CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khoirulfatihin

[NFO] Apa yg korang faham ttg Adat Perpatih

[Copy link]
Post time 16-1-2009 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by manaya at 16-1-2009 08:52
den faham bona ngan adat sondiri,,....


..den malu ngan adat sondiri,....


..organg luar tahu den orang nogorie,...

..jadi, den jadi tompek dia orghang nak betanyo,,...

..cam no nak ...


ontah apo yang kau repekan ni....becerabih macam org domam kuro2
malu konon ngan adat sendiri
puihhhhhh

kok tak faham poie belajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by kesuma_jon at 16-1-2009 11:27
'esei totap banggo jadi anak jati nogori sombilan walopun dah lama dok merantau, n9 totap di hatiko......'




TAHNIAH
sifat macam ni memang den puji
banggo ngan adat dan tompek tumpah darah
kito mesti ado semangat jati diri dan semangat pahlawan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by manaya at 4-1-2009 13:54
laki kono ambik sondiri nasik dlm periok,..

..baju basuh sondiri,..

..makan sonssorang yo kek dapor tu,...

..laki tido kek luar la,...

..bini tido ngan anak ee,...

..nasib badan ka ...


agak eh...ni jenis laki kaki dangdut ni
balik dah nak suboh
bini mano nak larat tunggu laki perangai macam dot dot tan ni

kok laki ni jenis baik...macam den ni
kok jadi gak macam ni
dah tontu..laki jenis takut kek bini...yang ni bukan jenis den
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by manaya at 7-1-2009 20:57


ini corito yg nampak kek mato den sondiri,....

..ado 2-3 kes samo ,.....,..bkn provoke,...real life,...

..podeh tolingo mondongar bondo yg botul ni,...


bondo ni mano2 belaku
kek pulau manampilik pun ado yo

kok tak botul..ngapo tak dibotulkan
orang ni kalau kito diam...macam kito mengiyokan stetmen eh

bak kato buapak suku tebolang....

SHOW THEM  YOUR ONE FINGER
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 07:42 PM | Show all posts
den harap manaya on9 mlm ni.... leh dio blaja
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 08:02 PM | Show all posts
Originally posted by ceqtom at 14-1-2009 08:21 AM
Off topic sat...

Manaya ni konon2 nak buek mcm ASHNA...
Tp sayang he dio BANGGANG tu masaalah he..


bilo balik gumah montuo kek pahang,.....

..mulo lah kojo den mempertahankan kedaulatan adat pepatih,...

..yg bententangan dengan hukum faraid.(sahaja, )

......macam menegahkan benang basah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2009 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by sampoe at 16-1-2009 05:43 PM


agak eh...ni jenis laki kaki dangdut ni
balik dah nak suboh
bini mano nak larat tunggu laki perangai macam dot dot tan ni

kok laki ni jenis baik...macam den ni
kok jadi gak macam ni
da ...


suami ee nie,.

pagi g antar anak g sekolah,

pass tu g kobun,..motong gotah,..

tonggah arie,. jomput anak

..potang, antar anak sokolah agama.

..potang g sabit rumput, bagi makan lombu,...

..malam,.g antar anak mengaji,....

..laki jenis x reti dok diam,...kojo,..kojo,..kojo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 09:23 PM | Show all posts
Originally posted by manaya at 16-1-2009 08:02 PM


bilo balik gumah montuo kek pahang,.....

..mulo lah kojo den mempertahankan kedaulatan adat pepatih,...

..yg bententangan dengan hukum faraid.(sahaja, )

......macam menegahkan benang ...


apo kato kau bukak sekolah utk mentuo dan yg sewaktu dgnnya tu....Bukak kelas adat pepatih...kok xdo buku ea meh den supply


Originally posted by manaya at 16-1-2009 08:05 PM


suami ee nie,.

pagi g antar anak g sekolah,

pass tu g kobun,..motong gotah,..

tonggah arie,. jomput anak

..potang, antar anak sokolah agama.

