CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-1-2009 07:56 AM | Show all posts
MATA SATU



82- عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2009 07:59 AM | Show all posts
83- Dari al-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menyebut perihal Dajal serta menyatakan sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur; juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya sepotong dicampakkan jauh dari yang satu lagi, kemudian diserunya lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya - yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam Nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain lagi)." Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w., menjawab: "Empat puluh hari,- hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua: Panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa. " Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah, jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w., menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan,"Baginda menerangkan lagi:"Semasa Dajal itu bermaharajalela Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya dipintu kariah yang bernama: Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s., lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta menggembirakan mereka dengan darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga; " Nabi s.a.w. menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 07:59 AM | Show all posts
"Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba-Ku (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hamba-Ku yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi Nabi Isa dan pengikut-penqikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t. `hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi. Tumbuhkanlah tanaman serta keluarkanlah buahmu dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w., bersabda: lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari qiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik dan tidak benci serta tidak melarang - daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka, serta bertanya: `Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan din kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakkanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa. (Muslim)

Diingatkan bahawa hadis-hadis berkenaan dengan keluarnya Dajal dan turunnya Nabi Isa a.s., adalah hadis-hadis yang sampai kepada martabat hadis "Mutawatir", demikianlah ditegaskan oleh ulama hadis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 08:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 08:12 AM | Show all posts


Anwar Ibrahim, Recep Tayyed Erdogan, Paul Wolfowitz dan Presiden Bush

Oleh Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC

Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki.

Anwar Ibrahim bersama Mohd Yusmadi Yussof (kanan)


Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C. Sejak jam 4 petang lagi ramai yang berpusu-pusu beratur menuju ke dewan O Donovan di mana majlis akan berlangsung. Saya dimaklumkan ramai tidak dapat masuk walaupun telah berbaris awal.

Dewan O Donovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown, Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT, Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi.

Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut.

Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush.




Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan kesesalan beliau terhadap pengharaman buku John Esposito dan Karen Amstrong oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Rujukan juga dibuat terhadap op-ed terbaru Esposito 揃enedict VI Islamica" yang jelas menunjukkan komiment beliau mengusaha jambatan persefahaman dunia.

揑 have learned that the true test of friendship comes in your darkest hour, when a genuine friend reaches out to help in the face of tyranny and oppression" Kata-kata susulan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim itu membuatkan saya tersentak seketika membayangkan erti persahabatan antara beliau dan Perdana Menteri Turki Tayyib Erdogan. Kedua-dua mereka seolah-olah sehati sejiwa sama citarasa dengan tidak bertali leher di pentas.

Majlis tersebut juga menjalinkan silaturahim sahabat handai dan taulan yang terputus hubungan. Sapaan yang mesra jelas terpapar di airmuka takkala mereka bertemu semula di majlis tersebut. Saya sempat tumpang sekaki berbual dengan beberapa kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui saudara Khalid Jaafar.

Majlis juga dihadiri oleh saudari Nurul Izzah yang menemani isteri dan dua orang anak Perdana Menteri Erdogan. Saya dimaklumkan oleh saudari Nurul Izzah bahawa anak Erdogan sebak melinangkan air mata apabila mendengar pengalaman yang dilalui Izzah sekeluarga ketika Datuk Seri Anwar ditahan selama 6 tahun. Pada mereka penahan Erdogan di dalam penjara selama 6 bulan sudah memeritkan. (Sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri Erdogan telah dipenjarakan oleh kerajaan terdahulu kerana membaca satu sajak yang berpengaruh di sana.)

Sebagai orang muda, ini adalah kali kedua saya melihat erti persahabatan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan teman-teman beliau. Sajak dan tanggisan Tawfik Ismail semasa menggambarkan persahabatan beliau dan teman-teman di Indonesia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gedung Kesenian, Jakarta semasa lawatan "Anwar Ibrahim Teman Sejati" ke Indonesia masih segar dalam ingatan saya.

Lawatan Erdogan ke Washington D.C yang pada kebiasaannya merupakan "PR execise" biasa para diplomat telah bertukar menjadi agenda besar keamanan dunia. Yang lebih penting bagi diri saya ialah bagaimana dua sahabat Islam dari Timur dan Barat dapat bergabung menyampaikan mesej seirama keamanan kepada sang penguasa Barat di Barat.




