CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

TTI - Masjid Kristal, Terengganu

[Copy link]
Post time 28-1-2009 07:28 PM | Show all posts
yahoooooooooooooo!!!!!!!!!!!

18 bilion royalti minyak terengganu dapat cuma ni yg boleh dibanggakan.

syabas BN!!!!

:victory: :victory: :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 02:48 AM | Show all posts

Reply #21 homer_simpson's post

plz jgn libatkan mana2 parti kat sini.. juz discuz about the Masjid ok?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 02:57 AM | Show all posts

Reply #20 keretakayu's post

Betul2.. Tahu duk kutuk jerk.. member aku siap amik gambo laik sijil yg mengatakan arah kiblat memang betul.. nonsense la kalo benda tuh siap masa awal2 laik nak bina.. mmg nampak sgt pandang remeh dorg pada agama... arkitek dia mat salleh tuh pun dah masuk islam.. hikmah dari pembinaan masjid nih.

mg aku sedih sbb masjid tuh x ckup syarat tuk org nak wat semayang jumaat.. mana x nya x ckup 40 laik penduduk kat sana.. tapi kalo dilihat tuk plan jangka masa panjang.. insyAllah akan boleh sbb dengan adanya kawasan pelancongan cam tuh akan tambah peluang pekerjaan.. so, akan ada org yg akan menetap kat situ tuk cari sumber rezeki.. lama2 dari kampung akn bertuar kepada bandar (dari segi kepadatan penduduk yerk?)..
So, lebih baik kita fikirkan kebaikan utk meramaikan masjid tuh.. jgn duk pikir benda2 yg leh nak memburukkannya.. hope masjid tuh akan bertambah pengunjung. and mari kta sama2 berharap yg bkan Islam yg masuk masjid tuh pun leh terbukak ati mereka tuk menjadi saudara Islam kita..

Betapa seronoknya korg kalo korg dapat rasakan camner rasanya masa ajak member bukan Islam masuk Masjid then terangkan kat dorg ni tempat apa? kib;at camner? tempat berkhutbah macam mana.. n dengar camner dorg2 tuh memuji kecantikan seni Islam nih.. And suka sgt masa dorg duk berterima kasih sgt sbb aku bawak dorg masuk masjid tuh.. means dorg x pernah masuk n tengok masjid selama nih...Even kecik masjid tuh.. atleast ada sumbangan besar gak pada agama kita.. tapi org kita sendiri duk perlekehkan tuh sumer... sedih.. sedih..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 03:55 AM | Show all posts
yang saya heran kenapa buat kecil2, bukan ka kos dia buleh buat besar skit. tu yg heran nyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 07:56 AM | Show all posts

Reply #24 salju_putih's post

TTI tu kawasan tu mmg besar... masjid kristal tu tak yah buat besar sangat.. ada banyak lagi masjid kat KT saner.. lagi pung.. bukan ada masjid ajer kat TTI tu.. banyak replikas   dan bangunan mesyuarat pung ada kalu tak silap aku ler...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 09:52 PM | Show all posts

Reply #24 salju_putih's post

untuk letak kristal di bahagian 4 menara tuh pun dah makan byk kos.. ni kan nak buat lagi besar.. kalo nak ikut teori aku lah kan.. korg sendiri tahu yg masjid tuh pun x ckup syarat tuk semayang jumaat.. x ramai penduduk.. so x guna wat besar2 pun.. yg kecik tuh byk makan kos pun mcm2 org kita duk kutuk sana kutuk sini.. ni nak buat besar lagi, apelah yg dorg duk perah otak nak kutuk itu ini.. Lagipun.. masjid kristal tuh dibuat kat atas permukaan air. Aku x leh luper kitorg duk soal arkitek tuh camner and jenis PILING apa yg digunakan tuk wat masjid kat atas air nih..  Wat atas air nih mmg byk faktor2 lain kena amik kira.. berbeza ngan wat atas tanah kat darat nih..

dan yg lebih penting... kita sama2 doa.. agar masjid2 yg ada kat mesia nih x kira mahal, murah, lawa, kurang lawa.. dipelihara... dan ada org meramaikannya.. aku respek sama itu pakcik2 guard kat Masjid nih.. dorg bagus betul layan kitorg yg byk tanya tuh sumer.. dorg gak yg beriya2 suh member aku bukan Islam tuh 2 lelaki Cina and 2 pompuan Cina pakai jubah and tudung ngan masing2 berdoa agar Allah bukakkan pintu ati dorg.. amin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2009 10:03 PM | Show all posts

Reply #25 amazed's post

monumen2 masjid tuh mmg rasa seronok tengok.. tapi masa tuh panasa sgt.. aku x dapat tengok dengan penuh perhatian. ditambah laik ada lagik monumen2 masjid yg x siap lagi.. tengok replika/model masjid2 popular dunia kat PusatKesenian Islam pun aku cam dah kagum gila.. ni nengok kat masjid kristal yg cam real skit.. tapi saiz jer kecik.. huhu! pun teruja gak.. rasa cam.. wow.. sungguh kejuruteraan tul kaum2 dlu kan? macam2 bentuk Masjid yg unik kita leh jmpe.

