CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8204|Reply: 10

Karya Rejabhad, King of Malaysia Cartoons

[Copy link]
Post time 18-12-2008 09:11 PM | Show all posts |Read mode


Aku penah terbaca komik Periwira Mat Gila karya Allahyarham masa kecik dulu... tu pun makcik aku punyer... sekarang ni dah pegi mana ntah... bagi aku komik tu memang legenda bagi komik2 melayu...
Sekarang ni kat mana laa nak cari komik PMG ni... ada 3 jilid semuanya...



Petikan dari : http://silverian.org/forum2/anim ... ampai-bila-bila/30/

-sape xkeney Rejabhad ni memang saje le..ni RAJA KARTUN MALAYSIA ni..ni info yg teman dapat dari "The Jon Jenin Site"..(thanks brother jon jenin,you put a lot of info bout kartun Malaysia!!keep up the good works).

Nama sebenar beliau ialah Jab bin Had. Beliau lahir pada 23 Ogos 1939 dan berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Sebelum beliau bergiat aktif dalam dunia kartunis, Rejabhad sebenarnya pernah berkhidmat sebagai anggota tentera.

Kejujuran dan keikhlasan Rejabhad untuk melihat lebih ramai kartunis lahir bagi mewarnai arena kartun Negara dapat dilihat melalui kesungguhan beliau dalam mendidik kartunis pelapis. Mereka yang pernah mendapat tunjuk ajar dari beliau ialah kartunis tersohor Dato Lat, kartunis Juragan dan boleh dikatakan sebahagian besar kartunis Malaysia (tahun50-an hingga 2000) pernah mendapat tunjuk ajar darinya..

Dia mengakhiri hayatnya pada usia 63 tahun akibat penyakit jantung. Kehilangan beliau dalam arena kartun tanahair terlalu sukar untuk dicari ganti.Di antara koleksi kartun Rejabhad yang popular dan diminati oleh pelbagai peringkat umur sehingga hari ini ialah Perwira Mat Gila (tiga jilid), Tan Tin Tun, Mawar Oh Mawar, Selendang Siti Rogayah, GG Dengan Rejabhad, Prebet Dabus, Senyum sedikit (dua jilid), Pisang emas Jalak Lenteng dan Amal (anak Periwara Mat Gila).

Perjuangan dan pergorbanan Raja Kartun Malaysia ini harus diteruskan oleh kartunis-kartunis masa kini sampai bila-bila dengan meletakkan martabat kartun di Malaysia setaraf dengan kartun Antarabangsa -Al-Fatihah buat Allahyarham Rejabhad.-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 11:07 PM | Show all posts
Innalillah...
Tak tau lak dah meninggal.

I ada buku Rejabhad, yang dibeli sekitar 1990 masa budak2 sekolah dulu
Perwira Mat Gila (tiga jilid)
Tan Tin Tun
Mawar Oh Mawar
GG Dengan Rejabhad
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 12:09 AM | Show all posts
rejabhad, katun2 dia memang best la walau klasik sikit, mcm selendang rugayah tu, lain dari kartun2 kartunis ujang yg lawak bodo tu

[ Last edited by  sekngucing at 19-12-2008 12:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 12:28 AM | Show all posts

Reply #2 sofianbm's post

Yups, Pak Jab meninggal 14 November 2002, baru beberapa hari lepas aku ditabalkan jadik mod kat board CMAC ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 10:03 PM | Show all posts

Reply #1 Satria-Naga's post

mini start baca karya rejabhad kat majalah gila2 time tu popular
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 03:23 AM | Show all posts
Ape lagi... nk tau byk citer belilaa koleksi Rejabhad dr Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Byk katun2 yg ceritakan hal beliau ms muda2 (pegi Congo, Leraikan pgaduhan Ujang dgn sape tah, da lupe, kesah dia kt GG). Saya punya koleksi Rejabhad tu da ilang pulak skang ni. Adoi aii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2011 03:46 PM | Show all posts
Korek balik thread lama... Sesiapa tau kat mana nak dapatkan komik PMG ni??? Tak kisah ori atau 2nd hand... Jenuh aku cari tapi tak jumpa2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:09 AM | Show all posts
karya awal dia was in 1974 Ha Hu Hum... sampai skang puteri cari koomik tu.. tak da laa.. sapa ada? kot korang g amrcorp mall jumpa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 07:07 PM | Show all posts
kartun pak jab......memang besh!!! sampai sekarang tak terlawan. dulu bapak aku beli gila-gila, aku cari kartun pak jab dulu. pastu baru baca yang lain2. lepas pak jab dah takde, gila-gila macam dah tak best. lepas tu dah tak beli gila-gila dah.



bila belek balik gila-gila yang lama2, aku cari kartun pak jab dulu. kartun pak jab yang paling best bagi aku dalam dekat 1980-an.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 07:50 PM | Show all posts
semenjak ketiadaan pak jab gila-gila dah jadi bangkai bernyawa. Asyik kutip balik karya edisi lama.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:58 PM | Show all posts
senyum skot dulu dia punya jugak kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065719 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list