CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-4-2009 01:30 PM | Show all posts
Siapakah Viktor Yushchenko? Seorang Calon Tajaan IMF!

Pada 1993, Viktor Yushchenko telah dilantik sebagai ketua kepada National Bank of Ukraine (Bank Negara Ukraine) yang baru ditubuhkan. Dia telah dilaung-laungkan sebagai 搑eformer yang berani擺/b] dan merupakan arkitek utama penyelesaian ekonomi maut IMF, yang bertujuan menyebabkan kemiskinan Ukraine dan memusnahkan ekonominya.

Berikutan pelantikannya, Ukraine mencapai perjanjian yang bersejarah bersama International Monetary Fund. Yushchenko memainkan peranan penting dalam melaksanakan rundingan perjanjian 1994, dan juga mewujudkan mata wang nasional Ukraine, yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang secara dramatik.

Yushchenko, sebagai ketua Bank Negara bertanggungjawab terhadap pembatalan kawal selia mata wang negara di bawah 搑awatan kejutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2009 01:30 PM | Show all posts
IMF dan 揢rus tabir Yang Baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 01:31 PM | Show all posts
Mereplikakan Yugoslavia. Perpecahan Ukraine?

Beberapa bulan selepas pemecatannya oleh Parlimen Ukraine pada 2001, Yushchenko berada di Washington untuk perbincangan dengan pentadbiran Bush. Dia kembali ke Washington di bawah naungan IRI. Semasa lawatannya, dia telah bertemu dengan Naib Presiden Dick Cheney dan Timbalan Setiausaha Negara, Richard Armitage.

Oleh itu, neo-con A.S. secara teliti merancang tindakan untuk pilihan raya presiden di Ukraine pada Oktober-November 2004.

(Diingatkan, Yushchenko pada masa ini menghadiri mesyuarat rasmi dengan pentadbiran A.S. bukan lagi ahli Kerajaan Ukraine. Dia telah diundi keluar untuk sebarang jawatan ! Seorang rakyat biasa Ukraine menghadiri mesyuarat dasar peringkat atasan dengan pentadbiran A.S. !? - Editor )

Yugoslavia merupakan raptai kepada keretakan saki-baki bekas republik Soviet. Dengan cadangan terbaru, perpecahan negara tersebut, iaitu perpecahan Ukraine, dimodelkan daripada pengalaman ke atas bekas Yugoslavia, merupakan salah satu daripada beberapa 搒enario
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 01:31 PM | Show all posts
Nampaknya bahlol masih berpusing pusing nak belit diri sendiri. Apa yang sang jahilooon bawak hanya larangan memegang masyhaf tanpa wuduk dan juga pesanan jangan libatkan orang kafir dalam proses pengeluaran al Quran. yang aku tanya kalau orang bukan Islam baca petikan. Takkan makna 'petikan' pun sang jahilooon tak paham. Sebab sang jahilooon yang poyo poyo copy & paste pasal hal ni, jadi mesti sang jahilooon ada pegangan yang memberatkan apa yang sang jahiloooon maksudkan. Bukan setakat mengikut sana mengikut sini, bila orang tanya mana puncanya , yileeeeekkkkkkk..... aku berhukum dengan hukum ni sebab si polan kata begitu atau si polan kata begini ....prrrpftphrrrpftph

Adaka tak ada wuduk tak boleh baca Quran, buat malu ugama je, dah jahil buatla cara jahil, toksahla nak tegakkan benang basah lagi, bukan apa, aku suka hang mengarut tapi dalam agama aku rasa malu pasal ada umat Islam yang pung sana pang sini mengaku nak tegakkan agama cuma kenal mitos kalau tak ada wuduk tak boleh baca Quran ....prrrpftphrrrpftph ....prrrpftphrrrpftph ....prrrpftphrrrpftph
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 01:31 PM | Show all posts
Perebutan Kuasa : Koridor Minyak dan Talian Paip

Di sebalik pilihan raya presiden, yang sekarang berada di pusingan ketiga, tidak lebih daripada mengekalkan agenda makro ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan A.S. - NATO di rantau tersebut dengan harga pertaruhan.

