CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kotaktisu1305

Jodoh Dikunci....

[Copy link]
Post time 28-12-2008 09:27 PM | Show all posts

Reply #1 kotaktisu1305's post

pernah dgr gakkk........

xsilap nyerrr ade gakk proses yg melibatkn kadam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by Prettylady at 26-12-2008 09:06 AM
pernah dgr gakk... sampai ke tua mak cik aku tu tak kawin (aku dgr cerita dari org tua2 la punca nya--ada la kisah panjang)....
tapi aku mcm tak berapa nak percaya sgt... jodoh semua Qada & Qad ...


Nak betulkan sikit ye kak...

Setahu saya, ajal, maut dan rezeki memang solely Tuhan punya kerja.. Tapi jodoh adalah sesuatu yang kita boleh usahakan untuk ubah..

Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 12:55 AM | Show all posts

Balas #15 pwincess83\ catat

pwincess.

ustaz kt mana kwn u jmp tu?sbb igt nak rekemen kt kakak sdare.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 04:28 PM | Show all posts
benang ni seswai gak masuk thred misteri, paranormal hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 06:18 PM | Show all posts

Reply #17 kotaktisu1305's post

alhamdulillah.. masih hidup..hehe.. member ni pun masih berubat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 06:28 PM | Show all posts

Reply #21 MsQuerida's post

pada pendapat sy banyak kemungkinan jodoh ni lmbat smpai...
kes dengki mendengki nih maybe salah satu n mmg sy percaya ada..
kemungkinan lain diri kita sendiri.. maybe kita too choosy ke.. serik ke dan sebagainya..
wallahualam.. yang penting kita kena usaha mencari..btl x? jodoh tuh x dtg sndiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2008 06:39 PM | Show all posts
ade ek  bende cm ni? aku pun xtau..sape yg kene tu msti ksian ek
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 09:28 PM | Show all posts
entahlah, aku sebenarnya malas nak percaya...ekceli ada tiga org kata jodoh aku dikunci..aku buat derk jerks, tp last2 bila aku pikir balik, naper hubungan aku asyik tak menjadi...ada ajer halangan..aku pun mula pikir balik...
akupun cubalah berubat..
akhirnya skrg aku dah bertunang , insyaALLAH tahun depan akan kawin...
cara berubat nieh , kena banyak2 doa, solat tahajud, solat hajat...
jgn putus asa..
aku pernah buat solat hajat berturut2 selama tujuh hari..
anyway good luck okies
tapi satulah yer, jgn buat solat hajat , tahajud sbb nak dapat jodoh..
ikhlaskan niat, semata-mata kerana ALLAH s.w.t..insyaALLAH , dengan kekuasaan ALLAH s.w.t kita akan didatangkan/diilhamkan dengan org yg mampu mengubati masalah jodoh dikunci nieh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 09:15 AM | Show all posts
salams


setahu tam

fakta 1:
ada amalan, cara, petua kaedah nak menganiaya org supaya jodoh nya lambat/tak kekal lama. APAPUN, JODOH DI TANGAN TUHAN. itu jgn di soal soal. tp ibarat gini lah,

ajal maut tangan tuhan, tp kalau ada org gi amik alcohol bebanyak dan drive lelaju pastu , kalau mati, itu namanya menempah maut.

andai anda mslim. ada kaedahnya utk merawat....tp yang pasti, jgn di cari sapa  yang buat kan tu, tp rawat diri sndiri dulu, dekat kan diri ngan ALlah. kalau solat tak cukup lagi, cukupkan. kalau dah cukup, awalkan waktunya, kalau dah cantik, betulkan bacaannya, tambahkan sunatnya.

hampiri org yang beramal. dapatkan panduan dari ustaz uustazah yang ok.

