CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56035|Reply: 111

Petua, tips dan pantang larang Si Pengail (MERGED - Syd, ichigo86, joe shaper)

[Copy link]
Post time 23-8-2007 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Jangan meludah dalam laut

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak membawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan syaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong bot sendiri.  "Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakan oleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua yang salah.  

Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul pada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yang bertentangan dengan ajaran Islam.  

Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambil dari kubur yang baru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara yang salah di gunakan.  Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan sedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya melangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perlu dihormati.  

Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di laut.

[ Last edited by  tangopapa at 15-1-2009 09:54 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2007 04:15 PM | Show all posts
Hilang punca jalan keluar


SESAT sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing di terutama lombong tinggal atau tasik dalam hutan, namun pengalaman seorang bekas sarjan komando tentera darat, dapat dijadikan petua untuk diamalkan bersama kaki pancing.

Petuanya mudah, lakukan menakik pokok pada permulaan kita masuk ke hutan dengan meletak ranting pokok yang ditajamkan bahagian hujung menghala ke lokasi. Tanda berkenaan perlu dibuat setiap 5 atau enam meter sehingga sampai di lokasi.

Semasa pulang ikut jalan yang dilalui dengan menjadikan tanda sebagai panduan. Cara begini anda pasti tidak akan sesat namun perlu berhati-hati kadang-kadang timbul kekeliruan disebabkan hilang atau salah tunjuk.

Jika timbul kekeliruan anda jangan penik dan hentikan perjalanan bagi mengelakkan terus sesat. Teruskan mencari tanda jangan berpecah jika dalam kumpulan kerana berpecah itu akan mengundang masalah yang lebih buruk.

Ini pernah berlaku dalam kumpulan pemancing yang hilang arah untuk pulang lalu berpecah dua kumpulan untuk mencari arah pulang dengan mencari ranting pokok yang dipatahkan, bagaimanapun kedua-duanya akhirnya jauh meninggalkan jalan mula yang ditanda.

Akhir dua kumpulan berkenaan hilang antara satu sama lain hingga bermalam dalam hutan tebal. Mereka akhirnya di selamatkan oleh satu lagi kumpulan pemancing yang mengunakan jalan yang sama tidak jauh dari tempat kedua-dua kumpulan yang sesat itu.

Berpandu kepada peristiwa ini Pak Nuri syorkan supaya arah tuju mesti ditanda semasa melalui hutan tebal atau lorong dalam hutan. Jangan sekali-kali berpisah jauh daripada tanda yang sudah dibuat. Petua ini mesti di amalkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 04:16 PM | Show all posts
Jangan memancing semasa kilat



CUACA banyak memainkan peranan penting dalam sebarang aktiviti sukan dan riadah. Begitu juga dengan aktiviti memancing, cuaca tetap menjadi sebahagian daripada fenomena yang penting terutama ketika berada di tengah laut dan jauh dari pulau dan tanah besar.

Pernah berlaku beberapa peristiwa semasa satu kumpulan pemancing muda melakukan ekspedisi memancing di laut berhampiran perairan Pulau Bidong Terengganu, beberapa tahun lalu.

Menurut cerita Pak Wan Dollah, tekong veteran yang kini sudah berusia 88 tahun dan tidak lagi turun ke laut tapi masih dapat mengingati kumpulan yang tidak mengindahkan larangan atau petua ketika memancing ketika berlaku kilat sabung menyabung.

Jika berlaku sebarang suasana sedemikian pemancing tidak digalakkan mendedahkan diri di tempat lapang yang terbuka atau tidak memegang joran atau memegang batang besi kerana ia mudah disambar petir.

Menurut Pak Wan Dollah, ketika membawa rombongan pemancing beliau menasihatkan kaki pancing supaya patuh kepada petua seperti yang dinyatakan di atas tapi petua itu langsung tidak diendahkan sebilangan pemancing yang terdiri daripada lapan orang anak muda.

Dalam suasana cuaca yang berubah dengan tiba-tiba angin kencang bertiup berserta guruh dan kilat, gelombang besar mula mengubah ganas di laut yang tadinya tenang.