Objektif pentadbiran Bush adalah untuk melantik secara rasmi kerajaan Ukraine yang setia bekerjasama dengan Washington, bersama objektif muktamad untuk memindahkan tentera Rusia daripada Laut Hitam. Dalam hal ini, Ukraine telah menandatangani beberapa perjanjian ketenteraan bersama NATO.

GUUAM adalah pakatan Georgia, Ukraine, Uzbekistan, Azerbaijan dan Moldova, yang diwujudkan di atas arahan IMF dan NATO. Kesemua negara-negara ini terletak di hab yang kaya dengan minyak dan gas daripada Laut Kaspia.

Objektif GUUAM adalah untuk menghalang Rusia daripada memasuki Laut Hitam, melindungi laluan talian paip Anglo-Amerika yang keluar dari Asia Tengah dan Laut Kaspia serta secara keseluruhannya mengasingkan Rusia daripada Laut Kaspia dan Laut Hitam, yang merupakan kawasan yang kaya dengan minyak.

Pada sambutan Ulang tahun NATO yang ke-50, pemimpin- pemimpin daripada negara yang disebut di atas telah menjadi tetamu kehormat di Washington untuk menandatangani dokumen GUUAM yang mana menghalang Rusia daripada sebarang akses kepada Laut dan Lautan.

Ini juga termasuk menghalang Rusia daripada akses kepada kawasan simpanan minyak yang besar di mana United Socialist of Soviet Republic (USSR) telah membelanjakan berbilion dolar melalui kesukaran bertahun-tahun bagi membangunkan infrastruktur di negara-negara dunia ketiga tersebut.

Georgia, Azerbaijan dan Uzbekistan dengan segera membuat pengumuman di Washington bahawa mereka akan meninggalkan Commonwealth of Independent States (CIS) atau Komanwel Negara Merdeka yang ditubuhkan oleh Gorbachev-Yeltsin, selepas perpecahan USSR.

Pembentukan GUUAM (di bawah perlindungan NATO dan dibiayai oleh bantuan ketenteraan dari Barat) bertujuan untuk lebih meretakkan CIS.

Perang Dingin walaupun secara rasminya telah berakhir, belum lagi mencapai klimaks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 01:40 PM | Show all posts
The Fenton Report : Siapakah George Soros?



Oleh Bruce Fenton

Dilahirkan pada 12 Ogos 1930 di Budapest, Hungary, George Soros telah menjadi salah seorang pelabur yang amat terkenal di peringkat global.

George Soros (seorang Yahudi) terselamat semasa pendudukan Nazi di Budapest dan meninggalkan kerajaan Komunis Hungary pada 1947 dan menuju ke England, di mana dia menghabiskan pengajian di London School of Economics (LSE) atau Sekolah Ekonomi London..


Semasa menjadi pelajar di LSE, Soros benar-benar mendalami karya-karya ahli falsafah Karl Popper, yang mempunyai pengaruh mendalam pada pemikirannya dan kemudiannya diterjemahkan di dalam aktiviti profesional dan bantuannya.

Selepas menjual cenderamata di Wales, Soros menyertai broker saham London, Singer & Friendlander sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 1965.

Pada masa ini, George Soros adalah pengerusi Soros Fund Management (Pengurusan Dana Soros), yang bermula pada tahun 1969 sebagai Quantum Fund (Dana Quantum).

Ia telah memberi pulangan lebih daripada 4000%, sepuluh tahun selepas itu, dan menjadikannya sebagai kekayaan Soros yang semakin besar.

Quantum Fund milik Soros ditubuhkan pada 1969 sebagai salah satu daripada perlindungan nilai yang terawal di dunia. Dengan pelaburan permulaan sebanyak $1,000, dana tersebut didaftarkan di Curacao, Caribbean, tetapi beroperasi dari Manhattan.

Pendekatan Soros dalam pelaburan cukup mudah, belum menjadi kontroversi pada masa itu. Dana tersebut mengambil wang daripada individu yang kaya dan dilaburkan dengan risiko, tetapi dalam urusan perdagangan antarabangsa yang berpotensi memberi keuntungan tinggi.

