CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 20-4-2009 07:00 PM | Show all posts
Institut Brookings

Anwar mempunyai kaitan secara langsung dengan Institut Brookings kerana beliau adalah salah seorang Kumpulan Penasihat Antarabangsa institut itu. Klik di sini dan di sini.

Institut Brookings adalah sebuah badan pemikir Amerika yang diasaskan oleh Robert Brookings. Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott , bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton.

Penaja utama institut ini adalah beberapa yayasan kewangan Yahudi yang terkemuka di Amerika iaitu John M. Olin Foundation, F. M. Kirby Foundation,Walton Family Foundation dan Smith Richardson Foundation. Klik di sini

Untuk menambahkan kepentingan Israel di Timur Tengah, pada tahun 2002, seorang korporat Yahudi terkemuka di Amerika bernama Haim Saban telah menyuntik dana sebanyak $13 million kepada Brookings Institution dengan penubuhan unit penyelidikan khas yang dinamakan The Saban Center for Middle East Policy.

Martin Indyk, seorang berbangsa Yahudi, bekas duta Amerika ke Israel dan tokoh aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee) telah dilantik sebagai Pengarah Saban Center for Middle East Policy, Institut Brookings.

Salah satu program utama Institut Brookings dan Saban Center for Middle East Policy adalah "US AND Muslim World Forum" yang pernah diadakan di Doha, Qatar dan Anwar merupakan salah seorang penceramahnya. Klik di sini

Dalam forum US dan Dunia Islam 2009, di Doha baru-baru ini, Anwar memuji Presiden Obama sebagai Presiden Amerika yang komited dengan nilai 'kebebasan' dan 'demokrasi'.

Dalam ucapan itu, Anwar bersedia menawarkan diri untuk menyahut seruan Presiden Obama melaksanakan demokrasi di Malaysia dan Timur Tengah. Klik di sini, di sini dan di sini

Lebih radikal lagi, Anwar seru semua pemimpin dunia Islam wajib mengikut polisi Presiden Obama. Kenyataan Anwar ini dilaporkan oleh akhbar THE PENINSULA. Klik di sini.

Melihat kegelojohan Anwar memuji Presiden Obama ini, seorang penulis muda terkenal, Faisal Tehrani menggelar ucapan Anwar di Doha, sebagai 'besar sudu dari kuah'. Klik di sini




Ucapan Anwar di Doha 2009, di depan Madeline Albright, berbau hamis pluralisme dalam memuji Presiden Amerika, Barack Obama.


Lebih menyerlah lagi pemikiran Anwar apabila beliau turut menandatangani surat terbuka kepada Presiden Obama yang disediakan oleh Radwan Masmoudi (CSID) supaya Presiden Obama menumpukan Demokrasi di Timur Tengah.

Selain Anwar, tokoh-tokoh yang dilabel Islam Liberal turut menandatanganinya termasuk Zainah Anwar (Sister In Islam), Aly Abuzaakouk (MFI), Imad-ad-Dean Ahmad (MFI), Dr Jamal Barzinji (IIIT), Saad Eddin Ibrahim dan lain-lain. Klik di sini

Menurut kandungan surat terbuka yang dihantar pada 10 Mac 2009 itu, Demokrasi di Timur Tengah, bukan setakat melibatkan pilihan raya, tetapi yang lebih utama adalah menyebar propanganda pluralisme dan liberalisme di Timur Tengah.

Dalam bahasa mudah makna "demokrasi Timur Tengah" mengikut acuan kelompok ini adalah menyebarkan fahaman "Islam Liberal" atau pluralisme di Timur Tengah.

Memandangkan yang menandatangani surat itu dari dari negara luar Timur Tengah, bermakna 'demokrasi Timur Tengah' bermakna penyebaran demokrasi untuk seluruh dunia Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2009 07:01 PM | Show all posts
Gerak geri badan pemikir Anwar amat mencurigakan ?

Kegiatan badan pemikir Anwar di Malaysia yang dinamakan Institut Kajian Dasar (IKD), saat-saat mutakhir ini amat mencurigakan.

Seperti di Indonesia, ancaman Islam Liberal berpengaruh dengan tajaan dana asing yang banyak melalui Asia Foundation, begitu juga di Malaysia, beberapa yayasan asing khususnya yayasan Kristian memainkan peranan menaja IKD.