Pak Wan Dollah mengarahkan kaki pancing supaya beredar masuk ke kabin dan tidak mendedahkan diri bagaikan mencabar kilat yang mula memanah beberapa kaki pancing yang degil itu.

Suasana menjadi kelam kabut kerana tiga pemancing pengsan apabila joran pancing mereka disambar kilat. Pak Wan Dolah terpaksa melakukan rawatan daripada pengalamannya yang luas dalam menghadapi situa si begitu.

Rakan pancing lain menginsafi kedegilan setelah melihat rakan mereka yang dan tidak langsung mahu mendengar nasihat tekong atau mengamalkan petua yang baik itu.

Justeru nasihat Pak Nuri perlu elakkan diri daripada mencabar kilat dengan mendedahkan diri kepada keadaan sedemikian. Berhentikan sebarang aktiviti memancing semasa guruh dan kilat sabung menyabung.

Berlindung di tempat yang selamat serta berzikir untuk kebaikkan semua.

InsyaAllah Tuhan akan mengingati kepada orang yang ingat kepadanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 04:17 PM | Show all posts
Berpatah balik selepas separuh perjalanan
Oleh Nuri Angkasa


LANGKAH kaki ketika keluar rumah menjadi perkiraan serius bagi sesetengah orang. Justeru, berpatah balik setelah mengatur perjalanan jauh adalah satu perbuatan yang kurang baik.

Tetapi hakikatnya itulah yang sering berlaku apabila seseorang sanggup membatalkan niat ke sesuatu lokasi kerana semata-mata berlaku perkara tertentu yang dianggap tidak wajar bagi meneruskan perjalanan.

Namun tidak ramai yang memikirkan petanda kurang baik daripada apa yang dilakukan itu. Kerana berpatah balik itu nyata satu petanda perjalanan itu tidak harus diteruskan pada waktu itu. Justeru, ambillah tindakan untuk pulang jika kita benar-benar faham mengenai detik hati, gerak rasa atau petua.

Langkah terbaik yang perlu dilakukan ialah anda harus berehat untuk beberapa ketika di rumah atau di mana saja destinasi yang membabitkan anda berpatah balik. Atau, adalah lebih berkat lagi dengan mengamalkan petua seperti menunaikan solat sunat dua rakaat dan bermohon kepada Allah supaya perjalanan anda seterusnya akan diberkati, lancar dan beroleh keselamatan.

Kita tentu jarang-jarang memikirkan atau tidak langsung mahu menjadikan iktibar daripada perkara ini.

Ingat, sikap mengambil ringan atau tidak endah sering membawa padan buruk. Namun tidak ramai daripada kalangan kita terutama mereka yang berdarah muda yang sentiasa memburu masa; mengambil kira ada tanda-tanda buruk yang sudah ditunjukkan pada peringkat awal.

Kerana itu adalah lebih baik pada pandangan Pak Nuri yang melalui beberapa peristiwa yang ada baiknya, jika anda berpatah balik kerana ada barang yang tertinggal di rumah walaupun anda sudah melakukan separuh perjalanan ke destinasi.

Apa yang perlu dibuat ialah anda perlu berehat di rumah atau tidak digalakkan untuk meneruskan perjalanan. Berehat untuk beberapa ketika, tunaikan solat sunat dua rakaat dan kemudian bolehlah meneruskan perjalanan anda dan sentiasa ingat kepada Allah bermohon untuk selamat dalam perjalanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 04:17 PM | Show all posts
Jangan lupa halia, bawang putih
Oleh Pak Nuri


KETIKA rasa ghairah membuat persediaan turun memancing, ramai kaki pancing lupa kepada beberapa petua yang perlu diamalkan seperti menyediakan ubat-ubatan menahan bisa, sakit perut, pening kepala atau sakit gigi serta disengat binatang bisa.

