CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MetalFire

Tunku Muhriz Tuanku Munawir YDP Negeri Sembilan ke 11

[Copy link]
Post time 26-9-2009 02:56 PM | Show all posts
Pertabalan Tuanku Muhriz pada Oktober ini penuh adat istiadat
KUALA PILAH: Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir bulan depan, akan dijalankan dengan penuh adat istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti dekat sini.

Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz berkata istiadat itu akan berlangsung dari 22 Oktober sehingga 28 Oktober ini.

"Istiadat pertabalan pada 26 Oktober ini merupakan istiadat kemuncak sejak istiadat permasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008 berikutan kemangkatan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Dis 2008," katanya.

Beliau memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, istiadat pertabalan dimulakan dengan istiadat mengeluarkan dan memasang alatalat kebesaran di halaman Istana Besar Seri Menanti pada 22 Oktober oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja.

Alat-alat kebesaran ini terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol (panji-panji) kuning, hitam dan merah.

Katanya alat-alat kebesaran ini akan kekal terpasang di halaman Istana Besar Seri Menanti selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan alat-alat kebesaran dilakukan pada 28 Okt.

Beliau berkata ini diikuti istiadat bersiram yang akan diadakan pada 25 Okt di mana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada.

"Orang Empat istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak tujuh kali. Baginda berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan akan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti," katanya.

Tunku Ali Redhauddin berkata istiadat pertabalan akan dilangsungkan pada 26 Okt di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat pertabalan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 merupakan salah satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun ini.

"Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah diadakan terlebih dahulu pada 14 April lepas dan istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti (Tunku Ali Redhauddin) iaitu Putera Empat telah diadakan pada 22 Februari lepas," katanya.

Sementara itu, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani meluangkan masa kirakira setengah jam beramah mesra dengan para wartawan, jurufoto dan jurukamera tv pada jamuan teh sempena Aidilfitri sebelum baginda berdua berangkat meninggalkan majlis. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2009 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 06:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 09:19 PM | Show all posts
DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!!

Ese ni dongan banggo'eh nak koba'an kek korang semuo.....
ese baru yo pagi tadi mendapek satu kesempatan yang sangat2 bermakno....
dek kerano urusan kojo ese berpeluang jumpo Tuanku Mukhriz...
Walaupun tak dapek bercakap tapi dapek yo mengangkat sembah cara berdopan...duduk sekali dongan Tuanku dalam satu majlis yang samo mmg sangat bermakna bd rakyat biaso mcm ese...kiro eh' ari ni tadi dapek minum pagi dongan Tuanku...meraso lah minum n makan makanan istano.....mmg ese raso best bona laa ari ni...sgt2 best....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 10:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2009 10:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 10:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2009 10:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 10:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 10:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 04:12 PM | Show all posts
Tunku Ali Redhauddin Dan Tunku Zain Al'abidin Dikurniai Darjah Kerabat Yam Tuan Raden



KUALA PILAH, 20 Okt (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengurniai Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.) kepada dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin.

Darjah Kerabat Yam Tuan Raden ialah darjah kebesaran yang kedua tertinggi di Negeri Sembilan dan diwujudkan pada tahun 1978.

Darjah ini dikurniakan kepada putera dan puteri diraja Negeri Sembilan yang berketurunan Raja Raden ibni Raja Lenggang sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 11:19 AM | Show all posts
Incik Mod, spelling nama Tuanku salah tu, minta edit kang murka lak ayahanda mertuaku nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2009 03:41 PM | Show all posts
err dah tukar.ampun tuanku..sembah patik harap diampun.. takpe tuanku kita tak cam TMJ
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 05:17 PM | Show all posts
Incik Mod, spelling nama Tuanku salah tu, minta edit kang murka lak ayahanda mertuaku nanti
cmf_yipun78 Post at 21-10-2009 11:19


gigih kak yip merantau jauh ke thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 06:43 AM | Show all posts
75# cmf_premierleag


demi memofularkan ayahanda mertua ai maaaaa dah ready baju lip lap dearie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 12:21 PM | Show all posts
Tuanku Muhriz pengerusikan mesyuarat


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-219 pada hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Mesyuarat ke-219 Majlis Raja-Raja bermula hari ini dengan dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Negara di sini.

Mesyuarat itu dihadiri semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri kecuali Kelantan, Pahang, Perak, Johor dan Terengganu.

Kelantan diwakili Pemangku Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad, Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Johor diwakili Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail.

Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Mereka masing-masing diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri kecuali Negeri Sembilan yang diwakili Datuk Muhammad Razi Kail, yang dilantik sebagai penasihat sementara Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 01:09 PM | Show all posts




File picture of Tuanku Muhriz with his father Tuanku Munawir.



Tuanku Muhriz with members of his band, The Prince and the Paupers,
as a boy studying at Aldenham School in England.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 05:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 05:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.142562 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list