silat cekak, Syeikh Md Radzi Hanafi Al Qadahi berkata, Fiesta Malaysia bertujuan memperkenalkan tradisi keunikan kebudayaan masyarakat majmuk Malaysia di perantauan dan juga kepada pelancong serta penduduk tempatan di Australia.

Bertemakan Embracing the Colours, program tersebut berkonsepkan rumah terbuka, menawarkan peluang kepada orang ramai mengenali dan mencintai Malaysia dengan lebih dekat.

“Ia menjadi platform terbaik untuk meningkatkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Australia, serta kalangan kalangan negara Asean,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ia program julung kali Silat Cekak Ustaz Hanafi mengadakan persembahan di luar negara semenjak Kempen Jom Silat dilancarkan pada 20 Disember 2009.

“Kami berjaya mempromosi Malaysia secara langsung kepada masyarakat Australia melalui kesenian dan kebudayaan khususnya silat sebagai seni mempertahankan diri utama di Malaysia.

“Kami juga mendedahkan kepada masyarakat Melbourne akan ketinggian nilai kesenian dan kebudayaan Malaysia, khususnya orang Melayu sebagai wadah bagi jati diri yang gemilang,” katanya.

Selain itu, kata Syeikh Md Radzi, melalui persatuan itu juga, mereka juga berjaya memberi penerangan dan kesedaran kepada masyarakat Melbourne mengenai keperluan seni mempertahankan diri dan amalan gaya hidup sihat melalui silat bagi melahirkan masyarakat sihat.

“Penerimaan Silat Cekak Ustaz Hanafi di bumi Melbourne amat positif, terutama pengunjung Fiesta Malaysia.

“Sesungguhnya kebudayaan masyarakat Malaysia amat tinggi nilainya, perkembangannya sahaja perlu ditingkatkan agar dapat diterima masyarakat luar,” jelasnya.

Semangat perpaduan

Syeikh Md Radzi berkata, Kesatria sebenarnya bermula daripada ilhamnya sebagai pewaris mutlak silat cekak ketika beliau melawat Melbourne pada pertengahan 2011.

“Pada 8 Januari lalu, kelab ini dirasmikan Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Dr Mohamed Rameez Yahaya, seterusnya melancarkan kelas persilatan silat cekak yang pertama di Australia.

“Selain itu, Dr Mohamed Rameez juga telah dipilih sebagai penaung Kesatria,” katanya.

Menurutnya, Kesatria bertanggungjawab mengembangkan seni silat cekak di Australia seterusnya memartabatkan kesenian warisan budaya seiring dengan arus modenisasi sains dan teknologi.

“Kelab ini berazam untuk menjadi institusi yang mampu meningkatkan jati diri insan serta semangat perpaduan di kalangan pesilat,” katanya.

Menurutnya, keahlian terbuka bagi pengambilan ahli baru buat mereka yang berumur 13 tahun dan ke atas, beragama Islam, tidak mengira bangsa, seiringan dengan syarat persilatan yang telah ditetapkan.

“Keahlian juga terbuka buat ahli yang bermastautin atau bermukim di Australia dan pernah mempelajari silat cekak di mana-mana pusat latihan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, Kesatria mempunyai 35 ahli berdaftar dan dijangka akan meningkat tidak lama lagi. Sebarang maklumat mengenai Kesatria boleh diakses melalui laman web www.silatcekakhanafiaustralia.com atau menjadi sahabat menerusi laman sosial facebook di www.facebook.com/silatcekakhanafiaustralia.

Cipta sejarah

Beliau berkata, Silat Cekak Ustaz Hanafi juga merupakan pemegang Malaysia Book Of Records dalam kategori The Largest Participant In Silat Performance.

“Kami juga berjaya mencipta sejarah dengan pembukaan kelas pertama di luar negara.

“Seramai 27 ahli baru terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga penduduk Australia telah ditabalkan untuk menjadi ahli kelas pertama Silat Cekak Ustaz Hanafi di bawah Kesatria,” katanya

Beliau berkata, ketika berada di Melbourne, mereka turut mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Dr Mohamed Rameez.

“Kami juga sempat memenuhi undangan untuk sebuah rancangan temu bual secara langsung oleh stesen radio pelbagai etnik di Australia iaitu Stesen Radio ZZZ,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, badan itu turut mempromosikan kempen Jom Silat di mana Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mengambil inisiatif untuk mengadakan persembahan melibatkan 50,000 pesilat.

“Dengan persembahan tersebut, mereka berpeluang memahat nama di dalam The World Guiness Book Of Records bagi kategori The Largest Martial Art Display yang dilakukan pada 2015,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 12:50 PM | Show all posts
Website terbaru PERSEKUTUAN Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

http://silatcekakhanafi.org/v1.0/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 11:39 AM | Show all posts
sy pernah menyertai kedua2nya. nama buahnya semua sama. cuma cara tendang, tumbuk mcm ade beza sikit. tp sy rase lg syok msk SILAT CEKAK MALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 12:15 PM | Show all posts
Saya Ahli Silat Cekak Malaysia tapi dh x brp aktif...cuma dr segi sejarah, buah2 sume sy ada pengetahuan serba sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 07:03 PM | Show all posts
Aku ada benda nak tanya korang ahli cekak, xkiralah Cekak Malaysia @ Cekak Hanafi......Harap korang jgn melentig, & aku xde niat nk pandang serong mana2 persilatan. Kerana kita tak tau kebenaran disebalik sesuatu itu, isi disebalik isi, tetapi ada lagi isi yg kita xdapat kupas, hanya Allah yg tau kebenarannya...

