CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 10-2-2009 08:56 AM | Show all posts


[size=130%]APALAH DOSA KAMI...YA ALLAH KAU TUNJUKANLAH.....!!!!





























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2009 09:21 AM | Show all posts
MB HARAM DAN MB HALAL DI PERAK


TUANKU SULTAN MENGIKTIRAF DATUK ZAMBRY SEBAGAI MB BARU.NIZAR MENCABAR TUANKU DAN MOHON DERHAKA.


MB HALAL PERAK.Y.A.B DATUK ZAMBRY B ABDUL KADIR.ADUN PANGKOR.KETUA UMNO BAHAGIAN LUMUT.BERPENDIDIKAN TINGGI DAN TIDAK MACAM NIZAR.



MB HARAM DAN YANG PALING CEPAT MEMERINTAH (11 BULAN JE).SEDANG MENGHADAPI MASALAH TEKANAN PSIKOLOGI KUASA.DIA DAH MULA MENGGILA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 09:47 AM | Show all posts
Saiful Bukhari mula beri clue kes liwatnya..

Kumbang terbaca komen Mohd Saiful Bukhari sendiri pada artikel terbaru di blognya.

Artikel itu membicarakan kesedihan Saiful tentang sikap sesetengah orang yang lebih menghargai akuan bersumpah daripada sumpah laknat yang dilakukan beliau.


Manakala komen yang Kumbang lampirkan dibawah ini menjawab hampir semua perkara yang menjadi persoalan kepada OrangKB dan semua rakyat Malaysia di luar sana. Menariknya, Saiful terus menjawab hampir kesemuanya tanpa berselindung lagi.
Tahniah Saiful !!!

Hayatilah pendedahan ini dengan akal yang waras....

Anwar Ibrahim sila jawab..


Komen tersebut :-


OrangKB komen...


Saya kat sini bagi pendapat yang neutral. Saya x cakap Saiful salah, saya tak cakap DSAI salah.


Kenapa orang tak caya kat Saiful:
1.Banyak perkara Saiful x cerita kepada masyarakat. Itu nak rahsia, ini nak kena cerita kat mahkamah dll. Macam mana kes liwat tu terjadi, DSAI buat apa kat kondo tu dll - semuanya saiful x cerita. Nama sebenar Uncle Pet Saiful tu pun tak nak cakap. Kalau berada di pihak benar, kenapa takut nak cerita?


2.Keluar berita ttg laporan perubatan oleh Hospital Pusrawi mengatakan tiada kesan Saiful diliwat.
http://siasahdaily.blogspot.com/2008/07/tiada-bukti-saiful-diliwat-pkr-tunggu.html
Uncle Pet bagi alasan, laporan dari Pusrawi tu takleh caya, sebab doktor tu tak periksa dengan teliti. Kata nak tunggu laporan pakar dari HKL tapi sampai skang tiada berita laporan dari HKL ni.


3. DSAI pernah didakwa atas tuduhan yang sama 10 tahun lalu. Dlm perbicaraan dulu, macam-macam cara dibuat utk buktikan DSAI bersalah, dengan tilam diusung ke mahkamah, dll. Tapi sampai skrang takde bukti kukuh.


4. Kes liwat Saiful ni nampaknya hangat cuma ketika PRK Permatang Pauh. Masa tu, semua benda yang ada kaitan dengan Saiful mendapat liputan media TV3 dll. Uncle Pet tu pun banyak kali masuk TV. Lebih-lebih lagi bila dah dekat dengan tarikh pilihan raya masa tu. Tapi skrang, semua dah senyap. Seolah-olah manusia bernama Saiful Bukhari ni tak pernah masuk TV pun. Banyak orang memandang kes liwat cuma satu lagi helah BN untuk menipu penduduk Permatang Pauh.


Atas sebab nilah, ramai orang tak caya kat Saiful. Kalau ada yang caya pun, cuma mereka yang benar-benar benci kat DSAI atas sebab politik, cam orang-orang UMNO. Yang tak minat kedua-dua DSAI dan UMNO macam saya ni pun, dah tak caya kat Saiful.


Berbeza dengan akuan akuan bersumpah Fauzi Muda dia cerita dengan detail, tarikh, siapa terlibat, kereta NAZA KIA dll. Tiada rahsia. Kalau tak sunnguh, dia takkan berani buat macam tu. Kalau dia tipu, buruk padahnya, sebab dia tuduh Datuk Seri Najib TPM Malaysia.




Saiful Bukhari jawab...


Assalammualaikum Orang KB,


Terima kasih diatas soalan yang diajukan. Sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui isi hati dan persoalan masyarakat di luar sana. Saya akan cuba menjawab beberapa persoalan saudara.


1)Saya menghormati malah memuji pandangan dan prinsip saudara.
Setiap manusia yang rasional akan hanya mempercayai sesuatu perkara dengan berasaskan bukti dan fakta..


Dalam kes saya, saya telah lakukan apa yang termampu (bersumpah) atas kapasiti seseorang individu.. Saya tidak dapat kemukakan selanjutnya bagi menghormati Mahkamah..


Kalau diikutkan hati, memang marah.. Perbicaraan yang agak lewat ini telah menyebabkan saya dan seluruh keluarga sengsara kerana kami tidak dapat bersuara menegakkan kebenaran..


2)Kelewatan kes ini bukan di bawah kuasa saya. Perbicaraan sering dilengahkan dengan isu yang tiada kena mengena dengan kes.Ada juga campur tangan politik. Akhirnya, sehingga kini, perkara yang penting iaitu tempat dan tarikh belum lagi di tetapkan. Sila rujuk Penghakiman di posting sebelum ini. Amat menyedihkan.


3)Mahkamah adalah tempat terbaik untuk saya mendapat pembelaan. Alasan Mahkamah tidak adil itu hanyalah PERSEPSI yang dicanang pihak mereka. Walhal, jika kita lihat semenjak akhir2 ini, banyak kes yang memihak kpd mereka. Cth Raja Petra,Petisyen2 Pilihanraya, Mahfuz vs Utusan dan sbgnya.