Keperluan ini sangat penting untuk dibawa bersama sama ada secara kumpulan atau individu walaupun keperluan berkenaan ada disediakan dalam bot atau kotak ubat, namun langkah berjaga-jaga perlu dilakukan kerana ada kemungkinan tekong atau ketua kumpulan terlepas pandang mengenai ubat yang perlu dibawa dalam setiap kotak atau beg pemancing.

Pernah berlaku pada satu trip memancing laut dalam apabila seorang pemancing terkena sengat ikan pari.

Sebagai langkah bantuan untuk menahan bisa, tekong bergegas membuka kotak ubat yang tersedia tetapi semua ubat yang diperlukan sudah kehabisan.

Keadaan menjadi kelam kabut dan mencemaskan. Bagaimanapun seorang daripada pemancing lain dalam kumpulan berkenaan bertindak memicit bahagian yang terkena sengat untuk mengeluarkan bisa dan kemudian menumbuk halia bersama bawang putih lalu dilumurkan pada tempat luka yang terkena sengat itu.

Langkah ini dapat mengurangkan rasa sakit kerana panas halia bercampur bawang putih dapat melawan sakit. Bagaimanapun ia perlu dirawat terlebih dulu.

Daripada peristiwa yang berlaku langkah terbaik suiaya kita semua tidak mudah panik, tetapi perlu memberikan kerjasama dan cepat memberi bantuan.

Kepada tekong berpengalaman, mereka tetap mempunyai beberapa jenis rempah ratus selain untuk masak sekurang-kurangnya sebagai pilihan kedua apabila ubat yang diperlukan tertinggal atau kehabisan.

Peranan halia dan bawang putih amat penting kerana kepercayaan masyarakat Cina dua rempah berkenaan dapat membuang angin dalam badan dan dapat menyedut biasa jika terkena sengat binatang atau ikan berbisa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 04:18 PM | Show all posts
Tembakau untuk perubatan alternatif
Oleh pak Nuri


RAMAI pemancing masih tidak mengetahui tembakau yang diadun secara tradisi untuk dihisap bersama rokok daun nipah terutama tekong bot mempunyai khasiat yang berguna terutama untuk perubatan alternatif sebelum mendapat ubat yang betul atau dihantar ke hospital.

Pernah berlaku kepada pemancing di Pantai Timur yang kehabisan ubat setelah mereka terluka kena mata kail menyebabkan banyak darah keluar. Tekong yang secara kebetulan menghisap rokok tembakau tradisional mengambil sedikit tembakau yang diadun secara tradisi dan dibasahkan dengan air.

Selepas itu tembakau berkenaan ditampal pada mata luka dan dibalut dengan kain bersih. Dalam masa kurang daripada setengah jam darah yang mengalir dari mata luka berhenti serta merta dan sejam lepas itu pemancing dapat meneruskan aktiviti seperti biasa.

Kepada tekong atau nelayan tradisi mereka memang selalu membawa tembakau, jika tidak menghisap pun mereka akan simpan untuk dijadikan ubat. Getah tembakau yang kelat boleh dijadikan ubat untuk menahan darah atau untuk sengatan binatang biasa kecil seperti lipan atau kala jengking.

Disebabkan hari ini teknologi perubatan sudah semakin maju cara tradisional hampir dilupakan. bagaimanapun kepada nelayan tempatan mereka masih mengekalkan perubatan alternatif dengan membawa daun sireh, tembakau, cuka, bawang putih sebagai pengganti ubat jika terkena musibah.

Untuk itu kepada pemancing yang sering ke laut walaupun mempunyai ubat yang mencukupi perubatan tradisi perlu disediakan kerana ia boleh dijadikan satu cara perubatan sementara untuk mendapat khidmat perubatan moden.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2009 04:02 PM | Show all posts

Tips, Petua dan Pantang larang memancing.

