CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MetalFire

Tunku Muhriz Tuanku Munawir YDP Negeri Sembilan ke 11

[Copy link]
Post time 31-12-2008 01:11 PM | Show all posts
encem...encemm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 02:48 PM | Show all posts

Reply #42 raudah's post

sape?

yam tuan ke?

aku plak memula nengok dia kat tv

aku bilang

wahhh ensem boi

kawan aku gelak mcm nak rak

haahahahah


kalau dia trim skit rambut
misai
ada janggut putih semua

mesti ensem betul kan?

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 03:31 PM | Show all posts

Balas #43 Syd\ catat

gi lah paste gambau anakanda tm ni kat vvip gossip tu syd.. paste kat tiga-tiga thread..

asyik nengok gambau tm jekkk.. kalau u rajin ler syd yaa..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 03:41 PM | Show all posts

Reply #44 bettyboops's post

gambo nih mmg bersepah2 kan kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 03:59 PM | Show all posts

Balas #45 Syd\ catat

ada eeehh.. tak pasan lak.. maybe sebab tade yg ngutuk dia dok peluk-peluk dgn perempuan kot.. tu yg tak pasan tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 30-12-2008 03:12 PM
http://img368.imageshack.us/img368/1441/muhrizrq0.jpg


cam tak sojak yo jd YAMTUAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2009 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by katabatik at 31-12-2008 23:32


cam tak sojak yo jd YAMTUAN


yang SOJAK e cam no

tlg bg spesifikasi SOJAK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 01:06 PM | Show all posts
ini bleh pakai tak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2009 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by sampoe at 1-1-2009 12:00 PM


yang SOJAK e cam no

tlg bg spesifikasi SOJAK


ontah2 .. den pun nak tau yo specifikasi SOJAK tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by MetalFire at 1-1-2009 01:06 PM
ini bleh pakai tak ni


semuo he x leh pakai..
semuo nak menjahanamkan duit rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by ceqtom at 1-1-2009 02:18 PM


semuo he x leh pakai..
semuo nak menjahanamkan duit rakyat..

seb baik den rakyat n9 kek kelumpo
kok tak duit den pon jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 10:01 AM | Show all posts
semalam tgk kat kosmo
ucapan tahniah dari mb n9
tuk yamtuan baru


wahhh wahhh wahhhh

kemain ensem aku nengok yam tuan tu
ngan bini dia yang sannnntekkkkk tuuu

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 10:39 AM | Show all posts
Keunikan pemilihan Raja NS

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
(WARTAWAN UTUSAN)



Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (kIri) dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

PEMASYHURAN Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, 60 sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 bagaikan 'sirih pulang ke gagang' selepas 41 tahun takhta dinaiki Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Pada ketika pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 itu, baginda Tuanku Muhriz baru berusia 18 tahun dan atas kerapatan Datuk Undang Yang Empat, takhta berkenaan dipersetujui untuk diperkenankan ke atas Almarhum Tuanku Ja'afar.

Namun begitu kemangkatan Almarhun Tuanku Ja'afar pada 27 Disember lalu, mengembalikan semula 'hak menunggu' kepada yang 'hak memperoleh' apabila pemasyhuran dan kesepakatan Undang Yang Empat - Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau, memutuskan bahawa pengganti Almarhum Tanku Ja'afar adalah Tuanku Muhriz.

Ia sekali gus menamatkan segala spekulasi terhadap pemegang takhta raja yang sebelum ini disebut-sebut di kalangan anakanda Almarhum Tuanku Ja'afar iaitu Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Tuanku Muhriz merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan, Almarhum Tuanku Munawir dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Almarhum Tuanku Munawir telah mangkat pada 14 April 1967.

Baginda Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948 dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dan Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin serta Sekolah King George V di Seremban.

Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara di Aldenham School, Elstree, England dan Universiti College of Wales, Aberystwyth, Wales dalam bidang Undang-Undang. Baginda berkelulusan LLB (Hons).