1.Benarkah salam pada ahli ibadah adlah salam yg plg tinggi sekali dlm islam.
2.Kenapa mesti tidur atas kain putih, tiada didalam al-Quran @ hadis.
3.Tolong jelaskan maksud akad asas/potong yg dibaca dlm bahasa arab, sy xpernah dgr mana2 ulamak bercerita ttg akad spt tu.
4.Silat cekak sy xnafikan byk menerap nilai2 murni & islam, tetapi tidak semua ahlinya elok sama sprti mana2 persatuan lain ada baik   &   ada yg buruk, induvidu yg jlnkan mandi potong itu sendiri, di hadapan mata sy tidak menghormati azan, ketawa mengilai sewaktu azan maghrib.

mohon penjelasan dari ahli cekak itu sendiri.

Saya takut org mggunakan agama, diatas kepentingan sesuatu itu.... Last edited by Pendekar_Penyu on 17-8-2012 12:53 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 12:31 PM | Show all posts
Pendekar_Penyu posted on 9-8-2012 07:03 PM
Aku ada benda nak tanya korang ahli cekak, xkiralah Cekak Malaysia @ Cekak Hanafi......Harap korang  ...

Ya....sila jawab soalan di atas.

Dan... makan terung? ada ke? apa signifikan?

Kalau boleh, sila senaraikan nama-nama buah silat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 12:52 AM | Show all posts
yowa2 posted on 16-8-2012 12:31 PM
Ya....sila jawab soalan di atas.

Dan... makan terung? ada ke? apa signifikan?

Ko join dlu silat cekak..... kalu nak tau buah2...., kalu dh tau kira rezeki ko la kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 12:30 PM | Show all posts
Pendekar_Penyu posted on 17-8-2012 12:52 AM
Ko join dlu silat cekak..... kalu nak tau buah2...., kalu dh tau kira rezeki ko la kan.....:b ...

aku seorang ahli cekak hanafi, dh tamat dh pon tahun 2003 yg lalu. pernah juga menyertai demo besar-besaran, siap dpt rekon Malaysia. (jadi antara modal utama dalam resume, mintak keje). hehehe.

Sebab dh lama tinggal, haku lupa la entah ape gerakannya.

  • Buah Pertama <== guna kaedah A, lantas menikam leher lawan dgn tgn kanan.
  • Buah Keputusan Gayung Fatani <== kaedah B, dan serang dagu/leher
  • Buah Keputusan Sendeng Atas <==
  • Buah Kilas Belakang <==
  • Buah Kilas Hadapan <==
  • Buah Kidong Kiri <==
  • Buah Kuntau Jatuh <==
  • Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung <==
  • Buah Kuntau Kanan Gantung <==
  • Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau) <== kaedah C, hentak siku kat ketiak
  • Buah Ali Patah Atas <==
  • Buah Ali Patah Sudah <==
  • Buah Selendang <==
  • Buah Gari & Gari Gunting <==
  • Buah Paras <==
  • Buah Keputusan Pasung Kemanga <==
  • Buah Keputusan Terlak <==
  • Buah Keputusan Lintau <==
  • Buah Hempok <==
  • Buah Luncur <==
  • Buah Siku Potong <==

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 07:48 PM | Show all posts
seni mempertahan diri ada kelebihan dan kelemahanya masing2. yang penting jangn salah gunakanya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 10:57 PM | Show all posts
Katanya nak buang kepercayaan tahyul & amalan khurafat dlm silat melayu tp kenapa mesti mandi perlimau. Perlimau ni bkn ke ada yg guna utk terima pendamping. @ hanya adat semata-mata...

Katanya Wasilah & mendekatkan diri pda yg 1, mcm manalah kita nak mintak berada di jalan yg lurus sedangkan bacaan al fatihah ahli pun xdibetulkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2012 06:56 PM | Show all posts
Pendekar_Penyu posted on 19-10-2012 10:57 PM
Katanya nak buang kepercayaan tahyul & amalan khurafat dlm silat melayu tp kenapa mesti mandi perlim ...

Boleh rujuk website ini untuk bacaan selanjutnya.. Blog orang lama dalam silat cekak..

http://ladingemas.wordpress.com/2012/10/15/51-aplikasi-sc-dalam-kehidupan/

Diambil secara ringkas..

Mandian kita adalah menggunakan limau purut. Sepanjangpengamalan saya, kebanyakan silat menggunakan limau nipis dalam upacara mandisilat mereka. Rupa-rupanya penggunaan limau purut, banyak faedahnya. Saya petiksatu rencana yang ditulis dalam Mingguan Malaysia bertarikh 17 Mac 2002.Petikan itu secara pilihan ayat-ayat yang ada.

