CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pasarmalam

Tabut- The Ark of the Covenant

[Copy link]
Post time 25-1-2009 11:41 PM | Show all posts
perbincangan yang menarik... teruskanlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2009 04:00 PM | Show all posts

Tabut? Anda Tahu ttg Benda nih?

Post Last Edit by cak! at 30-6-2009 17:08

Smlm tgk Jejak Rasul ada menunjukkan sekumpulan Kristian di Timur Tengah membawa benda Tabut yg dikatakan satu benda turun temurun dari Nabi MUsa dahulu..Ada Firman Allah lg ttg benda ni..berkaitan dgn Malaikat juga..sy baru tau je benda ni..korang tahu tak kisah sebenar ttg benda ni? boleh la kongsi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 04:50 PM | Show all posts
TAGHUT? misteri nie..baru first time dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 05:10 PM | Show all posts
dok cari2 td..ada member bg link..ni maklumatnya

Tabut ini makna sebenarnya adalah peti atau kotak.

Ia dijadikan petanda barakahnya kepimpinan Talut. Peti ini telah diambil oleh Allah Ta'ala dan dipulangkan kepada mereka, seperti mana yang disebutkan oleh Ibn Katsir di dalam Tafsirnya.

Pada ayat tersebut juga dinyatakan Tabut itu mengandungi sakinah atau ketenangan dari Tuhan kamu. Para ulamak tafsir berbeza pandangan makna ayat ini. Ada yang mengatakan ia sebagai tanda keagungan Allah. Ada yang mengatakan, maknanya rahmat dari Allah. Ibn Juraij pula mengatakan, apa yang kamu ketahui dari tanda-tanda kekuasaan Allah, maka kamu pun tenang kepadanya.

Kemudian disebutkan pula dalam ayat itu, diberikan juga kepada Talut ketika itu tinggalan daripada keluarga Musa dan Harun. Para ulamak tafsir ada yang mengatakan tinggalan itu adalah tongkat baginda, ada yang mengatakan baju, lembaran, kasut dan sebagainya.

Selepas itu, ayat tersebut menyatakan Tabut itu akan dibawa pula oleh Malaikat. Ibn Abbas mengatakan malaikat membawakan Tabut dan diletakkan di tangan Talut ketika orang semua melihatnya. Ada juga ulamak tafsir mengatakan, diletakkan terus di rumah beliau.

Walhasil, ia merupakan tanda kekuasaan Allah, dan tanda betapa Talut merupakan pimpinan yang diberkati dan pilihan Allah. Kita perlu mentaati pimpinan yang mengikuti Rasul yang telah diutuskan oleh Allah tanpa ragu-ragu, dan dengan mentaati pimpinan sebegini sahajalah kita akan beroleh ketenangan. Tetapi jika kita menyokong pimpinan yang bercanggah dengan ajaran Rasul, walau cerdik bagaimana pun dia mengurus urusan, ketenangan tidak akan tercapai.

Wallahu A'lam
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 05:11 PM | Show all posts
TABUT DALAM AL-QURAN

Kitab suci Al-Quran the Last Testament mengkhabarkan:

“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan (Talut) itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)

Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang tabut secara langsung. Mari kita mengembara ke dalam ayat ini untuk mendapatkan isi tersurat dan tersiratnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 05:11 PM | Show all posts
aiseh no 3 plak hehehehehehe taghut tu bukan sifat ker yang aku tau laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2009 05:13 PM | Show all posts
zionis dok cari benda tabut ni laa..

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 05:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by HOTlips at 30-6-2009 19:08

Dah ada la cak!

http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=390735




ps: baru baca kat MnM. 2 sekalik hang bukak eh? Btw, nice info though. Keep posting. Mungkin mod bleh merge ngan tred satu lagik tuh. Just my 2 cents
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2009 02:59 AM | Show all posts
hhehe.. dier xcited nk tahu.. hehhe... xper... biarlah.. yg sana.. biarlah sana.. sebab sana dijelasakn dr sudut agama.....

dan disini dijelaskan dr pelbagai sudut mitos sejarah dan lain2..... ok kann??? tp leh link kan.. dgn dibuka oleh saudara pasar malam... atau shbat lama anon.. alexenderwathern... hehhe..... hehhee.. (lama dh xnmpak shbt ni... sjak anon p porem sini... ) hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 11:53 AM | Show all posts
Tabut = The Ark Of The Covenant ala...yang ada dalam cerita Raiders Of The Lost Ark tu.....

