CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Petua, tips dan pantang larang Si Pengail (MERGED - Syd, ichigo86, joe shaper)

[Copy link]
 Author| Post time 20-1-2009 10:01 AM | Show all posts
Bohongi isteri tidak diberkati Allah
Oleh Nuri Angkasa

TAHUN Baru 2009 dan Muharam 1430, membuka tirai untuk kita terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara selain terus berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan mentaati suruhan Allah.

Petua Pak Nuri kali ini ada baiknya mengaitkan mengenai satu pengalaman sebagai usaha mengeratkan lagi harmoni sebuah rumah tangga serta pasangan suami isteri yang dihiasi dengan anak-anak terutama di kalangan keluarga nelayan dan kaki pancing.

Jujur dan ikhlas adalah faktor utama atau asas dalam hubungan suami dan isteri walau dalam apa juga keadaan. Bagi warga kaki pancing yang sering merancang sama ada ke laut atau di mana saja daratan, sungai, lombong, tasik atau paya maka mereka harus berkongsi pendapat dengan isteri, ibu atau ayah.

Bergerak keluar meninggalkan rumah untuk mencari rezeki atas restu baik daripada isteri serta dalam pengetahuan ahli keluarga pastinya mendapat pahala. Selain itu, perjalanan mereka Insya-Allah akan dirahmati Allah selain mendapat kelapangan dan selesa serta mendapat rezeki yang diberkati-Nya.

Namun ada sebilangan kaki pancing yang tidak jujur kepada isteri atau membohongi ahli keluarga. Mereka mencipta atau mengadakan pelbagai alasan walaupun hakikat sebenarnya mereka hendak turun memancing. Mereka tidak berani memberitahu perkara sebenar sehingga akhirnya mereka menanggung dosa kerana berbohong. Niat baik (hendak pergi memancing) tetapi terpaksa menanggung dosa (kerana berbohong). Malah ada yang beranggapan tindakan itu sebagai ‘bohong sunat’.

Perkara begini pasti kurang disenangi oleh isteri selain anak mahupun ibu bapa. Malah, Allah tidak memberkati setiap langkah suami yang membohongi isteri. Pada masa sama rezeki yang dicari untuk keluarga itu turut tidak direstui Allah.

Bertitik tolak dari sinilah maka Pak Nuri terpanggil untuk mengajak semua kaki pancing supaya dapat berkongsi bersama dengan isteri dalam apa juga aktiviti yang ada hubung kait dengan memancing dan berterus terang lokasi yang bakal dituju dan lamanya setiap ekspedisi.

Kalangan isteri tentu menghargai atas kejujuran suami yang turut menjadi satu tanggungjawab baginya mengetahui usaha yang dilakukan suami bagi mendapat keberkatan. Malah usaha murni ini juga mewujudkan kasih sayang antara suami isteri. (Cuma di kalangan isteri perlu memberi peluang suami melakukan hobi memancingnya pada tahap berpada-pada).

Tidak ada rahsia yang patut diselindungkan antara suami isteri demi kebaikan terutama ketika mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah. Ini penting kerana rezeki daripada perbuatan yang membohongi isteri tentunya tidak berkat.

Justeru, jujurlah kepada isteri untuk mendapat keredaan Allah serta beroleh kesenangan di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Pergilah memancing di mana saja kerana Allah berserta dengan hamba-Nya yang jujur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 10:02 PM | Show all posts

Kopi O kosong, halia tahan mabuk

Rata-rata mereka mendakwa tidak boleh terhidu bau air laut, bau lantai bot dan goyang bot walaupun sedikit. Ini sukar Pak Nuri hendak menjawabnya, kerana jika sudah begitu teruk menyeksa badan adalah baik batalkan saja niat untuk turun ke laut kerana tentunya anda bakal berdepan dengan ribut dan gelombang besar. Sekiranya anda masih berminat untuk menjadi seorang pengail sambil menanam azam bahawa anda juga boleh memancing seperti orang lain.

Jika begitu kuat azam dan semangat anda untuk terus meneroka laut, langkah terbaik yang harus anda lakukan ialah amalkan petua seperti yang telah Pak Nuri muatkan dalam halaman ini beberapa bulan yang lalu dan elakkan dari terus bergantung kepada ubat mabuk, kerana ubat mabuk yang dibeli di farmasi atau kedai ubat lain membuatkan anda akan tidur yang tentunya tidur sehingga tidak sedarkan diri.

Jika ini terjadi tentunya cita-cita dan hasrat anda untuk memancing akan lenyap bersama dengan tidur anda. Bagi mereka yang sudah berkali-kali turun memancing ke laut tapi masih mabuk dan muntah walaupun keadaan laut terlalu baik, air laut tenang bagaikan di tasik, tidak bergelombang, jika ada pun cuma anak gelombang saja yang bermain, justeru nasihat Pak Nuri anda kena banyak minum air mineral berselang dengan makan makanan masam dan biarkan dalam mulut anda barang di kunyah.

Petua yang Pak Nuri dapati daripada sahabat pemancing juga menceritakan air halia pekat juga boleh menahan mabuk terutama kerana terlalu lama di lambung gelombang. Ada juga sesetengah pemancing minum kopi O kosong pekat sebelum naik bot.

Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang, sambil itu jika melakukan potongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau anda hendaklah cepat membasuh tangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan pada hidung anda dan satu perkara lagi yang perlu anda jauhi ialah jika membetulkan tali apollo atau perambut yang kusut jangan sekali-kali anda tunduk terlalu lama, adalah lebih baik anda simpan atau menukarkan pada yang baru.

Lakukan petua ini dan cuba elak tidak terlalu bergantung pada pil mabuk, kerana anda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalama
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 10:08 PM | Show all posts
petua & pantang larang org tua2 ni rasanya ada sebab2 tertentu yg trpaksa/sesuai pada masa tersebut kerana kurang kemudahan berbanding masa ni (cth: mancing takleh mandi, bot/sampan dulu2 kecik, mana ada bilik air memang takleh mandi pun tapi skrang bot pancing pun ada yg dah mewah siap ngan tempat tidur, aircond, bilik air jadi tak salah kalau nak mandi.... bila badan segar lagilah syok nak mancing). Bagaimanapun, mana2 petua/pantang larang yg baik & munasabah tu rasanya elok diamalkan supaya dapat memberi keselesaan kpd suma orang dlm kumpulan mancing tu... lagi pun tujuan macing ni selain nak dapat rezeki untuk keluarga, juga hobi & keseronokan/thrill semasa aktiviti mancing tu sendiri jadi kalau ada pekara2 yg boleh mendatangkan ketidakseronokan/ketidakselesaan usahlah buat/lakukan, kalau tak buat apa pergi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 01:46 PM | Show all posts
Air tembakau, sirih, senduduk penawar luka
Oleh Nuri Angkasa


RATA-RATA nelayan dulu mengamalkan petua dalam sebarang aktiviti di laut. Ini termasuk untuk membaca keadaan cuaca sebelum turun ribut atau gelombang besar atau tanda-tanda lain yang boleh mendatangkan bahaya pada keselamatan.

Namun, petanda atau gerak rasa kini sudah jarang diamalkan oleh generasi hari ini terutama pada nelayan muda atau tekong muda yang sudah bersedia dengan peralatan moden lagi canggih untuk mengesan lokasi dan menjangkakan cuaca yang bakal berlaku. Namun bahaya laut tidak ada undang-undang malah kesan peralatan moden juga tidak dapat menanganinya.

Ribut akan datang pada bila-bila masa saja walau dalam keadaan cuaca tenang. Justeru, pelaut sama ada di kalangan nelayan atau pemancing perlu sentiasa berhati-hati serta waspada pada setiap masa ketika berada di laut.

Petua Pak Nuri kali ini akan terus mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menganggap laut sebagai tempat hiburan atau boleh dilakukan apa saja seperti di darat. Laut adalah tempat terlarang tetapi dapat mengajar kita jadi seorang manusia paling sabar dan bertanggungjawab.

Petua kali ini boleh dijadikan amalan jika berlaku sesuatu yang terdesak seperti pemancing mengalami luka ketika berada nun jauh di tengah laut. Rawatan perubatan pula tidak boleh dilakukan.

Maka anda boleh menggunakan tembakau rokok yang tentu ada di kalangan pemancing. Langkah pertama, keluarkan tembakau rokok itu dan rendamkan dalam air bersih (sedikit saja air digunakan). Kemudian perahkan tembakau itu hingga menjadi pekat. Sapukan air tembakau itu pada bahagian yang luka. Anda akan merasa pedih tetapi ia dapat memulihkan luka berkenaan, Insya-Allah.

Namun dalam apa jua keadaan, anda harus banyak berehat supaya keutuhan tubuh berada pada tahap maksimum. Juga, anda perlu memberi tumpuan pada aktiviti memancing buat sementara waktu. Tekanan perasaan ketika menahan sakit akan menjadi ketegangan yang tidak dapat dikawal, bakal mengundang anda lebih tertekan justeru kedua-dua ini tidak anda satukan demi kebaikan anda juga.

Satu lagi petua ialah mamah daun sirih yang dengan kapur, pinang dan gambir. Lalu airnya disapukan pada tempat luka atau bisul juga baik dilakukan sebelum seseorang mendapat rawatan di hospital atau klinik. Tetapi persoalannya pernahkah anda mencuba makan sirih?

Kepada pemancing di darat, andai anda tidak mempunyai tembakau atau daun sirih, cuba gunakan daun senduduk. Ambil beberapa helai daun pucuk senduduk. Baca selawat dan kunyah. Kemudian lumurkannya pada bahagian luka berkenaan. Insya-Allah darah akan berhenti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 11:15 AM | Show all posts
Batal trip jika halangan bertubi-tubi
Oleh Nuri Angkasa

KEPADA kaki pancing warga muda yang mempunyai darah panas, mereka boleh dikatakan jarang-jarang mengamalkan petua masyarakat tempatan terutama membabitkan soal keselamatan.

Justeru, kali ini Petua Pak Nuri masih berkisar kepada beberapa langkah yang perlu difikirkan sesuai sebelum keluar dari rumah untuk mencari rezeki di tengah laut atau hutan belantara, tasik mahupun di hulu sungai sebagai tempat mencari rezeki Allah.

Langkah pertama yang menjadi tanggungjawab pemancing sebelum meninggalkan rumah untuk memancing selama beberapa hari ialah menentukan keperluan barangan di dapur seperti beras, gula, susu anak dan keperluan harian mesti mencukupi.