Menurut British Broadcasting Corporation (BBC), dana tersebut mendapat keuntungan yang besar pada 1970-an, berpunca daripada kejatuhan tukaran mata wang yang tetap dan juga disebabkan oleh pembatalan kawal selia pasaran modal global.

Pada 1980, kekayaan Soros berjumlah $25 juta. Dana miliknya berkembang daripada pelaburan awal $1,00 kepada anggaran $100 juta.

Kini, Soros Fund Management LLC, merupakan perbadanan yang dimiliki secara persendirian yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan strategi pelaburan untuk pelbagai dana, termasuk dana kontroversi perlindungan nilai yang sentiasa menjadi kontroversi dan amat dikenali, Quantum Group of Funds (Dana Kumpulan Quantum).

Strategi pelaburan syarikat tersebut kebiasaannya berdasarkan kepada analisis sebenar atau arah aliran makroekonomi di pelbagai negara.

Pelaburan Soros yang liar dan inovatif telah membawa kepada impak yang mendalam kepada cara pelabur hari ini melihat pengurusan kekayaan pada masa kini.

Mendapat pengajaran strategik daripada pengurusan efektif, pengaruh risiko, firma pengurusan wang dan pelaburan mampu untuk menyediakan pelbagai pilihan pelaburan yang banyak serta peluang kepada individu dan institusi.

George Soros dan Quantum Fund bertanggungjawab kepada perkembangan perlindungan nilai pada dekad yang lepas.

Selain sumbangannya kepada dunia kewangan, George Soros juga telah berjaya dalam isu dan dasar antarabangsa.

Dia merupakan seorang dermawan yang aktif semenjak 1970, apabila dia mula menyediakan dana untuk membantu pelajar kulit hitam belajar di University of Cape Town semasa Afrika Selatan di bawah dasar aparteid.

Kini, dia merupakan Pengerusi Open Society Institute (OSI) atau Institut Masyarakat Terbuka, bekas ahli Lembaga Pengarah Majlis Dasar, dan pengasas kepada rangkaian organisasi dermawan yang aktif lebih daripada 50 negara.

Semasa Pilihan Raya Presiden A.S. 2004, George Soros menjadi pengkritik aktif Presiden George Bush dan dasarnya. Soros menyediakan tajaan kepada kumpulan politik, MoveOn, dan kumpulan lain yang menentang Presiden Bush.

Pada awalnya berpusat di Eropah Timur dan Tengah serta bekas Soviet Union
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2009 01:44 PM | Show all posts
Anwar Ibrahim antara empat individu paling berkuasa

Oleh Christopher Hitchens


Forum Tahunan Amerika 朌unia Islam yang ditaja oleh Saban Center of the Brookings Institution (Pusat Saban, Institut Brooking) dan Kementerian Luar Qatar, tidak perlu digambarkan dengan imaginasi ayat indah, biarkan artikel ini yang menceritakannya.

Seseorang telah menyediakan diarinya untuk meng揾ubung kait
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 01:48 PM | Show all posts
Khalid Samad mendapat sanjungan Gereja Divine Mercy

PAS sentiasa membawakan imej yang tidak bertolak-ansur dan fundamentalis kepada bukan Muslim. Berada di belakang retorik tersebut, DEBRA CHONG menunjukkan bahawa terdapat bahagian-bahagian yang lebih terbuka dan menarik hati sesetengah ahli politik PAS.

揕ebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang tidak anda kenali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2009 02:03 PM | Show all posts
Anwar tiru gerakan Al-ittihad wa taraqi di Turki ?

Kemunculan kelompok Turki Muda (Young Turk) yang memperjuangkan reformasi dan kebebasan akhirnya menyebakan Bumi Palestin terlepas ketangan orang Yahudi dan Turki sehingga hari ini dibayangi pengaruh Israel, inilah harga paling besar kesan pemikaran golongan Al Ittihad Wa taraqi ini ke atas dunia umat Islam.

