CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9225|Reply: 14

misteri gempa bumi!!

[Copy link]
Post time 12-12-2008 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 27-9-2011 18:27

December 12, 2008Coral may predict future Indian Ocean quake-study

HONG KONG (Reuters) - A study of Indonesian reefs showed corals record cyclical environmental events and could predict a massive earthquake in the eastern Indian Ocean within the next 20 years, researchers said on Thursday.

The study of corals off Indonesia's Sumatra island showed they have annual growth rings, like those in tree trunks, which record cyclical events such as earthquakes, the scientists said.

A Crown-of-thorns starfish is seen on the coral bed off Malaysia's Tioman Island in the South China Sea May 4, 2008. (REUTERS/David Loh)
"If previous cycles are a reliable guide we can expect one or more very large west Sumatran earthquakes ... within the next two decades," Kerry Sieh, professor at the California Institute of Technology's Tectonics Observatory, told reporters in Singapore.

Scientists said the earthquake could be similar to the magnitude 9.15 earthquake which sparked the devastating 2004 tsunami and left 230,000 people either dead or missing across Asia.

More than 170,000 of those victims were in Aceh on the northwestern tip of Sumatra.

Sieh said while Thailand and Sri Lanka were unlikely to be affected, people in Sumatra should be prepared.
"The tsunami could be at five metres in Padang (in Sumatra). This is a worse case scenario," he said.

Sieh, whose team's research was published reported in Science journal, said corals off Sumatra's Mentawai Islands showed a major earthquake had occurred every 200 years since 1300.

"When earthquakes push the seafloor upward, lowering local sea level, the corals can't grow upward and grow outward instead," the researchers wrote in Science.

Earlier this month, Sieh and his colleagues reported in the journal Nature that an area off Sumatra that has been the source of disastrous earthquakes, still carried a lot of pent-up pressure that could result in another strong quake.






wowzieeeeee  ni dikira sudah bagus wooo!!!   hah!! kena jaga coral2 kat mesia ni baik2.... banyak coral cantik2 kat mesia ni.... jgn curi dah ler masa ko gi snorkelling tu.. ekkk!!     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 12:19 PM | Show all posts
wow hebatnya...

tak pernah tahu lah pulak mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 11:28 AM | Show all posts
Well, kena la gov buat apa yg patut esp kat timur Sabah yg lebih terdedah dgn gempa bumi.:handshake:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 06:30 PM | Show all posts
Misteri gempa

Oleh Rohaniza Idris

2011/09/25




Kehadiran ribuan ekor katak sebelum gempa bumi di China pada 2008.




HAMPIR setiap bulan kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian gempa bumi yang sekali gus mencetuskan persoalan dan kebimbangan - mengapakah kejadian itu kian kerap sehinggakan negara seperti Malaysia yang suatu ketika dulu asing dengan gegaran gempa, kini turut berasakan tempiasnya? Jika keadaan makin kerap, mungkinkah gempa paling kuat bermagnitud 9 ke atas atau ‘ibu’ gempa belum berlaku dan bilakah agaknya?

Kebimbangan itu ada asasnya kerana Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan kira-kira 1.5 juta gempa bumi dengan magnitud 2.0 pada skala Richter dicatatkan setiap tahun. Berdasarkan andaian itu, bererti purata 134 gempa bumi magnitud antara 6 dan 6.9 berlaku setiap tahun.

Tahun ini saja menyaksikan banyak gempa bumi yang di luar jangkaan dan besar berlaku termasuk kejadian di Fukushima, Jepun pada Mac lalu, berukuran 9.0 pada skala Richter yang mengorbankan 20,000 orang, serta mencetuskan bencana nuklear yang terbesar sejak Chernobyl.

Satu lagi gempa besar berlaku di Christchurch, New Zealand pada September lalu dengan 6.3 skala Richter yang membunuh hampir 200 manakala 6 September lalu gempa bumi 6.6 melanda pulau Sumatera, Indonesia, membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang jatuh katil dan seorang lelaki yang terkena serangan jantung ketika melarikan diri waktu kejadian.