4)Dalam kes saya ini pun, Peguam beliau S.N Nair mengakui Mahkamah adil. Di Mahkamah kalau saudara nak tau, DSAI tidak duduk di kandang pesalah, tetapi duduk di kerusi empuk di luar kandang. Beliau hanya diberi jaminan BON PERIBADI iaitu dalam bahasa pasarnya tidak perlu bayar melainkan beliau tidak hadir untuk perbicaraan selanjutnya.


5)Cuba saudara imbas, berapa ramaikah pesalah terutama orang miskin yang terpaksa ditahan akibat TIDAK DAPAT membayar wang JAMINAN?


6)Mengenai bukti, bukan hendak berahsia. Pada saya, didalam situasi sebegini kita tidak boleh melatah. Saya akui bahawa saya tidak banyak mengeluarkan bukti. Bukan apa, ia pasti akan dimanipulasi. DSAI dan orang-orangnya tidak berjaya dalam provokasi untuk saya mengikut rentaknya, iaitu Perbicaraan Melalui Media. Ahkirnya, ia membawa padah kepadanya. Mengapa? Banyak kenyataan2 beliau bercanggah dan saya akan bangkitkan di Mahkamah kelak.


3)Sebenarnya sudah banyak ' Clue ' yang saya sudah beri. Tetapi setiap kali saya dedahkan, DSAI pasti akan '' Divert '' isu lain.


Sbg Contoh, setelah saya buat pendedahan '' Tugas2 Sbg Seorang ''Coffe Boy'' kpd DSAI''. Mengapa saya guna perkataan ''Coffee Boy''?. Kerana selepas sahaja saya membuat laporan, DSAI dan para pengikutnya berusaha untuk menafikan bahawa saya adalah Pembantu Peribadinya dengan mengatakan bahawa saya sekadar budak pembancuh kopi. Akhirnya, selepas dibongkar baru lah terdiam dan sehingga ke hari ini beliau tidak mahu mengulas MENGAPA beliau bawa saya ke luar negara dan tugas2 saya sebenar.


4)Mengenai kondo Desa Damansara, ia BUKAN MILIK SAYA spt yang dilaporkan. Ia adalah milik En HASSANUDIN teman rapat DSAI. Beliau sangat kaya dan memiliki 3 Unit kondo disitu. Unit 1151,1152,1153 adalah miliknya. Kejadian berlaku di unit 1151 dimana unit tersebut dijadikan sbg rumah tetamu. Lebih drpd itu, saya mohon maaf, tidak dapat hendak cerita.


5)Mengenai Uncle Pet tu, Namanya Mohd Hazlee Bin Mohd Alip. Beliau adik kepada Arwah Ibu saya. Bukan beliau berahsia mengenainya, tetapi media lebih suka menggunakan nama Uncle Pet.


6)Setakat ini, melalui maklumat yang saya terima, segala laporan mengenai kes ini telah diserahkan kepada peguam belanya Disember lalu. Tetapi mengapa beliau tidak heboh? Kerana beliau tidak akan berani mendedahkannya. Bukan sekadar laporan tetapi juga bukti-bukti yang lain.


7)Sesungguhnya, saya hanya mampu berdoa, berserah dan tawakal kepada Allah s.w.t sahaja. Segala tindakan saya dlm kes ini adalah hasil daripada doa yang dipohon dan dilakukan oleh Nya.


Alhamdullilah, Allah s.w.t telah memberi saya pelbagai pertolongan antaranya kesihatan dan akal fikiran untuk bertindak bijak.


Saya mohon saudara Orang KB dan rakan-rakan yang lain doakan supaya perbicaraan ini dapat dipercepatkan..


Sekian,


Assalammualaikum


SAIFUL BUKHARI
http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com


Nah... Saiful telah merungkai hampir kesemuanya.
Mungkin ada orang yang akan kata dia menipu dan sebagainya.
Tetapi adakah mereka akan dapat menafikan fakta dan kenyataan yang dibawa saiful?
Kita tunggu dan lihat.


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?


sumber - analisisringan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 07:53 AM | Show all posts
RPK pulak lepas BOM kepada Anwar




seorang lagi penulis popular yang berpengaruh dalam Pakatan Rakyat mula mengikut jejak Karpal untuk BOM kepada 3 Abdul ini Anwar ,Lim Kit Siang dan Hadi .Persoalannya adakah ini sandiwara Pakatan @ benar2 terjadi krisis kepimpinan yang semakin rapuh dalam Pakatan . Saya yakin tentu akan ada blogger Pakatan akan mengatakan RPK ini pandangan peribadi ,tidak relevan malah paling dasyat sudah dibeli oleh BN . Kita tunggu respon dari Anwar pastinya akan jawab dengan hati-hati dan tertib menyusun ayat .

Pejuang Bangsa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 07:55 AM | Show all posts
DAP Sudah Mula Percaya Nizar Bukan Lagi MB


(Gambar: Mahukah Nizar mendengar nasihat Nik Aziz agar jangan bertanding di Bukit Gantang? Jika dengan raja Nizar sanggup derhaka. Apakah dengan Nik Aziz, Nizar mahu derhaka juga?)


Cadangan Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) pada 9 Februari 2009, agar Nizar bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang. Ini adalah tanda-tanda DAP mula menerima hakikat bahawa Nizar bukan lagi menjadi MB Perak. Bagaimanapun, Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) menyatakan pada 10 Februari 2009 bahawa "Kalau tanya saya, saya tidak boleh terima seorang yang berjawatan MB (menteri besar) ambil (wakili kawasan) parlimen... kecuali orang yang tidak berjawatan MB,". Nik Aziz sendiri seolah mengakui hakikat bahawa Nizar bukan lagi? Atau Nik Aziz masih lagi memberi harapan pada Nizar agar terus mengakui dirinya adalah Menteri Besar seumur hidup di Perak?



