CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khoirulfatihin

[NFO] Apa yg korang faham ttg Adat Perpatih

[Copy link]
Post time 23-5-2009 08:55 PM | Show all posts
paklong aku ader tulis buku pasal adat perpateh nih.....jadi rujukan utama gak kalau tak silap haku laaa...
tapi tak minat lah den....bahasa dia kurang paham lahh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2009 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 30-12-2008 16:51
Pembahagian harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam ...


Betul.. bab ni ramai yang salah faham sampaikan ada kes orang luar takmo kawin ngan perempuan negeri sembilan sebab takut kena queen control kononnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 01:37 AM | Show all posts
Originally posted by manaya at 18-1-2009 06:08


..kenape????

..segelintir orang nogorie yg beragama islam menolak hukum faraid ,,..?

..memilih sistem adat  pepatih dapat urusan harta posako,...?????


Hukum Islam tuh yang wajib dikuti...tetapi dalam soal pemberian harto pusako, aku ghaso sistem adat perpatih tuh memberi kebaikan dan membelo golongan wanita...bukan menolak hukum faraid tetapi Islam tuh kan mengajar erti keadilan...kenapa perlu dipertikaikan soal pemberian tanah adat kepada anak perempuan sedangkan semua perkara seperti harta sepencarian, tanah bukan adat mengikut sistem faraid...

Apapun, aku tak penah menyesal dan berbanggo yg amat menjadi oghang nogori sembilan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 07:55 PM | Show all posts
suami den ohgang melako tapi dio suko balik nogoghi (poland 2 )
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 12:53 AM | Show all posts
apo pun den mmg tak paham psl adat nie....tp den nie kalo ikut bolah omak suku selomak minangkabau....bolah abah takdo suku sbb den nie international skit (abah den mamak)...yg ponting omak den dh siap kan apo yg patut unt den dan adik beradik yg lain....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 02:16 PM | Show all posts
Jenis-jenis Adat Pepatih

Adat Pepatih dibahagikan kepada empat jenis atau dalam istilah adat 'Adat nan empat jenjang' iaitu:

i) Adat yang sebenar:

    * Adat yang sebenar adat ialah undang-undang. Dalam dunia moden hari ini ialah undang-undang yang telah diwartakan atau digezetkan sama ada diperingkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Adat yang sebenar ialah juga hukum alam. Ia adalah ketentuan Ilahi, Allah SWT.
      
Contoh:

Sifat api - membakar

Sifat air - membasahi

Benda-benda tajam melukai

i) Adat yang teradat :

* Adat yang teradat adalah kelaziman atau tabii.

Contoh:

Adat merisik, Adat bertunang, Adat menjemput pengantin, Adat mengembang cincin, Adat berkayu berakar dan lain-lain.

iii) Adat yang diadatkan :

* Adat yang diadatkan ialah adat yang diucap dan dipakai.

iv) Adat Istiadat:

* Adat istiadat ialah adat resam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2009 11:05 AM | Show all posts
Lelaki tidak hilang harta jika kahwin

SEREMBAN 14 Julai - Adat perpatih di negeri ini dikatakan tidak berasal sepenuhnya daripada adat yang diamalkan di tanah Minangkabau, Sumatera, Indonesia.

Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget (gambar) berkata, adat perpatih Negeri Sembilan merupakan gabungan adat Minangkabau, adat Siak di Sumatera serta adat masyarakat Orang Asli di sini.

Menurut beliau, gabungan elemen tersebut menjadikan adat perpatih amalan masyarakat berketurunan Minangkabau di negeri ini unik.

"Justeru, tanggapan segelintir pihak mengatakan adat perpatih Negeri Sembilan serupa dengan adat Minangkabau adalah kurang tepat," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Adat Nan Diuca Pakai' pada program Syarahan Negeri Sembilan 2009 di sini kelmarin.

Sementara itu, Khalid memberitahu, sistem pewarisan harta adat perpatih yang memihak kepada kaum wanita sering disalah anggap oleh masyarakat luar.

"Ramai menganggap lelaki yang mengahwini wanita berketurunan negeri ini akan kehilangan segala harta-benda ekoran terpaksa diserahkan kepada isteri.

"Sebaliknya, adat perpatih menggariskan bahawa hanya harta pusaka adat yang diwarisi seseorang wanita kekal menjadi miliknya selepas dia mendirikan rumahtangga," jelas beliau.

Katanya, pembahagian harta sepencarian selepas mendirikan rumah tangga masih tertakluk kepada hukum faraid.

Selain itu, menurut Khalid, anak atau saudara lelaki sewaris berhak memakan hasil dari tanah pusaka yang dikerjakan walaupun dia tidak memilikinya secara adat.

Sehubungan itu, tegas beliau, tanggapan yang mengatakan sistem pewarisan harta adat perpatih memberi ruang kepada kaum wanita mengikis harta suami dan saudara lelaki adalah tidak benar sama sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 06:34 AM | Show all posts
Pembahagian harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai p ...
Syd Post at 30-12-2008 16:51



maaf kalu aku nak tau...dan betulkan apa yg aku silap ok...

ertinya tanah adat tidak tertakluk kepada hukum faraid kan? jadi dlm adat perpatih ia memakai hukum adat.
errr...boleh ke ianya dikira sebagai selari dgn hukum Islam? jangan marah aaa...

sekiranya seorang non muslim yang(tidak memeluk Islam) berkahwin dgn orang Islam,
tentu non muslim itu tidak tertakluk kepada hukum Islam...
kita pun tak boleh kata non muslim itu sebagai seorang muslim walau dia berkahwin dgn orang Islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056023 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list