Mungkin Ramadhan tahun ini akan membuka lembaran baru keamanan dunia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menarik minat Paul Wolfowitz orang yang amat dimusuhi oleh masyarakat dunia mendengar mesej Keamaan Sejagat dan beriftar bersama masyarakat Islam di bumi Jesuit di Washington D.C.




Emak saya selalu mengingatkan saya bahawa doa sebelum berbuka amat mustajab. Mungkin program ini boleh dianggap sebagap sebagai Doa oleh Dua Sabahat untuk Keamanan Sejagat. Ameen


AIDC memetik artikel Mohd Yusmadi Yusof,ketika itu mengiringi program Anwar di Washington DC. Sekarang Yusmadi adalah ahli parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang. Artikel asal klik di sini
Klik untuk selanjutnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 08:12 AM | Show all posts
Sekiranya Anwar benar-benar tidak pro Amerika, sepatutnya Timbalan Presiden PKR tidak perlu membuat sebarang penafian kaitan Anwar dan Amerika seperti dalam akhbar Sinar Harian, hari ini. Tidak perlu ulas isu ini jika sekiranya Anwar benar-benar tidak mempunyai apa-apa hubungan..

Annapolis Summit : Anwar sudah terjerat ?

Steven Clemon dalam The Washington Note mengesahkan menyatakan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menandatangani surat sokongan Annapolis Sumit kepada Presidin Amerika George W.Bush dan Secretary of State, Condoleeza Rice pada 10 Oktober 2007.

Anwar Ibrahim dalam blognya telah menafikan beliau terlibat. Soalnya siapa yang menipu adakah Steven Clemon yang menipu atau Anwar yang menipu. Steven Clemon sebagai makluman adalah Senior Fellow and Director, American Strategy Program, New America Foundation.




Apa motif Steven Clemon memasukkan nama Anwar, adakah dia sengaja ingin memburukkan nama Anwar? atau beliau ingin menaikkan imej Anwar dengan menonjolkan Anwar antara tokoh yang menyokong deklarasi tersebut, dengan andaian perjanjian tersebut berjaya.Sekiranya perjanjian tersebut berjaya Anwar mungkin akan dipuja oleh dunia Islam sebagai tokoh keamanan.

Tetapi disebabkan perjanjian tersebut gagal maka Anwar telah cuba untuk menafikan beliau terlibat kerana majoriti negara Islam termasuk Iran, Syiria dan kumpulan Hamas menentang perjanjian tersebut. Dalam Annapolis Summit antara perkara yang dipersetujui ialah:


1.Mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat
2.mengiktiraf Mahmoud Abbas (Abu Mazen) sebagai pemerintah Palestin




Lantaran itu perjanjian tersebut secara tidak lansung mengenepikan peranan HAMAS yang telah memenangi pilihanraya Palestin. Sampai ke hari ini tidak ada satu pun kebaikkan yang diperoleh oleh Palestin melalui perjanjian ini, malah Mahmoud Abbas juga telah kehilangan sokongan dari rakyat Palestin.Adakah Anwar cuba menafikan keterlibatannya dalam Annapolis Summit kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Mahmoud Abbas dan kumpulan Fatah?


Laman web Moon of Alabama mengatakan yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar Ibrahim, (Foundation For The Future) merupakan grand design Amerika untuk membekalkan senjata kepada kumpulan Mahmoud Abbas (FATAH) menentang kumpulan HAMAS.

Sekiranya Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICG) yang dipegang oleh Anwar Ibrahim sekarang ini juga merupakan 'tajaan' AMERIKA ?

Dalam isu Annapolis Summit ini sudah jelas Anwar sudah terperangkap dan cuba menuduh atau kambinghitamkan pihak lain seperti BTN dalam blognya untuk menutup kelemahan dan kesilapannya.


sumber - pochongmenulis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2009 02:14 PM | Show all posts

Reply #19 shamsadis's post

wakakakah....kondominium kat Damansara Perdana tu
omongan kosong ker?
Rumah JIN dan Bunian ke sampai tak nampak

Tanah melayu kat Tanjung Tokong Penang tu yg di ambil UDA buat kondo dan teres mewah
tu siapa dalang nye?

ini mesti KO PUNYA LOGIK kata PR Penang luluskan tanah Melayu tu kasi kat konglomerat untuk di jual kepada non bumi dan non malaysian lepas menang March 2008 dan dalam masa satu hari semua kondo dan teres tu siap.