Mari berkongsi apa saja tips,petua atau pantang larang ketika memancing.....:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 04:36 PM | Show all posts

Balas #1 ichigo86\ catat

pantang larang pertama:

Bagi smokers, jangan buang puntung rokok ke dalam sungai etc kalau nak ikan banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 10:19 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Kalau nak memancing kat laut, teman sarankan:
1. exercise peghot selalu (kuatkan otot kat peghut)
2. tidak makan diary food spt susu, mentega, butter, manisan or air bergas
3. peghot hendak lah senantiasa penuh
4. makan yg di syorkan ialah ghoti pejal or biskut or C-ration
5. nasik campur dgn lauk yg pedas
6. elakkan makanan berminyak
7. pil mabuk laut
8. last but not least elakkan sapu minyak hangin dan yg sewaktu dgn nya

Ini adalah TIPS utk mengelakkan dari MABUK LAUT.

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:01 PM | Show all posts

Reply #2 tangopapa's post

eh ye ke ni bro?huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:27 PM | Show all posts

Reply #4 ahpek's post

mu g gail mano pek? kedai buloh ko? byk ude situ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:37 PM | Show all posts

Reply #5 razhar's post

x pernah lg ngail udang di kb ni...dlu pernah gi kat kemubu..kedai buloh masuk kut mano har?
aku tgh semangat nk ngail udg ni..baru je beli joran udg..tgk lepas abis ujan baru nk mula
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:38 PM | Show all posts

Reply #6 ahpek's post

la..g sterek ko pcb la......banyok port untuk gail ude...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:42 PM | Show all posts

Reply #7 razhar's post

jap aku on ym...haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 09:39 AM | Show all posts

PETUA DAN TIPS TIPS MEMANCING

PETUA – MABUK LAUT
( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
  • Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
  • Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
  • Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
  • OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  • Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  • Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  • Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  • Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
  • Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 09:40 AM | Show all posts
MEMANCING UDANG GALAH
PerkaraUtama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).
Peralatan
  • Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
  • Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
  • Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
  • Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.
Umpan (Rujuk Menu Utama Kelab ATUR – Bah. Umpan)
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.
Cara Memancing (dari atas sampan)
  • Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
  • Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
  • Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
  • Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
  • Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
Makluman
  • Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
  • Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
  • Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
  • Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
  • Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.
Mencari Lubuk
  • Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
  • Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
  • Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
  • Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Panduan
  • Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
  • Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
  • Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
  • Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
  • Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
  • Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
  • Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.
Peringatan
  • Pertuturan harus dijaga.
  • Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
  • Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
  • Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
  • Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

"SELAMAT MEMANCING"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 09:41 AM | Show all posts
Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.
Daun Sireh/Tembakau Rokok
Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.
Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Kunyit & Tepung
Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing. Tersesat Didalam Hutan
Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui. Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.
Menjaga Umpan Perumpun
Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.
Mencari Perumpun Pasir /Laut
Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.
Kasut
Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.
Daun Ketapang
Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.
Langkah Batang Pancing
Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.
Mulut
Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.
Kaki
Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.
Meludah Umpan
Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.
Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 09:44 AM | Show all posts
1. Bagaimana untuk membeli / memilih Kekili dan Joran yang baik

Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidamatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya pancingan anda samada untuk kegunaan ke laut,sungai atau muara, tasik atau sebagainya. Material - samada gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya termasuk dalam gaya pancingan anda. Jika kita memegang dalam waktu yang lama atau melakukan 'casting', perlulah anda memilih joran aksi ringan supaya tidak cepat lenguh tangan. Sesungguhnya joran jenis karbon dan grafit lebih ringan dan lebih mahal dari gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran hendaklah diperiksa cincin dengan teliti, walaupun baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak yang boleh merosakkan tali. Bentuk cincin yang berkaki tiga (2 dibelakang, 1 depan), berkaki empat dan berkaki tunggal. Cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, ia akan dapat mengikut joran melentur tetapi cincin berkaki empat tidak dapat berbuat demikian. Jenis pemegang joran yang popular ialah jenis gabus dan span. Pemegang gabus sedap dipandang dan sudah tentu harganya mahal sedikit. Sekiranya anda memilih joran 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan. Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin hebat dan menarik, alas bebola (ball bearing) ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 - 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. Adakalanya gigi gear tertanggal dan shaf bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.

