CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: DTECCONAN

Sah Abhisit Vejjajiva PM baru Thai

[Copy link]
Post time 16-12-2008 01:37 PM | Show all posts

Reply #19 Syd's post

wooo..
siap wat avatar tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2008 01:41 PM | Show all posts

Reply #21 mawarputih2612's post

Syd memang teruja ngan org mcm Dr SMS
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #22 DTECCONAN's post

halo
yang sah2 patat riuk mcm dr sms tu
takde maknanya

teruja ngan orang yang betul2  bkarisma laaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 03:05 PM | Show all posts

Reply #23 Syd's post

hahahaa .. patah riuk ... aku rasa ensem lagi dia ni daripada dr sms tu ...

masa dlm sidang perlimen smlm.. dia senyum... ayoyooo ... bikin hati cairrr daaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 03:22 PM | Show all posts

Reply #24 opocot's post

haha, aku ingat nama org patat riuk tu
aku try ler google cari nama patat riuk yg dikatakan seiras ngan dr sms tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 03:26 PM | Show all posts
Abhisit Vejjajiva PM baru Thai

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_01.htm


ABHISIT Vejjajiva (tengah) tersenyum ketika diraikan oleh
anggota Parlimen daripada Parti Demokrat selepas beliau dipilih
sebagai Perdana Menteri baru Thailand, semalam. - AFP


baru perasan, PM Thailand ni nampak hensem kalau difokus dr jarak jauh dan gambar ambik dr sisi, kalau depan2 nampak biasa jer

BANGKOK 15 Dis. - Pemimpin pembangkang daripada Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva hari ini memenangi pengundian di Parlimen dan dipilih sebagai Perdana Menteri baru Thailand.

Sejurus selepas pengundian yang berlangsung dalam suasana tegang, kira-kira 200 penyokong kerajaan terdahulu cuba menghalang ahli-ahli Parlimen daripada meninggalkan bangunan itu dan memecah cermin kereta anggota Parlimen.

Penunjuk perasaan yang memakai baju merah berteriak "Abhisit, calon tentera" sambil melabelkan ahli politik berpendidikan Oxford itu sebagai boneka tentera.

Abhisit memperoleh 235 undi berbanding 198 undi yang diterima oleh lawannya, bekas ketua polis negara, Pracha Promnok yang dicalonkan oleh Parti Puea Thai, parti baru sekutu bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Pada sidang media selepas pengundian, Abhisit, 44, berkata, beliau tidak akan menggariskan sebarang cadangan atau inisiatif sehinggalah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Bhumibol Adulyadej sebagai Perdana Menteri Thailand ke-27 dan yang ketiga dalam tempoh empat bulan.

Pengundian itu diadakan hampir dua minggu selepas Mahkamah Perlembagaan membubarkan parti pemerintah pro-Thaksin, Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan mengharamkan Perdana Menteri, Somchai Wongsawat daripada menceburi politik selama lima tahun.

Pembubaran itu pula merupakan kemuncak kepada protes antikerajaan selama berbulan-bulan yang membawa kepada penutupan dua lapangan terbang utama di Bangkok.

Protes meletus semula hari ini apabila ratusan penyokong Thaksin cuba menyekat laluan keluar dari Parlimen.

Seorang pemimpin protes menyampaikan ucapan berapi-api sebelum menggesa penunjuk perasaan menghalang pintu pagar bangunan itu dan tidak membenarkan ahli Parlimen daripada keluar.

Ketua pembangkang PM baru Thailand

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2253979.asp

BANGKOK – Pemimpin pembangkang, Abhisit Vejjajiva menjadi perdana menteri Thailand yang ketiga dalam tempoh empat bulan selepas menang pengundian di Parlimen ketika ekonomi negara itu diancam kemelesetan.

Bayangan masalah yang bakal dihadapi pakar ekonomi kelulusan Oxford itu mula kelihatan apabila lebih 200 penyokong kerajaan sebelum ini menghalang laluan ke Parlimen dan memecahkan tingkap kereta-kereta ahli parlimen yang menyokongnya.