tahap pemikiran puteri Umno
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 04:31 PM | Show all posts

Balas #27 kekbelacan\ catat

cakap jerk...bak datang bukti surat tanah mai kita tengok...

takkan gebang jerk ....lambang PKR pun sama dengan lambang Freemason dengan simbol Dajjal...tu pun bukti tue...bukan cakap mulut cam ko ni...ishh ishh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 04:31 PM | Show all posts

Reply #28 shamsadis's post

hang tak dak mata ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 04:48 PM | Show all posts

Balas #29 DTECCONAN\ catat

kurnian Allah...

ada kene mengena dengan teori PKR Dajjal ker???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 16-1-2009 04:31 PM
cakap jerk...bak datang bukti surat tanah mai kita tengok...

takkan gebang jerk ....lambang PKR pun sama dengan lambang Freemason dengan simbol Dajjal...tu pun bukti tue...bukan cakap mulut ca ...

Ini antara org yg menidakkan Yeo Tiong Lay jadik Billioner dunia kerana IPP kurniaan Mahathir
kerana aku tak postkan Power Purchasing Agreement kat internet

wakakakah....kondominium & rumah teres mewah pun buat2 tutup mata
sah la lu puteri UMNO ada lesen kelas F dapat kontrak buat jamban
perasan macam buat jambatan Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:04 AM | Show all posts
SANG NIZAR DURHAKA: Mengecewakan Raja Muda Perak.


[size=130%]
[size=130%]Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah meluahkan perasaan kecewanya kepada Kerajaan Pemerintah baru Perak dibawah ketua lanunnya Sang Nizar atas kedeharkaannya melanggar amanat orang Melayu Perak yang dinaungi oleh Ke Bawah Duli Sultan Perak.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

揜ancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:06 AM | Show all posts
Nizar digesa letak jawatan



Oleh Siti Mariam Md. Zain

IPOH 16 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin perlu meletak jawatan kerana tindakannya memberi hak milik tanah kepada penduduk kampung baru yang menggambarkan sikap beliau tidak menghormati dan membelakangkan teguran raja-raja Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, sebagai ketua negeri, Mohammad Nizar sepatutnya menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu seperti yang diharapkan, bukannya 'menggadaikan' maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.

Katanya, tindakan seumpama itu juga jelas menunjukkan Mohammad Nizar tidak langsung berusaha untuk melindungi hak-hak orang Melayu.

''Saya minta beliau insaf dan ingat semula siapa yang melantik beliau menjadi Menteri Besar.

''Kalau beliau insaf, beliau perlu meletak jawatan kerana telah melakukan tindakan mengguris hati dan perasaan raja-raja Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Mengulas lanjut, Hilmi berkata, sebagai badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu, pihaknya tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku dan bakal mengambil tindakan susulan.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin pula menegaskan, tindakan Mohammad Nizar memberikan hak milik tanah tersebut menunjukkan beliau seorang pemimpin yang buta sejarah.

Katanya, sebagai ketua negeri, Mohammad Nizar tidak seharusya bertindak melulu melakukan perubahan untuk kepentingan peribadi.

''Sepatutnya beliau melihat atau mengkaji dulu sejarah bagaimana asal usul kampung baru, bukan tergesa-gesa membuat perubahan yang akhirnya menguris perasaan orang Melayu sendiri.

''Mungkin sekarang tidak nampak sangat kesannya tetapi 10 atau 20 tahun lagi, bila sedar, semuanya sudah terlambat," ujar Zainol.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan negeri mahu 'menyumbang', adalah lebih sesuai mereka memberikan hak milik tanah tersebut kepada para pejuang kemerdekaan dan anggota keselamatan yang telah mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi untuk mendapatkan reaksinya berkata: ''Saya tidak mahu komen apa-apa kerana tidak percaya dengan laporan Utusan Malaysia."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:07 AM | Show all posts
DEMI DAP NIK AZIZ SANGGUP BUAT BEGINI



[size=180%]INILAH PAS..SANGGUP JADI PENGEMIS PADA DAP..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:24 AM | Show all posts
Biar Cina Ambil, Baru Hendak Menangis Air Mata Darah



[size=130%]Sekadar renungan buat pengundi Melayu. Kita mesti hentikan momentum Harapan Baru Anwar Ibrahim dan kumpulan Erdogan nya dari Permatang Pauh ke Kuala Terengganu. Jika Kuala Terengganu kalah kepada Pakatan Rakyat, orang Cina yang hanya 11 peratus akan mendakwa merekalah yang melakukan swing vote dan memberi kekalahan kepada BN. Sudah tentu mereka akan lebih demand dan meminta yang bukan-bukan lagi sama ada melalui DAP, Gerakan atau MCA. Orang Cina akan lebih ketawa besar dan bertepuk tangan melihat satu lagi kerusi Melayu hilang.