2. Ikan Pari - Bila ia melekap didasar berbagai cara didengar untuk melepaskan -nya seperti menggunakan tempurung, tali pancing dibuat seperti bermain gitar, batu ladung bersama kain dicelupkan dengan pertrol dan tembakau rokok. Adakah cara ini jawapan yang sebenarnya?
Cara-cara seperti diatas adalah untuk membuat ikan pari terkejut dan lari adalah tidak logik sama sekali. Cara dan barangan seperti diatas yang anda hantar kebawah tidak akan sampai kepadanya atau tersekat kerana penggunaan tanduk,cili, atau batu ladung. Lainlah mata kail diikat terus pada tali utama. Bermain gitar mungkin cara terbaik bagi perairan cetek tapi bagaimana getaran tali akan sampai dalam jarak yang melebihi 20 meter? Sebenarnya apabila pari memakan umpan, ia akan melarikan diri dengan tali dibawah badannya dan apabila melekap ia akan membelakangkan pemancing. Bagaimana bahagian kepala pari akan terkena temburung, tutup botol, kain petrol atau bau tembakau?
Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Ia terbukti dengan peserta GP Joran menaikan ikan pari yang cara yang demikian.

3. Bagaimanakah untuk membuat Umpan Dedak dengan betul dan apakah bahan-bahan yang perlu dicampukan?
Tiga (3) bahan asas untuk membuat umpan dedak ialah dedak ( seelok-eloknya jenis hong, dedak paling halus), tepung gandum dan air. Sebelum memulakan proses ini, kadar dedak yang diperlukan dicampur sedikit air dan diuli sehingga liat. Jangan campurkan terlalu banyak atau terlalu kurang air, sekadar memadai sahaja supaya dedak menjadi liat dangan terasa sedikit lembap. Kemudian tambah sedikit tepung gandum dan di uli supaya umpan ini menjadi sebati, kental dan tidak rapuh. Untuk memastikan ia sesuai digunakan, ambil segenggam dedak yang sudah di uli tadi dan cuba kopakkan kepada dua (2) bahagian. Sekiranya ia tidak mudah terkopak bermakna umpan dedak sudah sedia untuk digunakan. Bahan-bahan perisa yang boleh ditambah mengikut citarasa ikan setempat seperti serbuk kunyit, perencah kurma, belacan, perahan air kelapa sawit dan sebagainya.


Di Tahap Manakah Anda Sebagai Pemancing?


  • Isteri & Keluarga tidak mengemari hobi anda. ( )
  • Takut Isteri & Isteri suka meleter. ( )
  • Hobi di waktu terluang sahaja./ mabuk laut. ( )
  • Mengikut kawan. ( )
  • Masalah Kewangan. ( )
  • Semangat tinggi tapi kurang kesungguhan ( )
  • Tetap bersungguh tapi masih tetap kecewa. ( )
  • Teman memancing yang kurang disenangi. ( )
  • Faktor cuaca,umpan dan air membataskan aktiviti anda( )
  • Peralatan memancing yang serba kekurangan. ( )
  • Merasai tekanan apabila hasil tidak seberapa. ( )
  • Berkira masalah kewangan,kenderaan,hasil tangkapan. ( )
  • Terlalu merendah diri./ cepat putus asa. ( )
  • Ingin berjaya tapi tiada keyakinan diri. ( )
  • Suka merahsiakan lubuk-lubuk untuk kepentingan sendiri( )
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 09:53 AM | Show all posts
Penjagaan Peralatan Tanggungjawab Pemancing


Diantara beberapa langkah yang berkesan untuk menjaga peralatan pancing supaya dapat bertahan lama ialah :
  • Seelok-eloknya kita hendaklah mencuri sedikit masa sewaktu balik dari aktiviti memancing dengan mencuci ataupun melakukan servis ringkas untuk semua peralatan yang digunakan ketika memancing. Kekili dan joran perlu dibilas dengan air paip selepas memancing.

