Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
Saya amat tertarik dengan perdebatan antara saudara kita seugama dan seIslam ini. Kita sesama mengaku
ALLAH adalah tuhan kita. Dan Muhamaamd S.A.A.W adalah rasul kita. Sama ada yang menyokong ASWJ ataupun Syiah. Kedua-dua puak ini mengaku dua perkara yang sebut di atas. Dan keyakinan saya apabila sesorang menyebut dua kalimah syahadah yang mulia, ia adalah seorang MUSLIM.
Ini ditegaskan oleh Rasulullah sendiri. "Sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah akan masuk syurga"
Walaupun begitu, banyak terdapat perbezaan pendapat antara dua kelompok besar ini.
Di sini saya sebagai Syi'i amat berharap saudara saudara saya dalam golongan ASWJ dapat memahami apa yang kami percaya dan imani dan bagaimana cara kami berfikir supaya fitnah dan salah faham terhadap kami puah
syiah ini dapat dihentikan.
Masalah yang amat menonjol di sini adalah masalah sahabat Rasulullah S.A.A.W.
Disini amatlah wajar diketahui bahawa pihak kami mengkategorikan sahabat kepada tiga golongan.
1. Yang menyintai dan mematuhi Rasulullah S.A.A.W. sepenuh hati dan jiwa tanpa ada keraguan dan
bantahan
2. Yang mengikut Rasulullah S.A.A.W. kerana bertujuan, samaada menginginkan sesuatu atau takutkan
sesuatu. (tidak ikhlas)
3. Kelompok munafikin
Keyakinan kami para Syiah berbeza dari saudara-saudara kami ASWJ yang mengatakan kesemua para sahabat
itu adil. Keyakinan ttg semua sahabat itu adil dan baik kami sangkal. Cthnya kisah Tsaalabah seorang ahli badar ttp akhirnya berpaling, tidak mahu membayar zakat dan akhirnya Rasulullah S.A.A.W sendiri tidak mahu
mengambil zakat daripadanya.
Sedangkan kita semua percaya yang maksum itu hanya Rasulullah S.A.A.W. seorang sahaja, sahabat lain tidak. Tidak percaya pada mana-mana sahabat pun tidak menjadikan iman kita cacat kerana rukun iman sendiri tidak mewajibkan kita percaya pada kemulian sahabat.
Kriteria seseorang sahabat yang mana pihak syiah mengkategorikan pada 3 golongan diatas pun bukanlah
mengikut sesuka hati atau sesedap rasa. Pihak kami berdalil dengan dalil yang cukup kuat, terdapat
riwayat-riwayat yang menyokong pendapat kami hatta dari Ulama2 besar ASWJ
Saya amat tertarik dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Syiah ini adalah dari ajaran Abdullah
Bin Saba' Pendapat saya, kalaulah Syiah ini adalah dari ajaran Abdullah Bin Saba' sang Yahudi, maka
sekurang-kurang satu daripada 4 mazhab ASWJ mempunyai unsur - unsur yahudi didalamnya, kerana
Imam Jaafar Saadiq, imam yang keenam dalam kepercayaan syiah adalah guru kepada Imam Abu Hanifah,
pengasas mazhab Hanafi, manakala Imam Malik pengasas Mazhab Maliki berguru pula kepada Imam Abu Hanifah, kemudian Imam Syafie berguru pula kepada Imam Malik. Seterunya Imam Ahmad Bin Hanbal berguru pula kepada Imam Syafie....
Pada saya disini bukanlah untuk menyatakan siapakah pihak yang benar atau salah, tapi harapan besar saya
agar ukhuwah islamiah antara Pihak ASWJ dan pihak Syiah tidak terputus dek perbezaan pendapat yang
masing-masing mempunyai hujah dan dalil tersendiri.
Wassalamualikum