kompom ada tuh sumer... ofis kompom ada.. cafe pun ada.. aku suker ice lemon tea dorg.. shedapnyer.. huhuh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 10:07 PM | Show all posts
pada aku sume ok..korang tak ok ke??asik nk complain aje abg ni...ish2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2009 01:51 AM | Show all posts
membazir saje bina masjid ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 12:08 AM | Show all posts

Reply #29 kalalah007's post

lebih elok bina masjid dari dibazirkan wat shopping complex? mana yg lebih baik?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 12:12 AM | Show all posts

Reply #28 t0m's post

manusia mg suker cari salah org tOm.. tu lah masalahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 08:53 PM | Show all posts
masjid ni cantik.. aku pergi masa ada gerhana matahari... tapi cantik masjid nyer. walaupun dalam biasa jer. tapi satu ke unik kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2009 01:21 PM | Show all posts
Masjid Kristal unik
KEINDAHAN senibina dan persekitaran Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu menarik perhatian mereka yang berkunjung ke negeri Darul Iman itu kerana ia mempunyai keunikan rekabentuk dan keindahannya tersendiri.

Jika dahulu Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai masjid terapung sering menjadi kunjungan ramai terutamanya pelancong luar ke Terengganu untuk beribadat dan menikmati keindahannya, tetapi kini sebuah lagi masjid iaitu Masjid Kristal pula menjadi tumpuan.

Dibina di atas keluasan tanah 2,146 meter persegi di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Masjid Kristal siap pada pertengahan tahun lalu dan mula dibuka kepada orang ramai sempena majlis perasmian Taman Tamadun Islam (TTI), di kawasan berhampiran masjid itu.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli dan adalah masjid pintar pertama di Malaysia.

Masjid yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Batu marmar air yang berwarna keputihan yang digunakan sebagai lantai masjid pasti membuat kita selesa dan nyaman ketika melangkah masuk ke kawasan masjid, manakala dinding masjid pula dibina dengan menggunakan kaca keseluruhannya dengan menampilkan lukisan menarik.

Bahagian ruang dalam masjid dihampar dengan karpet berwarna merah berjalur kuning keemasan. Tiang seri, mimbar dan bahagian siling masjid dicat dengan warna putih untuk melambangkan kebersihan.

Manakala tabir pembahagi bahagian tempat sembahyang lelaki dan wanita pula diperbuat daripada cermin dan dilukis dengan lukisan seni yang begitu menarik dengan menggunakan warna keemasan.

Paling menarik ialah bahagian siling masjid yang dihiasi dengan lampu kristal yang hampir memenuhi ruangan kubah masjid. Lampu yang berwarna putih dan keemasan ini dikelilingi dengan lampu-lampu kecil di bahagian atasnya.

Berkunjung ke masjid yang boleh memuatkan kira-kira 700 jemaah itu bukan sahaja menjadi tempat untuk umat Islam menunaikan ibadat sembahyang malah ia juga boleh dijadikan tempat rekreasi kerana suasana persekitarannya yang indah dan mendamaikan.

Ruang pejalan kaki yang luas di bahagian luar masjid membolehkan pengunjung dapat bergerak dengan selesa mengelilingi masjid dengan selesa walaupun ketika ramai pelawat berkunjung ke masjid itu. Pagar pula dibina daripada sejenis kaca yang bermutu tinggi yang dihiasi dengan lukisan berwarna keemasan

Selain itu, terdapat 21 replika masjid utama dunia di kawasan TTI berhampiran masjid. Pengunjung boleh melihat replika itu antaranya ialah replika Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Taj Mahal dengan menaiki keretapi khas atau berjalan kaki menyusuri laluan pejalan kaki.

Pada waktu malam, masjid ini begitu menarik kerana warnanya boleh bertukar kepada beberapa warna seperti merah, hijau dan kuning yang boleh dilihat dengan jelas ketika orang ramai melalui Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan bandar Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 10:30 PM | Show all posts
March 17, 2009

TTI Perkenal Perkhidmatan River Cruise



KUALA TERENGGANU, 17 Mac (Bernama) -- Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di sini, yang menempatkan lebih 20 replika seni bina dunia Islam, kini mempunyai tarikan baru apabila memperkenalkan perkhidmatan River Cruise menyusuri Sungai Terengganu.

Pengurus Besar TTI, Mohd Khomsa Chik berkata perkhidmatan yang mula beroperasi empat hari lepas itu, ialah bagi membawa pengunjung menyusuri Sungai Terengganu, mengeliling Pulau Duyong dan kampung sekitarnya sejauh kira-kira 2.5 kilometer.