    Pastikan 'drag' dan gelendung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ini bertujuan bagi mengelakkan air dari memasuki bahagian dalam kekili (housing). Jangan buang bahagian lukisan pemasangan atau carta bahagian (Parts drawing assembly) setiap kali membeli kekili baru. Ia mungkin diperlukan suatu masa nanti yang mana kekili perlu diservis (overhaul), purata antara 1-3 tahun sekali bergantung kepada penggunaannya. Lukisan tersebut mungkin diperlukan sebagai bahan rujukan kerana kekili mempunyai banyak peralatan kecil dan mudah kita tertinggal sewaktu pemasangan semula. Jangan rendam kekili ke dalam air samada air masin mahupun air tawar.
  • Biarkan seketika sehingga kering. Lapkan sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ianya kering, longgarkan kembali drag dan gunakan WD-40 untuk menyembur bahagian yang bergerak terutama pemegang, dalaman geledung dan sebagainya yang dirasakan perlu. Sekiranya tiada WD-40 anda boleh gunakan minyak mesin jahit sebagai alternatif. Longgarkan 'drag' kekili pada tahap mimimum sebelum anda menyimpannya. Selain itu lilin juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama terutama untuk cincin joran dan pemusing kekili.
  • Simpan kekili ditempat yang tidak terdedah kepada habuk atau bungkus saja dalam beg plastik. Pisahkan kekili dari joran sekiranya anda hendak menyimpannya dalam tempoh yang lama. Jangan letakkan di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak terutama mata kail yang sudah berkarat. Hujung joran mudah patah sekiranya terpijak atau dimainkan oleh kanak-kanak. Joran tidak perlu diganti baru sekiranya salah satu cincin rosak. Tukarkan saja cincin yang telah rosak itu kerana cincin yang rosak boleh merosakkan tali. Lagipun membeli cincin lebih murah dari sebatang joran yang baru.
  • Untuk mata kail, paling baik jangan campurkan mata yang sudah digunakan dengan yang baru. Karat akan mudah mereba kepada mata kail yang lain terutamanya pada mata kail jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Bagi mata yang sudah tumpul atau kurang tajam, dapatkan kikir halus (hand file) dan asah. Kertas pasir juga boleh digunakan sebagai alternatif. Simpan barang ini bersama kotak pancing kerana ia mudah dibawa dan masa kita memerlukannya adalah tidak menentu. Untuk penjimatan disyorkan agar pemancing membeli mata pancing jenis tahan karat. Ia tahan lama dan boleh digunakan berulang kali.
  • Kalau menggunakan playar murah jenis tak kalis karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkannya. Untuk playar jenis tahan karat memadai kita semburkan WD-40 pada bahagian tengahnya sahaja.
  • Tali pancing pada geledung perlu diperiksa terutamanya sebelum turun memancing. Geledung perlu dijirus dengan air supaya air masin tidak terkumpul. Tali akan kelihatan bersih dan melancerkan pergerakkannya sewaktu membuat balingan. Sekiranya terdapat bahagian tali yang calar, buang saja untuk mengelakkanya dari terputus sewaktu sedang bertarung di padang pancing. Ramai yang menyesal apabila tali terputus tiba-tiba sewaktu sedang bertarung dengan ikan besar. Bayangkan jika kelah yang menyambar umpan dan tali terputus akibat kelalaian kita sendiri.