Dengan cara demikian, Insya-Allah, Dia akan memberi rezeki yang dicari dengan berlipat-ganda. Tetapi jika anda meninggalkan rumah dalam keadaan serba-serbi barang dapur kekurangan sehingga menyusahkan keluarga yang ditinggalkan; atau paling tepat dalam keadaan menyusahkan keluarga atau jika beras tidak ada ataupun barang keperluan dapur kekurangan tentunya keadaan itu akan menyukarkan keluarga sendiri.

Justeru, langkah paling baik ialah anda perlu membereskan tanggungjawab ini sebelum melangkah keluar dari rumah.

Perkara lain yang perlu diambil kira sebelum keluar rumah ialah mengenai kesihatan keluarga. Jika ada anak yang sakit atau isteri kurang sihat mahupun ada jiran berada dalam keadaan tenat atau kematian maka kita harus membatalkan hasrat untuk keluar memancing atau menangguhkan kepada waktu lain supaya supaya pemergian kita akan dirahmati Allah.

Sebaliknya, ada sebahagian kaki pancing warga muda (tidak semua) tidak menitik beratkan petua ini kerana darah muda untuk turun memancing sudah terikat kukuh dalam diri mereka.

Kita tidak mahu sesal kemudian yang sudah pasti tidak berguna. Tentunya pemancing tidak mahu kehilangan orang dikasihi. Walaupun dengan membawa pulang dua tong besar ikan kelas A , tetapi jika berlaku peristiwa tidak diingini maka itu tidak akan memberi sebarang makna.

Perkara begini bukan saja satu petua yang patut dijadikan amalan tetapi kasih sayang kekeluargaan perlu diutamakan. Pada masa sama, semangat kejiranan perlu dipupuk setiap masa. Memancing adalah satu hobi atau satu kegemaran yang boleh ditangguhkan atau anda boleh terus membatalkan pemergian kerana ribut dan gelombang besar. Anggaplah perkara yang Pak Nuri sebutkan di atas sebagai 憆ibut dan gelombang besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2009 07:08 AM | Show all posts
Mabuk darat proses peralihan pemancing
Oleh Nuri Angkasa

MENYEDARI betapa sengsara dan sukarnya apabila mengalami mabuk darat yang berterusan untuk beberapa hari selepas balik daripada memancing di laut maka ramai pemancing muda yang baru mahu mengenal joran dan berjinak-jinak dengan ikan terpaksa berfikir lebih panjang sebelum turut sama melakukan ekspedisi memancing laut.

Mabuk darat bererti anda mengalami 憄using kepala
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2009 01:28 PM | Show all posts
Suami gantung joran apabila isteri hamil
Oleh Nuri Angkasa

KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi. Justeru, Pak Nuri terpanggil untuk mengisi ruangan kali ini dengan pendapat beberapa orang nelayan veteran dan pakar agama yang boleh memberi pandangan serta fatwa terbaik bagi menyelesaikan keraguan di kalangan orang ramai.

Menurut pandangan Tok Daing Mahadi, nelayan berusia 89 tahun dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor ketika ditemui penulis beberapa bulan lalu, bahawa kepercayaan itu diada-adakan oleh isteri serta keluarga kedua-dua pihak. Larangan supaya suami tidak turun memancing ketika isteri hamil adalah kerana bimbang bayi yang bakal lahir akan mendapat kecacatan seperti mulut sumbing, badan bersisik ataupun ada tabiat menyukai air dan pelbagai lagi gambaran atau andaian buruk yang semata-mata untuk menakutkan suami.

Larangan ini terus dipercayai oleh mereka yang benar-benar bimbang kelahiran anak pertama mendapat cacat. Tetapi bagaimana dengan nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada pada hasil tangkapan atau hasil pancingan ikan di laut, sungai atau tasik? Apakah mereka turut tidak turun ke laut sepanjang tempoh isteri hamil?

Tok Daing Mahadi mempunyai kepercayaan sendiri lalu menyerahkan takdir ini kepada Allah. Nelayan terus turun ke laut untuk mencari rezeki walaupun isteri berbadan dua atau hamil dan Alhamdulillah bayi yang lahir berada dalam keadaan cukup sifat (tidak ada sebarang kecacatan).

Begitu juga dengan pandangan seorang tokoh agama dari Besut, Terengganu Tuan Haji Embong yang tidak menolak kepercayaan ini adalah satu ikhtiar untuk menyekat suami dari turun memancing ketika isteri hamil. Ini bukan pandangan ulama atau ajaran agama Islam. Justeru hakikat ini tidak harus dijadikan amalan untuk menghalang suami turun ke laut mencari rezeki.

Namun ada kepercayaan berikutan berlaku kelahiran bayi cacat seperti sumbing bibir kerana suami dikatakan mengoyak mulut ikan ketika mengeluarkan mata kail yang menelan umpan lalu cerita itu dikaitkan dengan cacat anak yang lahir itu sebagai bukti yang terus dipercayai hingga hari ini.

