CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 38170|Reply: 42

Menjadi Sukarelawan Satu Kepuasan?

[Copy link]
Post time 14-1-2009 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Menjadi Sukarelawan Satu Kepuasan?

Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jika diminta menawarkan diri untukkerja sukarela, pasti ramai yang akan berfikir panjang. Apa tidaknya,kerana tugas atau kerja yang dilakukan itu tidak mendapat sebarangbayaran, dan kerap kali tiada penghargaan.

Namun ramai juga individu seperti Shahriman Abdul Rahman, 37, anggotasebuah badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Salam Malaysia( Salam), yangmerasakan kerja sebagai sukarelawan memberikan kepuasan.

Pekerja kilang di Mentakab, Pahang, ini menganggotai pertubuhan itusejak tahun 2000 kerana merasakan kerja sukarelawan adalah satu perkarayang terbaik pernah dilakukan untuk membantu insan yang memerlukan.

"Pelbagai program yang telah saya ikuti dan terbaru ialah mengikutimisi kemanusiaan ke Kemboja anjuran Salam dan MAYC (PersatuanKelab-Kelab Belia Malaysia) Veteran Kedah.

"Di sana kami dapat melihat selain merasai kesusahan masyarakat Islamdi Kratie (Kemboja).Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukurdengan nikmat yang kita peroleh sekarang," katanya kepada Bernama.

Kata-kata Shahriman turut disokong rakannya, Diana Syafiza Said, 26,yang berpendapat kerja sukarelawan mampu melatih diri menghargai setiappemberian yang dikurniakan.

"Saya rasa lebih bersyukur kerana kalau kita fikir kita susah, masihada orang yang lebih susah. Saya juga berminat jadi sukarelawan sebabini memberi kepuasan kepada saya selain minat saya untuk membantu orangyang memerlukan," katanya yang bekerja sebagai Jurutera Tenaga NasionalBerhad (TNB) di sini.

CABARAN MENJADI SUKARELAWAN

Walaupun tugas sukarelawan ini tidak seperti tugas anggota polis,tentera dan bomba, namun sumbangan mereka dalam misi-misi kemanusiaantidak boleh dipandang enteng.

Shahriman juga berpendapat dalam menjalankan kerja kebajikan atau sukarela, cabaran mental dan fizikal, amat diperlukan.

"Kita harus mempunyai keyakinan diri selain sihat tubuh badan untukmenjalankan kerja sukarela ini. Macam ketika kejadian Tsunami di Aceh,kami memerlukan sepenuhnya kudrat untuk mengangkat mayat," katanya.

Bagi Diana Syafiza pula, sebagai seorang wanita, beliau tetapbersemangat melakukan tugasnya walaupun menuntut pengorbanan yangtinggi daripada segi tenaga, wang dan masa selain terdedah kepadabahaya dan risiko penyakit.

"Apa yang penting kita harus tabah dan berani untuk melakukan tugassebegini. Bukan semua orang mampu untuk membuatnya. Menyertai badansukarela bukan bertujuan makan angin atau melancong.

"Tanggapan itu tidak boleh ada sama sekali. Kita kena ikhlas dengan apayang kita nak buat. Barulah apa yang kita buat diberkati," katanya.

KOS MENJADI CABARAN

Anggota Lembaga Pemegang Amanah Salam Datuk Ahmad A. Talib berkata kosdan dana adalah cabaran utama bagi menjayakan sesuatu misi kemanusiaan.

"Apa yang menjadi masalah ialah kos. Kami mengharapkan akan adaindividu atau badan-badan korporat yang bermurah hati untuk membantu.Bagi individu, pihak kami akan mengeluarkan resit yang membolehkanmereka mendapat rebat cukai pendapatan.

"Seperti contohnya pembinaan masjid di Kampung Praksandai,Tropengbeang, dan Tanaksawai (wilayah Kratie, Kemboja) yang mana setiapsatunya memerlukan perbelanjaan hampir RM63,000. Tetapi buat masa inikami hanya mampu membantu setakat RM10,000 sahaja," katanya kepadaBernama.

Sementara itu, Presiden MAYC Veteran Kedah Fazilah Ismail pula berkata MAYC Veteran hanya wujud di Kedah.

"Di negeri-negeri lain, masih belum ada. Tujuan kami adalah untukmembantu bekas aktivis masyarakat yang berumur kerana selepas bersaramenjadi aktivis, mereka ini seolah dilupakan.

"Untuk itu kami akan membantu setakat yang mampu," katanya.

Salam dan MAYC Veteran Kedah saling bekerjasama bagi membantu merekayang ditimpa kesusahan dan projek kemanusiaan ke Kemboja adalah misikedua bagi kedua-dua pertubuhan itu.