Nik Aziz tahu jika letak Nizar di Bukit Gantang, ianya seolah membunuh terus karier politik Nizar di Bukit Gantang. Ngeh sengaja mahu mengenakan Nizar bila mencadangkan Nizar bertanding di Bukit Gantang. Isu utama Nizar adalah "patik mohon derhaka pada Sultan". Majoriti pengundi di Bukit Gantang adalah Melayu (63.48%), Cina (26.77%), India (9.7%) dan lain-lain bangsa (0.04%). Faktor utama BN kalah pada Mac 2008 di Bukit Gantang adalah kerana undi protes dan calon bebas. Undi rosak sejumlah 851 undi manakala undi yang diperolehi oleh M.Murganan (calon Bebas) adalah sejumlah 872 undi. Jika dijumlahkan kedua-dua undi ini hasilnya adalah 1,723 undi. Majoriti yang dimenangi oleh PAS hanya sejumlah 1,566 undi sahaja. Apa akan jadi jika undi protes dan undi bebas swing kepada BN?


Secara matematiknya, PAS akan mengalami masalah besar untuk menang di Bukit Gantang kali ini. Ditambah pula dengan isu derhaka oleh Nizar, perkelahian terbuka antara Karpal Singh dan Anwar Ibrahim serta sikap Karpal yang biadap terhadap Sultan. Perkara-perkara ini akan lebih memudahkan laluan untuk BN merampas kembali kerusi parlimen di Bukit Gantang. Jentera BN perlu memenangi hati rakyat bukan turun sekadar untuk pemilihan pada Mac nanti. Akan terpahat dalam sejarah di Perak, seorang Melayu derhaka pada rajanya. Kisah ini tidak wajar diikuti oleh orang-orang Melayu dalam mana-mana parti sekalipun. Taksub pada jawatan hinggakan sanggup derhaka pada raja. Nizar bela DAP, tetapi dalam diam-diam DAP mula mengenakan Nizar. Siapa yang terkena nanti?



AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 07:57 AM | Show all posts
Nizar Masuk Pejabat Menteri Besar Juga


(Gambar: Nizar mencium tangan Raja Nazrin ketika angkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu). Dulu ketika mula-mula angkat sumpah sebagai Menteri Besar, Nizar amat taat dan patuh dengan raja. Pada jam 10.40 pagi, 10 Februari 2009, Nizar yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mengetuai barisan exco negeri ke pejabat rasminya. Nizar bergerak dari kediaman rasminya yang dijadikan kawasan pentadbiran kerajaannya menuju bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini yang telah dikawal oleh sekumpulan 30 anggota polis unit pencegah rusuhan FRU. Apa hendak jadi dengan Nizar? Sampai bilakah Nizar perlu terus berlakon dengan barisan exconya? Tidak malukah Nizar?


Sejak berkawan dengan Karpal, Nga dan Ngeh, Nizar sudah berubah. Perjanjian Pangkor 2 ditandatandangi secara sulit antara Nizar dan DAP untuk memerintah Perak. Biarpun dihalang oleh Majis Tanah Negara, Nizar tetap memberikan tanah selama 999 tahun kepada kampung baru. Pada 4 Februari 2009, Nizar mengumumkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam sidang akhbar tanpa perkenan terlebih dahulu dari Sultan. Dua hari selepas itu, iaitu pada 6 Februari 2009, Nizar pohon derhaka pada Sultan. Sampai sekarang Nizar masih belum menarik balik kenyataan derhakanya itu. Hari ini, Nizar masih lagi berlakon sebagai Menteri Besar bersama barisan exconya. "Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB. "Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar?" kata Tun Mahathir dalam blognya pada 6 Februari 2009. Tidak fahamkah lagi Nizar dengan sindiran tersebut, atau buat-buat tidak faham?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-2-2009 08:03 AM | Show all posts
JAWAPAN KEPADA PERSOALAN
PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

揌ung parliament

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 08:11 AM | Show all posts
MENGAPA PAS TAK KATA HARAM DAN ATTACK KHALID




KHALID GAGAP SALAM AMOI.MENGAPA PAS BOLEH KATA HALAL DAN TAK HENTAM KHALID?MENGAPA BILA PEMIMPIN UMNO SALAM, KENA HENTAM.KHALID DAN NIZAR SALAM AMOI OK PLAK.INILAH PAS YANG TERLEBIH AMAL DAN TERLEBIH KEROSAKAN AKIDAHNYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2009 08:13 AM | Show all posts
KHALID GAGAP DAN GANGGUAN SEKSUAL



LAGI RAPAT.INILAH KALID GAGAP DENGAN PEREMPUAN.INI BERDEPAN KHALAYAK.BELAKANG KHALAYAK LEBIH PADA TU BEB....................



BERGAYA KHALID SAMBIL BAHUNYA TERKENA PADA SISI BUAH DADA ELIZEBETH.KHALID GAGAP TUTUP ANUNYA TAKUT NAMPAK STIM.INILAH BUDAYA PKR



LAGI HALID GAGAP ......BAHUNYA MENYENTUH LAGI SISI BUAH DADA ELIZEBETH.AMOI NI PLAK HIMPIT MB YANG KAYA MAKAN DUIT RAKYAT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 08:18 AM | Show all posts
Anwar Pakar Cipta Konspirasi

Oleh Yahaya Ismail

Anwar sebenarnya takut pada bayang-bayangnya sendiri 16 tahun menikmati kekuasaan dan kekayaan melalui UMNO. Terlalu banyak pemimpin dan individu yang terluka perasaan kerana sikapnya yang agresif, mementingkan diri dan memperalatkan orang lain untuk muslihat politiknya. Orang sanggup menjunjung kepimpinannya kerana menganggap dia adalah seorang tokoh politik yang berjiwa Islam. Mereka menganggap dia boleh memimpin UMNO dengan lebih baik lagi sekiranya dia diberi kepercayaan memimpin parti dan kerajaan. Mereka yang mengagumi Anwar tidak sekali-kali mempunyai perasaan buruk sangka terhadapnya. Mereka menganggap dia seorang pemimpin intelektual Islam nombor wahid, jujur, amanah, berjiwa rakyat dan sanggup berkorban untuk mempertahankan hak rakyat, demokrasi, agama dan bangsa.