Untuk itu, sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa Allah tidak menghalang hamba-Nya keluar mencari rezeki yang halal walau dalam keadaan isteri hamil. Cuma atas rasa simpati jika mahu diterjemahkan sebagai kasih sayang pasangan suami isteri, maka suami akan terus berada di samping isteri pada saat-saat diperlukan. Perasaan kasih sayang begini juga dituntut oleh agama dan mendapat pahala dari Allah. Namun itu juga bukan satu petua yang terus menghalang turun ke laut ketika isteri hamil. Sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha bijaksana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2009 03:13 PM | Show all posts
Bersihkan badan sebelum berjumpa anak
Oleh Nuri Angkasa

SABAN waktu, ada saja cerita mengenai bayi, anak kecil atau individu yang lemah semangat diganggu 'makhluk halus' apabila ada seorang daripada keluarga pulang daripada memancing atau dari satu tempat yang jauh.

Keadaan itu menyebabkan ada antara mereka terpaksa berjumpa bomoh atau ustaz yang tahu untuk menghalau atau menghindarkan makhluk yang tidak diingini itu daripada terus berada dalam rumah atau berdamping dengan mangsa dalam keluarga mereka.

Justeru, kali ini sekali lagi Pak Nuri mengingatkan kaki pancing seluruhnya terutama kepada mereka yang meninggalkan rumah agak lama untuk keluar memancing di laut, tasik, sungai, kolam dan lombong tinggal.

慚akhluk halus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2009 01:52 PM | Show all posts
Anggap tidak dapat ikan sebagai ujian
Oleh Nuri Angkasa

RAMAI yang bertanya Pak Nuri, apakah petua yang membolehkan kita mendapat ikan setiap kali turun memancing. Pada masa sama, petua itu boleh mengatasi rakan pancing yang lain.

Ada beberapa petua yang perlu diamalkan. Ini tidak ada kaitan dengan mengamalkan serapah jampi atau kepercayaan yang boleh memisahkan akidah sebenar yang dituntut oleh agama Islam. Kita kena berpegang pada kalam Allah - rezeki, jodoh pertemuan dan kematian di tangan Allah - dan berusaha itu satu kewajipan.

Justeru, petua memancing untuk mendapat ikan, kita kena tahu jenis umpan yang digemari oleh spesies ikan di sesuatu kawasan memancing, waktu ikan lapar dan memburu umpan. Arus air laut dan perambut panjang atau pendek turut memainkan peranan bagi menarik perhatian spesies ikan.

Lokasi tukun, lubuk atau karang yang sudah dikenal pasti ada dihuni ikan dan umpan yang terbaik seperti ikan atau udang hidup tentu berjaya menjinakkan ikan dengan teknik pancing dasar atau jigging.

Dalam soal ini, tidak ada amalan serapah jampi diguna pakai bagi menarik perhatian ikan. Namun apa yang berlaku di dasar laut ialah umpan terbaik saja yang akan diburu ikan. Anda perlu selalu menukar umpan sambil bermain tali supaya umpan yang terapung itu dapat menarik perhatian ikan yang berlegar-legar di dasar.

Usaha ini perlu dilakukan dengan sabar dan yakin walaupun kadang kala ada umpan pemancing yang tidak disentuh langsung oleh sebarang ikan dalam masa yang begitu panjang sedangkan rakan pancing di kiri kanannya sudah berjaya mendaratkan pelbagai spesies ikan.

Kerana terlalu kecewa, ada pemancing akan sering bertukar-tukar joran dengan rakan sebelah. Namun beliau tetap menerima nasib yang sama. Sedangkan rakan yang menggunakan joran yang berpindah tangan itu terus mendaratkan ikan seperti biasa.

Justeru, ini bukan salah joran atau umpan yang tidak kena. Umpan yang digunakan adalah sama dan kadang kala tekong sendiri yang memasangnya. Berakhir ekspedisi 24 jam atau 36 jam, pemancing itu menerima nasib kurang baik kerana tiada seekor ikan yang dapat dipancing.

Siapa yang salah dalam perkara ini? Kenapa ikan tidak mahu menyentuh umpan pemancing ini? Sedangkan ikan mungkin banyak di dasar dan meragut umpan yang sama digunakan oleh rakannya?

Dalam situasi begini, kita harus menerima hakikat bahawa mungkin ini satu dugaan Allah dan tentu ada hikmah di sebaliknya. Anda jangan sekali-kali menyalahkan diri sendiri atau lebih teruk anda menganggap diri anda seorang yang malang.

Ingatlah, Allah yang menentukan nasib anda dan rezeki yang bakal diperoleh kelak. Syaratnya anda kena bersabar dan sentiasa bersyukur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 03:21 PM | Show all posts
Bawa tasbih setiap kali memancing
Oleh Nuri Angkasa

RASANYA sangat baik jika pemancing yang beragama Islam sentiasa membawa tasbih semasa turun memancing terutama ketika di laut, tasik atau tebing sungai. Apatah lagi kepada mereka yang terpaksa bermalam untuk beberapa hari serta berkhemah.

Kekuatan semangat melalui zikir dapat disempurnakan semasa ruang tidak diganggu ikan yang memburu umpan. Namun beberapa terjemahan lain yang banyak tercatat dalam hadis nabi besar Muhammad (SAW), zikir adalah azimat ketenangan jiwa dan menghalau hantu syaitan serta mendapat pahala dari Allah.