Oleh : Pochongmenulis, AIDCclub

Pada Akhir kurun ke-19, sewaktu pemerintahan Kerajaan Bani Utmaniyah telah muncul satu konsep pemahaman baru yang telah tersebar di kalangan rakyat kerajaan Uthmaniyah, bahawa reformasi dan pembaharuan yang dislogankan tidak akan sempurna melainkan dengan setiap kaum bangkit menyelesaikan masalah mereka sendiri, reformasi ini hanya akan berjaya apabila pemerintahan Sultan Abdul Hamid dapat disingkirkan dan mengishtiharkan satu perlembagaan baru bagi menyerupai perlembagaan yang ada di Eropah.

Lantaran kemunculan aliran pemikiran seumpama ini, telah muncul kelompok yang membawa kepada penubuhan golongan Al-ittihad wa al-Taraqi, di antara kelompok awal kumpulan ni ialah munculnya kumpulan Jamaiyyat al-Uthmaniyyin al Judud.

Kumpulan ini sebenarnya wujud pada masa pemerintahan Sultan Abdul Al-Aziz lagi, iaitu merupakan bapa saudara kepada Sultan Abdul Hamid dan berkembang sehingga baginda mengambil alih kuasa, kumpulan ini wujud apabila terdapat sekumpulan pemuda berbincang mengenai politik dan mereka membuat kesimpulan menamakan pertubuhan mereka dengan ittifaq al-hamiyah (persepakatan semangat).


Dalam waktu yang sama seorang putera Mesir yang hidup terbuang di Paris kerana keenganan pemerintah Uthmaniyah untuk melantik beliau sebagai pemerintah Mesir. Di Paris, Putera yang bernama Mustafa Fadil Basha telah menyebarkan risalah untuk mendapat simpati dan memburukan kerajaan Uthmaniyah dengan memperkenalkan dirinya sebgai wakil Parti Pemuda Turki.

Seterusnya kumpulan ini disertai oleh para wartawan yang menentang Sultan Abdul Hamid seperti Namiq Misha, Muhamad Diya dan Ali Saawi, dan kemudiannya dikenali sebagai Al-Uthmaniyah Al-Judud (Uthamiyah baru).

Dan kelompok ini juga menerbitkan akhbar dan pelbagai tulisan di luar negara dengan memburukkan kerajaan pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Selepas itu gerakan ini bertukar menjadi gerakan politik hasil pengaruh yang dimainkan oleh institusi-institusi yang ditaja dan kedutaan-kedutaan Eropah.

Selain pertubuhan tersebut wujud juga pertubuhan Al-Itihad Al Utmany yang dibayangi oleh seorang lelaki Fremason yang bernama Ibrahim Timu berbangsa Albania yang mendapat pendidikan di sekolah Tentera Al-Tibiyah, antara yang mengangotai pertubuhan ini ialah ipar kepada Sultan Abdul Hamid yang melarikan diri dari Istanbul ke Peranchis. Pertubuhan ini telah menyebarkan propaganda mereka melalui tentera .

Dalam masa yang sama juga sebuah pertubuhan bernama Watan juga telah ditubuhkan oleh Haji Mustafa Bek pada 1905 di Syiria, dan ia dianggotai oleh Mustafa Kamal Atarturk yang kemudiannya menjadi Presiden Turki.

Pertubuhan ini berkembang dari Damsyik hingga ke kota Al-Quds dan dianggotai sebahagian besarnya oleh tentera yang berpusat di Syiria sebelum berkembang ke Salonika di Yunani dan bergabung dengan Jamiat Uthmani Hurriyet untuk membentuk sayap tentera menentang Sultan Abdul Hamid.

Selepas itu sayap tentera ini kemudiannya bergabung dengan pelbagai kumpulan awam dan pertubuhan yang menentang pemerintahan Uthmaniyah, peristiwa pengabungan ini berlaku pada 7 September 1908 dengan dikenali secara rasmi dengan Jammiat wa ittihad wa al-Taraqi al-Uthmaniyah.

Gerakan ini selepas itu bergerak aktif menentang Sultan Abdul Hamid dengan menjadikan permasalahan minoriti Armenia sebagai bentuk yang jelas bagi polisi dalaman dan luaran mereka. Gerakan ini juga secara berselindung tunduk kepada pengaruh fremason, kelompok Yahudi dan negara-negara barat dalam menentukan polisi dan dasar parti.