..potang g sabit rumput, bagi makan ...


ado ciri2 suami mithali ....
setiap apo yg kau buek tu kono la ikhlas...baghu berkat rumahtanggo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 09:30 PM | Show all posts
osah la waghieh tuh mmg tak duduk umah...
aktip mo kegiatan harian di samping mencari joki
mano la org umah eh tak naik tocang...


uihhh aihhh
pepandai lak den ha bg komen terbuko
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by aleni at 16-1-2009 09:30 PM
osah la waghieh tuh mmg tak duduk umah...
aktip mo kegiatan harian di samping mencari joki
mano la org umah eh tak naik tocang...


uihhh aihhh
pepandai lak den ha bg komen terbuko


mano la org umah eh tak naik tocang...

tang ni den setuju hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 10:07 PM | Show all posts
..den goma berdebat ngan orang  yg kuek mempertahankan

adat pepatih,...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 10:12 PM | Show all posts
somo bondo dlm dunio nih bersobab...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:01 AM | Show all posts
Originally posted by ceqtom at 14-1-2009 08:21 AM
Off topic sat...

Manaya ni konon2 nak buek mcm ASHNA...
Tp sayang he dio BANGGANG tu masaalah he..


bab adat perpatih nie..

..kerajaan kono bubar kanun tanah negara , section tanah adat

..bilo dah d ubah title tanah adat,...barulah boleh di buat pilihan

..nak tukar namo ikut adat atau ikut faraid,...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 06:08 AM | Show all posts
Originally posted by ceqtom at 14-1-2009 08:21 AM
Off topic sat...

Manaya ni konon2 nak buek mcm ASHNA...
Tp sayang he dio BANGGANG tu masaalah he..


..kenape????

..segelintir orang nogorie yg beragama islam menolak hukum faraid ,,..?

..memilih sistem adat  pepatih dapat urusan harta posako,...?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by manaya at 16-1-2009 08:05 PM


suami ee nie,.

pagi g antar anak g sekolah,

pass tu g kobun,..motong gotah,..

tonggah arie,. jomput anak

..potang, antar anak sokolah agama.

..potang g sabit rumput, bagi makan ...


yg kau cito ni...kaum kerabat bini kau yg kawin org nogori ko...
semuo kojo yg dio buek tu..mmglah tanggungjawab dio......
xkan kau nk suruh bini eh plak yg buek kojo tu.....
mcm x masuk akal...pulak bunyi ..eh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 10:49 AM | Show all posts
Adat perpatih bakal didokumentasi

SEREMBAN 1 Feb. - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah institusi khusus bagi mendokumentasi segala aspek berhubung adat perpatih di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, institusi berkenaan berperanan merekod segala aktiviti tentang adat perpatih secara tersusun.

Jelas beliau, antara perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan oleh institusi itu termasuk istiadat rasmi, pewarisan harta pusaka dan seni budaya.

''Bahan-bahan yang didokumentasi boleh dijadikan sumber rujukan rasmi oleh penyelidik adat perpatih serta orang ramai terutama generasi muda," ujarnya.

Mohammad Razi berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Karyawan Negeri Sembilan (Karyawan NS) Kali Kedua di Taman Budaya dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Warisan Seni Budaya, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Siri Neng Buah dan Presiden Karyawan NS, Roslee Mansor.

Dalam majlis yang sama, Mohammad Razi menerima kertas kerja cadangan penubuhan Akademi Karyawan NS yang diserahkan oleh Roslee.

Beliau memberitahu, selain istiadat rasmi, kerja-kerja pendokumentasian turut meliputi isu-isu berkaitan tanah adat.

''Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi perhatian yang serius tentang perkara tersebut dan beliau mencadangkan supaya dianjurkan forum atau seminar bagi membincangkan isu-isu tanah adat," jelasnya.

Kata Mohammad Razi lagi, institusi berkenaan diselia oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan tokoh-tokoh yang berpengetahuan luas tentang adat perpatih akan dijemput untuk memberi pandangan.