Setelah menikmati kedudukan dan kekuasaan dia lebih banyak dikelilingi oleh orang-orang muda yang julung berkeris, yang masih hijau tentang silat dan kuntau politik sebagai penasihat-penasihatnya yang dibayar dan juga sukarelawan yang mengharapkan projek. Dia cuba menarik sebanyak mungkin juak-juaknya dalam Abim dan mereka yang sealiran dengan 揻alsafah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 08:18 AM | Show all posts
Sekiranya keputusan mahkamah dipertikaikan (dan mereka akan mempertikaikan kecuali kalau keputusan itu berpihak kepada kemahuan mereka) maka bersumpahlah secara Islam kalau berani. Lafaz sumpah secara Islam di khalayak ramai dan katalah bahawa dia bukan seorang homoseks, dan itu hanya fitnah yang ditabur oleh kerajaan dan musuh-musuh politiknya. Katakan kalau benar-benar berjiwa Islam dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi tidak seorang pun ulama terkemuka ataupun yang berpura-pura ulama sanggup mendesak Anwar bersumpah secara Islam di khalayak ramai ataupun di masjid. Para ulama juga tidak bertanggungjawab dan tidak mahu mencari keredhaan Allah untuk membuktikan apakah Anwar seorang homoseks ataupun hanya fitnah kepadanya.

Bilamana ulama sudah tidak mampu menolak kemungkaran dan membisu sejuta bahasa kerana mementingkan diri dan bukan sebagai pejuang agama yang sebenar maka berkokoklah Anwar bahawa dia difitnah sebagai homoseks. Demikianlah terdapatnya golongan munafik di kalangan ulama yang menjadi lemah dan mandul fatwa bila menghadapi cabaran dan kemungkaran. Bilamana alim ulama tidak berani tampil di khalayak ramai mendesak Anwar bersumpah bahawa dia bukan seorang homoseks dan bukan pengkhianatan negara maka maruah dan kewibawaan alim ulama juga kini dipertikaikan rakyat. Apakah ulama juga mengamalkan pilih kasih, pilih masalah, pilih isu, untuk dimuzakarahkan atau untuk difatwakan? Dalam keadaan masyarakat Islam porak-peranda akibat konspirasi politik Anwar dan campurtangan asing untuk menghancurkan pemimpin Islam mengapakah alim ulama diam membisu dan hanya menjadi penonton yang pasif?

Apakah mereka juga bersekongkong dengan Anwar dan merestui campurtangan asing bukan Islam untuk menjatuhkan kepimpinan Mahathir? Apakah mereka juga menganggap Anwar bukan homoseks dan itu hanya fitnahan semata-mata? Kalau Anwar difitnah mengapa tidak meminta dia bersumpah secara Islam untuk membersihkan dirinya? Wahai para alim ulama kalian juga gagal memainkan peranan penting untuk memulihkan kebenaran dan perpaduan sesama Islam.

Kalian hanya bijak mempertikaikan soal remeh-temeh dalam amalan harian seorang muslim, berpolimik isu-isu yang remeh tetapi tidak mempunyai kekuatan intelek dan moral untuk membawa perpaduan ummah.

Walaupun homoseksualiti dihalalkan di Barat namun sekiranya ada pemimpin politik yang berjawatan penting seperti menteri melakukannya dan didedah dalam akhbar maka mereka akan meletakkan jawatan kerana tidak mahu memberi malu kepada ketua kerajaan. Demikianlah dua orang menteri British dalam kerajaan Tony Blaire meletakkan jawatan masing-masing tanpa dipaksa setelah didedahkan sebagai homoseks. Mereka tidak mahu memalukan PM dan sedar raktar tidak rela menerima seorang homoseks sebagai menteri kabinet.

Tapi lain dengan Anwar. Dia berhempas pulas menafikan dia seorang homoseks walaupun dua orang yang terlibat dengan perbuatan yang keji itu, iaitu Sukma dan Munawar, mengaku mereka diliwat Anwar dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh mahkamah.

Mengapakah dia takut rahsia seksnya yang luar biasa diketahui umum? Sekiranya rakyat mengetahui dia seorang homoseks mereka akan menolak kepimpinannya seperti mana PM memecatnya dari kabinet dan parti. Seks sejenis yang diamalkannya itu bertentangan dengan ajaran Islam dan juga agama-agama lain. Kini dia sudah terjebak samar yang diciptanya sendiri.

Topeng Islam yang digunakannya selama ini telah dirobek oleh dia sendiri bila pasangan homoseksnya, Sukma, Munawar dan Azizan mendedahkan pengalaman homoseks mereka dengan bekas Timbalan Perdana Menteri. Jatuh tangga ditimpa tangga dan tangga ini pula bukan tangga plastik tetapi batu bercampur besi!

Anwar gilakan kuasa kerana dengan kuasa itu dia dapat menutup rahsia peribadinya. Dia tidak seperti menteri kabinet British yang selera seksnya sama dengan Anwar tetapi rela melepaskan jawatan menteri demi menjaga maruah ketua mereka. Anwar tidak mempunyai jiwa besar seperti itu. Justeru itu dia sudah mula merancang konspirasi sejak disintuklimau Mahathir sebagai menteri supaya homoseksualitinya tidak diketahui umum.

Tapi Allah Yang Maha Berkuasa menggerak hati PM untuk mendedahkan rahsia seksnya yang luar biasa itu. Maka hancurlah harapan Anwar menjadi bakal PM. Maka terlondehlah rahsia homoseksualitinya yang cuba disembunyikan selama ini.


Dari Ceruk Tok Kun ke Bukit Mertajam
Nana balik membawa nasi
Hati-hati mak nyah dan kaum Adalm
Jangan lupa pakai cawat besi!

