CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29332|Reply: 196

Bangkitlah Hijau Kuning!

[Copy link]
Post time 13-1-2009 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah






Inilah sebahagian daripada lagu keramat yg menjadi nyanyian tatkala pasukan bola sepak Hijau Kuning beraksi di padang menentang pasukan lawan. Nyanyian ini sentiasa akan mengegarkan mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 07:52 PM | Show all posts
aiyokk amat!!

semangat yang amat!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by nurulcomfykid at 13-1-2009 07:52 PM
aiyokk amat!!

semangat yang amat!



sebagai anak jati KEDAH, kita tak boleh tutup mata sahaja melihat kepincangan yg berlaku dihadapan kita
sesuatu tindakan perlu di ambil bagi memberi kesedaran betapa parahnya situasi sekarang ini terhadap mutu bolasepak negeri
sekaligus mampu memberi tekanan kepada rakyat negeri KEDAH
kemurungan, kesedihan dan rasa malu bukan perkara main
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 09:05 AM | Show all posts
kalau takmo sokong hijau kuning
jom sokong biru kuning.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by Hang at 14-1-2009 09:05 AM
kalau takmo sokong hijau kuning
jom sokong biru kuning.....


saya sokong biru kuning!!!

ijau kuning pun sokong gak weh. adek beradek. tp kalau time lawan sekali, aku pakai biru kuning la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:05 AM | Show all posts
miahaha...lupa lak nak hantar sms kat noret
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2009 10:28 AM | Show all posts






Hijaukuning - Gambar Pemain




Afif




Al-Hafiz




Azrul




Baddrol




Fadly




Faizal




Farizal




Fauzi




Fazliata




Hadi




Khairul




Manopsak




Rafiz




Ronny




Rozaidi




Sabre




Samransak




Shafiq




Shafizan




Shahrul




Thiru




Victor




Helmi




Nazmi




Khyril





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:28 AM | Show all posts
tumpang tepek result malam tadi


Negeri Sembilan 3 - 0 Perak
Johor FC 2 - 1 Selangor
Perlis 1 - 0 Kedah
KL PLUS 3 - 1 Pulau Pinang
UPB-MyTeam 0 - 1 Pahang
Kuala Muda NAZA 1 - 0 Terengganu
PDRM 2 - 4 Kelantan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 10:49 AM | Show all posts
Last updated: 11.01.2009 at 15:53
Pos Team Pld W D L F A Pts

1. Selangor 33001029
2. KL Plus 3300619
3. N.Sembilan 3201636
4. Perlis 3201656
5. Perak 3201436
6. Kelantan 3201666
7. Johor FC 3120545
8. P.Pinang 3111354
9. Terengganu 3102553
10. UPB MyTeam 3102563
11. Kuala Muda Naza 3102243
12. Kedah 3012171
13. Pahang 3003470
14. PDRM 3003050
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:53 AM | Show all posts

Reply #9 Joe_Shaper's post

selepas game malam tadi

ada tangga yang berubah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:53 AM | Show all posts
HKC




Sejarah Penubuhan
Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah atau lebih dikenali sebagai HKC (Hijau Kuning Supporters Club) didaftarkan secara rasmi pada 16 Februari 2005. Kemunculan website HKC sebenarnya telah bertapak di alam maya sejak tahun 2001. Bermula dengan komuniti-zero-hijaukuning, bertukar kepada www.hijaukuning.cjb.net kemudiannya beralih kepada www.hijaukuning.net dan akhirnya kekal hingga sekarang di www.hijaukuning.com.
Idea asal untuk menubuhkan website HKC ini ialah untuk memberi informasi kepada sebahagian penyokong yang inginkan maklumat mengenai pasukan Bolasepak Kedah yang pada sekitar tahun 2001 terlalu kurang mendapat publisiti berikutan prestasi Kedah pada tahun tersebut agak kurang memberangsangkan dan juga boleh dikatakan yang terburuk dalam era professional.
HKC menyediakan ruang perbincangan dan komunikasi melalui online forum kepada pengunjung terutamanya penyokong pasukan Kedah. Perbincangan bukan hanya tertumpu kepada perkembangan pasukan Kedah sahaja malah meliputi perkembangan bolasepak dalam dan luar negara.
Turut dimuatkan petikan berita mengenai pasukan Kedah yang terdapat di media-media tempatan serta informasi terus dari pihak kejurulatihan sebagai bahan informasi mengenai perkembangan pasukan. Disamping itu, Galeri Download yang mengandungi klip video, lagu rakyat serta lain-lain bahan muat turun juga disediakan untuk kemudahan para pengunjung.

Kini, setelah beroperasi sejak 2001, HKC telah mempunyai lebih 4,000 keahlian online. Sepanjang tempoh penubuhannya, HKC telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti secara online mahu pun secara offline. Antara aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan ialah pertandingan futsal, pertandingan boling, majlis berbuka puasa bersama jurulatih, kempen derma darah dan juga konvoi penyokong ke stadium lawan. Ternyata HKC bukan hanya menyatukan penyokong di alam maya malah berjaya menjalin dan mengembangkan hubungan peminat dan penyokong bolasepak Kedah di luar alam maya melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
HKC berharap dapat menjalankan pelbagai lagi perancangan-perancangannya untuk masa hadapan. Ada di antara rancangan-rancangan tersebut telah lama dibincangkan cuma belum mampu dilaksanakan atas halangan-halangan tertentu seperti kekurangan kewangan untuk membiayai projek tersebut.
Objektif Penubuhan
1. Menyediakan informasi, berita dan kegiatan yang berkaitan dengan perkembangan pasukan Bolasepak Kedah khususnya dan perkembangan bolasepak Malaysia dan dunia umumnya.