Dengan melaungkan kata-kata `Abhisit calon pilihan tentera’, penunjuk perasaan mengutuk lelaki berumur 44 tahun itu sebagai boneka kepada tentera, yang menyingkirkan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada 2006.

Abhisit mendapat sokongan 235 ahli parlimen daripada parti Demokrat yang dianggotainya dan beberapa orang lagi termasuk ahli parlimen yang berpaling tadah daripada Puea Thai, parti yang menggantikan Parti Kuasa Rakyat (PPP).

Beliau hanya memerlukan 219 undi untuk menjadi perdana menteri.

Jumlah majoriti yang kecil menunjukkan pergolakan politik sejak tiga tahun lalu akan berterusan, terutamanya apabila ekonomi yang bergantung kepada eksport dan pelancongan menerima kesan kemelesetan ekonomi global.

“Tidak lama lagi kesan krisis ekonomi global akan lebih dirasakan di Thailand. Perdana menteri baru perlu segera bersedia menghadapi keadaan itu,” kata seorang penganalisis di Universiti Chulalongkorn, Sompop Manarungsan.

Sementara itu, Abhisit berkata, usaha memulihkan pertumbuhan menerusi peningkatan perbelanjaan kerajaan akan menjadi keutamaan beliau.

Menurutnya, pengumuman mengenai sebarang idea atau inisiatif pemulihan ekonomi hanya akan dibuat selepas majlis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Bhumibol Adulyadej.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-12-2008 03:31 PM | Show all posts
Abhisit PM ketiga tahun ini

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html


PENYOKONG Thaksin membaling batu pada kereta Ahli
Parlimen selepas pemilihan Abhisit sebagai Perdana Menteri.


Penyokong Thaksin cuba halang pintu masuk ke Parlimen

BANGKOK: Pemilihan Abhisit Vejjajiva daripada parti Demokrat sebagai Perdana Menteri baru dan ketiga tahun ini, dijangka hanya dapat meredakan keadaan buat sementara waktu saja dan masih belum dapat menamatkan krisis politik di negara berkenaan sepenuhnya.

Dalam pemilihan yang diadakan di Parlimen semalam, Abhisit daripada parti pembangkang itu memperoleh 235 undi berbanding 198 undi yang diraih bekas ketua polis kebangsaan, Pracha Promnok yang mewakili parti Puea Thai, yang setia kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Dewan Rakyat mengadakan undian berikutan ketidakstabilan politik negara itu termasuk tunjuk perasaan antikerajaan dan antiThaksin yang turut menyaksikan tawanan dua lapangan terbang utama di Bangkok oleh kumpulan antikerajaan.

Beratus-ratus penyokong Thaksin cuba menghalang pintu masuk ke Parlimen dalam usaha terdesak mereka untuk mengganggu pemilihan. Mereka bertindak membaling batu ke arah kenderaan serta mencederakan ahli Parlimen dan terpaksa dileraikan oleh polis antirusuhan.

Penyokong Thaksin itu kemudian bersurai dengan secara aman selepas memberi amaran bahawa mereka akan berhimpun semula.

Abhisit, 44, yang berpendidikan Oxford dan pemimpin paling muda di negara berkenaan, berkata beliau tidak akan bercakap mengenai politik sehingga memegang jawatan itu secara rasmi dan diiktiraf oleh Raja Bhumibol Adulyadej.


ABHISIT Vejjajiva melangkah keluar dari dewan
Parlimen semalam selepas dipilih pembangkang
sebagai Perdana Menteri baru Thailand, semalam.


Parlimen mempunyai 480 ahli tetapi disebabkan beberapa kekosongan, jumlah mereka pada masa ini adalah seramai 437. Seorang ahli Parlimen meninggal dunia sehari sebelum hari pngundian.

Walaupun berlaku bantahan di luar Parlimen semalam, penganalisis meramalkan kestabilan dijangka berterusan dalam masa beberapa bulan akan datang selepas rusuhan politik dan rampasan lapangan terbang berakhir dengan perintah mahkamah yang membubarkan Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan dua pakatannya.

Abhisit dan partinya mendapat sokongan kuat daripada golongan pertengahan dan sektor perniagaan di negara itu. Bagaimanapun, seorang saintis politik, Sukhum Nuansakul dari Universiti Ramkhamhaeng di Bangkok berkata harapan kebanyakan pihak untuk melihat kestabilan yang berterusan dalam politik mungkin sementara.

