CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2349|Reply: 0

1billion penduduk dunia kelaparan!!

[Copy link]
Post time 10-12-2008 09:13 PM | Show all posts |Read mode
1 bilion penduduk kelaparan



sebahagian kanak-kanak Congo yang dihimpit masalah kelaparan akibat konflik perang saudara, kini menjadi penghuni di khemah pelarian di Mugunga di wilayah Goma, Congo.
- AFP


ROM 9 Dis. - Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia, Hafez Ghanem berkata, harga makanan yang melambung tinggi telah menyebabkan bilangan penduduk dunia yang kelaparan mencecah hampir satu bilion orang.

Beliau berkata, pada tahun ini sahaja, jumlah mereka yang dikategorikan sebagai kelaparan meningkat sehingga 40 juta, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah lebih 963 juta orang.

"Seramai empat juta orang di negara-negara membangun hanya makan pada kadar paling minimum setiap hari.

"Keadaan itu menjadikan gaya hidup sihat hanya satu impian kepada mereka," katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian merupakan sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beribu pejabat di sini.

Menurut Hafez, sungguhpun harga kebanyakan bijirin utama telah jatuh lebih 50 peratus awal tahun ini, tetapi ia masih lagi mahal berbanding kadar beberapa tahun sebelumnya.

Keadaan itu katanya, menjadikan penduduk dunia khususnya golongan ibu tunggal dan mereka yang tidak mempunyai tanah berdepan dengan masalah berikutan kenaikan harga makanan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan itu, hampir dua pertiga daripada penduduk dunia yang berdepan dengan kelaparan tinggal di Asia.
Sementara di benua Afrika pula, seorang daripada tiga orang penduduknya berdepan masalah kelaparan yang kronik.

Sehubungan itu, pertubuhan tersebut memberi amaran, penurunan permintaan dari negara maju disebabkan krisis kewangan global, boleh mengancam hasil eksport di kalangan negara membangun.

Selain itu, negara membangun turut berdepan dengan ancaman kekurangan aliran tunai, pelaburan dan bantuan pembangunan.
- AP




kat doniya ni  bukan main byk manusia kelaparan, malnutrition sumer... tapi tak yah gi jauh2 kat mesia dah ler....banyak betul makanan2 yg dibuang, worang2 mesia yang membazir makanan....  aku mcm tak cayer baca berita2 camnih.. tapi tu ler  realiti nyer.... kat mesia kita masih bermewah nak ber teh tarik roti canai sumer... makan pun kdg2 tak berhabis masuk tong sampah... tapi kat congo sana, somalia, kenya, zimbabwe, malawi.. cisssssssss byk betul negara2 kat afrika yg orang2nye kelaparan... kalu kat asia lak.. kat north korea pun kronik gak tu... myanmar cambodia..  sedey beb sedey..      
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055288 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list