    Jangan sama sekali menarik tali yang tersangkut dengan menggunakan joran. Joran akan mudah patah. Luruskan joran dan ketatkan drag sedikit dan kemudian tarik tali tersebut menggunakan tangan. Menarik tali yang tersangkut menggunakan tangan kadang kala boleh mencederakan. Gunakan tali yang lembut, sarung tangan kulit atau kain yang keras boleh menyebabkan tali tercalar. Calar bererti kekuatan tali sudah menurun.
  • Bagi pemancing tebing atau pantai, elakkan pasir atau lumpur dari memasuki kekili kerana ia boleh menyebabkan kekili mudah rosak. Biasanya bahan-bahan ini boleh bertindak seperti kertas pasir yang akan menghakis gear dan alas bebola kekili tersebut. Biasakanlah menggunakan alat pemegang joran yang mudah diperolehi di kedai-kedai atau buat sendiri. Pemegang joran boleh membantu kita mengurangkan kejadian kekili terlantar di atas pasir akibat tangan yang sudah lenguh untuk terus memegang joran tersebut.
  • Kotak pancing juga hendaklah selalu dibersihkan terutama selepas memancing. Kehadiran air masin menolong merebakkan karat. Lap sahaja kotak dengan kain agar kesan air masin tiada lagi.
  • Banyak juga pemancing yang suka menyimpan joran di bonet kereta setiap kali lepas memancing. Biasanya peralatan ini dibiarkan sepanjang masa di kereta dan hanya dikeluarkan sewaktu hendak digunakan. Peralatan ini hendaklah diperiksa sebelum melakukan trip memancing supaya ia boleh berfungsi dengan baik sewaktu digunakan. Semburkan WD-40 setiap kali lepas menggunakannya atau paling tidak cuci selepas 2-5 kali menggunakannya. Pastikan bonet kereta tiada habuk yang keterlaluan maupun pasir yang boleh memendekkan hayat kekili dan joran.
  • Kekili lama yang rosak jangan dibuang dahulu, ia mungkin ada kegunaan seperti untuk 'spare parts' kerana tidak banyak kedai pancing yang menjual barang gantian. Ramai pemancing merungut kerana sukar untuk mendapatkan alat ganti untuk kekili, jadi kalau ada yang lama dan tidak terpakai, bolehlah diperiksa kalau-kalau masih boleh dipakai.
Petua dan amalan yang ditulis disini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya. Ramai pemancing lain turut mempunyai petua menjaga peralatan masing-masing supaya tahan lama. Ianya bergantung kepada pemancing itu sendiri yang menentukan amalan penjagaan peralatan.
Biasanya pemancing yang menjadikan kegiatan memancing sebagai hobi utama dan memiliki set peralatan yang mahal akan memberi lebih tumpuan untuk menjaga peralatan berbanding dengan pemancing yang memiliki set pancing yang tiada jenama atau murah. Tiada undang-undang yang memaksa peralatan mesti dijaga dengan teliti, tapi adalah lebih baik kita menjaganya daripada menanggung masalah dikemudian hari.
Jadi dengan memberi sedikit masa dan ruang untuk memeriksa peralatan dan melakukan servis atau membersihkan mana yang patut boleh mengurangkan risiko kerosakkan peralatan. Makin lama makin banyak pengalaman dan pengetahuan yang boleh ditimba.
Paling tidak kita jangan kedekut ilmu, berkongsi akan menambah lagi ilmu pengetahuan dalam bidang yang kita ceburi dan jangan sama sekali ilmu pengetahuan dikuburkan bersama apabila seseorang itu meninggal dunia, rugi anak cucu kerana tiada peninggalan ilmu dan petua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 09:56 AM | Show all posts
Menjaga Alatan PancingCara terbaik menjaga peralatan pancing supaya tahan lama ialah 'mencuri' masa sewaktu balik dar aktiviti memancing dengan mencuci ataupun melakukan servis ringkas untuk semua peralatan yang digunakan ketika memancing. Mungkin tidak semestinya sebaik saja sampai di rumah kerana biasalah…keletihan selepas trip memancing , tapi inilah masa terbaik sebelum air masin atau sebarang benda asing yang lain meresap ke dalam bahagian peralatan atau sebelum ianya kering dan melekat pada peralatan. Paling senang yang ramai pemancing lakukan ialah mandi 'bersama' joran dan kekili selepas memancing.
Kekili pastikan system tegangan (drag) dan gelendung kekili diketatkan sebelum membilas denganair. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki dalam badan kekili (housing). Membilas terutama selepas digunakan di laut bertujuan membuang kesan garam yang terlekat pada peralatan yang boleh mempercepatkan karat pda bahagian tertentu. Biarkan ia kering seketika. Lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul.
Apabila ianya kering, longgarkan ia kembali drag dan gunakan WD-40 untuk menyembur bahagian yang bergerak terutamanya pengayuh , bahagian dalam geglung tali dan sebagainya yang dirasakan perlu. Sekiranya tida WD-40 , anda boleh gunakan minyak singer sebagai alternatif. Harganya murah di pasaran tempatan. Longgarkan drag kekili pada tahap minimum sebelum anda menyimpannya. Paling tidak, minyak gris perlu ditukar untuk menjamin keberkesanan dan ketahanan gear itu sendiri. Jangan sekali rendam kekili dalam air sama ada air masin mahupun tawar.
Joran joran yang digunakan tidak terkecuali untuk dibilas dan dicuci setiap kali selepas trip memancing. Ramai yang berbangga menggunakan cincin SiC yang tahan karat dan terbaik , namun saya biasa jumpa cincin jenis ini juga berkarat dan rupanya macam kurap! Kadangkala empunya joran lupa mencuci kotoran yang terlekat di celah - celah kaki cincin terutama yang kecil. Kotoran ini mempercepatkan tindak balas oksidasi yang akhirnya membentuk karat pada cincin. Pemegang joran perlu disental dengan air sabun atau syampu lembut untuk menanggalkan kesan bau yang tidak menyenangkan. Sapukan lilin pada penyambung besi supaya ia senang ditanggalkan dan mengeluarkan bunyi 'pop' setiap kali dicabut keluar.