"Masalah asas belum dapat diselesaikan. Kemenangan Demokrat akan mewujudkan bantahan jalanan baru, kali ini oleh kumpulan pro-Thaksin," katanya. – AP


kurang ajar sungguh penyokong Thaksin ni baling batu dekat PM kami :@
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 04:01 PM | Show all posts

Reply #27 DTECCONAN's post

hahah.... PM kami???? ... aku SETUJU!!!!

melampo2 dioang ni kan?? sikit2 dah la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 11:35 PM | Show all posts
takan nnti Bangkok lumpuh lagi bila puak 2 penyokong Thaksin bertempur ngan geng2 yg tak suka Thaksin...

geng2 yg berkampung kat airport arituh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 03:34 PM | Show all posts
PM baru Thai hadapi tugas sukar

ABHISIT (kanan) menerima jambak bunga daripada seorang
penyokong Muslim di Bangkok, semalam
.


Pemilihan Abhisit dijangka dapat tenangkan seketika kemelut politik

BANGKOK: Perdana menteri baru Thailand berdepan dengan tugas sukar menyatukan semula negara itu yang berpecah selama berbulan-bulan akibat tunjuk perasaan ganas antikerajaan yang menjejaskan industri pelancongan ketika ekonomi dunia berada dalam keadaan krisis terburuk.

Pemilihan Abhisit Vejjajiva kelmarin, pemimpin pembangkang berpendidikan Universiti Oxford menandakan pertama kali dalam lapan tahun kerajaan diketuai bukan penyokong Perdana Menteri digulingkan, Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan atau penyokongnya.

Abhisit semalam mula memilih Kabinet beliau yang akan berhadapan dengan perpecahan antara golongan kelas pertengahan yang menyokong beliau dan rakyat miskin luar bandar yang berpihak kepada Thaksin serta perlu menguruskan ekonomi Thailand yang terjejas dengan krisis politik dan kewangan dunia.

“Lebih sukar bagi Demokrat untuk melihat keputusan cepat dalam menangani masalah ekonomi hari ini berbanding 1997 apabila kebanyakan negara Asia dilanda kemelesetan ekonomi,” kata Ekamol Khiriwat, bekas Ketua Bursa Saham Thailand.

Abhisit yang mempunyai latar belakang ekonomi dijangka mendedahkan pasukan ekonomi yang kuat apabila Kabinet diumumkan, dijangka Jumaat ini.


Abhisit perlu disahkan secara rasmi sebagai Perdana Menteri oleh raja Bhumibol Adulyadej dalam masa beberapa hari lagi.

Perlantikan beliau dijangka dapat menenangkan seketika walaupun ada bantahan baru oleh penunjuk perasaan penyokong kerajaan sebelumnya. Imej Abhisit sebagai seorang elit kelas atasan juga menghalang beliau untuk menamatkan krisis.

Dalam undian di dewan rendah parlimen Isnin lalu, Abhisit menerima sokongan dari 235 ahli parlimen berbanding 198 yang diperoleh calon proThaksin iaitu bekas ketua polis kebangsaan.

Penyokong Thaksin cuba menghalang ahli parlimen daripada memasuki parlimen dalam usaha terdesak mereka untuk mengelak undian. Polis pencegah rusuhan bagaimanapun berjaya membuka laluan kepada ahli parlimen terbabit.

Abhisit daripada keluarga kaya Thai-Cina dilahirkan di England dan berpendidikan Eton dan Oxford di mana beliau mendapat ijazah dalam falsafah, politik dan ekonomi. Nama pertamanya membawa maksud keutamaan dalam bahasa Thailand dan rakannya memanggil beliau dengan nama gelaran Mark. - AP

Abhisit ketuai Kewangan

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_01.htm


ABHISIT menerima sejambak bunga daripada seorang wanita Islam yang
menyokong beliau di ibu pejabat Parti Demokrat di Bangkok semalam. - AP


BANGKOK 16 Dis. - Perdana Menteri baru Thailand, Abhisit Vejjajiva akan mengetuai pasukan ekonomi dalam Kabinet, selaras dengan pendirian kerajaannya untuk memberi keutamaan kepada usaha merangsang ekonomi Thai yang tidak bermaya.