Tuanku Muhriz telah berkahwin dengan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dikurniakan tiga putera, Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al'Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin.

Pengumuman yang dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak bahawa Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember lalu telah dinantikan baginda sejak 41 tahun lamanya.

Baginda sebenarnya seorang Raja yang sabar, lemah lembut perwatakannya. Baginda Tuanku Muhriz yang sebelum ini merupakan Tunku Besar Seri Menanti mudah didekati rakyat dan seorang raja yang mesra serta mempunyai sifat kepimpinan yang disegani semua.

Mengikut sejarahnya, baginda telah dilantik sebagai Tunku Besar pada tahun 1960 dan ketika itu Tuanku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Munawir.

Jika dilihat pada Perlembagaan Negeri Sembilan telah termaktub dan dinyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu, yakni Almarhum Tuanku Munawir.

Pada masa itu Tuanku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Almarhum Tuanku Ja'afar dan Almarhum Tunku Abdullah.

Bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Almarhum Tuanku Ja'afar yang ketika itu seorang diplomat telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.

Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu berusia 18 tahun.

Biarpun 'hak' itu diputuskan oleh Undang Yang Empat melalui Kerapatan Dewan Keadilan, namun tarikh 29 Disember lalu, Tuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong mengikut Adat Perpatih yang dibawa dari Pagar Ruyong, Sumatera, Indonesia.

Tuanku Muhriz akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebaik sahaja tempoh berkabung 100 di peringkat kerabat diraja berakhir.

Keunikan dalam pemilihan Raja di Negeri Sembilan bermula sejak tahun 1760 ketika Pemegang-Pemegang Adat dan Pemegang Undang-Undang dari negeri ini ke Minangkabau dan terus ke Pagar Ruyong untuk mencari seorang ketua atau raja.

Raja Pagar Ruyong ketika itu telah berkenan untuk mengirimkan seorang puteranya ke Negeri Sembilan yang bernama Raja Mahmud, yang kemudiannya dipanggil Raja Melewar.

Semua kisah institusi Diraja Negeri Sembilan bermula selepas ini dan walaupun wujud sengketa di antara Kelana Putera dan Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan yang tidak memperakui Raja Melewar sebagai Yam Tuan ketika itu, satu rundingan telah berlaku di antara Datuk Moyang Salleh dengan mereka yang bersengketa.

Akhirnya terbinalah 'Tiang Balai' serta tertegaklah 'Tiang Istana' di Seri Menanti pada 17 Syawal 1192 Hijrah.

Maka termaktub aturan adat yang telah disempurnakan seperti berikut: 'Tanah mengandung Seri Menanti, Tanah kerajaan di Penajis, Balai melintang di Sungai Ujong, Balai bertingkat di Johol, Yang mengatur bilangan Adat di Jelebu, Yang mengukurkan di Rembau.'

Perlu dinyatakan bahawa pemasyhuran Tuanku Muhriz ini juga terpakai sejenis alat kebesaran 'sehelai rambut' yang digulung atau dilingkarkan sehingga memenuhi sebuah batil atau cerana, merangkumi kesemua rambut milik Yang Dipertuan Besar sejak Raja Melewar.

Alat kebesaran itu ketika ini masih disimpan dengan baik di dalam Istana Besar Seri Menanti sebagai Alat Kebesaran Berdaulat Diraja yang akan dibawa setiap kali pemasyhuran dan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Biarpun pelaksanaan pemilihan, pemasyhuran dan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ini akan mengikut kaedah sistem beraja di negeri ini, sejarah sudah pun berulang dengan Tuanku Muhriz menjadi raja ke-11 bagi negeri ini.

