Dia Fadila akan mengeluarkan album kompilasinya yang berjudul Terbaik Dariku. Didalam album ini akan memuatkan lagu-lagu popular Dia seperti Andai, Aku Masih Setia dan banyak lagi serta dua buah lagu baru Satu Ruang dan Jat Da Da Da..
Jat Da Da Da.. adalah single kedua selepas Satu Ruang yang turut menjadi soundtrack filem Selamat Pagi Cinta. Lagu Jat Da Da Da.. ini adalah lagu tempo sederhana yang memang 'layan'. Lagu ini sudah mula dimainkan secara eksklusif di X FM.