Dan ha'ah dah ada thread pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 12:53 PM | Show all posts
indiana jones best citer tuer
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 02:21 PM | Show all posts
dah ada benang ni..rujuk yang lepas2..memang menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 08:44 AM | Show all posts

Ark Of Covenant/ Tabut As-Sakinah- Ada Apa Di Dalam Tabut



Dipost lalu saya telah detailkan tentang rupa tabut as-sakinah. Di postini saya akan cuba detailkan tentang siapa yang berada hampir dengantabut, apa yang mula-mula ada di dalam tabut.

Siapa yang hampirdengan tabut? Bukan calang-calang orang yang boleh menjaga atau hampirdengan tabut ini. Mereka mestilah dari keturunan Nabi Harun a.s iaituBani Levi. Bani Levi ini mempunyai kedudukan dan pakaian istimewa danurusan keagamaan Yahudi dipegang oleh mereka terus menerus. BangsaYahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknyaYaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malamakibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.

Pakaian bani Levi



Berikutadalah petikan dari Kitab Keluaran. Info tentang Kitab Keluaran ini,Kitab Keluaran ialah buku kedua Kitab Taurat Nabi Musa atau OldTastement. Bahasa Ibrani disebut sebagai Shemoth dan lebih dikenalisebagai Exodus di dalam bahasa Inggeris.


Engkau harusmenyuruh abangmu Harun bersama-sama dengan anak-anaknya datangkepadamu, dari tengah-tengah orang Israel, untuk memegang jabatan imambagi-Ku--Harun dan anak-anak Harun, yakni Nadab, Abihu, Eleazar danItamar.
28:1

Haruslah engkau membuat pakaian kudus bagi Harun, abangmu, sebagai perhiasan kemuliaan.
28:2

Haruslahengkau mengatakan kepada semua orang yang ahli, yang telah Kupenuhidengan roh keahlian, membuat pakaian Harun, untuk menguduskan dia,supaya dipegangnya jabatan imam bagi-Ku.
28:3






Terdapat12 suku Yahudi iaitu terdiri dari Reuben, Simeon, Levi, Judah,Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Joseph dan Benjamin. Jugaada satu Lost Tribe Of Israel yang dikatakan mendapat petunjuk Allahsehingga akhir zaman dan akan membunuh Yahudi Jahat/ Kabbalah diPalestin di akhir zaman nanti. Suku kaum yang hilang itu adalah darijurai keturunan Nabi Yusuf a.s. Dan dipercayai The Lost tribe ituadalah kaum Melayu di Nusantara ini termasuklah Melayu di SelatanThailand. Anda boleh membaca Siri Alter Terahsia Melayu untuk memahamiperkara ini lebih lanjut lagi.

Sebab itulah The Hidden handsangat takutkan kebangkitan Islam akhir zaman di Nusantara ini. Jikakita lihat, hanya ada dua bangsa di dunia ini yang lebih 90% beragamaIslam. Hanya, arab dan melayu sahaja. Jika kita lihat situasi bangsaarab sekarang, amat menyedihkan. Mereka berpecah belah dan raja-rajamereka menjilat kaki Amerika untuk mengekalkan kekuasaan meraeka. Jadibangsa manakah yang akan mengetuai kebangkitan akhir ini? Saya serahkanpersoalan itu kepada anda sendiri menjawabnya.

Dajal telahberjaya memecahbelahkan Melayu melalui pelannya iaitu divide andconquer. Para penjajah telah sekian lama menjajah Nusantara ini.Indonesia dijajah oleh Belanda manakala kita sekian lama dijajah olehPortugis. Gold, Glory and Gospel, inilah moto mereka. Selain mengambilkeuntungan rempah ratus kita, mereka juga telah sedaya upaya cubamenjauhkan bangsa Melayu dari Islam, tetapi alter terahsia bangsa inimenggagalkan rancangan mereka. Walaubagaimanapun mereka berjaya jugamencorak pemikiran muda-mudi kita sekarang melalui rancangan New WorldOrder mereka. Ramai muda -mudi kita yang masih lagi dijajah pemikiranmereka. Minda mereka masih terpenjara. Mereka masih lagi tertipu dengansyurga dunia ciptaan dajal.