Yayasan Kristian yang dimaksudkan itu adalah Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Naumann Foudation (FNF) yang kedua-dua dari Jerman.

Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar), yang memegang jawatan sebagai Pengarah IKD amat bersungguh-sungguh menerbitkan buku-buku yang diklasifikasikan sebagai 'pencerahan' dan 'Islam Liberal'.

IKD dengan tajaan KAF telah menerbitkan semula buku 'Apa itu Pencerahan - Immanuel Kant (2007). Klik di sini yang sebelum ini tokoh "Kant" dianggap sebagai perintis awal Islam Liberal.

Kesungguhan IKD menterjemah Islam Liberal di Malaysia semakin menyerlah dengan penerbitan semula kitab lama karya Ali Abd. Raziq (Mesir) yang telah diharamkan bertajuk 慉l-Islam wa Ushul Al-Hukm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:01 PM | Show all posts
Satu lagi penaja utama Anwar adalah Friedrich Naumann Foundation (FNF). FNF secara jelas membantu Anwar dan kompenan yang berkaitan dengan Anwar termasuk PKR dan AIC (AnwarIbrahimClub) hanya semata-mata berasaskan faktor 'Liberalisme'.

FNF pernah memberi tajaan utama kepada 'dailog antara agama' yang dianjurkan Anwar. Klik di sini

Malah dalam persidangan FNF di Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim dan Zainah Anwar (SIS) merupakan antara tetamu kehormat.

Persidangan yang membincangkan stategi menyebarkan ideologi 'liberalisme' ke seluruh dunia Islam itu turut dihadiri oleh Dr. Irmgard Schwaetzer Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman dan Hubertus Von Welck , Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. Klik di sini




Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara




Zainah Anwar, Sister In Islam (SIS) bersama Hubertus von Welck (tengah) Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. FNF menaja Zainah dan SIS untuk perjuangkan pluralisme agama di Malaysia


Dari pihak lain pula, badan pemikir Anwar, IKD menggerakkan kumpulan 'pencerahan' yang dinamakan Jalan Telawi. Ketua kumpulan ini adalah Khalid Jaafar yang sekarang ini turut memegang jawatan Pengerusi PKR Melaka.

Kumpulan Jalan Telawi adalah sub projek kepada IKD yang digerakkan oleh beberapa anak muda aktivis PKR seperti Hasmi Hashim. Hasmi, pernah bertanding jawatan penting dalam AMK PKR tetapi tewas. Klik di sini


Kumpulan pencerahan lain, yang membawa modus operandi hampir sama dinamakan The Reading Group (RG). Kumpulan ini menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk memartabatkan pemikiran Islam Liberal di negara masing-masing. Klik di sini

Adakah semua 'permainan' ini terselindung tangan Anwar yang menyorok identitinya kerana bimbang kredibiliti sebagai ahli politik tercalar ?


Kesimpulan

Jika benar Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal dan jika benar Anwar sedang menggerakkan missinori Projek Islam di Malaysia, adakah usaha ini akan berjaya ?

Jika ditanya kepada saya, soalan itu, saya cukup yakin Anwar pasti berjaya.

Kenapa saya yakin ? Sebab Anwar adalah seorang karismatik, pada era 70-an mendakwa dirinya berjaya meniupkan 'gelombang kebangkitan Islam' hingga menewaskan gelombang sosialis jatuh terbenam.

Kalau dulu, Anwar berjaya membenam sosialis, sekarang ini akan berjaya dalam usahanya menggerakkan 'missionari baru' kerana kumpulan sosialis yang pernah dibenamnya tahun 70-an dulu (termasuk Dr Syed Husin Ali dan Hishamudin Rais), sekarang ini menjadi penyokong kuatnya.

Lagipun tokoh yang banyak membantu misionari Anwar meniupkan gelombang Islam tahun 70-an masih hidup, termasuk Kamaruddin Jaafar.

Dan kerana karismatik Anwar juga, beliau cepat-cepat di'tangkap' oleh Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Al Gore yang amat berpengaruh di Amerika.

Bukan setakat berpengaruh, malah mereka juga berkuasa memberi dana yang besar kepada Anwar melalui USAID, NED, IRI atau apa-apa badan atas nama 'demokrasi'.