Justeru adalah baik jika semua pemancing beragama Islam dapat melakukan kebaikan ini setiap kali turun memancing. Membawa bersama seutas tasbih semasa turun memancing tidak bermakna mengangkat diri sebagai seorang ustaz atau jaguh agama, tapi tasbih memberi erti yang lebih besar bagi orang yang mahu mengerti tentang kelebihannya.

Pernah berlaku kepada seorang pemancing laut yang dirinya rasa kurang sihat, bagaikan ada sesuatu yang mengganggu, dengan melakukan zikir perubahan dapat dirasakan malah dirinya merasa sihat.

Kelebihan zikir yang mendapat keberkatan Allah tidak hanya di masjid, surau atau pada setiap waktu selepas solat di rumah, tapi ia boleh dilakukan di mana saja di bumi Allah yang luas ini, cuma jujur dan ikhlas di hati yang menjadi faktor utama.

Bertitik tolak dari sini, Petua Pak Nuri mengajak semua pemancing dapat mengamalkan zikir semasa memancing jika keadaan mengizinkan.

Selain itu kurangkan waktu tidur semasa memancing dan lebihkan aktiviti memancing kerana itu tujuan utama kita turun untuk memancing, semasa umpan belum disentuh ikan, zikir sangat bermakna untuk mengelak daripada keadaan kurang selesa.

Mengambil kira semua aspek keselamatan menjadi satu tanggungjawab bagi setiap pemancing tidak kira di mana lokasinya dan sentiasa mengamalkan semangat berpasukan.

Tasbih dan zikir jangan di pisahkan, bawalah ke mana anda pergi kerana kedua-duanya adalah amalan paling baik jika dapat dilagukan serentak dengan kesabaran, mohon perlindungan Allah dari sebarang kejahatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 03:53 PM | Show all posts
Nasi dalam upih ada khasiatnya


SEGMEN kali ini masih lagi mengamalkan petua yang diambil daripada beberapa nelayan veteran melalui pengalaman yang ada hubung kait dengan laut, tasik mahu pun sungai.

SEGMEN kali ini masih lagi mengamalkan petua yang diambil daripada beberapa nelayan veteran melalui pengalaman yang ada hubung kait dengan laut, tasik mahu pun sungai.

Banyak petua atau amalan yang boleh diguna pakai walau pun kita sudah berada dalam zaman teknologi yang mendorong pelbagai perubahan dan penggunaan peralatan canggih seperti alat pengesan GPS dan sonar, joran pancing berjenama serta kekili mewah yang menjadi keperluan asas bagi pemancing hari ini.

Tidak ada salahnya pemancing sekarang mengimbau zaman silam ketika nelayan menggunakan koyan (tali pancing dipegang dan tidak menggunakan joran) serta bekalan nasi yang dibungkus dengan upih (bahagian dalam pelepah pinang), gulai cuma ikan goreng berlada serta air kopi o dalam tarmos.

Information6094


Pak Nuri terus terpanggil mengisi halaman kali ini dengan pengalaman lama yang harus diketahui generasi pemancing muda hari ini supaya dapat merasakan pahit getir nelayan atau pemancing terdahulu mengisi cara hidup sebagai pelaut yang serba kekurangan. Namun mereka tetap berjaya menyara keluarga besar yang hari ini sudah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan atau swasta.

Berbekal nasi yang dibungkus dalam upih dari rumah, kita akan dapat merasakan betapa lazat dengan padatnya nasi berkenaan yang sudah sebati bagaikan nasi himpit dengan lauk ikan goreng berlada serta kopi o panas. Pastinya anda pemancing muda hari ini dapat merasakan satu kelainan atau meneruskan cara begini pada setiap kali turun memancing kerana pada hakikatnya ada kebaikan dari segi jimat masa memasak, membawa bekalan mentah dari darat, tenaga memasak serta kerenah lain. Manakala membawa bekalan dari rumah bagi setiap seorang pemancing dapat menjimatkan belanja malah hidangan dapat di nikmati bersama.

Di laut, kita tidak perlu makan daripada jenis yang mewah dan terpaksa memasak berkali-kali. Ini kerana tujuan ke laut ialah untuk memancing serta mendapat tangkapan ikan yang lumayan. Justeru, kita kenalah berjaga bukan mengambil peluang untuk tidur yang panjang atau makan secara berlebihan.

Pak Nuri sendiri dapat merasakan tentu ada perubahan yang bakal dirasakan jika pemancing dapat menggunakan cara tradisi lama pada satu trip memancing akan datang. Kita cuba dulu dan tentunya ada perubahan yang dapat dirasakan. Tetapi lakukan sepenuhnya daripada bekalan nasi yang dibawa dalam upih atau daun pisang, gulai ikan goreng berlada, kopi O panas dan air sejuk (air jerang) sehingga rokok daun nipah dan tali pancing menggunakan koyan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:29 AM | Show all posts
Kopi O kosong, halia tahan mabuk
Oleh Nuri Angkasa

MASIH lagi kita bincangkan cerita mabuk laut. Banyak lagi yang bertanya tentang yang berterusan, walaupun sudah makan pil mabuk yang dibeli di farmasi dan beberapa petua tradisional sebelum turun ke laut.

MASIH lagi kita bincangkan cerita mabuk laut. Banyak lagi yang bertanya tentang yang berterusan, walaupun sudah makan pil mabuk yang dibeli di farmasi dan beberapa petua tradisional sebelum turun ke laut.