Setiausaha Agung Parti Demokrat, Suthep Tuagsuban hari ini memberitahu wartawan bahawa portfolio kewangan masih dibincangkan dan barisan Kabinet baru dijangka diumumkan pada akhir minggu ini.

"Abhisit akan mengetuai pasukan ekonomi kerana kerajaan ini memberi keutamaan kepada isu-isu ekonomi," kata Suthep.

Menurut beliau, kementerian-kementerian akan diagihkan antara Parti Demokrat dan wakil daripada parti-parti komponen yang telah membantu Abhisit dipilih sebagai Perdana Menteri dalam pengundian di Parlimen semalam.

Abhisit, 44, telah menyatakan bahawa beliau akan menyelia hal-ehwal ekonomi yang menjadi keutamaan setelah negara ini dilanda krisis politik selama berbulan-bulan.

Perdana Menteri itu enggan memberi keterangan lanjut mengenai jawatan Kabinet sehingga Raja Bhumibol Adulyadej berkenan melantik beliau secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thai ke-27.

Lepasan Oxford itu hanya menyatakan kesediaannya untuk bekerja keras dan menunaikan kewajipannya.

"Saya masih belum biasa dengan orang memanggil saya Perdana Menteri," katanya berseloroh.

- AFP


memula tu ingat dia keturunan India, sama mcm Abishek Bachan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 04:42 PM | Show all posts
Janji PM Thailand pada rakyat

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html



Kabinet terbaik akan dilantik

BANGKOK: Perdana Menteri baru Thailand, Abhisit Vejjajiva, semalam, berjanji melantik Kabinet yang berkebolehan untuk mengeluarkan negara itu daripada kemelut politik selepas berbulan-bulan dicemari bantahan jalanan.

Abhisit, yang mengakhiri peranan pembangkang yang dimainkan partinya, Parti Demokrat selama lapan tahun apabila dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Parlimen Isnin lalu, turut menegaskan komitmennya untuk merangsang ekonomi negara itu yang lembap berikutan kemelut politik dan krisis kewangan dunia.



"Saya akan melakukan yang terbaik untuk meletakkan mereka yang benar-benar dapat melakukan tugas dengan baik sebagai menteri," kata graduan ekonomi Universiti Oxford berusia 44 tahun itu kepada media.

"Saya mahu memastikan semua rakyat bahawa saya akan memilih mereka yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar yang penting bagi menghidupkan semula negara kita," tambahnya.

Abhisit dijadualkan bertemu kumpulan yang mempunyai kepentingan ekonomi, semalam, termasuk petani dan wakil industri pelancongan ketika beratus-ratus polis terus dikerah untuk mengawal bantahan yang dianjurkan penyokong kerajaan lama.


Parti Demokrat berjaya mengumpul sokongan yang mencukupi di kalangan ahli Parlimen ketika undian dibuat untuk memilih Perdana Menteri Isnin lalu, dua minggu selepas mahkamah membubarkan parti pemerintah yang setia kepada Perdana Menteri disingkir, Thaksin Shinawatra yang kini hidup dalam buangan.

Abhisit berkata, jawatan Kabinet akan dibahagikan di antara ahli Parti Demokrat dan rakan gabungan kecil, yang mana pembelotan Parti Kuasa Rakyat yang kini dibubarkan memberi Abhisit majoriti tipis.

Perdana Menteri kelahiran England itu akan dilantik secara rasmi oleh Raja Thailand lewat semalam.

Undian Isnin lalu, menyusuli enam bulan bantahan berdarah oleh Pakatan Demokrasi Rakyat (PAD) dengan kemuncaknya ialah tawanan dua lapangan terbang utama di Bangkok yang menyebabkan hampir 350,000 penumpang antarabangsa terkandas.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Demokrat, Suthep Thuagsuban menjangka senarai baru Kabinet akan siap menjelang hari ini. - AFP/Agensi


adeg, mcm badut pula time dia senyum
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070972 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list