InsyaAllah jika kita satu rumpun bersatu, akan tercetuslah alter kita dankebangkitan akhir zaman tidak akan dapat disekat lagi. Satu contoh yangpaling mudah dajal berjaya memecahbelahakan kita. Kes baru-baru ini,iaitu ketegangan antara Malaysia dan Indonesia. Percayalah saudaraIslam ku, itu semua hanyalah rancangan The Hidden Hand. Mereka telahberjaya melagakan kita. Indonesial, Malingsia? Siapa yang untung? Siapayang rugi? Kita satu rumpun, satu agama. Mengapa perlu kita salingmembenci, mencaci satu sama lain? Ramai antara kita yang telah terkenafitnah akhir zaman ini. Fitnah Dajal laknatullah!

Singapura,satu-satunya pangkalan Israel di Asia Tenggara tengah gelakkan kita.Dan Amerika membina pangkalan mereka di Filipina. Adik beradik, satuagama bergaduh, membenci satu sama lain. Kenapa Israel membinapangkalan mereka di Singapura? Ini kerana untuk mengawasi kebangkitanIslam akhir zaman yang akan bangkit di bumi Nusantara ini! Mereka takutkita bersatu! Sebab itulah mereka melagakan kita. Think it again!




Imam Hasan Al-Banna pernah berkata:
“Berkasih-sayanglahantara kamu sama lain, berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Iaadalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamusehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak,sesungguhnya Allah Maha Pembuka.”


Jelaslah kepadakita kunci utama kepada kejayaan ialah BERSATU dan kembali kepadaISLAM. Mulakan sekarang, saya berpesan kepada diri saya dan pembacablog sekalian. Mari kita sama-sama berubah, bebaskan minda kita darisegala bentuk ideologi-ideologi ciptaan Dajal ini. Insya Allah, Islamakan kembali gemilang.




Kembali kepada tajuk asalkita, iaitu Tabut As-Sakinah. Sekarang kita akan selidiki apa yangsebenarnya ada di dalam tabut as-sakinah ini?





Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248.
DanNabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaanTalut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepadakamu peti Tabut yang mengandungi(sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi)sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabiMusa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat.Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tandaketerangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman".

Dariayat Al-Quran di atas di dalam tabut mungkin ada sesuatu yangdiwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s'bertemu' Allah di Bukit Sinai.


Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) ada disebutkan tentang perkara ini juga.

BerfirmanlahTUHAN kepada Musa: "Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkanfirman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel."
34:27

Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan TUHAN empat puluh hari empat puluh
malamlamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan padaloh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman.
34:28

KetikaMusa turun dari gunung Sinai--kedua loh hukum Allah ada di tangan Musaketika ia turun dari gunung itu--tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanyabercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan TUHAN.
34:29

Diambilnyalahloh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayupengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atastabut itu.
40:20

Dibawanyalahtabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dandipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah--seperti yangdiperintahkan TUHAN kepada Musa.
40:21


Berdasarkanayat-ayat ini, perkara pertama yang ada di dalam tabut ialah dua lohyang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis olehNabi Musa atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa ‘bertemu’ dengan Tuhandi Bukit Tursina (Sinai).

Gunung Sinai

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 09:15 AM | Show all posts
but then the greatest is kalamulllah - Al - Quran ler ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 11:17 AM | Show all posts
awat yg nak simpan sesangat - hebahlah ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 03:05 PM | Show all posts
Belom sampai masanya...
allah dah rancang perjalanan setiap ae yg terjadi
just wait...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2009 03:21 PM | Show all posts
kaum Melayu tiada kaitan dengan Bani Israel. 10 suku kaum telahpun musnah dan hancur; anak-anak kecil dan para wanita sudah berasimilasi dengan kaum Suryani (keturunan Esau/Kembar Ya'akob yakni sepupu bagi kaum Yahudi) dalam negara kuno Assyria, kini mereka semua dikenali Arab Syria. Istilah Arab itu tidak tepat kerana mereka adalah kaum Suryani.

