|
PAPA sememangnya terkejut apabila seseorang membisikkan ke telinga Papa tentang kisah di sebalik perceraian seorang aktres jelita ini.
Mungkin sebelum ini ramai yang menuding jari ke arahnya dengan mengatakan dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki kacak tetapi hakikatnya, kisah yang terjadi adalah sebaliknya.
Apa yang Papa dapat tahu tentang kisah sebenar dia perceraiannya adalah kerana bekas suaminya itu mempunyai keinginan dan bernafsu kepada kaum sendiri.
Memang Papa hanya mampu gelengkan kepala apabila diberitahu tentang kisah ini.
Jelas sumber Papa itu lagi, aktres ini sendiri sudah beberapa kali menghidu kegiatan suaminya yang cenderung ke arah lelaki yang jauh lebih muda daripada usianya.
Sehinggalah ke satu ketika, aktres ini melihat sendiri di depan matanya kegiatan suaminya bersama lelaki lain yang menyebabkan hatinya hancur luluh.
Atas sebab itu juga, aktres berkenaan cuba mencari cinta bersama lelaki lain.
Papa pun pelik dengan sikap bekas suami aktres itu. Nak kata aktres ini tidak cantik dan tidak bergaya, memang mustahil kerana aktres ini memang jelita dan mempunyai karisma serta auranya yang tersendiri.
Entah betul atau tidak cerita ini, Papa pun sukar untuk memberikan jawapannya.
Apa sahaja yang berlaku hanya aktres itu dan bekas suaminya sahaja yang tahu.
Patutlah kalau diminta bercerita tentang kisah perceraiannya, aktres ini sering kali berkata ia terlalu sulit untuk diceritakan kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.
source-utusan |
|