|
Hidup aktor dikongkong isteriNAMPAKNYA minggu ini ada tiga cerita mengenai pelakon popular.
Semuanya diperoleh Papa daripada orang-orang yang berbeza yang mengenali artis-artis tersebut.
Ada yang kawan rapat, ada juga kenalan ketiga-tiga artis itu.
Cerita ketiga mengenai artis yang tidak akan Papa siarkan namanya ialah seorang pelakon lelaki tampan yang khabarnya kehidupannya dikongkong oleh isterinya.
Kehidupan artis lelaki yang rumah tangganya baru berusia dua tahun ini khabarnya dikawal sepenuhnya oleh isterinya.
Dalam erti kata lain, pelakon yang turut aktif berniaga ini mendapat isteri yang dilabel sebagai queen control.
Pada firasat Papa, sebab utama dia berbuat demikian mungkin kerana dia risau suaminya dikejar perempuan lain.
Mahunya tidak, suaminya boleh tahan tampan, muda dan berduit pula, isteri mana yang tak risau!
Alahai kasihannya Papa pada pelakon ini kerana sepanjang mengenalinya, dia merupakan seorang lelaki yang sangat baik.
Bahkan, kalau dia berbual dengan Papa pun, bahasanya sangat sopan.
Begitu juga dengan lakonannya yang digemari ramai. Kalau diberi watak sedih, lakonannya sangat cemerlang sekali.
Papa masih ingat lakonannya dalam sebuah drama bersiri yang disiarkan di TV3 tidak lama dulu benar-benar menyentuh hati Papa.
Doa Papa, isterinya akan berubah sikap dan meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada suaminya yang budiman itu.
agak 2 sape ler artis ini....
kalo aku kata ezany ok tak ..................wakakakaka |
|