Itulah kehebatan Anwar Ibrahim yang Allah telah anugerahi kepadanya.


AIDC
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:03 PM | Show all posts



'malu ambo kalo huse menae nanti'...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:11 PM | Show all posts
Bagaimana Soros, IMF & NED beroperasi gulingkan kerajaan


Berikut merupakan foto Ahli Jawatankuasa Pusat NED yang mempunyai 4 cabang iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI : Anwar Ibrahim (kedudukan paling kiri) ; Lorne Craner - kedudukan no 5 dari kiri - Jawatan Presiden IRI - AJK USAID - bangsa Yahudi; Ellie Larson - kedudukan no 9 dari kiri - Jawatan Pengarah Eksekutif Solidarity Center/ACILS - Bangsa Yahudi; Carl Gershman - Kedudukan no 7 dari kanan - di depan patung - Jawatan Presiden NED - Bangsa Yahudi; Kenneth Wollack - Kedudukan no 3 dari kanan - Jawatan Presiden NDI - AJK USAID/AIPAC - Bangsa Yahudi; John D Sullivan Kedudukan no 2 dari kanan - Jawatan Pengarah Eksekutif CIPE - AJK USAID

Oleh PROFESSOR MICHEL CHOSSUDOVSKY

Calon pembangkang, Viktor Yushchenko di dalam Pilihan Raya Presiden Ukraine pada Disember 2004, dengan teguhnya disokong oleh Konsensus (Persetujuan) Washington.

Dia bukan sahaja disokong oleh International Monetary Fund (IMF), tetapi juga mendapat sokongan daripada The National Endowment for Democracy (NED), Carnegie Endowment for International Peace, Freedom House dan George Soros
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:12 PM | Show all posts
The Center for International Private Enterprise (CIPE)

CIPE mempunyai mandat yang sangat serupa dengan di Ukraine, yang secara terus membiayai penyelidikan mengenai 損embaharuan pasaran bebas
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2009 07:12 PM | Show all posts
IMF dan 揢rus tabir Yang Baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:13 PM | Show all posts
Tentera bersekongkol pasaran bebas

Tentera menyokong Pasaran Bebas. CIA mengawal NED. Komuniti penderma wang termasuk yang berpangkalan di Washington iaitu Bretton Woods Institution (Institut Bretton Woods) bekerjasama dengan Kesatuan Eropah, North Atlantic Treaty Oraganization (NATO) dan Jabatan Negara A.S.

Perang Globalisasi bertukar tangan. Sementara Yushchenko dianggap anak didik komuniti kewangan antarabangsa, rakannya yang juga merupakan kroni politik, bekas Menteri Pertahanan Ukraine, Yevyen Marchuk merupakan penyokong setia A.S. yang menerima kehadiran tentera NATO di rantau tersebut.

Inisiatif Yevyen Marchuk sebagai Menteri Pertahanan untuk menghantar tentera Ukraine ke Iraq merupakan keputusan yang dibantah oleh majoriti populasi Ukraine.

Marchuk bertemu Setiausaha Pertahanan A.S. Donald Rumsfeld di sebuah pusat peranginan di Yalta tahun lepas, di atas agenda : penyertaan Ukraine dalam perang Iraq dan pilihan raya Ukraine yang akan datang.

Selepas pertemuan tersebut, Ukraine mengumumkan kepada rakyat Ukraine bahawa 揢kraine akan terus bekerjasama dengan 損akatan sukarela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2009 07:15 PM | Show all posts


Oleh mindspring

Saya telah baru habis membaca tiga buah buku yang bertajuk : 'Confessions of an Economic Hit Man' by John Perkins (Pengakuan Pembunuh Ekonomi oleh John Perkins) dan 'A Game as Old as Empire' (Satu permainan yang setua dengan Empayar)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:17 PM | Show all posts
Pisahkan Anwar dari reformasi..




Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Tiga perkara ini berkaitan antara satu sama lain, tetapi ia perlu dipisah-pisahkan dan dibeza-bezakan demi untuk mencapai kebenaran dan melaksanakan keadilan.