MISI KEMANUSIAAN

Bagi Salam, misi kemanusiaan adalah misi utama yang diberi perhatian penuh.

Ahmad berkata sekiranya tidak mempunyai dana sekalipun untuk membantu,yayasan itu akan tetap digerakkan untuk membantu sekadar yang bolehterutama daripada segi tenaga dan kepakaran.

Semasa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di sini pada 6 Dislepas, Salam melancarkan Tabung Bencana Bukit Antarabangsa bagimembantu penduduk yang terbabit.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, membantu rakyat negara ini yang ditimpa bencana adalah keutamaan.

"Kami tidak mahu dilihat seperti menganaktirikan rakyat negara iniapabila kami menghulurkan bantuan kepada rakyat di negara lain. Kamilebih mementingkan bantuan kepada mereka yang susah di sini dan barukemudian kami fikirkan untuk membantu rakyat Somalia dan Pakistanumpamanya," kata beliau.
Single Polls, Total 32 Users voted
96.88% (31)
3.12% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 11:28 AM | Show all posts
ntah la sb x penah join pun

...tp teringin gak nk join...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 02:45 PM | Show all posts
tingin gak nk join
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 03:22 PM | Show all posts
Syd, ngko ni join SALAM ke...? tak penah nengok muka puuuunnng
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 11:17 PM | Show all posts
sejak pindah duduk kat kedah... tak pernah sekali diriku ini joint NGO...
susah nak carik...
kalau kat KL tu... melambak2...

terasa sedikit kekurangan apabila tidak menjadi sukarelawan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 05:28 PM | Show all posts
ermmm..mmmg minat nk jd sukarelawan tapi xtau channel dier mcm mn....
dulu masa blaja kat um ada la join salam kt pj tuh tapi mcm xder xtvt pun dipanggil...klu byk maafkan ku coz xdpt info...

so since dh ader threat neh, sesaper yang rajin buat sukarelawan tu bole la war war kan kat sini....especially  area klang valley...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2009 06:51 AM | Show all posts
Originally posted by diananisa at 12-2-2009 05:28 PM
ermmm..mmmg minat nk jd sukarelawan tapi xtau channel dier mcm mn....
dulu masa blaja kat um ada la join salam kt pj tuh tapi mcm xder xtvt pun dipanggil...klu byk maafkan ku coz xdpt info...

...



kalau kita nak joit mana2 persatuan sukarelawan...
kita kene selalu datang ke tempat tu...
maknanya.. tak perlu lah orang dok bagi tahu tentang aktiviti yang bakal dijalankan...

sebelum ni saya keje kat tempat2 macam tu...
so tak sempat nak call sorang2 untuk bagi tahu tentang aktiviti yang bakal berlangsung...
kakitangan bukannya ada ramai untuk membantu...

so pada diananisa... kalau nak joint mana2 persatuan sukarelawan ni...
kat board ni ada disenaraikan nama2 persatuan tersebut...
pilih je... then cuba libatkan diri secara aktif dalam persatuan tu...
sebulan 2 kali ke datang ke tempat tu...
kat kl banyaklah persatuan sukarelawan yang buleh dijoint...

sekadar pendapat seposen...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 06:29 PM | Show all posts
Originally posted by uzisyaziha at 13-2-2009 06:51 AM



kalau kita nak joit mana2 persatuan sukarelawan...
kita kene selalu datang ke tempat tu...
maknanya.. tak perlu lah orang dok bagi tahu tentang aktiviti yang bakal dijalankan...

sebel ...


ooo begitu rupernyer...thanks for da info...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2009 11:35 PM | Show all posts

Balas #6 diananisa\ catat

saya pernah pegi ke beberapa NGO yang menjalankan kerja2 sukarelawan...

antara beberapa tempat yang saya pernah pegi ialah All Women's Action Society (AWAM), WAO, Sister in ISlam (SIS), KEWAJA kat Gombak, Rumah Nur Salam kat Chow Kit, Tiratana dan sebagainya...
kebanyakan tempat2 di atas... terutama sekali Rumah Nur Salam, amat memerlukan bantuan sukarelawan... so sesapa yang rasa nak buat amal kebajikan... bulehlah ke sana...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 04:13 PM | Show all posts
kalu kat negeri kecik like perlis ni xbyk sgt perst..kebykan buat pers. hangat2 tahik ayam masa mula2 reg. hari2 f/up nak cepat coz nak jln aktiviti la mcm2 laa.. pastu ampes mesyuarat penaja sampai batal...buat pers. ats dasar apa pun taktau laa.. tapi kebanyakan chinese nya persatuan mmg wa tabikkk laaa:victory: diorang mmg betul2 sukarela punya... kalu nak berpesatuan tu betul2 la banyak faedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 08:44 PM | Show all posts