“Buahnya bulat tapi menggerutu dengan rasamasam dan pahit. Daunnya menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makananuntuk memasak lauk tomyam, asam pedas dan laksa.
-Buahnya selalu dijadikan sebagai antara bahanpenting upacara mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegaran.
-Kini terdapat pula teknologi terbaru untukmenghasilkan minyak wangi dan keharuman aroma terapi daripada pati limau purutserta herba lain.
-Limau purut juga mempunyai beberapa khasiatlain yang boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.
-Limau purut juga boleh menghilangkan lemahdan letih. Limau purut boleh digunakan untuk mencuci rambut dan kulit kepalaberkerak di samping mengatasi masalah kulit kering bersisik. Sekali gus bolehmencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur. Buah limau tersebutdipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkinmenyebabkan rasa pedih.
-Kaedah yang sama dilakukan untuk mengatasimasalah kulit kering bersisik yang selalunya diamalkan ketika mandi.
-Sental buah limau yang telah dibelah dua padabahagian kulit yang bersisik tersebut dan biarkan beberapa ketika sebelumdibilas.”

Kita selalu disarankan supaya selepas mandi,biarkan air mandian tersebut kering dengan sendirinya. Pelbagai tafsiran kitabuat atas perbuatan tersebut. Rupa-rupanya, dengan membiarkan air mandian padatubuh badan kita kering, khasiat daripada limau purut itu akan meresap dalamtubuh badan kita. Badan akan berasa segar. Hal yang demikianlah menyebabkanadanya alasan, selepas mandi yang dianjurkan SC, badan terasa segar. Tak letih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 07:22 PM | Show all posts
Bagi menjawab soalan kedua pendekar penyu, saya dan beberapa rakan pernah menghadiri satu majlis anjuran Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi yang dibawa oleh Guru Utama Tn. Guru Hj. Md. Radzi Hj. Hanafi di mana setiap peserta seorang demi seorang dikehendaki membaca surah Al-Fatihah dan Tn. Guru Hj. Md. Radzi Hj. Hanafi akan memperbetulkan bacaan peserta dan meningkatkan pemahaman tentang maksud surah Al-Fatihah itu sendiri bagi tujuan meningkatkan kualiti dalam solat.. Adab dan tertib di dalam solat juga ada diberi penekanan dalam kursus tersebut.. Kalau tak silap dalam tahun 2006 iaitu kursus memperkasakan solat di shah alam.

Mungkin pendekar penyu tidak/belum berpeluang untuk menghadiri kursus tersebut. Berlainan guru mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 03:55 PM | Show all posts
boleh tak saya dapat kan maksud "Al-Qadahi" yang digunapakai oleh Md Radzi ni?

Sekarang dah ada title "Dr" kan... sebelum ni title Sheikh...

"banyak" bebeno gelaran dia...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 07:22 PM | Show all posts
Al-Qadahi bermaksud berasal dari Kedah.. dan sememangnya beliau dilahirkan di negeri Kedah dan Silat Cekak juga dari segi sejarah bermula dari negeri Kedah..

Pengertian Syeikh pula adalah gelaran bagi orang yang berilmu.. Ini adalah perkara biasa juga di tempat saya kerana para ustaz yang mengajarkan ilmu agama biasa kami panggil dengan gelaran Syeikh..

Dan boleh rujuk di sini untuk anugerah doktor kehormat yang diterima oleh beliau.. http://silatcekakhanafi.org/v1.0/?p=1191



Pewaris Mutlak Silat Cekak Terima Anugerah Doktor Kehormat dari Asia Pacific Open University of Martial Art (APACMA).
July 9, 2012 by: cekak

KUALA LUMPUR, 8 Julai 2012 – Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi hari ini menerima Pengurniaan Doktor Kehormat dari Asia Pacific Open University of Martial Art (APACMA).
Tetamu Kehormat, Y.bhg. Dato’ Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman, mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah menyampaikan anugerah itu kepada YM Syeikh Hj Md Radzi di Istiadat Majlis Konvokesyen Ke-2 Asia Pacific Open University of Martial Art di Dewan Kristal, Menara TM.
Menurut wakil APACMA, Anugerah Doktor Kehormat ini menandakan pengiktirafan pihak universiti di atas sumbangan dan komitmen tinggi YM Syeikh Hj Md Radzi dalam membangunkan dan mengembangkan seni silat khususnya Silat Cekak Ustaz Hanafi kepada masyarakat.
YM Syeikh Hj Md Radzi mula menjalankan tanggungjawab sebagai Guru Utama Silat Cekak Ustaz Hanafi pada tahun 1993. Di bawah kepimpinan beliau banyak pencapaian yang telah dicapai dan kini beliau menerajui Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi sebagai Presiden merangkap Guru Utama. Beliau juga merupakan salah seorang ahli senat Asia Pacific Open University of Martial Art (APACMA).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.076965 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list