CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: hyree_hybrid

>>MERGED<< Manusia Diperbuat Daripada Apa -

[Copy link]
 Author| Post time 14-1-2009 09:05 PM | Show all posts
Haa sebab tu la aku bukak thread dkat sini ntuk dapatkan pendapat dari sudut sains. tak pasal2 kene pelantak pulak...

edit 1: anyway terima kasih ye pada semua orang yang melayan kerenah. heh

[ Last edited by  hyree_hybrid at 14-1-2009 09:06 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 08:22 AM | Show all posts

Reply #21 hyree_hybrid's post

ahah. okey
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 03:03 AM | Show all posts

Reply #1 & #21 hyree_hybrid's post

hyree .. naper hanya pandang & beri penekanan kepada H2O, CO2 & H-C-O jek?

& berdasarkan point yg ko nak 'hujahkan' tuh - naper macam lebey kepada proses penguraian/pereputan?

adakah ko dipengaruhi oleh ayat - "dari tanah kita dijadikan, kepada tanah kita kembali" & cuba nak 'argue' tentang tuh?

kalau ndak cari point tentang "manusia 'dijadikan' dari apa" - kena aa tengok proses kejadian & hidup nyer
walopon proses penguraian/pereputan manusia tuh bagus ntuk difikirkan, tapi aku rasa ..
dalam nak bincangkan thread nih, lebih baik kita pandang kat bahagian : "hidup & ntok hidup"

meh aku bagi contoh mudah yek ..

ntok hidup - manusia kena makan .. manusia makan apa? - tumbuhan & haiwan ..
ntok apa makan? sumber tenaga, kan? camner proses ndak 'tukarkan' makanan tuh kepada tenaga?
sistem penghadaman, blablabla (panjang sangat citer) - tapi kesimpulannya - manusia MENYERAP ZAT yg terkandung dlm makanan2 tuh
sebati .. menjadi tulang, daging, darah .. sebati ..

kalau ndak 'argue' tentang asal usul tumbuhan & haiwan plak ..
tumbuhan pun sebenarnya menyerap zat dari tanah (selain daripada serap air) ntuk hidup .. tau kan, fotosintesis segala tuh ..
kalau tanah tuh tak subur, tumbuhan pun bleh mati kan? apa maknanya kalau tanah tuh tak subur?
maknanya tanah tuh takdek segala zat/mineral/whatever yg tumbuhan tuh perlukan ..
so dalam citer nih - sama gak ngan manusia .. tumbuhan pun MENYERAP ZAT secara direct dari tanah melalui akar ..
sebati .. menjadi batang, daun, bunga, buah ..

haiwan plak camner? oke .. ada haiwan yg tak makan tumbuhan (jenis karnivor) .. tapi kalau tengok food chain sekalipun,
yg kat bawah sekali adalah apa? selalunya binatang yg jadi mangsa jenis karnivor nih jenis yg makan tumbuhan jugak kan ..
so sama jugak cam manusia ..

semua zat/mineral yg diperlukan oleh benda hidup - ada terkandung dalam tanah ..
Ca, Na, P, Cl, K, Mg, S, Co, Cu, Cr, F, Fe, I, Mn, Ni, Mo, Se, Si, Sn, V, Zn ..
tak kesah aa apepon jenisnya - makromineral ke, trace elements ke .. sumenya tuh asalnya dari tanah
dan seterusnya bersebati dalam tubuh - ntok hidup - dan akhirnya mati & 'kembali' kepada tanah ..

aku harap ko bleh paham penjelasan nih .. aku dah try explain dalam ayat yg paling mudah
tapi .. aku rasa tak salah ntok berfikir .. cumanyer .. kita berfikir ntok cari kebenaran, bukannya berfikir ntok buktikan yg kita adalah benar
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 03:08 AM | Show all posts
Originally posted by hyree_hybrid at 14-1-2009 01:34 PM