Dalam pada itu, beliau berharap, ahli-ahli Karyawan NS menggiatkan usaha menarik minat orang ramai di negeri ini terhadap kegiatan seni budaya melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Ujarnya, ahli-ahli Karyawan NS boleh memainkan peranan meningkatkan jati diri masyarakat melalui penghasilan karya-karya berkualiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 08:05 AM | Show all posts
Pelihara kemuliaan Adat Perpatih

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

PERTIKAIAN siapakah sebenarnya yang harus memegang jawatan Datuk Sedia Lela/Datuk Perba, Lembaga Waris Dua Carak, Luak Rembau masih terus menjadi perdebatan di kalangan rakyat Negeri Sembilan.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan pada 26 Mac 2007 yang menolak penghakiman pernyataan fitnah ke atas Datuk Dr. Ismail Shamsuddin oleh 10 pemimpin Undang Luak Rembau.

Sebelas tahun sebelumnya, kedudukan Ismail sebagai Datuk Sedia Lela/Datuk Perba dilucutkan kerana tuduhan salah guna kuasa dan beberapa pertuduhan lain. Pelucutan itu membuatkan Ismail tidak dapat mewarisi pesaka Undang Luak Rembau ke-21.

Sebaliknya jawatan itu diberikan kepada Datuk Sedia Utama/Datuk Shahbandar Mohd. Sharip Othman yang dimasyhurkan pada 21 November 1998 dan masih memegang jawatan itu sehingga kini.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah dua tahun lalu yang berpihak kepada Ismail dengan sendirinya menggugat struktur institusi Undang Rembau ketika ini. Pelantikan Datuk Sedia Lela/Datuk Perba yang dibuat selepas pemecatan Ismail dianggap tidak sah.

Begitu juga penyandang pesaka Undang yang dilantik oleh Datuk Sedia Lela/Datuk Perba sekarang juga tidak sah dari segi adat dan Perlembagaan negeri.

Sementelah Undang Rembau yang ada ketika ini dilantik oleh Datuk Sedia Lela/Datuk Perba yang mengambil alih jawatan selepas pemecatan Ismail. Mengikut adat, Datuk Sedia Lela/Datuk Perba tidak ada kuasa dan ditegah oleh adat melantik Undang.

Tugas Datuk Sedia Lela / Datuk Perba ialah setakat mencari "beneh" Undang untuk dikemukakan kepada Lembaga Tiang Balai. Yang berkuasa melantik Undang hanyalah dengan kebulatan Lembaga Tiang Balai (berempat di baruh dan berempat di darat).

Permasyhurannya juga hanya boleh dibuat oleh Datuk Gempa Maharaja dan bukan Datuk Sedia Lela/Datuk Perba seperti yang berlaku dalam pelantikan Undang Rembau ketika ini.

Sedikit latar belakang mengenai apa yang berlaku dalam isu jawatan Datuk Sedia Lela/Datuk Perba Luak Rembau itu menimbulkan tanda-tanya seolah-olah ada sesuatu yang tidak berlangsung mengikut adat.

Ia juga membuka perbincangan dan perdebatan yang tidak sihat, apatah lagi isu ini sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun.

Antaranya seperti yang dijelaskan Ismail, sama ada Undang Rembau dapat menjalankan tanggungjawab, kewajipan, amanah dan tugas masing-masing. Paling penting, adakah Luak Rembau hari ini ditadbir mengikut Adat Perpatih iaitu Perlembagaan Adat dan Istiadat Rembau, Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Negeri Sembilan,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sewajarnya berdasarkan persetujuan antara Undang-Undang Luak dan Kerajaan, masalah Luak perlu diselesaikan di Luak masing-masing.

Begitu juga dalam isu di Rembau, Undang Rembau dan Lembaganya iaitu Lembaga Tiang Balai dan Lembaga Suku Nan 12 adalah satu-satunya pihak yang berkuasa di peringkat Luak untuk menyelesaikannya.

Perkara ini jelas Ismail, turut ditekankan oleh kerajaan negeri atau Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang menasihatkan Undang Rembau menyelesaikan perselisihan. Malangnya sehingga kini, Undang Rembau selaku Ketua Pentadbir Adat dan Istiadat Luak mengambil sikap "seolah-olah tidak peduli".

"Maka, penyelesaian kini sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri,'' tegasnya.