Baru-baru ini pula, negara yang sudah lama tidak dilanda bencana alam itu seperti Amerika Syarikat, Cuba, India dan Nepal turut merasai gegaran walaupun ukuran gempa dilabelkan sebagai sederhana masih menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang bukan sedikit.

Ini tidak termasuk negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik seperti Indonesia, Filipina, China, Taiwan dan Jepun yang mana setiap tahun pasti merasai gegaran gempa sama ada bersifat lemah hingga yang paling kuat.

Bulan lalu, beberapa daerah di Amerika Syarikat yang sudah lama tidak dilanda gempa bumi kembali bergegar dengan menyaksikan Virginia paling teruk menerima kesannya dengan ukuran 5.8 pada skala Richter. Virginia sering bergegar tetapi kesan gempa kali ini paling kuat selepas lebih satu abad!

Penganalisis bencana menganggap gempa di Amerika Syarikat kali ini sebagai satu amaran bahawa akan berlaku bencana lebih besar bakal berlaku di negara berkenaan lebih-lebih lagi negara dalam satu benua seperti Cuba dan Guatemala turut dilanda gempa bumi.

Kes di Amerika Syarikat, Cuba dan Guatemala pula berlaku serentak dan berselang hari yang meningkatkan keyakinan saintis dan pakar geologi bahawa akan berlaku bencana lebih besar dalam tahun ini atau awal tahun depan.

Saintis Institut Penyelidikan Gempa Bumi Tokyo melaporkan bahawa gempa bumi 9.0 skala Richter yang menggegarkan Jepun pada bulan Mac lalu, mengubah hubungan antara plat tektonik di bawah tanah dan secara drastik meningkatkan ruang untuk berlaku satu lagi gempa besar bakal melanda Tokyo pada masa terdekat. Ini diburukkan lagi dengan faktor pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Institut itu meramalkan perubahan dalam tekanan plat menyebabkan fokus sempadan plat boleh beralih dan pada masa sama menyebabkan wujud satu gempa bumi 7.3 skala Richter. Kesannya gempa itu dijangka tidak seteruk kes gegaran pada Mac lalu namun Tokyo tetap akan mengalami kemusnahan yang besar.

“Kami menganggarkan 10,000 orang akan mati dan kerugian ekonomi yang akan sekitar AS $ 1 trilion (RM3.6 trilion). Malah, sebelum Mac kami menganggarkan ada kemungkinan 70 peratus gempa bumi utama akan mempengaruhi Tokyo pada bila-bila masa dalam tempoh 30 tahun akan datang,” Naoshi Hirata, penyelidik dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi Jepun, dipetik The Daily Telegraph.

Hirata menyatakan jangkaan itu satu kebarangkalian yang sukar dinafikan kerana memang akan berlaku satu bencana besar di Jepun, walaupun mereka tidak boleh meramal bila akan berlaku.

“Apa yang kita boleh katakan bahawa semua pihak perlu bersedia,” katanya.

Tokyo umumnya mempunyai dua gempa kecil sebulan, tetapi sejak Mac, jumlah itu telah meningkat kepada purata enam kali sebulan. Jepun, kini mengalami kira-kira 500 gempa bumi sejak bencana Fukushima.

Sementara itu, gempa bumi 6.9 magnitud di wilayah terpencil Himalaya yang merentangi India, Nepal dan Tibet yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 54 orang yang berpusat di Sikkim, India Ahad lalu dianggap luar biasa jika dilihat kepada ukuran magnitud dan sifat asal gempa di kawasan berkenaan kerana wilayah itu terletak di plat tektonik Tibet dengan catatan gegaran sederhana.

Beberapa ahli geologi India berpendapat tahap gegarannya sangat berbeza dengan ukuran yang pernah dicatatkan di kawasan itu sebelum ini.