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 08:20 AM | Show all posts
Anwar Ibrahim bukan penyelamat politik Malaysia - pemikir politik bukan Melayu

Oleh Helen Ting

Dengan berakhirnya larangan selama 5 tahun, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini telah mendapat kebebasan semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia dan pemilihan parti.

Kembalinya semula Anwar ke dalam politik adalah mengejutkan sepertimana kejatuhannya yang dramatik daripada kuasa dengan merujuk kepada pertikaian dengan bosnya sebelum ini, Perdana Menteri Dr. Mahathir.

Pilihan raya umum ke 12, parti memerintah Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di parlimen persekutuan dan pembangkang menguasai 5 dewan undangan negeri, telah digambarkan sebagai 憈sunami politik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 08:23 AM | Show all posts
Kumpulan badan pemikir Amerika 'mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim'

Satu kumpulan pemikir yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah mengambil bahagian dalam perbincangan ke atas Malaysia semalam, dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil Kongres (United States Congressional Sub-Committee) di Washington DC sememangnya diketahui mempunyai hubungan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa perbincangan tersebut selama satu setengah jam bertemakan "Malaysia: Assessing the Mahathir Agenda" (Malaysia : Menilai Agenda Mahathir), Douglas Paal, Presiden Asia Pacific Policy Centre - APPC -(Pusat Dasar Asia Pasifik), mencadangkan kepada ahli Kongres supaya AS kekal dengan hubungan satu hala dan dingin dengan Kerajaan Malaysia, pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Pusat tersebut diwujudkan pada 1993 dan berusaha mengadakan hubungan rapat di antara perniagaan AS dengan rakan sejawat di Asia pasifik.

Dialog tersebut juga ditaja dengan gabungan bersama di antara Institut Kajian Dasar -IKD (Institute of Policy Research ), sebuah kumpulan pemikir yang diketahui milik Anwar Ibrahim, dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) atau Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.


Dua tokoh pengerak Anwar di dalam dan luar negara. Kamaruddin Jaafar (kiri) pengerusi IKD dan Douglas Paal (kanan), Pengarah APPC. Mereka bekerjasama menandatangani perjanjian usahasama antara IKD - APPC untuk menganjurkan Dialog Pasifik sebagai pelobi imej Anwar di Amerika. Paal ketika itu berpengaruh di Amerika kerana dia adalah bekas pengalisis kanan CIA di Jabatan Negara Amerika. Sekarang Kamaruddin Jaafar adalah Setiausaha Agung PAS, manakala Douglas Paal adalah Naib Presiden kepada Carnegie Endowment for International Peace, sebuah yayasan yang sering menaja Anwar di luar negara.

Semasa dialog ke-4, yang dianjurkan dari 11 hingga 13 Januari 1998, Anwar dan Setiausaha Pertahanan AS, William S. Cohen, seorang Yahudi yang terkenal, telah menjadi pengerusi bersama untuk sesi pertama, sementara Anwar dan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Dr Henry Kissinger, mempengerusikan untuk sesi kedua.


Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan William Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika. William Cohen hadir ke Malaysia atas jemputan IKD yang bekerjasama dengan APPC dalam menganjurkan Dailog Pasifik, 1998.


Douglas Paal pula merupakan bekas pengarah kanan National Security Council's Asian Affairs (Majlis Keselamatan Negara Amerika Hal Ehwal Asian), juga merupakan bekas pembantu khas Majlis Keselamatan Negara di bawah pentadbiran Bush dan Reagan.

Paal merupakan salah seorang yang daripada 3 saksi yang menjawab soalan berkenaan Malaysia daripada ahli-ahli jawatankuasa kecil tersebut. Yang lain adalah Ralph Boyce, Deputy Assistant Secretary of State for East Asia and Pacific (Timbalan Setiausaha Negara untuk Asia Timur dan Pasifik), dan Dr. Linda Lim, seorang rakyat Singapura yang mengajar di University of Michigan Business School.

Berita Nasional Malaysia (Bernama) melaporkan Lim memiliki ijazah sarjana muda daripada University of Cambridge, Yale dan Michigan, berulang kali cuba mengelak daripada menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh kawalan mata wang dan modal dalam pemulihan ekonomi Malaysia.

Lim yang juga pengasas dan editor Journal of Asian Business (Jurnal Perniagaan Asia), dan juga telah menjadi perunding untuk syarikat AS, kumpulan pemikir persendirian, dan Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) atau Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Ghazzali Sheikh Khalid telah menyatakan pakar tersebut sebagai 搒ecara nyata berat sebelah dan tidak menerima maklumat yang betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 08:49 AM | Show all posts
Kenapa Karpal desak Anwar Ibrahim bertaubat ?

Nada percakapan Karpal ketika mengecam Anwar bukan main-main. Mukanya serius, melontarkan apa yang terpendam dan sengaja dilindungi selama ini. Seperti gunung berapi. Menunggu masa untuk meletup.

Karpal memuntahkan peluru ketika runtuhnya kerajaan Perak yang diperintah oleh 6 orang exco DAP. Kerajaan Ngeh dan Nga runtuh sekelip mata. Nizar hanya boneka, kerana PAS hanya diwakili satu exco yang tidak penting. PKR lebih penting daripada PAS mempunyai tiga exco. Dua orang bermasalah (yang lompat parti) dan seorang mewakili kaum Cina untuk mengukuhkan lagi penguasaaan 6 wakil DAP tadi.




Karpal marah ketika kerajaan DAP tumbang. Memang patut dia marah kerana dia merupakan Pengerusi DAP Kebangsaan yang tersentuh apabila kerajaan DAP tumbang sekelip mata di Perak.

Tetapi kemarahannya tidak ditalakan kepada BN, sebaliknya tembak peluru ke dahi Anwar. Anwar patut bertanggungjawab, kerana dialah yang menggalakkan memontum lompat parti. Anwar yang mencuri calon BN (ADUN Bota) yang menjadi bom jangka ke arah tumbangnya kerajaan Perak. Anwar juga mempromosi projek 16 September yang membawa maksud memburu calon-calon BN untuk mencapai cita-citanya menjadi PM.