Perkara-perkara itu adalah Anwar Ibrahim, Reformasi dan Gerakan Islam. Secara umum Gerakan Islam, seperti yang dimaklumi berasal daripada Rasulullah s.a.w. Gerakan Islam Rasulullah mewujudkan negara Islam Madinah. Akan tetapi secara khusus apabila disebut Gerakan Islam adalah dirujuk pada dakwah Islam zaman moden
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:18 PM | Show all posts
Bagaimanapun, apabila disebut Reformasi sekarang ini ia adalah secara khusus dirujuk kepada kebangkitan rakyat Indonesia di bawah pimpinan Ketua Pertubuhan Islam kedua terbesar, Muhammadiyah, Amien Rais menjatuhkan kerajaan Suharto di bawah slogan membasmi KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme).

Inilah erti kata Reformasi secara khusus. Reformasi Indonesia itu kemudian melembaga menjadi suatu gerakan yang hampir kepada revolusi politik, ekonomi dan sosial.

Dari segi politik, Reformasi bererti kebebasan menubuhkan parti politik. Ia juga bererti pilihan raya umum yang bebas dan membentuk kerajaan pilihan rakyat. Ia juga bererti pemerintahan awam (sipil) dan tanpa campur tangan tentera.

Ia juga bererti pemerintahan yang lebih bersifat persekutuan dan bukan memusat kepada Jakarta. Ia juga bererti kebebasan parlimen dan tidak kurang penting ialah kebebasan media.

Dari segi ekonomi, Reformasi bererti pembahagian ekonomi yang adil. Tidak ada korupsi, kolusi atau nepotisme. Kekayaan negara adalah untuk semua rakyat dan pembahagiannya adalah kepada mereka yang mampu berusaha dalam sistem pasaran bebas kapitalisme.

Dari segi sosial, Reformasi bererti keluhuran perlembagaan dan keadilan dari sudut undang-undang. Mahkamah hendaklah bebas. Begitu juga polis. Umumnya, reformasi menuntut pewujudan masyarakat madani.

Sebelum timbulnya reformasi Indonesia, sememangnya gerakan menuntut perubahan sudah lama bermula tetapi lebih dikenali sebagai gerakan prodemokrasi seperti mana gerakan yang telah berlaku di Filipina dan Korea Selatan yang menyaksikan tumbangnya Ferdinand Marcos dan Park Chung Hee/Chun Doo Hwan/ Roh Tae Woo.

Tokoh prodemokrasi Indonesia adalah Megawati Sukarnoputri, pemimpin Partai Demokrasi Indonesia (PDI). Pendokong-pendokong demokrasi seluruh dunia memandang Megawati Sukarnoputri seperti bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino dan pejuang demokrasi Myanmar, Aug San Suu Kyi.

Kemuncak perjuangan prodemokrasi ini berlaku apabila kerajaan Suharto menyingkirkan Megawati daripada kepimpinan PDI. Ketika itu, terhentilah perjuangannya. Dalam pilihan raya umum Indonesia tahun 1997, aspirasi prodemokrasi ini disalurkan kepada bekas parti Islam, Partai Persatuan Pembangunan (PPP) dengan nama slogan Mega
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:18 PM | Show all posts
Seperti Thailand, Korea Selatan dan Indonesia, dasar IMF lambat memulihkan ekonomi negara-negara itu. Bagaimanapun, bagi IMF, khususnya di Indonesia, dasar IMF yang mencadangkan reformasi ekonomi tidak memadai tanpa reformasi politik. Untuk berjaya, reformasi politik harus dilaksanakan.

Inilah yang berlaku di Korea Selatan dan Thailand. Maka gerakan Reformasi di Indonesia berjaya menumbangkan Suharto. Akan tetapi ekonomi tetap tidak pulih dan IMF terus tidak memberikan wang yang dijanjikan kepada Indonesia.

Setelah beberapa bulan, Malaysia yang mengamalkan dasar IMF, antaranya menaikkan kadar faedah juga tidak memulihkan ekonomi. Bagi Anwar dan penasihat-penasihatnya, reformasi ekonomi perlu dilakukan di negara ini kalau dasar IMF hendak dijayakan. Reformasi ekonomi ini pula melarat kepada reformasi politik.

Maka Anwar pula mendapati reformasi politik boleh menguntungkan kerjaya politiknya. Jika reformasi politik dilaksanakan, ia bermakna Mahathir akan mengundurkan diri dan sudah tentu dengan sendirinya dia akan naik menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir.