Rata-rata mereka mendakwa tidak boleh terhidu bau air laut, bau lantai bot dan goyang bot walaupun sedikit. Ini sukar Pak Nuri hendak menjawabnya, kerana jika sudah begitu teruk menyeksa badan adalah baik batalkan saja niat untuk turun ke laut kerana tentunya anda bakal berdepan dengan ribut dan gelombang besar. Sekiranya anda masih berminat untuk menjadi seorang pengail sambil menanam azam bahawa anda juga boleh memancing seperti orang lain.

Jika begitu kuat azam dan semangat anda untuk terus meneroka laut, langkah terbaik yang harus anda lakukan ialah amalkan petua seperti yang telah Pak Nuri muatkan dalam halaman ini beberapa bulan yang lalu dan elakkan dari terus bergantung kepada ubat mabuk, kerana ubat mabuk yang dibeli di farmasi atau kedai ubat lain membuatkan anda akan tidur yang tentunya tidur sehingga tidak sedarkan diri.


Jika ini terjadi tentunya cita-cita dan hasrat anda untuk memancing akan lenyap bersama dengan tidur anda. Bagi mereka yang sudah berkali-kali turun memancing ke laut tapi masih mabuk dan muntah walaupun keadaan laut terlalu baik, air laut tenang bagaikan di tasik, tidak bergelombang, jika ada pun cuma anak gelombang saja yang bermain, justeru nasihat Pak Nuri anda kena banyak minum air mineral berselang dengan makan makanan masam dan biarkan dalam mulut anda barang di kunyah.

Petua yang Pak Nuri dapati daripada sahabat pemancing juga menceritakan air halia pekat juga boleh menahan mabuk terutama kerana terlalu lama di lambung gelombang. Ada juga sesetengah pemancing minum kopi O kosong pekat sebelum naik bot.

Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang, sambil itu jika melakukan potongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau anda hendaklah cepat membasuh tangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan pada hidung anda dan satu perkara lagi yang perlu anda jauhi ialah jika membetulkan tali apollo atau perambut yang kusut jangan sekali-kali anda tunduk terlalu lama, adalah lebih baik anda simpan atau menukarkan pada yang baru.

Lakukan petua ini dan cuba elak tidak terlalu bergantung pada pil mabuk, kerana anda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:32 AM | Show all posts
Batal trip jika halangan bertubi-tubi
Oleh Nuri Angkasa

KEPADA kaki pancing warga muda yang mempunyai darah panas, mereka boleh dikatakan jarang-jarang mengamalkan petua masyarakat tempatan terutama membabitkan soal keselamatan.

KEPADA kaki pancing warga muda yang mempunyai darah panas, mereka boleh dikatakan jarang-jarang mengamalkan petua masyarakat tempatan terutama membabitkan soal keselamatan.

Justeru, kali ini Petua Pak Nuri masih berkisar kepada beberapa langkah yang perlu difikirkan sesuai sebelum keluar dari rumah untuk mencari rezeki di tengah laut atau hutan belantara, tasik mahupun di hulu sungai sebagai tempat mencari rezeki Allah.

Langkah pertama yang menjadi tanggungjawab pemancing sebelum meninggalkan rumah untuk memancing selama beberapa hari ialah menentukan keperluan barangan di dapur seperti beras, gula, susu anak dan keperluan harian mesti mencukupi.


Dengan cara demikian, Insya-Allah, Dia akan memberi rezeki yang dicari dengan berlipat-ganda. Tetapi jika anda meninggalkan rumah dalam keadaan serba-serbi barang dapur kekurangan sehingga menyusahkan keluarga yang ditinggalkan; atau paling tepat dalam keadaan menyusahkan keluarga atau jika beras tidak ada ataupun barang keperluan dapur kekurangan tentunya keadaan itu akan menyukarkan keluarga sendiri.

Justeru, langkah paling baik ialah anda perlu membereskan tanggungjawab ini sebelum melangkah keluar dari rumah.

Perkara lain yang perlu diambil kira sebelum keluar rumah ialah mengenai kesihatan keluarga. Jika ada anak yang sakit atau isteri kurang sihat mahupun ada jiran berada dalam keadaan tenat atau kematian maka kita harus membatalkan hasrat untuk keluar memancing atau menangguhkan kepada waktu lain supaya supaya pemergian kita akan dirahmati Allah.

Sebaliknya, ada sebahagian kaki pancing warga muda (tidak semua) tidak menitik beratkan petua ini kerana darah muda untuk turun memancing sudah terikat kukuh dalam diri mereka.

Kita tidak mahu sesal kemudian yang sudah pasti tidak berguna. Tentunya pemancing tidak mahu kehilangan orang dikasihi. Walaupun dengan membawa pulang dua tong besar ikan kelas A , tetapi jika berlaku peristiwa tidak diingini maka itu tidak akan memberi sebarang makna.