2. Mengumpulkan para penyokong bolasepak Kedah sebagai satu komuniti.


3. Menjadi sebuah pusat sumber rujukan utama informasi mengenai pasukan Kedah di kalangan penyokong.


4. Menjadi medan interaksi dan mengeratkan hubungan diantara para penyokong Kedah di dalam dan luar negeri Kedah termasuk di luar negara.


5. Menjalinkan hubungan baik dengan pihak pengurusan, kejurulatihan serta pemain agar segala informasi mudah diperolehi untuk dikongsi bersama penyokong.

Misi
Menjadi sumber informasi utama Pasukan Bolasepak Kedah
Moto
“Keazaman Menjana Kejayaan”
Perancangan HKC
* Menyediakan Kemudahan pembelian tiket secara on-line kepada para penyokong terutama ahli HKC bagi memudahkan mereka yang berada di lokasi jauh dari stadium untuk sama-sama berpeluang menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium darulaman.
* Menyediakan klinik bolasepak kepada sekolah-sekolah terpilih dengan mengambil beberapa pemain skuad bolasepak Kedah sebagai mentor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-1-2009 10:53 AM
selepas game malam tadi

ada tangga yang berubah tak?

jap nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:58 AM | Show all posts

Reply #12 Joe_Shaper's post

KL Plus kuasai persada
Oleh Hussain Said, Wan Faizal Ismayatim, Rizar Mohd Nor, Kamudin Baharom dan Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my


Selangor terlepas pendahulu tewas di tangan Johor FC

KL Plus muncul pendahulu baru saingan bola sepak Liga Super selepas menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ketika Selangor terlucut status itu gara-gara tewas 2-1 kepada Johor FC di Stadium JCorp, malam tadi.

Johor FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit kelapan selepas pengadil perlawanan, Sharif Shawal melayangkan kad merah kepada penjaga gol, Mohd Anis Faron kerana menjatuhkan Mohd Amirul Hadi Zainal dalam kotak penalti.

Berpunca daripada keputusan itu, skuad Merah Kuning yang dihadiahkan sepakan penalti berjaya mencipta jaringan awal menerusi Mohd Safee Sali pada minit kelapan yang mudah menewaskan Mohd Zaidi Ibrahim, penjaga gol yang mengisi tempat Anis.

Johor FC mengubah corak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan minit ke 21 menerusi Eddy Helmi Manan dan kemudian memastikan kemenangan menerusi tandukan Hamzani Omar, minit ke-71 berpunca daripada sepakan percuma Syaiful Sabtu.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga selepas menewaskan Perak 3-0 dengan jaringan diperoleh menerusi sumbangan Shahurain Abu Samah (m-8), Rahman Zabul (m-11) dan Aidil Zafuan Abdul Radzak (m-66).

Di Stadium Utama, prestasi merudum Kedah berterusan apabila tewas 1-0 kepada Perlis yang memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti Nizaruddin Yusof (m-17).

Di Stadium Darulaman, Kuala Muda Naza mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menewaskan Terengganu 1-0 hasil jaringan Anuar Jusoh (m-16) yang menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 25 meter.

Di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kelantan bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum berjaya menewaskan Polis 4-2.

Polis mendahului menerusi jaringan Khairul Zal Azmi minit ke-21 dan Fauzi Abdul Majid (m-29), sebelum Kelantan membalas menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin (m-32), Rizal Nayan (m-36, gol sendiri), Rizal Fahmi (m-63) dan Badhri Radzi (m-90).

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, UPB-MyTeam gagal mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri selepas tewas 0-1 kepada Pahang yang memperoleh gol kemenangan menerusi R Gopinanth, minit ke-21.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:59 AM | Show all posts
tak bole laaaaaaaaaaaa

[ Last edited by  Joe_Shaper at 14-1-2009 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:59 AM | Show all posts

Reply #14 Joe_Shaper's post

susah nak baca laaa

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:06 AM | Show all posts

Reply #14 Joe_Shaper's post

kasik link leh tak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 11:23 AM | Show all posts
Last updated: 14.01.2009  
Pos Team Pld W D L F A Pts

1. Plus FC44009212
2. Selangor43011149
3. N.Sembilan 4301939
4. Kelantan43011089
5. Perlis4301759
6. Johor FC4220748
7. Kuala Muda Naza4202366
8. Perak4202456
9. Pulau Pinang4112494
10. Terangganu4103563
11. My Team4103573
12. Pahang4103573
13. Kedah4013181
14. PDRM 4004290
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 14-1-2009 11:06 AM
kasik link leh tak


http://www.fam.org.my/
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:27 AM | Show all posts
jadual perlawanan




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.072716 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list