Maka beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Umno tahun 1998, di Johor bersama Menteri Besar Ghani Othman, Anwar bercakap tentang Reformasi dengan menekankan soal pembasmian korupsi, kolusi dan nepotisme. Anwar telah melancarkan gerakan Reformasi. Ini disambut pula oleh ABIM yang sememangnya berada di bawah naungan Anwar. Maka akhirnya isu ini dibawa ke perhimpunan agung Umno oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Zahid Hamidi.

Mahathir melenting dan melawan balik bukan saja Zahid tetapi Anwar. Selepas perhimpunan dengan sekelip mata isu Reformasi hilang berkubur. Mahathir berkeliling negara membantah sebarang cubaan untuk menghidupkan isu Reformasi.

Akibatnya, akhirnya Anwar sendiri tumbang apabila dipecat pada awal September 1998. Usaha Reformasi di Malaysia bukan saja gagal tetapi tokoh yang cuba memperjuangkannya juga tersungkur. Mahathir bertambah kuat sementara timbalannya tumbang.

Mahathir kata Malaysia tidak perlu Reformasi. Malaysia tidak seperti Indonesia. Malaysia berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada Indonesia. Bukan itu saja, Mahathir juga menolak dasar-dasar IMF.

Reformasi dianggap sebagai fikiran asing yang tidak diperlukan oleh rakyat negara ini. Keseluruhannya, seolah-olah menjelang Hari kebangsaan ke-41, rakyat Malaysia di ajak lupakan politik dan tumpukan pemulihan ekonomi.

Bagaimanapun, ternyata terdapat sesuatu yang tidak kena tentang keadilan di negara ini. Apabila Lim Guan Eng dipenjarakan dan Anwar dimalukan sebelum dakwaan dibuat, maka bukan saja keadilan jelas tidak berlaku, tetapi juga kewibawaan kerajaan terserlah. Umumnya rakyat tidak percaya dengan kerajaan dan Mahathir dalam soal pemecatan Anwar.

Andai kata polis dan mahkamah benar dalam menjalankan tugas mereka, tetapi rakyat tidak dapat mempercayainya kerana mereka telah melihat betapa kerajaan melakukan banyak perkara terhadap institusi kehakiman hingga menimbulkan jurang kepercayaan. Mahkamah, kepolisan dan media merupakan tiga institusi yang kehilangan kepercayaan rakyat. Maka rakyat terpaksa bergantung kepada khabar angin, internet dan media asing. Ini lebih memburukkan lagi suasana bernegara.

Maka apabila Anwar yang memperolehi simpati rakyat mengumumkan akan melancarkan gerakan Reformasi, maka ia mudah mendapat sokongan rakyat. Soal Reformasi yang selama ini senyap tiba-tiba muncul apabila Anwar terpaksa duduk di kediamannya setelah dipecat. Ramai tokoh pembangkang dan NGO, termasuk Chandra Muzaffar mengunjungi Anwar di rumahnya.

揝aya percaya suatu yang indah akan keluar daripada peristiwa ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 07:19 PM | Show all posts
Umno sudah ketinggalan zaman walaupun wawasan Mahathir untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju pada alaf akan datang adalah suatu yang bukan saja relevan tetapi perlu. Begitu juga dengan langkah-langkah radikal dalam mengadakan pemulihan ekonomi negara. Resipi IMF telah gagal dan sekarang Malaysia sedang mencuba resipi ekonomi Mahathir yang kalau berjaya akan menambahkan lagi kewibawaan Mahathir.

Sungguhpun begitu, Malaysia tetap memerlukan Reformasi. Cara Mahathir memecat Anwar dari Kabinet dan parti menunjukkan cara lama yang bercanggah dengan aspirasi rakyat zaman siber. Kongkongan terhadap media juga adalah cara lama yang tidak sesuai dengan masyarakat yang berpelajaran.

Cara menteri dan ahli-ahli politik Umno mengeluarkan kenyataan selepas pemecatan Anwar juga menunjukkkan kerangka pemikiran lama yang suka menekan rakyat daripada membebaskannya. Lihatlah bagaimana kerajaan memberi amaran pada pelajar untuk terus mengongkong diri. Seolah-olah semua suara harus selari dengan kehendak kerajaan. Mana boleh. Masyarakat sudah tentu bersifat majmuk. Pemikiran cara lama Umno ini harus diubah. Sudah tidak sesuai bagi alaf baru. Inilah perlunya Reformasi.