Dari segi organisasi kumpulan ini mengambil model pertubuhan al-Karbunari, Itali. Mereka mendapat inspirasi ini hasil lawatan Ibrahim Timu ke Napoli dan di sana mereka melawat Freemason dan mempelajari organisasi kumpulan itu untuk diterapkan dalam kumpulan Al-Ittihad.


Pemikiran Al-ittihad wa taraqi


Apabila Sultan Abdul Hamid mencanangkan konsep PAN ISLAMI dan disebar ke seluruh dunia Islam. kumpulan ini mengangap konsep yang cuba dirintis itu akan mengancam kewujudan dan perancangan kumpulan mereka. Kerana apabila umat Islam bersatu maka tiada lagi bagi pemikiran idea Eropah dan orientalis untuk mendapat tempat.

Apabila pihak barat mengetahui projek Pan Islami tersebut melalui kumpulan Al_ittihad barat telah merancang untuk memusnahkan usaha tersebut dengan membangkitkan sentimen perkauman dari golongan minoriti bagi menghalang penyatuan umat Islam.

Selain itu melalui pengaruh yang wujud dalam sayap tentera kerajaan Uthmaniyah, mereka telah menggalakkan agar Kerajaan Uthmaniyah berperang dengan Rusia bagi melemahkan dan menkucar-kacirkan lagi pemerintahan kerajaan.

Antara langkah yang diambil oleh pihak barat untuk membantu kumpulan ini ialah memberikan latihan melalui Fremason untuk memainkan peranan memecahbelahkan keharmornian Daulah Uthmaniyah.

Selain itu langkah paling berkesan yang dilakukan kumpulan ini ialah mempelopori idea gerakan Tawraniyyah yang menyeru kepada nasionalisme Turki dan menonjolkan ikatan-ikatan persaudaraan diantara bangsa Turki dengan bangsa-bangsa lain yang berada dalam Daulah Utmahniyah khususnya kumpulan Asia Minor.

Akhirnya ia membentuk pandangan umum disisi bangsa turki bahawa Gerakan Tawraniyah sahaja akan dapat meyelamatkan mereka dari ketidaktentuan suasana politik dan ketidakstabilan pemerintahan.

Selain itu untuk mendapat sokongan dari kelompok Islam, golongan Al-Iitihad wa taraqi juga menggunakan Muhamad Akif( seorang tokoh muslim yang dipercayai kerana pegangan agamanya) untuk meyakinkan Abd Al-Aziz Al-Suud (tokoh Islam yang yang mempunyai pengaruh di dunia islam dan arab) agar turut serta dalam kelompok Al iitihad demi menyelamatkan dan membebaskan Daulah Uthmaniyah dari kezaliman. Namun ulamak Islam ini menolak untuk berjumpa dengan Muhamad Akif.

Dengan berpaksikan Eropah sebagai model boleh dikatakan Pertubuhan Al-Itihad Wa Taraqi adalah sebuah pertubuhan yang berfungsi untuk membangkitkan semangat perkauman di kalangan penduduk Daulah Uthmaniyah. Ia menyeru kepada beberapa konsep baru seperi persamaan, kebebasan dan perlembagaan.

Disebabkan aliran ini, mereka telah dapat berjaya menarik kelompok ahli parti dari kumpulan generasi muda yang belajar di sekolah Kristian dan berpendidikan barat. Selain itu kelompok masyarakat Yahudi kumpulan Dawnamah juga turut serta dalam kelompok kumpulan ini dan mereka memainkan peranan besar dari segi pemikiran untuk memecahbelahkan Daulah Uthmaniyah.

Objektif utama kumpulan Al iitihad wa Taraqi ini iakah menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan mengantikannya dengan perlembagaan, reformasi dan keadilan.