2. Perkataan 'tanah' di dalam al-quran tidak boleh diterjemah secaraliteral. Sebaliknya ia lebih bermaksud secara metafora, yang mana tanahadalah bahan yang hina, seperti lemahnya daging manusia yang mudahcedera, berbanding api (jin) dan cahaya (malaikat). Tujuannya untukmanusia lebih sedar dan merendah diri.


sorry .. bleh terangkan atau perjelas kan tentang apa yg ko post tuh?

adakah ianya berdasarkan kitab tafsiran? oleh siapa? atopon berdasarkan tafsiran sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 05:42 PM | Show all posts

sains buktikan manusia dicipta dari tanah!!!

Sains buktikan manusia dicipta daripada tanah


AL-Quran menyatakan manusia asalnya diciptakan daripada tanah.

Fakta ini disahkan saintis yang mendapati unsur yang terkandung di dalam tanah ada dalam jasad manusia.


Adanya 16 unsur pada jasad manusia sama dengan unsur pada tanah membuktikan benda yang diperlukan oleh tubuh manusia itulah juga bahan yang manusia diciptakan daripadanya.

Walaupun kebenaran penemuan sains boleh dijadikan bukti bagi mereka beriman, tetapi sesetengah golongan masih mengatakan penemuan itu bersifat ilmu semata-mata.

Demikian juga bagi sesetengah golongan yang masih tidak percaya fakta mengatakan kegagalan manusia untuk hadir menyaksikan penciptaannya tidak boleh dijadikan bukti manusia tidak dapat mengetahui mengenai hakikat kejadian dirinya.

Kepada golongan ini al-Quran masih tetap mengisyaratkan mengenai bukti lain yang menunjukkan manusia dicipta secara langsung daripada tanah dalam bentuknya seperti yang ada sekarang bukannya melalui proses evolusi.

Bukti yang disyaratkan oleh al-Quran supaya menjadi bahan pemikiran dan pengamatan terhadap hakikat kejadian manusia ialah bukti yang disorot daripada fenomena maut.

# Mati adalah satu kebenaran yang pasti, tidak dapat dinafikan dan diragui manusia. Walaupun sesetengah manusia belum merasai sendiri, dari penyaksian dan pengalaman yang berlaku kepada manusia terdekat, memberikan suatu keyakinan mengenainya.

# Hakikat mati yang yakin dan pasti ini adalah ciptaan dan kekuasaan Allah Maha Pencipta. Dialah Allah yang mencipta hidup dan mati.

Bagi manusia yang tidak percaya mati itu ciptaan-Nya, tetapi dari perbuatan penyakit atau bahaya lain, Allah mencabar mereka agar mencari benteng kota yang dapat mengelak diri daripada maut.

Allah juga mencabar manusia agar mengembalikan semula nyawa atau rohnya sewaktu malaikat mula mencabutnya sampai ke halkumnya.

Cabaran Allah seperti yang dikatakan dalam al-Quran tetap tidak dapat dilakukan oleh manusia sejak zaman Nabi Adam hinggalah sekarang, bahkan sampai bila-bila pun manusia tidak mampu.

Adalah mustahil sama sekali bagi manusia untuk berjaya dalam menyahut cabaran Allah kerana Allah jua yang mencipta mati dan hidup.

Penyebab kepada mati bukan yang mencipta mati, tetapi ia berlaku hanya dengan iradah (kehendak) Allah.

Yang pasti fenomena mati mustahil manusia dapat mengelaknya, sekalipun mempunyai mercu ketinggian ilmu yang canggih.

Fenomena mati adalah lawan kepada fenomena hidup. Sebagaimana fenomena hidup itu tergambar pada adanya daya pergerakan, demikian juga pada fenomena mati tergambar pada adanya gejala diam.

Jika fenomena hidup itu dapat dilihat melalui gejala tumbuh dan subur, demikian juga pada fenomena mati, adanya gejala rosak dan musnah.