Memang Malaysia memerlukan parti baru bagi menampung cara dan fikiran baru. Umno sudah memberikan banyak jasa kepada orang-orang Melayu tetapi cara berpolitik lama sudah menjadi mual bagi rakyat terutama generasi muda yang sudah merasa nikmat peningkatan ekonomi dan simpang siur pemikiran era digital. Anak-anak Wawasan sudah tidak dapat menerima cara Umno itu. Umno adalah warisan tetapi masa depan adalah milik generasi wawasan. Untuk itu,gerakan Reformasi perlu dilakukan. Bagaimanapun, ia tidak boleh dipimpin oleh Anwar atau digerakkan oleh ABIM dan JIM. Yang penting dalam Reformasi bukannya tokoh tetapi institusi bagi menggerakkan cita-cita amanat negara.

Sebab itu di Indonesia, yang penting bukan Amien Rais tetapi parti yang mendokong cita-cita Reformasi itu iaitu PAN. Golkar, parti pemerintah Indonesia, seperti Umno sudah tidak sesuai. PPP seperti PAS (walaupun PAS sebuah Gerakan Islam) juga tidak sesuai pada zaman ini. Bagaimanapun PAS yang berubah pada 1982 nampak peka dengan tuntutan Reformasi, walaupun tidak banyak yang dilakukannya. Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menegaskan sememangnya PAS adalah gerakan reformasi sejak sekian lama, jadi tidak perlu PAS melayan hasrat Anwar mahu melancarkan reformasi. PDI seperti PRM yang menggunakan simbol dan idelaisme lama juga tidak sesuai. Rakyat Malaysia mahukan pemimpin baru, parti baru dan cara berpolitik yang baru.

Beberapa tahun lalau, pelbagai cubaan untuk mewujudkan parti baru bagi memenuhi aspirasi baru. Antaranya penubuhan Parti Nasionalis Malaysia (Nasma) dan Parti Semangat 46. Nasma gagal kerana ketiadaan pemimpin yang cukup berwibawa. Ahmad Nor tidak cukup kuat untuk menarik minat anak-anak muda. Akhirnya dia menyertai DAP. Sementara parti Semangat 46 masih terperangkap dengan cara Umno. Maka akhirnya mereka menyertai semula Umno. Setelah pengalaman itu, tiada pihak yang berani menubuhkan parti baru bagi mencabar Umno. Bagaimanapun keadaannya tidaklah semestinya demikian.

Dalam pilihan raya kecil Arau baru-baru ini umpamanya ada pihak berpendapat PAS menang bukan kerana mereka menyokong PAS. Akan tetapi mereka telah jemu dengan Umno. Mereka menolak amalan pilih kasih, korupsi dan salahguna kuasa yang bermaharajalela. Mungkin kalau ada parti yang lebih baik daripada PAS dan Umno, parti itu boleh menang.

Anwar Ibrahim tidak mewakili cara berpolitik baru. Dia bersama Mahathir adalah milik akhir abad 20. Bagi abad 21, orang macam Anwar tidak mempunyai tempat kerana dia juga bergelumang dengan kolusi, kronisme dan nepotisme.

Bukan itu saja, masalah moral peribadi walaupun belum dibuktikan di mahkamah juga menjadi masalah. Anwar hendaklah diasingkan daripada idealisme Reformasi. Seperti mana dia telah terasing daripada perjuangan Gerakan Islam.

Memang Anwar memulakan perjuangan dengan penubuhan ABIM bersama Sanusi Junid. Akan tetapi penubuhan ABIM itu bukanlah sebagai Gerakan Islam atau Jamaah Islam. Mungkin pada asalnya ABIM ditubuhkan seperti lain-lain pertubuhan suka rela Islam adalah untuk menampung kegiatan belia-belia umat Islam.

Kemudian, Anwar di universiti lebih aktif dalam perjuangan nasionalis melalui Persatuan Bahasa Malaysia Universiti Malaysia (PBMUM). Ini menyediakan tapak untuk memimpin gerakan pelajar Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Walaupun gerakan pelajar ketika itu didominasi oleh aliran sosialisme tetapi Anwar tidak pula terbabit dalam fikiran cara itu.