Rujuk thread Tarikh Arab oleh Genot

Suku keturunan nabi Yusuf adalah Bani Menasheh dan Bani Efrayim, mereka juga pupus di antara 10 suku kaum kerana janji Allah dalam nubuat para Nabi adalah benar lantaran dosa-dosa mereka sebagai penyembah berhala dan pembunuh Anbiya'. Yang tinggal hanyalah sedikit sahaja yang sempat melarikan diri ke dalam negara saudara mereka iaitu Yehudah.

Suku Yehudah, Benyamin, Levi, sebahagian kecil suku Shim'on, suku Efrayim, suku Menasheh inilah yang dikenali pada kemudian hari sebagai Yehudi (penduduk negara Yehuda)

Ak tunggu, hujah dari pro-konspirasi versi Melayu Islam Nusantara yang akan membawa hujah lapuk teori Khazar golongan Neo-Nazi/White Supremacist ala Melayu ke sini.

kepada adik cruz_phymalion, apabila ak membaca artikel-artikel orang melayu yang mengaku sebagai keturunan Aseret HaShevatim HaOvedim (10 Lost Tribes) mengimbas kembali kisah2 my maternal grandpa's family di Iran dahulu, dan juga kisah maternal granny's family di Maghribi dahulu, juga kisah2 keluarga sahabat handaiku dari Poland, German, Russia semasa Holocaust, juga pengalaman kitorang dengan rasis kulit putih neo-Nazi di US

Di Iran dahulu, menurut datuk kami, semasa pengaruh anti-Semitik merebak dari Tanah Arab ke sana (di ambang penubuhan Israel), kitorg dituduh sebagai keturunan kaum penipu, keturunan hamba-hamba kaum Yahudi yang menyamar sebagai kaum Yahudi sedangkan para ulama Syiah, para ilmuan Syiah yang mereka kagumi dan sanjungi itulah keturunan asal kaum Yahudi.

Begitu juga di Morocco, keluarga nenek yang terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang, dihalau daripada kerajaan sana dan ketika itulah bermulanya teori-teori bahawa kaum Yahudi itu hanyalah keturunan penipu, penyamar, sedangkan sebahagian merekalah yang berasal daripada keturunan asal Bani Israel

Di Eropah, Nazi Germany menganggap Jesus itu kaum Aryan, bermata biru berambut emas seolah-olah Bani Israel digambarkan seperti bangsa Aryan sedangkan Yahudi adalah kaum ahli sihir yang mencuri identiti Bani Israel.

Di Russia, semasa pogroms dahulu, raja-raja mereka mengaku sebagai keturunan Lost Tribes, Yahudi sekarang juga penipu, berasal daripada Khazar. Di Kepualaun British, raja-raja mereka juga mengatakan mereka berketurunan Efrayim dan Menasheh (keturunan Yusuf), sedangkan Yahudi adalah kaum sihir dari keturunan Druids

Begitulah di US kinipun, KKK dan juga banyak lagi kultus rasis kulit putih dan juga kultus kulit Hitam (Black Hebrew Israelites) tidak henti-henti mengatakan merekalah keturunan Bani Israel yang asal, sedangkan Yahudi adalah kaum Khazar.

Mereka menuduh kami berdosa atas dosa yang dilakukan 10 suku tersebut, kemudian dalam masa yg sama mereka mengakui sebagai keturunan yang sah bagi Bani Israel tanpa mereka sedari, dosa-dosa yang mereka nisbahkan terhadap kaum Yahudi yang tidak berketurunan 10 suku itu sebenarnya sepatutnya dinisbahkan ke atas diri mereka.

sungguh ironi hidup ni. Di mana2 kita pergi, akan jumpa pelbagai kaum dan bangsa yang sangat kuat perkaumannya, sangat kuat teori konspirasinya, dalam masa yang sama mengaku sebagai keturunan asal Bani Israel, kemudiannya muncul sebagai Penyelamat Dunia akhir zaman.

Berbuih mulut2 mereka menuduh kitab Yahudi telah terpesong, tapi kitab itulah juganya dijadikan hujah mereka untuk mengakui sebagai keturunan Bani Israel.