Sepanjang 11 bulan lalu, Anwar melakukan pelbagai serangan psikologi, termasuk menghantar pasukan pemburu ke Taiwan untuk membeli calon-calon BN. Anwar sebut rundingan beli calon boleh diadakan di Singapura, Hong Kong atau Dubai. Salah seorang yang tergoda dengan tawaran ini adalah Yong Teck Lee, SUPP Sabah.

Semua rundingan beli membeli calon ini, termasuk dalam salah satu resume, bekas pembancuh kopi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.

Sejak 11 bulan yang lalu juga Anwar menjadikan Najib sebagai target. Peribadi Najib diserang habis-habisan sebagai mengambarkan kecemburuan kepada saingan yang bakal menjadi PM bagi mengantikan Anwar.

Anwar masih perasan dirinya yang paling layak menjadi PM, sebab itu peribadi Najib diserang habis-habisan, seolah-olah Najiblah musuh nombor satu bagi dirinya. Sebaliknya Najib lebih bijaksana tidak menyerang peribadi Anwar, walaupun Najib berkemampuan melakukan lebih daripada Anwar lakukan kepadanya.

Pepatah Melayu mengatakan, 抩rang tamak selalu rugi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 02:14 PM | Show all posts
Pembangkang Agen Pelaksana Agenda Zionis? (Siri I)

oleh: Keris Terbang



Benarkah PKR agen Zionis? Persoalan yang sentiasa bermain-main di benak majoriti rakyat. Sehingga baru-baru ini 'mereka' mencabar agar sebarang pertuduhan terhadap 'mereka' sebagai agen Amerika dapat dibuktikan.

Meskipun telah banyak pendedahan berupa bukti yang terang lagi nyata di atas penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang berkaitan dengan Amerika dan Zionis seperti yang didedahkan dalam internet, di sini penulis cuba mengajak untuk melihat beberapa lagi bukti dari sudut yang lain pula bagi menyokong pendedahan tersebut.

Walau bagaimanapun, pendedahan ini bukanlah bermaksud menyahut cabaran 'mereka' tetapi sekadar ingin mencabar 'mereka' kembali agar membuktikan segala pendedahan ini tidak benar sama sekali. 'Mereka' juga dicabar agar menafikan dengan bukti akan segala penglibatan dan perancangan DSAI melalui Amerika dan Zionis seperti yang telah dikupas dan didedahkan satu-persatu melalui internet.

"Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.?(Surah Muhammad : 30)


Lambang Jahanam

Rasulullah S.A.W. pernah memberi amaran melalui sabdanya yang bermaksud, "Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal" (Riwayat Muslim, Misykat, hal. 472).

"Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)" (Riwayat Bukhari, Sahih Jami?Shogir 3495 / Al-Bany) .



Logo bagi Pertubuhan Illuminati ini boleh dilihat pada matawang Amerika, USD1.00 (Federal Reserve Dollar Bill). Ia juga terletak di belakang Mohor Amerika Syarikat.

Illuminati ialah golongan elit dalam hirarki pertubuhan Freemasons. Illuminati dalam bahasa Arab bermaksud Al-Nuroniyyin iaitu 'Memegang Cahaya' Pertubuhan yang turut dikenali sebagai 'Pertubuhan Cahaya' ini adalah sebuah organisasi rahsia yang telah ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh Dr. Adam Weishaupt, seorang Profesor Theology di Universiti Angold State, Jerman. Beliau merupakan salah seorang anggota Freemasonry yang telah keluar dari agama Kristian lalu menganut fahaman Atheisme.

Di awal penubuhannya, Weishaupt telah diarahkan oleh Rothschild untuk mengemaskini protokol Yahudi dari versi lama kepada versi baru di samping melaksanakan segala persiapan untuk menyambut kedatangan Dajjal. Secara ringkasnya, misi pertubuhan ini adalah untuk mewujudkan pemerintahan tunggal kerajaan Yahudi di dunia; 'One World, One Country, One Nation'.

Modus operandi mereka adalah dengan cara memecah-belahkan penduduk dunia agar saling bermusuhan, berperang sesama sendiri yang akhirnya akan memusnahkan diri dan negara sendiri, institusi-institusi kerajaan dan agama. Kemudian, barulah mereka masuk sebagai penyelamat yang membawa 'cahaya' (constructive chaos).

Simbol mata yang bercahaya di puncak piramid melambangkan mata Iblis, Lucifer yang mengawal semesta alam. Mata yang juga dikenali sebagai 'The All Seeing-Eye' (Mata yang dapat melihat segala sesuatu) ini merupakan Tuhan bagi mereka untuk memerintah dunia. Sekaligus membawa makna bahawa Tuhan mereka itu bermata satu.
Piramid itu pula merujuk kepada 'The Great Pyramid' di Giza, Mesir yang juga merupakan lambang ilmu sihir pada zaman kewujudannya.


Siri abjad Latin, MDCCLXXVI seperti yang tertera di tapak piramid bermaksud tahun 1776 yang juga merujuk kepada tarikh penubuhan Illuminati pada 1 Mei 1776. Selain itu, tarikh ini juga adalah tarikh bermulanya penggunaan matawang Amerika Syarikat.
Air yang mengelilingi piramid tersebut ialah air laut yang terdapat di sekitar Segitiga Bermuda. Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya berjudul 'Dialog Dengan Jin Islam', Segitiga Bermuda yang terletak di Lautan Atlantik adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Iblis dalam misinya menyesatkan manusia.

Fasa ayat dalam bahasa Latin, "ANNUIT COEPTIS" di atasnya bermaksud "He Has Favored Our Undertakings" manakala fasa ayat "NOVUS ORDO SECLORUM" yang tertera di bawahnya pula membawa maksud "New Order of the Ages".