alQuran jangan di tinggalkan, biar sedikit , tp kerap dan daily. doa doa dan doa. jodoh tu takkan terkunci jika tak di izin ALlah, dan tak di buka kalau tak di izin ALlah

renung2kan, dan selamat beramal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by remizati at 29-12-2008 09:28 PM
entahlah, aku sebenarnya malas nak percaya...ekceli ada tiga org kata jodoh aku dikunci..aku buat derk jerks, tp last2 bila aku pikir balik, naper hubungan aku asyik tak menjadi...ada ajer halang ...


doa macammana ek???
ada contoh tak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 02:48 PM | Show all posts
ape mksdnye tu? x fhm la
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 05:00 PM | Show all posts
erm...masa aku putus tunang tuk kali kedua..
tetiba mak aku ckp camni..

tah la..kadang2 aku terpikir jugak..kenapa aku selalu berat jodoh...
nak kata aku memilih pun tak la sangat..

tapi, bila nak dekat2 kawen,mesti hubungan aku jadi panas...
last2 putus..
erm..entahlah
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 11:03 PM | Show all posts
CONTOH CAM KUNCI JODOH SEBAB...NAK SAMBUNG BELAJAR...KUNCI NAFSU PERNAH LA AKU DENGAR....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 06:38 PM | Show all posts
ermm benda ni mcam jadi kat saya jer...


malas nak citer... rasa frust je skrang ni.. apa yg org ckp masih teringat2 kat kepala... nak percaya pun tak bleh.. kang syirik plaks....

so sad... harap2 jodoh ku akan dtg... nak buktikan kat semua org yg jodoh saya tak di kunci tapi cuma lambat...

mmg saya ni asyik frust jer dalam percintaan.. adakah itu satu kebetulan?? atau mmg btul jodoh saya dh di kunci
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 01:25 PM | Show all posts
macam mane pulak..
kite nk tahu dah terkunci..
a[er tand-tanda die...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 08:31 AM | Show all posts
my mom penah citer...kawan dia pena putus ngan dis guy pas2 dia ckp kalo dia x dpt kawin ngan ppn tu, dia make sure x de lelaki lain dpt...kesian dia...lepa tu dia dah bertunang 5 kali ngan org lain2 tapi 5 kali putus, lepas tu dia x nak tunang, nak kawin trus, laki tu mati accident plak.Smp skang dah 60 x kawin... I x taula nak percaya atau tak pasal jodoh dikunci ni..tapi apa pun i mintak simpang dari benda camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2009 09:22 AM | Show all posts
my fren pernah citer kat aku
dia kata dia ada p jumpa orang yang pandai 'tengok-tengok' sekadar nak berubat
nak tahu apa orang tu kata kat my fren?
dia kata ex-boyfren my fren tu tanam gambar my fren supaya my fren tak kawin-kawin
memang my fren tu tak kawin pun sampai sekarang. Rasanya umur dia dah cecah 35-37
haku pun tak tahu nak kata apa
nak kata belum jodoh atau kena mandi bunga
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 03:07 PM | Show all posts
Pelalau kunci nafsu
Bersama: DR.AMRAN KASIMIN

SOALAN: Banyak orang telah meminang saya. Rasanya lebih daripada lima
orang, tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Begitu juga hubungan
saya dengan lelaki, mula-mula serius, tetapi akhirnya hilang begitu
sahaja, sehinggalah sekarang ini saya berumur 29 tahun.

Adakah saya ini akan membujang hingga ke tua. Adakah ia berpunca
daripada rupa atau tingkah laku saya. Saya seorang perempuan yang
sederhana dan mempunyai rupa yang tidak kurang cantiknya, berbanding
dengan teman-teman yang telah bersuami.

Adakah saya berkemungkinan kena sihir atau pelalau seperti yang difahami
oleh sesetengah orang?

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 03:08 PM | Show all posts
Allah s.w.t. menjadikan setiap satu itu berpasangan. Itulah di antara
tanda-tanda kebesaran-Nya. Orang lelaki yang cukup anggota tetapi
memiliki isteri yang cacat mata, ataupun sebaliknya. Persoalan bagaimana
pasangan yang tidak boleh melihat keindahan dunia itu boleh bertemu
dengan pasangannya adalah di luar keupayaan manusia untuk menentukannya.