Kemudian, dalam hal-hal keagamaan, masing-masing mengatakan "oh janganlah kita jadi seperti Yahudi, mereka rasis, mereka ada konspirasi, mereka itu dan ini, Messiah bukanlah dari mereka tapi dari kita, messiah mereka dajal sebenarnya, dari kitalah Penyelamat itu datang".  

bagi orang Muslim, untuk kesesuaian akidah mereka, mereka buatlah watak Imam Mahadi sebab khuatir akan terkeluar dari landasan Akidah jika mengaku nabi Isa itu dari mereka. Begitu juga kaum Melayu, diwujudkan watak-watak pembantu lain seperti Pemuda Bani Tamim, sekian sekian itu sebenarnya akan muncul dari kaum Melayu.

Begitulah pengalaman dan pemerhatian kitorang.Di mana2, setiap masa, pelbagai kaum yang berbeza tapi berbuah fikiran yang sama, masing-masing merasakan diri merekalah yang benar, diri merekalah yang akan memimpin dunia ni.

Konsep yang sama ni kitorang sudah lali. Hanya watak saja berlainan, mengikut kesesuian bangsa yang berdelusi. Jikalau hanya berangan-angan saja itu tak apa, tapi delusi inilah yang membunuh 6 juta Yahudi di Eropah, menghalau 1 juta Yahudi dari Tanah Arab dan Parsi.

Kita tunggulah apakah dia golongan Melayu Islam Nusantara boleh lakukan untuk menurut jejak langkah orang2 terdahulu yang telah banyak melakukan dosa terhadap kami, kemudian menutupnya dengan teori konspirasi bahawa semua itu adalah dongengan dan mitos kaum Yahudi untuk meraih simpati dunia
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 04:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by HOTlips at 16-12-2009 16:06

5# migdal_bavel
sedangkan para ulama Syiah, para ilmuan Syiah yang mereka kagumi dan sanjungi itulah keturunan asal kaum Yahudi.

ekceli akak berpendapat (pandangan peribadi... x de bukti apa2.) Aliran syiah tercetus dr "angkara yahudi". Iran kan ramai bangsa yahudi? Dr sejarah yg akak baca, kaum kerabat Salman Al Farisi rhu yg memeluk Islam zaman Nabi ramai kat Iran. Salah seorg anaknya adalah levite. Ajaran agama Yahudi masih menebal. Berlaku campur aduk antara ajaran Islam dan Yahudi dan berlaku juga perpecahan antara anak Salman Farisi dgn org2 Islam zaman Omar rhu.

Btw, mengenai watak2 Imam Mahadi dan Pemuda Bani Tamim, byk hadis menerangkan. Sebagai muslim kami mengimani hadis berkenaan. CUMA siapakah yg memegang watak2 tersebut tidak diketahui. Semua bangsa berangan bangsa mereka adalah hero2 berkenaan. Namun watak tetap akan muncul. Siapa yg pegang x kesahlah pd akak.

Di mana2 kita pergi, akan jumpa pelbagai kaum dan bangsa yang sangat kuat perkaumannya, sangat kuat teori konspirasinya, dalam masa yang sama mengaku sebagai keturunan asal Bani Israel, kemudiannya muncul sebagai Penyelamat Dunia akhir zaman.

Inilah kehidupan! Yg dipandang Allah hanyalah iman dan amal
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 04:01 PM | Show all posts
Konsep yang sama ni kitorang sudah lali. Hanya watak saja berlainan,mengikut kesesuian bangsa yang berdelusi. Jikalau hanya berangan-angansaja itu tak apa, tapi delusi inilah yang membunuh 6 juta Yahudi diEropah, menghalau 1 juta Yahudi dari Tanah Arab dan Parsi. ...
migdal_bavel Post at 16-12-2009 15:21


Delusi siapakah yang menyebabkan terbunuhnya orang2 di palestin sekarang? Siapakah yang menghalau orang2 palestin dari tanah air mereka dan menyebabkan berjuta2 merempat di negara jiran? Angkara siapakah yang menyebabkan orang2 palestin selama puluhan tahun masih tinggal di kem pelarian?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 04:33 PM | Show all posts
Macam2 la....~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.415410 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list