Sebagaimana titik awal selepas kekosongan itu menjadi permulaan bagi kehidupan, demikian juga akhir penghujung kepada kehidupan itu titik awal kepada kematian. Atau dengan perkataan lain, akhir penghujung hidup itulah mulanya titik awal mati.

Walaupun manusia tidak melihat bahan asal kejadian dirinya, manusia dapat mengetahui bahan asal kejadiannya melalui proses kematiannya yang pasti berakhir kembali ke titik awal dalam proses kejadiannya.

Jika hakikat yang nyata dan jelas ini masih dikatakan suatu kebetulan, tidak lain dan tidak bukan apa yang dikatakan kebetulan itu hanyalah semata-mata sebagai alasan kepada keingkaran.




hah!! nak dispute apa lagi??  sah2 theory darwin tu  tinggai theory ajer ler....  dlm quran pung sebut manusia dicipta dari tanh.... ni hah  scientist pun buat kajian yg sama....    jgn worang islam sundrik yg nak persoalkan kejadian manusia dah ler....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 06:35 PM | Show all posts
aku slalu pikit. " tanah" yg dimaksudkan adelah secara general....

ianyer bermaksud manusia adelah dari bumi .. bukan dari planet lain...

komposis manusia dari.. Oksigen... Carbon... Hidrogen.. Iron...dan bermacam2 lagi... sumer mende tuh bkn mendasing kat bumi ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2009 02:27 AM | Show all posts
manusia dan kehidupan2 di bumi nya ni semau nya berasaskan karbon.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 09:51 AM | Show all posts
maknenye segala mala makhluk hidop or living things kat atas muka bumi ni berasal dari tanah la kaedanyer kan???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 01:41 AM | Show all posts
Originally posted by hyree_hybrid at 14-1-2009 01:34 PM



1. Untuk mengatakan kejadian manusia daripada air dan udara pun tak tepat, sebab komponen utama organik: H, C, O dan N boleh didapati di mana2, dalam pelbagai bentuk, termasuk dalam tanah.


kandungan dalam udara pun berasal dari tanah melalui letusan gunung berapi beribu tahun dulu. tanpa debu2 letusan gunung berapi tuh, bukan setakat udara malah atmosfera pun takde


2. Perkataan 'tanah' di dalam al-quran tidak boleh diterjemah secara literal. Sebaliknya ia lebih bermaksud secara metafora, yang mana tanah adalah bahan yang hina, seperti lemahnya daging manusia yang mudah cedera, berbanding api (jin) dan cahaya (malaikat). Tujuannya untuk manusia lebih sedar dan merendah diri.


itu yg tak seronoknye nak tafsir melalui quran


adakah jika matahari adalah bintang generasi ketiga dan keatas, komposisi badan manusia akan berubah? seperti yg kite tahu matahari adalah bintang generasi kedua yg mane komponen utama hasil letupan nova nya dahulu adalah seperti H, N, O, C dan lain2. bagaimana jika matahari adalah generasi keempat yg mane mungkin elemen2 utama selepas letupan nova nya adalah elemen berat seperti emas, titanium... adakah badan kite akan terdiri dari emas, titanium?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 10:24 AM | Show all posts
manusia dijadikan dari 4 unsur,tanah,api,air,angin.majoriti tanah lebih banyak dari 3 unsur yang lain tu...

Air mani datang dari tulang sulbi(pinggang lelaki) yang terdiri dari pada darah,protein,air,zat makanan dan juga angin(keluar macam roket ).Dikumpul ,disaring,ditapis lalu jadi air mani.Setitik air mani bersamaan 40 titik darah.Sebab tu lelaki tak boleh buat banyak round.

sama juga sepert perempuan bagi proses menghasilkan telor(kalau silap betulkan).
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 10:21 AM | Show all posts
Atom kot......
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.400018 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list