UMNO akan hilang satu lagi kerusi dari 79 kepada 78. Siapa yang akan menjadi semakin kuat? Pertambahan satu kerusi buat PAS tidak akan mengubah apa-apa, melainkan lebih membuatkan jadual Wahid Endut lebih sibuk. Mungkin ini akan membuat Wahid Endut kerap tertidur dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Orang Melayu Kuala Terengganu mesti mengambiil ikthibar atas apa yang telah DAP buat pada orang Melayu di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Melayu akan terus berada dalam dilema akalu Kuala Terengganu jatuh pula ke tangan Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim tidak akan boleh menjadi Perdana Menteri pun jika PAS menang esok. Kemenangan PAS, hanya akan mengurangkan kuasa UMNO, parti paling kuat bagi orang Melayu. Sampaikan peringatan ini kepada pengundi-pengundi esok. Menangis air mata darah pun tiada gunanya lagi, jika esok kita membuat pilihan yang salah.




[ Last edited by  shamsadis at 19-1-2009 08:42 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2009 08:47 AM | Show all posts


Kes Liwat Anwar Bukan Konspirasi ?

Kes liwat DS Anwar Ibrahim akan mula didengar semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Februari 2009. Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000. Seluruh rakyat Malaysia dan mungkin seluruh dunia akan mengikuti perbicaraan ini yang akan menentukan hidup dan mati DS Anwar dalam politik.

Ketika saya masih bertugas di Ipoh, saya sering juga mendengar ceramah-ceramah politik anjuran parti-parti pembangkang terutamanya PAS. Seingat saya antara tahun 1997 dan 1998 saya sering menghadiri ceramah-ceramah Sdr.Mohamad Sabu yang memang terkenal sebagai 'ayam laga' atau 'ayam sabung' Parti Islam SeMalaysia itu. Caranya yang bersahaja, cerita-cerita jenaka, selain maklumat-maklumat terkini politik tanah air sentiasa mengamit hati saya untuk mendengarnya.

Salah satu maklumat terkini dan paling panas ketika itu yang kurang menyenangkan hati saya ialah gosip-gosip berkenaan Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim berhubung dengan salahlaku moralnya, sehingga Sdr Mohamad Sabu menggelarkannya sebagai Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi.

Saya tidak senang dengan gosip itu kerana saya amat menyanjung tinggi peribadi Anwar bukan setakat jawatan TPM malah pernah menjadi menteri di kementerian saya bertugas. Malah jauh dari itu saya sememangnya antara ribuan peminat politiknya kerana karismanya, visinya, misinya, pidatonya, latarbelakang agamanya dan beliau menjanjikan harapan baru kepada Melayu, Islam dan Malaysia. Saya tetap berpegang kepada prinsip ' seseorang itu tidak boleh didapati bersalah selagi dia tidak disabitkan kesalahannya oleh mahkamah'

11 tahun sudah berlalu, terlalu sarat dengan peristiwa dan cerita-cerita politik. Imbauan 11 tahun dahulu membuat saya tersenyum kerana isu liwat DS Anwar telah saya dengar beberapa bulan sebelum beliau dipecat, bukan melalui saluran-saluran rasmi berita perdana tetapi melalui ceramah-ceramah politik Sdr Mohamad Sabu.

Lebih melucukan lagi Parti Sdr Mohamad Sabu sendiri sekarang sedang bersengkokol dengan parti DS Anwar Ibrahim. Sekarang ini orang yang disebut Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi menjadi sahabat pula kepada parti Mohamad Sabu dan melantiknya pula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Tulisan saya ini ada sedikit persamaan dengan tulisan seorang penulis yang mengelarkan dirinya pendeta dengan tajuk tulisannya 'Konspirasi Besar DAP, Pas Dalam Kes Liwat Anwar' ditulis pada 16 Julai 2008. Pendeta menulis :

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden Pas sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku lima bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar.
Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti 揳da udang di sebalik batu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:49 AM | Show all posts
Annapolis Summit : Anwar Ibrahim tandatangan cadangan Dua Negara kepada Presiden Bush




Annapolis Summit : Anwar Ibrahim tandatangan cadangan Dua Negara kepada Presiden Bush

Surat berikut dihantar oleh lapan orang penandatangan asal pada 10 Oktober 2007 kepada Presiden George W. Bush dan Setiausaha Negara Condoleezza Rice, berkaitan dengan persidangan keamanan Timur Tengah, Annapolis Summit, Maryland, yang dijadual akan dilakukan pada akhir November 2007.