Nama Anwar naik semasa memimpin ABIM. Tetapi ketika memimpin Majlis Belia Malaysia (MBM), dia belum begitu menjurus kepada perjuangan Gerakan Islam. Hanya setelah dibebaskan daripada tahanan ISA, Anwar muncul sebagai pemimpin utama Gerakan Islam dan ABIM dengan sendirinya menjadi jamaah Gerakan Islam. Ketika sedang popular Anwar meninggalkan Gerakan Islam dengan menyertai Umno.


Pada mulanya, Anwar masih dipandang Islami dan kelihatan kekok di tengah-tengah ahli politik Umno. Sungguhpun begitu, perlindungan yang diberikan oleh Mahathir menyebabkan Anwar terus naik, menjadi Ketua Pemuda, Naib Presiden dan akhirnya Timbalan Presiden.

Walaupun terus mampu berkhutbah di masjid tetapi cara hidup mula berubah hingga ramai orang Gerakan Islam menyebut beliau 搇ebih Umno daripada Umno
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 12:29 PM | Show all posts
Taib Azamudden Dijatuhkan Kerana Video Ini?


Pada 14 April 2009, Taib Azamudden, bekas imam besar Masjid Negara, tewas jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Baling kepada Johari Abdullah (ADUN Kupang) dengan majoriti lebih 40 undi daripada lebih 600 perwakilan. Apakah kerana ungkapan dalam video ini maka Taib Azamudden (Ahli Parlimen PAS Baling) dijatuhkan dalam PAS?. Taib Azamudden mengajak ahli-ahli parlimen agar melihat tuntutan pengunaan kalimah Allah bukan dari aspek politik tetapi dari segi kepentingan untuk menjaga kesucian agama Islam. Apakah Erdogan akan setuju dengan saranan Taib Azamudden tersebut? Sudah tentu tidak, kerana Anwar Ibrahim dan Nik Aziz mempunyai pandangan yang berbeza dengan bekas Imam Masjid Negara tersebut.




Atau kerana video ini Taib Azamudden mulai tidak digemari oleh kumpulan Erdogan? Video ini adalah pengakuan terbuka antara Sukma Darmawan di hadapan Taib Azamudden. Apakah Anwar Ibrahim masih lagi berdendam kepada kumpulan ulama dalam PAS? Satu persatu kumpulan ulama ditukar dan dijatuhkan oleh kumpulan Erdogan yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. PAS bakal ditakluki oleh Erdogan. Kalau kumpulan ulama tiada, sudah tentu tiada orang lagi yang akan menghalang janji Anwar untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sebagaimana yang diucapkannya di Batang Air, Sarawak. Mampukah golongan ulama menghalang perancangan Anwar Ibrahim untuk tewaskan Haji Hadi dan kumpulan ulama?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 12:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 20-4-2009 18:49

agak2 ustaz eng ko ming tue dia Islam??? dia baca ayat2 suci Al-Quran...
dia bukan sahaja baca terjemahan tetapi membaca ayat2 suci Al-Quran...




ikut pahaman engko dan ikut apa yg di pahamkan oleh lebai2 umno
kepada engko, bukan Islam BOLEH atau TIDAK BOLEH baca ayat2 suci Al-Quran ?



Guide pada pembuka thread : Jawab BOLEH or TIDAK BOLEH sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 02:09 PM | Show all posts
soalan tehherba pun takleh jawab...

lekeh sungguh pembuka thread...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 04:06 PM | Show all posts

Balas #1076 tehherba\ catat

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa', Al- Baqarah ayat 2.

Allah swt akan melindungi kesucian kitab-Nya, sebab itu mereka yang tidak ikhlas pasti tidak akan dapat membacanya...tu sebab ayat yang dibaca bukan dari ayat suci Al-Quran tetapi surah aura...

surah aura tu kitab apa??? dalam al-Quran ada ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 04:08 PM | Show all posts

Balas #1077 popp\ catat

boleh bagi tau aku dari surah mana surah aura...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 04:36 PM | Show all posts

Balas #1078 shamsadis\ catat

ko tak jawab soalan aku lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064284 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list