Perkara begini bukan saja satu petua yang patut dijadikan amalan tetapi kasih sayang kekeluargaan perlu diutamakan. Pada masa sama, semangat kejiranan perlu dipupuk setiap masa. Memancing adalah satu hobi atau satu kegemaran yang boleh ditangguhkan atau anda boleh terus membatalkan pemergian kerana ribut dan gelombang besar. Anggaplah perkara yang Pak Nuri sebutkan di atas sebagai 憆ibut dan gelombang besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 08:00 PM | Show all posts
ya ampun
baru perasan

tangopapa dah tukar jadik shah rukh khan

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 02:03 AM | Show all posts

petua elak mabuk laut

salotape lubang pusat anda sebelum turun ke laut....cubalah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 02:03 AM | Show all posts

Reply #54 Syd's post

kekekeke....im sorry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 04:25 PM | Show all posts
takde ke doa2 mase nak mancing ni.mane le tau kot ade petua ke doa ke time nak membaling tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 03:58 PM | Show all posts
'Warna merah hanya untuk penunggu tasik'


Pemakaian baju merah dilarang ketika berada di Tasik Loagan Bunut.

BAGI wanita kaum Berawan yang majoritinya berkulit cerah, pakaian terang seperti warna kuning dan merah sangat sesuai bagi mereka kerana ia menyerlahkan kecantikan semula jadi dan menambah seri muka pemakai terutama bagi anak gadis.

Namun, pakaian merah bagi lelaki membawa maksud tidak baik dan dilarang sama sekali dipakai ketika berada di Tasik Loagan Bunut atau di hutan kerana warna merah dianggap milik mutlak penunggu atau penjaga tasik berkenaan.

Sekiranya masih ada yang berdegil dengan melanggar pantang larang, mereka akan ditimpa musibah seperti sakit teruk bahkan ada beberapa kes kematian berlaku dikatakan berpunca daripada kepercayaan kuno itu.

Kejadian itu menyebabkan kepercayaan tradisi semakin menebal walaupun perubahan zaman menyaksikan banyak amalan lama terhapus. Atas sebab itulah, sepanjang tempoh tiga hari berada di sana, kami langsung tidak pernah melihat golongan lelaki berpakaian baju merah.

Daripada memakai pakaian yang dilarang, mereka kelihatan lebih selesa memilih untuk langsung tidak berbaju ketika berada di rumah apatah lagi ketika menangkap ikan di tasik. Bagaimanapun, bagi wanita terutama anak muda, mereka kelihatan masih gemar dan suka berbaju warna terang tetapi ia cuma dipakai ketika berada di rumah panjang.

Sepanjang tempoh tinggal bersama kaum Berawan, kami cuma pernah melihat hanya ada seorang anak gadis yang memakai baju T merah berada di rumah panjang Long Bunut.



Ketua Rumah Panjang Long Bunut, Meran Surang, 67, berkata kepercayaan itu diamalkan sejak beratus tahun lalu dan beliau sendiri pernah beberapa kali ternampak penunggu tasik bermata merah terbang berlegar antara Pulau Bukit Tengah, Sungai Bunut serta Sungai Buran.

“Penunggu itu menjaga kawasan tasik. Saya pernah ternampak cahaya merah seakan-akan sebiji bola api melintasi tasik, terbang dan singgah antara pulau kecil di sana. Anak saya juga pernah nampak antara jam 2 hingga 3 pagi.

“Kami percaya penunggu itu mengawasi kawasan tasik dan sebab itulah juga orang luar tidak berani menceroboh kawasan tasik yang dikhaskan untuk kaum Berawan. Ini bukan cerita lama, tetapi sampai sekarang pun masih ada,” katanya dengan mimik muka berkerut seolah-olah menggambarkan ketakutan.

Menguatkan lagi kepercayaan itu, Meran berkata pernah berlaku kes hampir 10 tahun lalu membabitkan seorang peserta ekspedisi menjelajah tasik meninggal dunia akibat demam panas teruk selepas melanggar pantang larang.

Baju merah hanya dipakai penduduk Berawan di kawasan rumah panjang.

“Asalnya, lelaki itu tidak mahu ikut rombongan menaiki bot ke tasik dan buat keputusan saat akhir. Beliau memakai baju merah, kami dah larang dan arahkan supaya tukar baju lain, tetapi dia tetap berdegil,” katanya.

Sebaik saja ekspedisi berakhir di sebelah petang, mangsa terus mengalami demam panas yang teruk dan meninggal dunia pada pagi keesokannya.

Selain larangan itu, kaum Berawan terutama nelayan tasik juga dilarang keras daripada terlalu berseronok sekiranya mendapat hasil tangkapan yang banyak kerana ia dianggap sebagai tidak bersyukur dan lupa diri.

Sekiranya mereka lupa diri, kaum itu percaya mereka akan ditimpa musibah termasuk bot karam atau terbalik, tangkapan terlepas atau sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap keluarga mereka yang tinggal di rumah panjang.

“Pantang larang ini bukannya baru, sudah lebih 100 tahun diamalkan dan kami tidak pernah melanggarnya. Tradisi ini akan terus kekal,” katanya. -
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:09 PM | Show all posts
Umpan tapa Kemboja power di sungai
Oleh Zulhilmi Hat

UMPAN paling busuk atau umpan tapa dikatakan menjadi kegilaan pemancing tempatan sekarang ini untuk memburu spesies baung kerana mempunyai isi yang sedap.

UMPAN paling busuk atau umpan tapa dikatakan menjadi kegilaan pemancing tempatan sekarang ini untuk memburu spesies baung kerana mempunyai isi yang sedap.

Selain dibuat sendiri, umpan ini boleh dibeli di kedai pancing sekitar lembah Klang yang dikatakan laris hingga mendapat permintaan tinggi dari pemancing yang gemarkan ikan berkenaan.