Sejak itu, ramai bekas pegawai awam dan intelektual Amerika telah menandatangani surat tersebut di atas kapasiti individu. Draf surat tersebut diusaha bersama oleh tiga badan iaitu New America Foundation/American Strategy Program (Yayasan Amerika Baru/ Program Strategi Amerika), International Crisis Group (Kumpulan Krisis Antarabangsa), dan US/Middle East Project, Inc, dan telah dicetak pada 8 November 2007 dalam terbitan New York Review of Books.

Berikut kandungan surat tersebut :

Yang Dihormati Presiden Bush dan Setiausaha Rice :

Persidangan Keamanan Israel-Palestin yang diumumkan oleh Presiden Bush baru-baru ini dan dijadualkan akan berlangsung pada November akan memberikan peluang yang tulen untuk kemajuan two-state solution (penyelesaian dua negara).

Timur Tengah kekal bergelumang dalam krisisnya selama bertahun-tahun, dan dengan persidangan ini akan memberi kesan positif ke arah menahan gelombang ketidakstabilan dan keganasan yang bakal meningkat. Kerana bimbang berlakunya risiko kegagalan persidangan itu, pengajaran daripada persidangan sebelum ini perlu dijadikan iktibar untuk memastikan kejayaan Annapolis Summit itu. Sebelum ini, percubaan terakhir rundingan berlaku tujuh tahun lepas di Camp David. Mereka berunding mengenai isu asas politik yang membahagikan dua pihak (two-state solution).

Kami percaya, dalam usaha untuk mencapai kejayaan, keputusan yang bakal diambil daripada persidangan itu mestilah substantif dan relevan dalam kehidupan seharian penduduk Israel dan Palestin .

Persidangan antarabangsa perlu berhadapan dengan pengisian keamanan yang kekal : Kerana itu satu persetujuan keamanan yang menyeluruh tidak dapat dicapai pada November ini, maka persidangan itu perlu memfokuskan ke arah langkah-langkah keamanan berkekalan, yang perlu termaktub dalam resolusi Majlis Keselamatan.

Pemimpin Israel dan Palestin perlu berusaha untuk mencapai perjanjian seperti itu. Sekiranya mereka gagal, Kumpulan Kuartet (A.S. , E.U. , Rusia dan Setiausaha Agung) 杙erlu melindungi mereka agar persidangan patut diadakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:51 AM | Show all posts
Penandatangan Baru pada 10 Oktober 2007

(Penandatangan menandatangani dalam kapasiti individu lebih daripada kapasiti insititusi)

1. Fouad Alghanim, Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP

2. Jodie Allen, Senior Editor Pusat Penyelidikan Pew; Bekas Editor , Outlook Section, Washington Post

3. Harriet Babbitt, Bekas Duta A.S. ke Persatuan Negara-negara Amerika; Bekas Pengarah National Democratic Institute for International Affairs (Institut Demokrasi Kebangsaan untuk Hubungan Antarabangsa)

4. Birch Bayh, Bekas Senator A.S. (D-IN)

5. Shlomo Ben-Ami, Bekas Menteri Luar Israel

6. Stephen Bosworth, Dekan, The Fletcher School at Tufts University; Bekas Duta ke Korea, Filipina dan Tunisia

7. Lincoln Chafee, Felo Pelawat di Institut Kajian Antarabangsa Watson, Brown University; Bekas Senator A.S. (R-RI)

8. Steven Clemons, Felo Kanan dan Pengarah, Senior Fellow & Director, New America Foundation/American Strategy Program (Yayasan Amerika Baru/Program Strategi Amerika)