[ Last edited by  shamsadis at 11-2-2009 02:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 02:24 PM | Show all posts
kau ni sadist betul. Memang tak ada kerja. dalam banyak-banyak yang aku baca cerita pasal amoi tu...keh.keh oii sadist mana ada kena...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2009 02:24 PM | Show all posts
Sekarang, bandingkan dengan ini pula



Logo 3-dimensi Pertubuhan Illuminati jika dilihat dari sudut pandangan atas akan menampakkan sebelah mata yang sedang melihat ke arah kita (The All Seeing-Eye), bentuk segiempat tepat piramid (segiempat yang tidak sama) dan juga air laut. Bukankah pandangan dari sudut ini akan menampakkan satu bentuk yang hampir menyamai lambang Parti Keadilan Nasional (KeADILan)?

Jika Pertubuhan Illuminati mengambil mata satu Iblis, Lucifer sebagai simbol mengawal dunia, KeADILan pula mengambil sebelah mata DSAI sebagai simbol sekaligus menjadi orang yang diangkat dan dipuja untuk memerintah negara. Siapakah pula DSAI di kalangan agen-agen Zionis?

Simbol mata dalam logo Pertubuhan Illuminati adalah merujuk kepada "The All Seeing-Eye" (Mata yang dapat melihat segala sesuatu) manakala mata dalam lambang KeADILan sepertimana termaktub dalam keterangan lambangnya merujuk kepada "Mata Yang Terbuka" Bukankah hanya dengan mata yang terbuka mampu untuk melihat segala sesuatu?

"Mata Yang Terbuka" itu juga ditafsirkan mereka sebagai lambang cahaya yang menyuluh perjuangan menegakkan keadilan; mencerminkan hati nurani yang mendorong parti mencapai perubahan. Bukankah simbol mata yang terdapat dalam logo Pertubuhan Illuminati juga dikelilingi cahaya? Adakah ini bermakna KeADILan juga adalah cawangan atau agen kepada "Pertubuhan Cahaya" tersebut?

Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.

Modus operandi dan matlamat mereka juga hampir menyamai kaedah yang digerakkan oleh ahli-ahli Pertubuhan Illuminati dalam misi menjadikan bumi hanya satu negara dan dikuasai hanya satu bangsa. Mereka melakukan "constructive chaos" dengan menyebarkan fitnah untuk memecah-belahkan perpaduan negara bagi mewujudkan keadaan saling bermusuhan dan benci-membenci, berperang sesama sendiri yang akhirnya akan meruntuhkan institusi kerajaan, agama dan bangsa. Kemudian, mereka akan hadir sebagai penyelamat yang membawa "Cahaya" dan harapan sepertimana termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, "Harapan Baru Untuk Malaysia".

Mereka berazam untuk menakluk Malaysia bagi mewujudkan hanya satu fahaman agama (internationalisme) dan satu bangsa (Malaysian Malaysia) sambil membawa slogan Zionis iaitu Freedom - Equality - Fraternity (Kebebasan  - Persamaan  - Persaudaraan).



Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.

Bagaimana dengan logo ini pula? Inilah logo bagi Columbia Broadcasting System (CBS), antara jaringan media terbesar di Amerika yang dikuasai Zionis. Sejarah menyebut bahawa segolongan ahli Illuminati yang tidak berpuas hati dikenali sebagai "Columbian"
telah mengasaskan persekutuan Amerika Syarikat. Maka dengan sebab itulah huruf D dan C pada perkataan Washington D.C. merujuk kepada "District Of Columbia". Mereka mengawal kerajaan persekutuan Amerika, kesemua media, gereja-gereja di Vatican City, universiti-universiti dan sebanyak 500 syarikat-syarikat mewah.


[ Last edited by  shamsadis at 11-2-2009 02:29 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 02:30 PM | Show all posts
Tahun Kebangkitan Zionis

Sepertimana yang disebutkan dalam buku "Morals And Dogma" karangan Albert Pike, tahun 1999 adalah tahun kemunculan Lucifer sebagai "Tuhan Cahaya" (The God Of Light). Mereka meramalkan bahawa penghujung tahun 1999 adalah tarikh akhir dari segala kejayaan agama di muka bumi dan berakhirnya segala bentuk penentangan terhadap Zionisme. Seterusnya, kerajaan Zionis akan bangkit untuk memerintah millenium baru yang bermula awal tahun 2000.

Mereka juga percaya akan kemunculan "perajurit syaitan" yang akan menyerang penganut-penganut agama dogmatik di sebelah timur dunia yang berada di atas garis lintang Khatulistiwa. Bagi memastikan ramalan ini menjadi kenyataan, mereka sendirilah yang akan mewujudkan agen-agen rahsia (provokator) untuk mencetuskan kekacauan seterusnya memudahkan jalan buat mereka melaksanakan misi "reformasi millenium baru".

Ajaran Zionisme mempunyai cita-cita untuk menyatukan dunia dengan mengandaikan bahawa seluruh umat manusia perlu dibebaskan dari dogma agama. Penduduk dunia harus patuh kepada satu pemerintahan dan satu kekuatan yang digambarkan sebagai Baphomet (Dewa Berkepala Kambing).

Menurut Drs. H. Toto Tasmara pula dalam bukunya berjudul "Dajal Dan Simbol Setan", Baphomet akan melaksanakan tugasnya sehingga akhir tahun 2003. Kemudian, barulah seluruh umat manusia akan berada di bawah pengawasan Tuhan Lucifer ('The All Seeing-Eye'). Hal ini sangat diyakini oleh anggota-anggota Freemasons sebagaimana termaktub dalam "Ordo Antichrist Illumninati".

Demikianlah perancangan yang cukup halus didalangi oleh agen-agen rahsia Zionis sehingga tertubuhnya KeADILan pada 4 April 1999 apabila parti-parti pembangkang yang tertubuh sebelumnya didapati masih gagal untuk menakluk negara.