Jenis umpan yang dikenali ramai iaitu tapa Kemboja yang diimport dari negara terbabit dikatakan cukup ‘power’ menjerat spesies ini walaupun harganya mencecah RM60 sebotol.


Tambahan pula, informasi mengenai keberkesanannya heboh dibincangkan di laman web atau majalah membuatkan pemancing berpusu-pusu untuk mempraktikkannya.

Cara pembuatan umpan ini iaitu dengan menjeruk spesies ikan belanak dalam tempoh yang ditentukan dalam tempayan atau bekas kedap udara untuk mendapatkan bau yang sangat busuk.

Cara memancing ikan ini sangat mudah iaitu menggunakan set ringan dan perambut setengah depa serta batu ladung hidup sudah cukup untuk menarik spesis ini keluar dari sarangnya seperti di tunggul kayu dan timbunan ranting yang terbenam dalam sungai ataupun lombong.

Penggemar penggunaan umpan tapa ini, Mohd Nasir Mohammad Salleh, 30, berkata umpan tapa Kemboja yang dibelinya cukup berkesan menjinakkan spesies bermisai ini walaupun memancing dalam keadaan air yang keruh atau waktu siang.

“Bau umpan ini sangat busuk... untuk memasang umpan di mata kail ini kita perlu menggunakan sarung tangan getah. Sekali terkena, berhari-hari bau itu melekat dan hendak makan nasi pun terasa baunya. Tetapi selepas melabuhkan dalam sungai, sekejap saja ikan baung dapat dinaikkan,” katanya ketika ditemui Rawang baru-baru ini.

Beliau yang kerap memburu spesies ini menambah, saiz yang diperoleh menggunakan umpan ini cukup memuaskan berbanding menggunakan umpan cacing atau cengkerik.

“Rekod tangkapan dua kilogram di sungai Selangor mudah saja didaratkan dengan umpan tapa yang mujarab ini. Saya rasa bau tengik yang dikeluarkan oleh umpan tapa ini membuatkan baung ‘terliur’ dan segera menjamahnya,” katanya.

Umpan tapa bukan saja digunakan untuk ikan baung saja, malah ikan patin, keli dan udang galah juga gemar umpan ini kerana baunya. Tidak hairanlah ada pemancing sanggup mengeluarkan modal yang tinggi untuk memilikinya kerana stok umpan ini dikatakan terhad.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 02:43 PM | Show all posts
Ayat Qursi, solat elak gangguan syaitan
Oleh Nuri Angkasa

KITA selalu lupa, di laut adalah kawasan paling banyak dugaan bukan saja sentiasa berdepan ribut dan gelombang besar kadang-kadang gangguan makhluk halus yang sudah berumah tangga di laut. Kita haus menerima hakikat ini sama ada mahu atau pun tidak, kerana laut selalunya menjadi buangan hantu syaitan kerana itu kawasan laut paling ditakuti untuk melanggar pantang dari keluarga pelaut kerana kesan daripada kisah yang diganggu makhluk halus di laut terlalu banyak berlaku.

KITA selalu lupa, di laut adalah kawasan paling banyak dugaan bukan saja sentiasa berdepan ribut dan gelombang besar kadang-kadang gangguan makhluk halus yang sudah berumah tangga di laut. Kita haus menerima hakikat ini sama ada mahu atau pun tidak, kerana laut selalunya menjadi buangan hantu syaitan kerana itu kawasan laut paling ditakuti untuk melanggar pantang dari keluarga pelaut kerana kesan daripada kisah yang diganggu makhluk halus di laut terlalu banyak berlaku.

Beberapa kisah yang dapat dikesan daripada kejadian pulau hilang dari pandangan, ikan kecil menarik bot, hilang pandangan tapi nyenyak tidur dalam bot, jumlah pemancing bertambah semasa memancing, malah terlalu banyak perkara-perkara aneh sering berlaku semasa memancing di laut.

Namun daripada beberapa kejadian, petua Pak Nuri kali ini ingin mengajak anda kaki pancing yang sering diganggu ketakutan dan kadang-kadang hingga semalaman tidak dapat tidur dengan selesa.


Syaitan akan menjelma dengan pelbagai rupa. Kita mesti menguatkan semangat dan jangan sekali-kali mengalah kerana kita tahu bahawa iblis itu memang kerjanya untuk menyesatkan manusia, justeru antara langkah-langkah terbaik diambil ialah membaca ayat-ayat suci Al-Quran, Malah paling baik membaca ayat Qursi beberapa kali dan tidurlah dengan menyerah diri kepada Allah sambil meminta perlindungan dari-Nya.

Jika apa yang sudah kita lakukan masih kurang berkesan tentunya gejala ini bukan dari gangguan hantu syaitan dan anda perlu mengubah cara lain dengan anda cuba mandi pada waktu malam (jangan di amalkan mandi tengah malam jika tidak ada sebab) dan solat sunat dua rakaat dengan memohon kepada Allah agar anda tidak di ganggu hantu syaitan sepanjang malam.

Jika ini juga tidak berjaya anda teruskan aktiviti memancing dan tidur pada waktu siang pada ketika anda benar-benar letih. Tentunya pada waktu begini anda mesti tertidur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.069887 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list