Ini kerana Undang tidak lagi memiliki kuasa mutlak sebaliknya terikat dengan Perlembagaan. Antaranya seperti diperincikan dalam Bahagian 1, Seksyen 14 dan 15 Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sembilan 1959.

Sewajarnya dengan pengalaman, kepakaran dan ruang termasuk undang-undang, kerajaan negeri perlu bijak menangani isu adat yang sedang berbangkit.

Ia juga selaras dengan perbilangan adat yang berbunyi: "Kena di mata jangan dipecengkan, kena di perut jangan dihempiskan, kalau diukur sama panjang, kalau dikerat sama pendek, kalau ditimbang sama berat."

Bukan bermaksud untuk mempertahankan jauh sekali berjuang atas kepentingan peribadi sesiapa. Sebaliknya pendedahan ini adalah atas dasar rasa hormat dan menjunjung tinggi kemuliaan Adat Perpatih.

Dalam sejarah, tidak ada mana-mana tamadun di dunia yang memiliki keunikan adat seperti yang diwarisi oleh Negeri Sembilan.

Selama lebih 600 tahun, Adat Perpatih diamalkan sesuai dengan perbilangan: "Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitab Allah SWT."

Bagi melingkungi Perlembagaan negara dan negeri, perbilangan itu dipanjangkan yang berbunyi: "Dua sejalin, tiga sepilin. Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung."

Jika ditanya kepada generasi muda hari ini, tidak ramai yang benar-benar memahami Adat Perpatih waima di kalangan anak watan Negeri Sembilan sendiri.

Di kalangan orang luar pula pemahamannya lebih parah. Adat Perpatih lebih sinonim dinilai sebagai memberi hak dan keistimewaan yang besar kepada kaum wanita.

Justeru adalah tidak wajar untuk Adat Perpatih diburukkan lagi dengan isu perebutan seperti ini yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan peraturan adat. Pertelingkahan yang berpanjangan memberi implikasi yang buruk kepada Institusi Undang/Adat dan kerajaan.

Masyarakat akan hilang keyakinan kerana keputusan yang tidak tepat, wajar dan adil dalam beberapa peristiwa dan kepincangan adat yang berlaku sebelum ini.

Justeru, peluang dalam berdepan dengan kemelut Luak Rembau ketika ini perlu direbut dalam mengembalikan semula kepercayaan masyarakat.

Pastinya perebutan jawatan Datuk Sedia Lela, Lembaga Waris Dua Carak ini tidak mahu diakhiri dengan penyelesaian yang membelakang adat seperti menceroboh Balai.

Amat memalukan sekiranya persengketaan ini dibiarkan berpanjangan, lebih banyak cacat-cela penyandang jawatan di Luak Rembau bakal ditelanjangkan.

Sedangkan ia boleh diselesaikan dengan campur tangan Datuk Seri Utama dengan perundangan adat sedia ada. Seharusnya kepentingan rakyat, luak, negeri dan negara diberikan keutamaan berbanding kepentingan peribadi.

Ia juga mematuhi perbilangan adat yang menyebut: "Sosa ikat kebolat, sosa bolat ke tebing, sosa tebing, tebing runtuh."
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 09:45 AM | Show all posts
bagi aku adat perpatih ni mendahului masa sebenarnya. contoh dlm pembahagian harta pusaka pembelaan terhadap perempuan tu tinggi.
ialah kalau dlm sisitem faraid perempuan dpt 1/8 saja. sedangkan kalau apa-apa
permasalahan rumah tangga perempuan yg akan suffer lebih selalunya,
anak-anak diserahkan pada perempuan so dari situ dah nampak dah keindahan adat perpatih. ada aku baca somewhere tentang sisitem faraid ni dikaji semula
sebab agama islam ni agama sejagat dan up to date bukannya jumud.
so aku ambil yg positif.


#aku bukan penyokong sister in islam
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 10:43 AM | Show all posts
Peluang hayati warisan Minangkabau

SEREMBAN 20 Mei - Berkunjung ke Galeri Sejarah Negeri Sembilan di Muzium Negeri di sini, anda akan cuba dibawa ke zaman silam yang menyaksikan pelbagai barang purba yang memperlihatkan keunikan warisan dan adat perpatih.