Ini diperkukuhkan lagi apabila sebelum penghujung tahun 2003, KeADILan mula bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 3 Ogos 2003 untuk membentuk sebuah parti politik yang lebih padu dan kuat, dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sekaligus menepati kehendak Baphomet untuk menamatkan misi sebelum akhir tahun 2003.

Perhatikan bahawa bagaimana perancangan demi perancangan diatur sehinggalah DSAI berjaya dibebaskan setahun kemudiannya pada 2 September 2004. Sejak itu, seluruh pertubuhan politik pembangkang seolah-olah bernaung dan bergantung di bawah kibaran lambang PKR, "Mata Yang Terbuka" (The All Seeing-Eye).

Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.

Bukan sahaja KeADILan, malah Malaysian For Free Election (MAFREL) yang berkait-rapat dengan parti politik pembangkang juga ditubuhkan sebelum akhir tahun 1999. MAFREL yang mempunyai pekerja-pekerja yang dibayar dalam US dolar mendapat pembiayaan dari National Endowment For Democracy (NED) manakala NED pula mendapat tajaan dari United States Agency for International Development (USAID).

NED banyak terlibat dalam membeli, mencaturkan atau menentukan kerajaan di seluruh dunia. NED menyalurkan wang terutamanya sewaktu musim pilihan raya bagi mencaturkan kerajaan di Cuba, Venezuela, Costa Rica, Haiti, Panama, Nicaragua, Iran, Iraq, Afghanistan, Slovakia, Bulgaria, Serbia, Ukraine, Russia, Macedonia, Georgia, Belarus, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain. Bersandarkan ini, tidak mustahil Malaysia juga menjadi mangsa melalui parti-parti politik pembangkang negara.

Marc Bazin pernah menerima bantuan USD36 juta daripada NED semasa pilihan raya Haiti pada tahun 1990; Nicolas Ardito Barletta Vallarino menjadi Presiden Panama bagi tahun 1984 juga dengan dana bantuan NED; George H. W. Bush pernah menyalurkan USD9 juta melalui NED bagi membolehkan Violeta Barrios de Chamorro menjadi Presiden Nicaragua pada tahun 1990. Maka tidak hairanlah jika mahu dikaitkan bahawa DSAI juga mendapat pembiayaan bagi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.
Kesemua ini jelas menunjukkan bahawa agen-agen Zionis sememangnya sedang merealisasikan cita-cita dan ramalan mereka. Inilah agenda-agenda yang digerakkan untuk Malaysia demi melaksanakan misi pemerintahan tunggal kerajaan Zionis menjelang abad millenium.


[ Last edited by  shamsadis at 11-2-2009 02:34 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 02:51 PM | Show all posts
Rahsia Di Sebalik Angka

Terdapat satu kaedah pengiraan menggunakan kod matematik yang telah ditemui oleh sarjana pertanian Mesir, Rashad Khalifa. Melalui kaedah pengiraan ini, beliau telah mendedahkan bahawa Al-Quran mempunyai inter-locking system yang menyebabkan Al-Quran tidak boleh diubah sama sekali walaupun satu huruf. Ini sekaligus membuktikan mukjizat Al-Quran itu sendiri. Kertas kerja beliau berhubung dengan penemuan ini telah dibentangkan di Pameran Islam Sedunia di London pada tahun 1976.

Perhatikan bahawa KeADILan ditubuhkan dalam tahun 1999 manakala Pertubuhan Illuminati pula telah pun wujud sejak tahun 1776 lagi. Jika dibuat kaedah pengiraan mengikut kod matematik yang telah diperkenalkan oleh Rashad Khalifa, langkah pengiraannya adalah seperti berikut:

1999 = 1 + 9 + 9 + 9 = 28 = 2 + 8 =10 = 1 + 0 = 1 (nombor yang terhasil adalah 1)
1776 = 1 + 7 + 7 + 6 = 21 = 2 + 1 = 3 (nombor yang terhasil adalah 3)


Kewujudan dua pertubuhan ini secara tidak langsung saling lengkap-melengkapi bagi melaksanakan misi Amerika dan Zionis terhadap Malaysia sebagai satu-satunya negara Islam yang masih berdiri teguh. Jika digabungkan dua angka yang terhasil ini untuk menjadikannya satu angka yang lengkap, maka terhasillah angka 13.

Bagi penganut dan pendokong Zionisme, angka 13 amat bermakna buat mereka kerana angka ini adalah angka kekuasaan 扨rince Of Darkness抂/i]. Angka 13 inilah yang membentuk item-item tertentu dalam logo Pertubuhan Illuminati dan Mohor Amerika Syarikat.



Jika diamati semula logo Pertubuhan Illuminati, lapisan batu-batu yang membentuk piramid tersebut disusun dalam 13 barisan. Manakala perkataan 擜NNUIT COEPTIS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 02:53 PM | Show all posts
Rangkaian Kod Simbol

Kita lihat pula beberapa keajaiban melalui simbol bagaimana perancangan sulit agenda Zionis terhadap negara sebenarnya telah lama diaturkan melalui parti-parti pembangkang negara sejak sebelum merdeka lagi.




Gambar pertama adalah simbol bagi pertubuhan berkaitan Illuminati manakala gambar ke-2 yang memaparkan kepala kambing (Dewa Baphomet) adalah lambang Church Of Satan, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan sebagai jaringan atau rantaian kepada agenda Zionis. Pertubuhan ini telah ditubuhkan di San Fransisco pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey. Simbol ke-3 pula adalah 慬i]Star Of David抂/i] yang telah diketahui umum sebagai lambang kepada orang-orang Yahudi sepertimana dapat dilihat pada bendera Israel.

Simbol atau identiti yang digunapakai dalam gerakan atau pertubuhan yang berkaitan Illuminati atau Freemasons biasanya berbentuk mata atau 慣he All Seeing-Eye抂/i] (mata yang dapat melihat segala sesuatu), bintang (Star Of David), jangkalukis (compasses) & sesiku (square), huruf 慓
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.092021 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list