Ahli geologi Institut Sains India, CP Rajendran berkata, gempa di Sikkim berbeza kerana "magnitud yang luar biasa besar". USGS menyatakan, gegaran dirasai hingga ke Bhutan selepas ia menggegarkan sempadan Sikkim dan Nepal kira-kira jam 6.10 petang Ahad waktu tempatan. Pusat gempa terletak 60 kilometer di barat laut Gangtok, dengan kedalaman 19.7 kilometer. Gempa bumi itu diikuti dengan dua gegaran susulan yang kuat.

Beliau juga berpendapat, gempa di wilayah itu berbeza dengan kejadian gegaran yang selalu berlaku di jajaran Himalaya kerana ia di berlaku secara melintang akibat pelanggaran plat Eurasia dengan plat Eurasia

Pakar geologi Institut Penyelidikan Geofizikal Kebangsaan India di Hyderabad, Vineet Gahaulat berkata, gempa bumi di Sikkim berlaku secara melintang merentasi Himalaya dan beliau percaya akan berlaku gempa susulan yang lebih besar selepas ini

“Kejadian ini pernah dijangkakan akan berlaku dan kita percaya ia akan sebesar kejadian gempa bumi sekuat seperti kejadian di Chamoli pada 1999 dan Uttarkashi pada 1991,” katanya.

Petanda gempa

Benarkan petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana itu? Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

Berikut hasil kajiannya:

1. Deria unik haiwan

•Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku

•Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.

•Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.

&#8226emantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.

•Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.

•Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.

•Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.

&#8226ada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.

&#8226akar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.


2. Perubahan di darat/air

•Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.

&#8226asangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.


3. Langit/awan

•Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.


4. Elektronik

&#8226etanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.

•Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.

&#8226etugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 11:34 PM | Show all posts
intrsting....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 11:36 PM | Show all posts
aik, TT buka thread ni thun 2008? tp tk de spa yg komen?
plik nih.. ke yg msterinya nih my intnet cnection?
huhuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2011 02:02 PM | Show all posts
sangat misteri
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2011 09:26 PM | Show all posts
byknye katakk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2011 01:18 AM | Show all posts
aik, TT buka thread ni thun 2008? tp tk de spa yg komen?
plik nih.. ke yg msterinya nih my intnet c ...
Nalysha Post at 16-10-2011 23:36



    misteri gak tu thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2011 01:24 AM | Show all posts
binatang2 / haiwan2 tu semua bising sebab depa pun nak melarikan diri gak. depa yang takdak akal cam kita diberi kelebihan seperti itu. subhanallah.
depa nak melarikan diri pasai depa tau depa tak buat salah, tak buat maksiat tak macam manusia tapi manusia yang dok buat dosa dah diberi kesedaran masih tak reti2 nak bertobat
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 04:49 PM | Show all posts
dlu2 masa aku bodak2.. arwah nenek aku citer, sbb terjadi nyer gempa nie.. sbb dlm tanah nie ada lembu besau.. sekali lembu tu beraleh tido.. itu yg buat bumi bergegar..pastu arwah nenek aku citer, kalo lembu tu bangun tido tanda nak kiamat ler tuu.. sbb kalo lembu tu bangun nanti bumi nie sumer pecah..

arwah nenek aku citer ekk.. bukan aku citer
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 03:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by marsupalamy at 20-1-2012 03:12

O....... cam tue ke...... raser pernah bacer saintis kat jepun ader cakap gempa bumi nie akan semakin banyak samer jugak ngan letusan gunung brapi sebab putaran di  earth outer core (yang menetukan magnetic field) kat bumi nie sudah laju.  So kemungkinan magnetic field di tahun akan datang munngkin kene adjust dengan banyak lagi. Senang citer  kemungkin kompas jarum utara akan tunjuk arah utara yang salah.

Sori takde source sebab bacer kat surat khabar english kat jepun
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 04:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by anaktoyol at 12-2-2012 17:00

earthquake sky









Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by azlinahmad at 17-2-2012 10:45



Betapa aktifnya bumi kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.085269 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list