Daulat Tuanku!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 11:00 AM | Show all posts
aku pernah bekerja dgn tunku nih sbb dier salah seorang director dlm salah 1 co boss haku dulu ...

tunku nih tegas orgnyer ... tapi kerabat2 dier yg lain humble giler ... sampaikan driver aku kawin pun kerabat dier leh dtg jauh2 joint kenduri
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by ceqtom at 1-1-2009 02:17 PM


ontah2 .. den pun nak tau yo specifikasi SOJAK tu...


ala ekau ni

maksud eh  cam tak do gayo jadi YAM TUAN la
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 01:20 PM | Show all posts

Balas #56 katabatik\ catat

kau borilah dio chance tunjuk an cagho dio plak...kalau buleh tuh bueklah program satu tahun 1 daerah untuk dio jumpo dan konal dongan oghang2 kampung .Ini yang tak terjadi semasa Tuanku Jaafar menjadi yamTuan selamo berpuloh tahun.Ramai oghang tau namo rajoo yoh tapi ponah tak jumpo ? siapaleh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2009 11:15 PM | Show all posts
Daulat Tuanku ....

Eden maso dolu kojo sobagai Astro Customer Service Officer ponah dapek call daie Tunku, poneng sobab Astro kek umah bagindo kono potong ... keh lambek bayar bil eh ..

Kigho dio ni cam manusio biaso yo lah ... tak mcm koghabek laen, poghabeh bogheh yooo ....

Seb baek tigo soghangkai putegho Almarhum tak dapek moghaso jadik Yamtuan Bosa. Tunku sopatuit eh layak bona utk jawatan eh!

Daulat Tuanku!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 09:59 AM | Show all posts
Cuti umum

SEREMBAN 22 April - Sempena Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 26 Oktober ini, kerajaan negeri hari ini mengumumkan ia sebagai hari cuti umum.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun cuti umum sempena Ulang Tahun Keputeraan Almarhum Tuanku Ja'afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang sebelum ini jatuh pada 19 Julai akan dimansuhkan.

''Untuk tahun ini, tiada cuti umum pada 19 Julai, sebaliknya digantikan dengan cuti umum sempena pertabalan Tuanku Muhriz pada 26 Oktober ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, bermula tahun depan pula kerajaan negeri akan mewartakan cuti umum sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 14 Januari setiap tahun, iaitu hari kelahiran baginda.

Tuanku Muhriz telah dimashyurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember tahun lalu, menggantikan Almarhum Tuanku Ja'afar yang mangkat pada 27 Disember.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 05:01 PM | Show all posts
la.. dia ni lum tabal lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 02:56 PM | Show all posts
Pertabalan Tuanku Muhriz pada Oktober ini penuh adat istiadat
KUALA PILAH: Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir bulan depan, akan dijalankan dengan penuh adat istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti dekat sini.

Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz berkata istiadat itu akan berlangsung dari 22 Oktober sehingga 28 Oktober ini.

"Istiadat pertabalan pada 26 Oktober ini merupakan istiadat kemuncak sejak istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008 berikutan kemangkatan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Dis 2008," katanya.

Beliau memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, istiadat pertabalan dimulakan dengan istiadat mengeluarkan dan memasang alatalat kebesaran di halaman Istana Besar Seri Menanti pada 22 Oktober oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja.

Alat-alat kebesaran ini terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah.

Katanya alat-alat kebesaran ini akan kekal terpasang di halaman Istana Besar Seri Menanti selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan alat-alat kebesaran dilakukan pada 28 Okt.

Beliau berkata ini diikuti istiadat bersiram yang akan diadakan pada 25 Okt di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada.

"Orang Empat istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh kali. Baginda berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan akan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti," katanya.

Tunku Ali Redhauddin berkata istiadat pertabalan akan dilangsungkan pada 26 Okt di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat pertabalan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun ini.

"Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah diadakan terlebih dahulu pada 14 April lepas dan istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti (Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera Empat telah diadakan pada 22 Februari lepas," katanya.

Sementara itu, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani meluangkan masa kirakira setengah jam beramah mesra dengan para wartawan, jurufoto dan jurukamera tv pada jamuan teh sempena Aidilfitri sebelum baginda berdua berangkat meninggalkan majlis. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.125177 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list