Mata kail Paling baik ,jangan campurkan mata kail yang sudah digunakan bersama- sama mata kail baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail yang lain terutamanya jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Kalau tidak, buang saja. Bagi mata kail yang sudah terpakai dan kurang tajam , dapatkan kikir halus ( handfile) dan asah saja bahagian depan. Kertas pasir juga boleh digunakan sebagai alternatif. Simpan barang ini bersama kotak pancing kerana ia mudah dibawa dan masa kita memerlukan adalah tidak menentu. Untk penjimatan , anda disyorkan menggunakan mata kail tahan karat. Ia tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Saya lebuh gemar menggunakan mata kail Gamakatsu yang tahan lasak serta tahan karat. Anda perlu sedar bahawa harga mata kail naik berlipat ganda. Terus terang saya katakana , harga mata kail memang mahal , sebentuk mata kail sampai mencecah angka RM 1 lebih. Maknanya kita kena bijak menggunakannya
Peralatan Sampingan kalau menggunakan playar yang murah jenis berkarat , ia hendaklah dicuci setiap kali memancing dan gunakan WD- 40 pada sembur bahagian tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau lancar pergerakkannya , barulah boleh simpan untuk trip akan dating. Untuk playar jenis logam tahan karat (stainless steel) memadai kita semburkan WD- 40 pada bahagian tengah bahagian bergerak tersebut. Pisau , pemotong dan apa saja alatan yang digunakan ketika memancing tidak terkecuali untuk dicuci. Sama juga kotak pancing, sekali - sekala keluarkan semua yang ada di dalam dan bersihkan ia terutama kesan karat yang ada dalam kotak- kotak kecil di dalamnya.
Tali Pancing Tangsi pada gelendung perlu diperiksa sekali - sekala terutama sebelum turun memancing. Gelendung tali perlu dijirus dengan aiur bersih supaya air masin tidak terkumpul dan membentuk lapisan garam di dalam gelungan tali. Tali kelihatan bersih dan akan melancarkan pergerakannya sewaktu keluar dari gelendung. Sekiranya terdapat tali yang dah calar, buang saja dari mengelakkannya ianya putus sewaktu di padang pancing. Nanti ramai yang menyesal apabila tali putus tiba-tiba ketika bertarung dengan ikan besar. Jangan sama sekali menarik tali sangkut dengan joran. Tarik tali sangkut dengan tangan kadang kala boleh mencederakan. Paling sesuai bagi saya ketika menarik tangsi tersangkut ialah menggunakan koyan kecil yang kosong. Calar bermakna kekuatan tali sudah menurun , akhirnya putus akan mengambil alih ketika pemancing tidak mahu kehilanagn hasil. Alamak ruginya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.084520 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list