Selain itu, pengkisahan tentang kebudayaan Negeri Sembilan akan ditonjolkan melalui pameran replika berbentuk adat istiadat tradisional seperti perkahwinan, makanan, minuman dan tarian.

Sebagai anak negeri mahupun para pengkaji sejarah, Galeri Sejarah itu bakal memberikan keunikan serta tarikan kepada mereka pada ketika berusaha memahami tentang sejarah negeri adat perpatih ini.

Menurut Nurul Natasha Nordin, 22, yang berasal dari Seremban, walaupun sebagai anak jati negeri ini kefahamannya tentang adat warisan dan budaya negeri ini agak cetek apatah lagi apabila kebanyakan daripada masanya dihabiskan di luar.

''Walaupun berasal dari negeri ini namun tidak semua yang saya tahu tentang negeri ini termasuk sejarah nenek-moyang saya. Jadi penubuhan Galeri Sejarah ini memang menarik apatah lagi banyak yang mampu kita peroleh daripada sejarah, adat istiadat dan institusi raja di Negeri Sembilan.

''Di sini juga kita boleh tengok barang-barang lama yang sangat unik dan melambangkan ciri-ciri Minangkabau. Namun satu sudut yang paling saya gemar adalah tentang adat istiadat perkahwinan masyarakatnya yang menarik," katanya yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM).

Nurul berkata, galeri tersebut sesuai untuk dikunjungi oleh pelajar termasuk anak-anak muda bagi mengukuhkan jati diri mereka.

''Memang sangat berguna kerana dari situ kita akan tahu asal-usul budaya kita dan wajar berbangga dengannya," tambahnya.

Bagi Mohd. Safuan Adnan, 19, dari Bentong, Pahang, kunjungan bersama bapa saudaranya dari Indonesia hari itu memang berbaloi.

''Saya dan bapa saudara berkunjung ke sini untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah dan adat Negeri Sembilan. Kebetulan diberitahu bahawa galeri baru dibuka.

''Memang mendalam dan terperinci pengisiannya termasuk tentang sejarah orang Minangkabau yang berhijrah ke Tanah Melayu termasuk Negeri Sembilan. Apa yang menarik adalah sudut tentang institusi diraja termasuk adat istiadat pertabalan yang ada keunikan tersendiri," kata beliau.

Pelajar, Nur Ain Karim, 23 memberitahu, muzium yang sama seperti sekolah sebagai sumber pendidikan formal mampu menyalurkan maklumat berguna kepada pengunjung.

''Kita berkunjung ke muzium bukan sekadar untuk suka-suka tetapi juga mendapat maklumat daripadanya, jadi pameran yang lengkap mampu menjadikan setiap kunjungan bermanfaat. Pada masa yang sama ia juga dapat membangkitkan semangat mencintai sejarah.

''Galeri Sejarah yang baru dibuka ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati warisan dan kebudayaan kebanggaan kita," katanya yang berasal dari Paroi di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 10:44 AM | Show all posts
Merungkai sejarah N. Sembilan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusanN9@utusan.com.my


GALERI Sejarah Negeri Sembilan menghimpun pelbagai artifak dan pameran berkaitan keunikan adat perpatih bagi memenuhi kehendak pengunjung termasuk pelancong luar.

SEREMBAN 20 Mei - Sejarah kedatangan adat perpatih ke Negeri Sembilan berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau dari Sumatera Barat, malah kebanyakan penduduk di sini berasal daripada golongan penghijrah tersebut.

Penghijrahan itu membawa kepada keunikan gaya hidup dan warisan kebudayaan yang menjadi amalan sejumlah penduduk negara ini terutama daripada sistem matrilineal, di mana keturunan seseorang itu disusur galur mengikut sebelah ibu.

Namun kini sejauh mana sejarah dan amalan adat perpatih itu difahami oleh masyarakat seperti generasi muda negeri ini yang kebanyakannya mungkin sudah berhijrah ke ibu kota.

