CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19985|Reply: 195

10 Bakat Baru Paling Menonjol!!

 Close [Copy link]
Post time 7-1-2009 05:11 PM | Show all posts |Read mode


Selain membuat sorotan tentang cerita dan gosip terhangat sepanjang 2008, portal murai.com.myturut memilih 10 bakat baru tempatan yang menjadi perhatian selepaskemunculan mereka dalam industri seni tempatan. Ada yang datang daridunia modeling dan ada yang dicungkil bakatnya menerusi program realitiTV.

1. Nabil Raja Lawak 2  (pelawak, pelakon, pengacara)

Selepas menjuarai program Raja Lawak 2, Nabil yang dahulunya hanyalah seorang Mat Despatch kini semakin hot sebagai pelakon dan pengacara selain stand-up comedian. Tahun 2009 bakal menyaksikan Nabil muncul dalam beberapa filem hebat seperti Sifu & Tongga serta Lu Pikirlah Sendiri The Movie.

2. Fouziah Gous  (pelakon, model)

Hari iniwajah Fouziah Gous ada di mana-mana, menghiasi muka depan majalahhiburan ternama dan dada akhbar utama. Bekas pramugari PenerbanganMalaysia (MAS) ini jelas mempunyai pakej yang hebat sebagai artis.Bakat Fouziah menyinar dalam banyak drama TV tempatan antaranya Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Spa Q2, Sitkom Anak Mami dan dia akan muncul dalam filem terbaru seperti Maut, Sifu Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 7707 dan 2 Hati 1 Jiwa.


3. Scha Al-Yahya  (pelakon, model)

Bekas Dewi Remaja ini muka menjadi sebutan selepas berlakon dalam Awan Dania di Astro. Selain itu namanya juga makin menjulang selepas berlakon dalam filem seram, Histeria selain banyak iklan komersiol. Dalam dunia gosip, Scha dilaporkan intim dengan Fahrin Ahmad selepas pelakon lelaki itu berpisah dengan Linda Onn.


4. Stacy AF6 (penyanyi)

Diaadalah gadis kedua yang menjuarai AF selepas Mila. Stacy hebatkerana selain mempunyai vokal yang mantap dia antara artis Malaysiayang handal menari. Keletahnya yang spontan memang menghiburkan. Lagupopularnya yang menaikkan namanya adalah Aku Stacy dan sekarang pula mempertaruhkan Gagap.


5. Nubhan AF6 (penyanyi)

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini bukanlah juara AF6 tapi dia tetap popular dengan dibantu lagu Ada Untukmu. Selepas AF6, Nubhan semakin menyerlah kerana dibantu Vernon Kedit.Kini gosip cinta antara Nubhan dan Stacy kembali diperkatakan.


6. Kamal Adli  (model, pelakon, pengacara)

Selepas merangkul gelaran Hero Remaja 2007, Kamal Adli terus ditawarkan menjadi duta produk Sony. Kemudian, Kamal dilamar menjadi pelakon Impian Sunsilk bersama Diana Amir. Rezekinya terus menyinar sehingga menjadi pengacara program Ceritaku Pandanganku dan pelakon utama drama Renjis 2 di samping Elyana.


7. Sari Yanti (model, pelakon, pengacara)

Bertubuh kecil dan berwajah jelita, Sari Yanti antara pelapis pelakon wanita tempatan. Kejayaan dalam membawa watak Kaisaradi TV3 membuatkan dia menjadi pilihan ramai. Selain drama, Sari Yantijuga banyak menerima tawaran berlakon filem dan pernah muncul dalamfilem Impak Maksima.


8. Lisa Surihani (model, pelakon)


Beauty With Brain.
Itulah antara gelaran untuk Lisa kerana memiliki kelulusan dalam bidangundang-undang serta berwajah cantik sebagai pelakon. Selepasmembintangi filem I'm Not Single, bakat Lisa terus bercambah.Terbaru, dia terpilih menjadi duta produk Lipice. Bakat Lisa turutdiiktiraf juri profesional dalam Festival Filem Malaysia lalu sebagai Bintang Harapan.


9. Fizzow Omar (model, pelakon)


Bakatnya turut dicungkil melalui pertandingan Hero Remajayang disertai rakannya, Kamal Adli. Walaupun bukan juara, bekas ahlisukan ini semakin laris menerima tawaran berlakon. Selain berlakon,Fizzow sering menjadi model beberapa produk.


10. Remy Ishak (pelakon)


Dia mula dikenali dalam filem Indie, Comolot. Kemudian menyerlah dalam filem Anak Halal dan seterusnya, siri TV Sinderela bersama Sharifah Amani. Wajah Remy kerap menghiasi pin-up poster majalah popular tanah air.

[ Last edited by  kikilala_comei at 7-1-2009 05:13 PM ]
Single Polls, Total 675 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 05:15 PM | Show all posts
Apa kena plak si Fouziah gous tu masuk list,
dia nih kaki hanyut jek dlm bidang seni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:16 PM | Show all posts
lisaaaa..............suke dier......
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:16 PM | Show all posts
harus vote for stacy...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:19 PM | Show all posts
sebab singel choice, so aku tambah manual. stacy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2009 05:20 PM | Show all posts
aku vote nabil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2009 05:21 PM | Show all posts
vote goes to Remy Ishak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:21 PM | Show all posts
nubhan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 05:22 PM | Show all posts
Aku vote Nabil..very talented!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:24 PM | Show all posts
aku vote nabil. serba boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:24 PM | Show all posts
NABIL
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:26 PM | Show all posts
nabil laa..dari stro..skang muker dier dah terbabit kat media prim..kire x terperam kat stro jer..
klu bleh vote lebih dari satu..aku vote remy gakk..blakon pon bleh tahan dier nih..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:27 PM | Show all posts
1st choice:scha
2nd: remy
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:30 PM | Show all posts
NABIL:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:40 PM | Show all posts
nabil...nabil...nabil....walaupun engkau tak ensem...aku tetap minat
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:42 PM | Show all posts
remy ishak tu adik pada...alamak lupa pulak nama dia...husband vanida ke? dia ni umur berapa, nampak dah macam bukan remaja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 05:50 PM | Show all posts
SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA SCHA
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by eyan_suci at 7-1-2009 05:42 PM
remy ishak tu adik pada...alamak lupa pulak nama dia...husband vanida ke? dia ni umur berapa, nampak dah macam bukan remaja...



husband vanida nama dia RASHIDI ISHAK ..... betul ke depa adik-beradik ?????
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:54 PM | Show all posts
Suka tengok Lisa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:54 PM | Show all posts
nabil la..sape lg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.081753 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list