Balas #10 estidotmy\ catat

samalah keadaannyer macam kat kedah...
cuma yang agak aktif adalah Yayasan Sultanah Bahiyah...
ada gak aktiviti yang dijalankan...
nasib baiklah saya masuk BAKAT (Persatuan Kebajikan Isteri Tentera)...
so tak lah terasa kehilangan sangat...

kebanyakan NGO yang ada kat Mesia ni... sebenarnya... kita kene pilih gak tempat nak buat kebajikan...
sebabnya... dikhuatiri... tempat2 tu ada hidden agenda yang kita tak tahu...
pengalaman saya sebelum ni... joint satu NGO... memang syok sangat... sampai saya rasa keje tu macam dah sebahagian daripada hidup saya... tup2 dapat tahu... mereka ada hidden agenda... antaranya:- mereka ni rupanya cuba mempengaruhi orang2 asli pulau carey untuk memusuhi kerajaan mesia... then... rupanya mereka nak buat akta untuk membenarkan orang melayu islam buleh kaluar daripada islam dan buleh declare sesuka hati dan sesedap rasa... sedih sesangat sebab niat  kita disalah ertikan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:02 PM | Show all posts
sapa ada info ttg nak bantu masalah ini,

seorag makcik bg tau dia ada anak pompuan yg berumur 17 tahun. Dah tak sekolah sejak 4 tahun lepas sbb jaga adik. org susah dia kata, anak lelaki sambung belajar so anak pompuan dok umah jaga adik. Budak nie nak sekolah balik tapi ta tau caranya sbb dia mcm dah tercicir selama 4 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 09:08 AM | Show all posts

Balas #12 glump\ catat

rasanya...macam tak dak cara lain...
kecuali dia belajar sendiri dan ambik SPM melalui sistem terbuka...
kalau belajar sendiri... kene belajar guna pos...
kan ada beberapa company yang buat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 08:25 AM | Show all posts

Reply #13 uzisyaziha's post

setuju..
try ambik SPM...
at least ader satu sijil kukuh..untuk belajar atau kerja.

nak belajar tu kena independent la sikit..
kalau tak dapat bantuan sekolah, try swasta..
or mana2 guru tusyen..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 08:30 AM | Show all posts
Menjadi sukarelawan .. nanti dapat rasa satu macam kepuasan dalam diri..
tenang kot..

tapi nak jadi sukarelawan bukan senang -lenang jer...
in other words, we have to work hard..
to ensure the victims/recipients will get enough supply/help
takleh nak main buat jer..ader rules n regulation..
siap ada registered handbook untuk regulations and standards..
macam Sphere


heh..jadi sukarelawan untuk Mercy Malaysia..
daftar la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 04:28 PM | Show all posts
aku minat giler2 nk buat amal camgini...
aku nk jadi sukerelawan....
tp aku xde transport kawan2 yg remaja cam aku, sume xminat

maka terpendam lah hasrat ku ini...

sape2 yg minat buat benda ni, aku nk join sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2010 09:45 PM | Show all posts
Akak dah masuk umur 30tahun. Akak blom kawin lagik, tapi kalau kuar ngan kawan2 akak. Sebulan 2/3 kali makan sushi king. Sebulan 4/5kali karouke. Sebulan 4/5 kali tgk wayang citer bodo pun layan. Membazir btul duit akak. Bukan akak tak enjoy sumer tu, tapi kalau sbulan skali tu make sense la gak. Skrg ni blum lagi hujung bulan duit akak abis. Kalau akak tak ikut nnt jadi anti sosial..

Skrg ni akak nak join sukarelawan dan takmo ajak kawan2 sama keje. Lagipun mmg diorg tak minat pung keje2 sukarelawan, dulu pernah ajak gi PAWS. Sukarelawan bersihkan kandang anjing/kucing. Depa takmo... geli la (neat freak la konon)

Skrg ni akak takmo join diorang... sekurang2 nya akak tak dok umah boring giler. Akak gi la buat keje2 sukarelawan. Skrg ni tengah mendaftar Yayasan Salam. Harap2 application masih lagi dibuka...huhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:23 AM | Show all posts
I teringin nak apply  jadi sukarelawan ni..cam maner caranya...ada borang ke kena isi????ada saper boleh bantu bagi info..tq so much..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 03:03 PM | Show all posts
Reply 18# savannah

ada banyak kelab yang u boleh jadik sukarelawan..
u pilih jer
infor tentang kelab2 boleh surf kat internet..
kat situ semua details diberi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 05:07 PM | Show all posts
Reply  savannah

ada banyak kelab yang u boleh jadik sukarelawan..
u pilih jer
infor tentang ke ...
Syd Post at 21-9-2010 15:03



i penah apply utk jadi volunteer kat yayasan salam..tapi takde feedback pun..huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.256854 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list