Perkara yang sama cuba diatasi melalui Galeri Sejarah Negeri Sembilan di Muzium Negeri di sini.

Penubuhan galeri yang menghimpun pelbagai artifak dan pameran berkaitan keunikan adat perpatih ini memenuhi kehendak pengunjung termasuk pelancong luar yang tertarik dengan keunikan adat dan warisan negeri ini.

Bukan sekadar mempamerkan secara kronologi penghijrahan orang Minangkabau di Tanah Melayu pada abad ke-15 secara terperinci, pengisian galeri baru itu juga turut diwarnai dengan pelbagai artifak dan replika berkaitan termasuk rumah Minang.

Pada satu sudut pengunjung juga akan tertarik dengan pelbagai bahan sejarah yang melambangkan institusi beraja, Undang Yang Empat dan Luak-Luak yang dibanggakan oleh masyarakat negeri ini.

Boleh diandaikan jika anda mengambil masa selama dua tiga jam untuk menyelusuri galeri tersebut, sedikit sebanyak maklumat tentang keunikan negeri ini mampu dibawa pulang.

Pengarah Lembaga Muzium tersebut, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, idea penubuhan galeri tersebut juga bermula daripada pandangan pengunjung sendiri yang tertarik dengan adat perpatih dan mahukan ia dipamerkan secara terperinci.

''Kita mendapat banyak maklum balas daripada pengunjung yang mengatakan mereka tidak puas hati ketika meneroka khazanah adat perpatih di sini dan mahukan lebih banyak maklumat yang berkaitan. Sebagai pihak muzium yang bertanggungjawab menyimpan dan menguruskan khazanah lama untuk orang ramai, kita memandang serius perkara ini.

''Dari situ bermulanya Galeri Sejarah ini yang dibuka sejak 14 April lepas. Apa yang diharapkan agar ia memberi banyak manfaat kepada pengunjung," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, penubuhannya mampu melengkapkan lagi pengisian pameran di Muzium Negeri termasuk memberi kepuasan dan memenuhi hasrat pengunjung yang datang tidak kira daripada golongan akademik, pelajar dan orang biasa yang menginginkan maklumat sejarah Negeri Sembilan.

''Semuanya dipamerkan secara terperinci dan secara kronologi bermula dari penghijrahan orang Minangkabau ke Tanah Melayu pada abad ke-15 sehingga adat istiadat diraja yang menjadi kebanggaan rakyat negeri ini.

''Jika ada seorang pelajar, pensyarah atau pengkaji sejarah yang ingin mendapatkan maklumat tentang Negeri Sembilan semuanya mampu diungkaikan dengan mengunjungi Galeri Sejarah ini," katanya.

Penubuhan Galeri Sejarah itu juga, kata beliau, bertepatan kerana selepas 41 tahun berlalu Adat Pertabalan Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada 24 hingga 26 Oktober ini.

''Apa yang diharapkan melaluinya orang ramai akan mendapat maklumat awal mengenai adat istiadat tersebut yang penuh bersejarah dan gilang gemilang," kata beliau.

Pada masa yang sama, pihak muzium, kata Shamsuddin, akan mengatur pelbagai program dan aktiviti sama ada dalam bentuk pendidikan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat khususnya kepada pelajar sekolah dalam usaha memeriahkan lagi kunjung mereka ke muzium tersebut.

''Selain mendapat pelbagai maklumat ketika mengunjungi muzium, mereka juga diharapkan membawa pulang keseronokan melalui pelbagai aktiviti yang diadakan," tambah beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohd. Razi Kail berkata, penubuhan galeri itu juga mampu meningkatkan kehadiran pelancong di samping memartabatkan khazanah warisan silam negeri Adat Perpatih ini,'' kata beliau.

''Sememangnya kita mengetahui bahawa muzium tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat dan dari aspek pelancongan muzium sentiasa menjadi tumpuan masyarakat khususnya pada hari cuti.

''Begitu juga pelancong asing apabila datang ke negeri ini tidak lengkap kalau tidak berkunjung ke muzium. Demikian muzium mempunyai tarikan tersendiri," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.084993 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list