Manusia hanya berupaya merancang. Allah adalah penentu yang sebenar.
Kerana itulah manusia perlu menyandarkan setiap sesuatu kepada Allah,
setelah berusaha, bertawakal dan berdoa lalu akhirnya berpasrah dan
menerima setiap qadak dan qadar itu dengan rela dan ikhlas hati.
Sesungguhnya Allah itu mahukan setiap hamba itu menerima qadak dan qadar
ketentuannya dengan penuh kerelaan.

Merujuk kepada soalan saudari, saya tidak tahu sama ada saudari masih
belum menemui jodoh sehingga sekarang kerapa pelalau, atau kerana
sebab-sebab lain seperti yang dijelaskan.

Ketentuan sebab yang saudari nyatakan, di luar keupayaan saya untuk
menjelaskan, walaupun demikian keterangan berikut akan menjawab
pertanyaan saudari.

Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang melibatkan
sihir. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan
makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin.

Sihir jenis ini dilakukan oleh manusia dengan bantuan makhluk halus, di
antaranya untuk mengunci nafsu manusia tidak kira lelaki ataupun
perempuan, daripada keinginan untuk berkahwin.

Kesan daripada terkuncinya nafsu, tabiat orang yang terlibat mungkin
akan berubah, menjadi pendiam, tidak aktif, dalam keadaan murung,
menyendiri dan tidak kurang di antara mereka yang bertindak di luar
kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau,
atau kerana kedua-duanya.

Selain daripada pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh
menyebabkan berlakunya halangan-halangan menyebabkan usaha untuk
menemukan jodoh seseorang itu tidak kesampaian.

Seorang gadis yang terkena sihir jenis ini mungkin berminat hendak
mengahwini seseorang jejaka, tetapi pasangannya mungkin akan menolaknya,
begitulah sebaliknya.

Pasangan ini mungkin telah bertunang bertahun lamanya, tetapi pada saat
menunggu hari berlangsung, pihak perempuan atau lelaki enggan berkahwin
dengan tunangnya, tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Halangan mungkin tercetus daripada sikap ibu bapa atau salah seorang
daripadanya, yang selalunya berlaku pada ibu kepada perempuan berkenaan.
Mungkin ibu tadi mengancam akan membunuh diri kalau anak perempuannya
tetap berkahwin dengan pasangannya atau ia tidak akan mengaku anak buat
selama-lamanya dunia dan akhirat.

Ahmad An-Nuhas at-Tumi, dalam bukunya bertajuk Syifau 憆-Rahman li
憇-Sihri wa 憀-hasad wa amradi 憀-Jann, muka surat 55-60 menyatakan yang
dia telah didatangi oleh seorang bapa bersama seorang gadis, memberitahu
yang dia adalah seorang pekerja mempunyai ijazah Alamiyah, tetapi dia
sering tidak berupaya menahan marah.

Dia telah menemui banyak doktor jiwa, tetapi tidak berhasil mengatasi
masalah yang dihadapi. Bapanya mengadu masalah anaknya yang tidak mahu
berkahwin.

Syeikh Ahmad telah bertanyakan latar belakang si gadis dan mendapati
adanya tanda-tanda gangguan, lalu ia membaca ayat-ayat al-Quran. Ketika
sedang membaca, gadis tersebut kelihatan menggeletar, lalu menjerit dan
tidak sedarkan diri. Dalam keadaan tidak sedarkan diri ini telah berlaku
dialog di antara Syeikh dan jin yang ada dalam tubuh gadis, menyebabkan
berlakunya rasukan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by kotaktisu1305 at 26-12-2008 08:56 AM
Nak tanya...

korang ercaya tak ada orang yang kunci jodoh kita? emmm... just nak tau klu ada apa korang  buat eks....


pe mksd kunci jodoh tu??
ade byk mksd de sebaliknye..
takut tersalah tafsir lak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066305 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list