9. Harvey Cox, Profesor Pengajian Teologi Hollis, Sekolah Teologi Harvard

10. Michael Cox, Professor di London School of Economics dan Pengarah Pusat Kajian Perang Dingin

11. Edward Djerejian, Pengarah, Institut untuk Dasar Awam James A. Baker III, Rice University; Bekas Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Timur Dekat; Bekas Duta A.S. ke Israel

12. James Dobbins, Bekas Penolong Setiausaha Negara

13. Joseph Duffey, Pengarah Agensi Maklumat A.S.(1993-1999); Penolong Setiausaha Negara untuk Pendidikan dan Budaya, 1977

14. Peter Edelman, Profesor Undang-Undang dan Pengarah Bersama, Ijazah Undang-Undang dan Dasar Awam; Bekas Penolong Setiausaha untuk Perancangan dan Penilaian

15. Gareth Evans, Presiden & CEO, International Crisis Group (Kumpulan Krisis Antarabangsa); Bekas Menteri Luar Australia

16. Leon Fuerth, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore

17. Philip H. Gordon, Felo Kanan untuk Dasar Luar A.S., Brookings Institution

18. Morton Halperin, Pengarah Eksekutif, Open Society Policy Center; Pengarah Sokongan A.S. , Open Society Policy Center ; Bekas Pengarah Staf Perancangan Dasar, Jabatan Negara A.S., 1998-2001

19. Gary Hart, Kerusi Wirth di University of Colorado; Pengerusi, Council for a Livable World and the American Security Project (Majlis untuk Dunia Yang Sesuai Didiami dan Projek Keselamatan Amerika) ; Bekas Senator A.S. (D-CO)

20. Rita E. Hauser, Bekas Ahli, President's Foreign Intelligence Advisory Board (Lembaga Penasihat Perisikan Luar Presiden)

21. William J. vanden Heuvel, Pengerusi, Emeritus of the Franklin & Eleanor Roosevelt Institute; Bekas Timbalan Wakil Tetap A.S. ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

22. Samuel M. Hoskinson, Naib Presiden Eksekutif , Jefferson Waterman International; Bekas Naib Pengerusi, National Intelligence Council (Majlis Perisikan Negara); National Intelligence Officer for the Middle East (Pegawai Perisikan Negara untuk Timur Tengah) dan Senior National Security Council Staff Officer under three National Security Advisors (Pegawai Staf Kanan Majlis Keselamatan Negara di bawah tiga Penasihat Keselamatan Negara)

23. Joseph Hotung, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Ho Hung Hing Estates Ltd., Hong Kong and United Kingdom; Ahli Lembaga Antarabangsa , USMEP

24. Amory Houghton, Bekas Ahli Muda Kongres A.S. (R-NY)

25. Robert E. Hunter, Penasihat Kanan, RAND Corporation; Bekas Duta A.S. ke NATO

26. Robert Hutchings, Diplomat Tamu, Woodrow Wilson School at Princeton University; Bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Negara

27. Anwar Ibrahim , Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia

28. Michael Intriligator, Profesor Ekonomi di UCLA; Bekas Pengarah, UCLA Burkle Center for International Relations (Pusat Burkle UCLA untuk Hubungan Antarabangsa)

29. Robert Jervis, Profesor Hubungan Luar Adlai E. Stevenson di Columbia University; Bekas Presiden, American Political Science Association (Persatuan Sains Politik Amerika)

30. Herbert C. Kelman, Profesor Etika Sosial Richard Clarke Cabot, Emeritus, Harvard University; Bekas Pengarah, Program Analisis dan Resolusi Konflik Antarabangsa, Weatherhead Center for International Affairs (Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:52 AM | Show all posts
31. Said Khoury, Presiden, Consolidated Contractors International Company S.A.L., Greece; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP

32. Lawrence Korb, Felo Kanan, Center for American Progress (Pusat Perkembangan Amerika); Penasihat Kanan kepada Pusat Maklumat Pertahanan; Bekas Felo kanan & Pengarah Pengajian Keselamatan Negara di Majlis Hubungan Luar; Bekas Penolong Setiausaha Keselamatan

33. Flynt Leverett, Pengarah, Geopolitics of Energy Initiative and Senior Fellow, New America Foundation (Inisiatif Geopolitik Tenaga dan Felo Kanan, Yayasan Amerika Baru) ; Bekas Pengarah Kanan untuk Hubungan Timur Tengah, Majlis Keselamatan Negara; Bekas Pakar Timur Tengah untuk Setiausaha Negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.080202 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list