" Perkhidmatan ini yang menggunakan lima buah bot pelbagai jenis, mengambil masa perjalanan selama satu jam 15 minit. Sejak mula beroperasi, sambutannya menggalakkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata setiap penumpang dikenakan bayaran RM10 dan pihaknya bercadang untuk menambah bot berkenaan pada masa akan datang.

Selain perkhidmatan River Cruise, Mohd Khomsa berkata lapan buah bot turut disediakan di kawasan tasik buatan di pulau berkenaan, yang sudah pun beroperasi.

Beliau berkata turut dirancang ialah penyediaan perkhidmatan bot bertingkat untuk dijadikan sebagai "bot makan bergerak", yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM1 juta, tidak lama lagi.

Katanya TTI juga menyediakan empat unit homestay dengan setiap sebuah mengandungi tiga bilik yang mampu memuatkan lapan orang bagi setiap unit.

Bagi pembangunan TTI fasa kedua, Mohd Khomsa berkata pihaknya merancang membina apartmen serta hotel di kawasan pulau itu bagi menampung keperluan tempat penginapan di bandar Kuala Terengganu.

Beliau berkata sejak TTI dibuka kepada pengunjung Februari tahun lepas, kira-kira dua juta pelancong telah mengunjunginya termasuk 400,000 pelancong yang melawat lebih 20 replika seni bina dunia Islam itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 06:24 AM | Show all posts
Dua juta kunjungi Taman Tamadun Islam

KUALA TERENGGANU 21 Mei - Taman Tamadun Islam (TTI) yang menempatkan 21 monumen tamadun Islam dan Masjid Kristal yang dibuka kepada orang ramai sejak 1 Mei tahun lepas berjaya menarik lebih dua juta orang pengunjung sepanjang tahun lalu.


Pengerusi TTI Management Sdn. Bhd., Datuk Zakaria Awang berkata, sambutan orang ramai membolehkan TTI meraih pendapatan sebanyak RM4.9 juta dalam tempoh tersebut.

''Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, TTI memperoleh RM2.12 juta daripada kunjungan orang ramai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zakaria yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berkata, dalam tempoh itu juga TTI mencatatkan kedatangan pelancong seramai 182,739 orang yang sebahagian besarnya dari luar Terengganu.

Menurutnya, dijangkakan sehingga akhir tahun ini TTI mampu menarik lebih 1.2 juta pelancong iaitu 50 peratus pelancong domestik, 35 peratus penduduk tempatan dan 15 peratus pelancong asing.

Beliau berkata, sempena sambutan ulang tahun pertama TTI pada Mei ini, pelbagai program dirancang dalam usaha mempromosikan ia kepada masyarakat.

Jelasnya, antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan perahu panjang, sukan rakyat dan karnival ulang tahun TTI yang memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka.

Selain itu, katanya, sempena cuti sekolah pada Jun ini, TTI turut menyediakan pelbagai program berbentuk ilmiah dan hiburan khas untuk para pengunjung.

Zakaria berkata, antara program yang dirancang ialah Jejak Khalifah, Giant Games dan Kuiz Keluarga TTI.

Beliau berkata, TTI juga akan menyediakan tarikan baru kepada pengunjung iaitu perkhidmatan menunggang unta sebanyak lima ekor.

''TTI juga akan membuka restoran makanan Arab bagi memberi peluang kepada pengunjung dan masyarakat tempatan menikmati makanan dari Asia Barat,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 10:51 AM | Show all posts
aku pi kena pakai jubah tu. aduyaii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2009 11:06 AM | Show all posts
sory nk tanya.masjid ni apa motif sebenarnya dibina.utk jadi bahan tatapan org ataupun tmpat beribadat? dah mcm lari konsep lak bila masjid dibina..aiyakkk penig2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by seluar_dalam at 27-5-2009 11:06
sory nk tanya.masjid ni apa motif sebenarnya dibina.utk jadi bahan tatapan org ataupun tmpat beribadat? dah mcm lari konsep lak bila masjid dibina..aiyakkk penig2...


jgn salah faham...
masjid kristal ngan tti tempat yg berbeza cuma dlm kawasan yg sama.
baru ari jumaat lepas aku g..ramai je yg bersolat kat situ
kita pelancong xkan g tgk sajer.
kalu dok situ 2 3 jam mesti akn solat kat situ gak

kalu tti tu mmg utk tatapan
monumen2 tu menunjukkan betapa hebatnya senibina tmpt beribadah agama islam dulu2
n dier ada di seluruh dunia
x kalah ngan rekaan mat salleh

kalu x caye g la...mmg best

p/s : aku bkn nak promote coz aku pun bukan org tganu.
       see it..u believe it
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 02:34 PM | Show all posts
aku letak gambar ye...



ni bahagian depan tti..pintu masuk



pemandangan pintu masuk dari dalam
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 02:41 PM | Show all posts


KUL SHARIF MOSQUE , KAZAN, RUSSIA

Pernah dibiarkan musnah,pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union.Ia merupakan sorotan 1000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.074786 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list