Namun yang terjadi adalah lain daripada perancangan apabila orang Yahudi dan Fremason telah mengariskan matlamat mereka sendiri apabila pemerintahan Sultan Abdul Hamid runtuh dan bermula tahun 1924 telah terhapusnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiyah secara rasmi kerana khalifah yang wujud selepas itu hanya merupakan kumpulan boneka kepada golongan ini.

Semenjak itu pemerintahan baru yang wujud di Turki sehinggalah sekarang dasar kerajaan adalah pro-Yahudi dan terpaksa bergantung besar dengan bantuan Yahudi.

sumber - pochongmenulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 02:28 PM | Show all posts
Mufti sepakat larang berpolitik persenda al-Quran

KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.

''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.

Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.

Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya.

''Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah," tambah kenyataan itu lagi.

sumber - Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 16-4-2009 13:31
Nampaknya bahlol masih berpusing pusing nak belit diri sendiri. Apa yang sang jahilooon bawak hanya larangan memegang masyhaf tanpa wuduk dan juga pesanan jangan libatkan orang kafir dalam proses pengeluaran al Quran. yang aku tanya kalau orang bukan Islam baca petikan. Takkan makna 'petikan' pun sang jahilooon tak paham. Sebab sang jahilooon yang poyo poyo copy & paste pasal hal ni, jadi mesti sang jahilooon ada pegangan yang memberatkan apa yang sang jahiloooon maksudkan. Bukan setakat mengikut sana mengikut sini, bila orang tanya mana puncanya , yileeeeekkkkkkk..... aku berhukum dengan hukum ni sebab si polan kata begitu atau si polan kata begini ....prrrpftphrrrpftph

Adaka tak ada wuduk tak boleh baca Quran, buat malu ugama je, dah jahil buatla cara jahil, toksahla nak tegakkan benang basah lagi, bukan apa, aku suka hang mengarut tapi dalam agama aku rasa malu pasal ada umat Islam yang pung sana pang sini mengaku nak tegakkan agama cuma kenal mitos kalau tak ada wuduk tak boleh baca Quran ....prrrpftphrrrpftph ....prrrpftphrrrpftph ....prrrpftphrrrpftph


jadi mana sumber surah aura dan keterangan bahawa dibenarkan orang bukan Islam mempergunakan ayat2 suci Al-Quran untuk kepentingan politik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:20 AM | Show all posts
  daripada page 40, sekarang masuk page 41, mr tuan umah
di lihat gagal untuk bagi dalil dari Quran yg mengatakan orang bukan Islam di larang baca Quran.

[ Last edited by  tehherba at 17-4-2009 00:34 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:33 AM | Show all posts
kepada sang kantoooiiiiii,

tidak perlu paste banyak-banyak article lain di sini.
itu sikit pun tidak melupakan kami pada isu utama.
isu utama nya - mana ayat Quran yg melarang orang
bukan Islam baca Quran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 07:42 AM | Show all posts
Originally posted by tehherba at 17-4-2009 00:20
  daripada page 40, sekarang masuk page 41, mr tuan umah
di lihat gagal untuk bagi dalil dari Quran yg mengatakan orang bukan Islam di larang baca Quran.


dah tepek dah...cari la betul2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by tehherba at 17-4-2009 00:33
kepada sang kantoooiiiiii,

tidak perlu paste banyak-banyak article lain di sini.
itu sikit pun tidak melupakan kami pada isu utama.
isu utama nya - mana ayat Quran yg melarang orang
bukan I ...


Dimana ayat Al-Quran yang membenarkan orang bukan Islam untuk memgunakannya bagi kepentingan politik dan dimana letak nya surah Aura...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 07:48 AM | Show all posts



mengaku bersekedudukan dengan lelaki melayu Islam dan masih lagi disokong oleh segelintir mereka yang mengaku Islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2009 07:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 08:07 AM | Show all posts


Islam Liberal


orang buddha bole smayang sama macam orang Islam..??? penganut buddha belum masuk Islam sudah bole join smayang orang Islam sama macam di Indonesia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 08:10 AM | Show all posts


anwar salam bole...orang lain salam jadi haram....ceh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 08:21 AM | Show all posts


Loy Krathong...muslihat musuh Islam yang sungguh licik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 1.887477 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list